Saya sempat bersarapan dengan tujuh biji telur ayam kampung separuh masak. Juga secangkir air Milo panas bersuhu seratus darjah celcius. Kemudian saya bersenam. Push up seratus kali, sit up seratus kali dan mengangkat dumbbell seratus kali juga. Kemudian saya ke pejabat. Saya memandu sangat laju pada pagi ini. 177 kilometer sejam! Padahal jalan sangat basah dan licin. Selalu-selalunya saya sampai di pejabat dalam masa 47 minit, tapi pagi ini dalam 17 minit sahaja sudah sampai. Memang laju gila saya memandu pagi ini!
Keluar dari kereta, saya merogoh-rogoh kocek seluar dan beg tangan hitam saya, tercari-cari anak kunci pejabat. Arghhh! Celaka sungguh! Tertinggal di rumah pula. Nasib baik kunci kereta tidak tertinggal di rumah sekali. Saya tidak sempat berfikir cara lain. Saya terajang pintu pejabat itu sekuat tenaga kaki dan hati saya. Pintu itu terkopak. Seorang makcik dobi yang kebetulan lalu di kaki lima hadapan ofis saya itu terkujat, lalu berhenti dan memandang saya.
"Apa pandang-pandang ……? Makcik dah puas hidup?" Saya sergah makcik yang tak berdosa itu. Makcik itu tak sempat melatah seperti selalu-selalunya. Dia cepat-cepat berlalu pergi.
Kebetulan, seorang eksekutif saya, Suzilla Salam namanya, pun baru sampai. Dia menikus, tak terkata apa-apa.
"Apa pasal ko datang lambat dari aku. Ko nak kerja ke tak ni?" Saya maki dia di situ juga, padahal pagi masih awal lagi, jam baru 7.47 pagi.
"Saya....saya......." Menggigil-gigil dia.
"Sudah! Kalau ko datang lambat lagi, mampus ko aku kerjakan nanti" Saya meludah ke lantai. Kemudian cepat-cepat dia mengambil mop mengelap air ludah saya itu.
Saya terus ke bilik saya di tingkat atas. Saya mengeluarkan komputer riba saya dari beg tangan hitam saya. Arghhh! Tak boleh dihidupkan pula. Masa inilah nak rosak! Geram sungguh! Saya terus hempas komputer riba saya itu ke lantai. Sekuat hati. Komputer riba itu bersepai. Baterinya patah dua, terpelanting kira-kira lima meter.
"Kenapa ni encik Qusnan Munazarif" Izhar Sulaiman, penghantar surat saya yang baru sampai menegur saya.
"Ko apa sibuk-sibuk nak tau ha? Ko boss ke aku boss? Apa pasal ko panggil aku nama penuh? Nanti orang tau la bodoh!!!" Seperti mahu terkeluar anak tekak saya. Saya membeliakkan mata saya besar-besar kepadanya. Kemudian saya tonyoh-tonyoh dahinya.
"Tak la encik Qusnan Munazarif, macam ada yang tak kena ni….Dari encik hempas komputer itu, baik bagi pada saya….." jawap Izhar Sulaiman. Eh! Berani sungguh dia menjawap.
"Ko jangan nak cari pasal dengan aku…. dan sekali lagi..... kau sebut nama penuh aku, aku bunuh ko nanti.......!" Saya terus meluru dan menerkamnya.
Saya cekik lehernya, saya cucuk kedua belah matanya. Saya tumbuk, terajang, dan belasah dia cukup-cukup. Kalaulah Mark Dacascos dan Jet Li melihat, tentu mereka berdua kagum dengan kegagahan saya. Darah mengalir deras dari lubang hidung dan matanya. Kemudian saya biarkan dia. Dia terkulai di atas lantai. Entah pengsan, entah sudah meninggal....... Peduli apa saya.....
.
Mengarut, gila dan brutal sungguh watak saya dalam cerita fiktif itu kan....?
TTFN
Label: Fiksyen
Sabtu, April 26, 2008 9:30:00 PTG, DeeN
Mula2 hamba baca pon terkujat! Natijah apakah ini yg membuatkan tuan hamba begitu dahsyat sekali diamuk amarah.
Tapi setelah hamba menelusuri ayat demi ayat yg penuh dgn angka kegemaran tuan hamba, arakian kisahnya baru hamba mampu menarik nafas lega dan mengundang getik di hati. Maka terhamburlah tawa ria yg menghiburkan.
Adapun tuan hamba, segala aksi merbahaya tuan hamba itu perlu diiringi dengan seni. Kerna tok guru hamba yg bernama Murahguru J.Chan itu berpesan, setiap gerakan yg ganas perlu diseimbang dgn kesenian supaya perlakuan kita nampak sedikit lucu. HaHaHa.. hoh, penat!!
Ahad, April 27, 2008 9:51:00 PG, Rajuna
bagi saya yang paling ekstrim di sini adalah 7 biji telur ayam kampung. memang power. boleh jadi lelaki dambaan wanita kalau melantak hari2 macam tu.tsk tsk tsk...
yang lain macam lebih kurang saya. saya suka mengamuk dan perkara-perkara ganas. saya brutal walaupun sebenarnya saya sendiri takut darah dan tak suka tengok medik tv.mungkin tahap brutal saya takat "xpdc-brutal" je kot.
Isnin, April 28, 2008 10:40:00 PG, ILA
Salam wat BP..kabare;)
kdang2 sbagai manusia biasa kita tak lari utk mlepaskan kemarahan dalam imaginasi sndiri.
Namun bersyukur kita tak seteruk spertimana dalam imaginasi sndiri.
Insyaallahhh...
hohooo..ila ni pun kerap rasa nak cekik bos sampai terjelir lidahnya & lempang sorang2 staf kat operation dept..hehekkk:p
tapi syang sgalanya hanya berimaginasi;)
Isnin, April 28, 2008 11:57:00 PG, blackpurple @ jowopinter
kak WL,
Waalaikumusalam.
Marah itu normal tapi biar berpada dan rasional. Sifat amarah yang ekstrim itu kan sifat syaitan. Marah ‘saya’ itu cuma satu bentuk escapism, barangkali…..
Pa’chik,
Aku sedang merayan la Pa’chik....
O, kalau nak kawin memang kena makan telur sampai tujuh biji ya…? :D
azie,
Sejak dari hari itu, makcik itu tak melatah lagi….. Syukur, dah sembuh dah penyakit latah dia.
Thank you. Hahaha!
atiqah,
7
2
7
Saya memang suka angka 27
Hidup 7!
cikin,
Itu pun dah tak berapa ganas Cikin. Banyak adegan yang terlampau ganas dah dipotong. Tak sesuai untuk bahan bacaan kanak-kanak.
Kamu dah isi borang ahli Kelab 7?
kadok,
Err......Nanti kalau rajin aku buat sambungannya. :D
Lama tak nampak kau kadok? Lama menyepi?
nur@,
Kamu sedang berlatih untuk pementasan bangsawan ke apa ni..?
Apa jadi agaknya ek kalau seni Capoiera digabungkan dengan seni Kung Fu.....?
Isnin, April 28, 2008 12:06:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
musafir,
Hehehe! Pandailah kau....
Aku jawap ulasan kau ini pada pukul 12.57 pagi...
shahril aley,
Masakan jejaka pemalu bertindak seganas itu…..
Merogoh-rogoh itu bahasa jawa, tapi digunakan juga di dalam bahasa Indonesia, maknanya meraba-raba. Fiktif itu asal dari fiction yang di’bahasa Indonesia’kan, rekaan atau fiksyen.
eisraa,
Salam.
Ya, wak tak berahsia yang wak sedang berimajinasi.
Jawapan wak sama dengan jawapan ulasan untuk encik shahril aley di atas.
kasawari,
Tapi kalau tujuh biji telur Kasawari lagi hebat, kan? Hehehe!
Zabs,
Waalaikumusalam.
Saya rasa 7 biji tak banyak lagi tuan. Saya pernah terbaca, Malek Noor itu dulu setiap pagi berbelas-belas biji telur setengah masak dimakannya.
Dia sedang bercuti. Berlakon jadi baik senang tuan, tapi berlakon jadi jahat itu yang susah…. :)
asuhara,
Tak baik gelakkan mangsa-mangsa ’saya’ berlebih-lebih. Mereka semua tidak berdosa.....
xrajunax,
Nak-nak lagi kalau campur madu, kan? Tapi susah nak cari telur ayam kampung sekarang ek......
Medik tv yang dulu pengacaranya Raja Hendon itu ke...? XPDC mana brutal bang…... New Boyz baru brutal…. :D
Isnin, April 28, 2008 12:18:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kamato,
Ya. Itu sisi gelap watak manusia yang gagal mengawal kemarahan. Escapism yang di luar batas kenormalan.
kak sarina,
Mustahil di tengah-tengah kota KL ini boleh memandu selaju itu kak. Nak memandu 77km/j pun semput bila waktu puncak. Lainlah kalau di lebuhraya.
Dalam cerita ini saya berlakon saja kak…..
en me,
Jangan sesekali ditiru adegan itu.....
kawaii,
Melepaskan amarah dalam bentuk tulisan pun satu kepuasan juga barangkali, itu agak lebih berhemah...
Rasional mesti mengatasi emosional, dalam keadaan apa sekalipun... :)
Tedungs,
Susah-susah emak dan abah aku bagi nama itu, kau gelakkan ya... sampai hati kau...
Penoreh getah,
Aku tengah berkira-kira nak bagi pada Hishamuddin Rais atau Nasir Jani skripnya nanti...
Tempe,
Sekarang Izhar Sulaiman dah berhenti kerja. Dengarnya dah pelakon pulak dah....
Isnin, April 28, 2008 12:36:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Hasrul,
Izhar Sulaiman la, bukan Azhar Sulaiman... :p
Beliau mengalami keilatan kekal seluruh tubuh badan. Kasihan....Nasib baik dia ada mencarum dalam Perkeso.
muor76,
Kalau nak berangan, biar berangan yang tak berpijak di bumi yang nyata Muor. Berangan itu percuma, kan? Bosan la berangan jadi orang-orang baik.....
Jamri,
Amarah yang lama dipendam-pendam, kalau meletus bak gunung berapi!
Weh! Mana kau lama menghilang Jam? Mana hilangnya blog kau? Tak balik Parit Jamil? :D
Mudin,
Kau siapa ha? Berani sungguh kau cakap macam itu....
ila,
Waalaikumusalam, Waras, alhamdulillah.
Kalau kita sendiri tak mampu tenangkan jiwa kita sendiri, tiada siapa yag akan dapat tenangkan jiwa kita...
Tak apa. Berimajinasilah semahu kamu. Biar berimajinasi membunuh sekalipun, kalau itu boleh melegakan jiwa kamu. :)
Si Kachak,
Sekali lagi kau sebut nama betul aku, nahas kau...! Hahaha!
Suparjo? Kau datang dari Madura ek? Kau dah renew permit kau belum....?
Isnin, April 28, 2008 6:01:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
asuhara,
Memang 'gila' sungguh tindakan encik Qusnan Munazarif itu......
mak su,
Ok, baliklah. Hati-hati jalan Mak Su...
MR,
Apa yang amboi MR?
Rio,
Saya biasa makan madu Manuka.
Nak lagi 'berkuasa', ganti Milo dengan kopi Tongkat Ali dan Ginseng... :D
masy,
Telur ayam kampung lagi 'berkuasa' Masy....
Pa'chik,
Aku malas la nak cerita Pa'chik.... Tak naklah nanti dikata riak, ujub dan takbur pulak.. Hahaha!
achik,
Malek Noor makan lagi banyak tau....!
'Satu dan hanya' nama seperti itu di muka bumi ini.... :D
Selasa, April 29, 2008 3:18:00 PTG,
huh terkesuma seketika. ingatkan cerita betul wakaka.
bagus juga dapat baca cerita camni dapat bermain dengan minda dan emosi.
Rabu, April 30, 2008 10:46:00 PG, blackpurple @ jowopinter
violet,
Nak letak tajuk lain pun boleh. ‘Bila Aku Sudah Tiada,’ ‘Patience’ ataupun ‘So Lonely’, misalnya, tapi seelok-eloknya biarlah bahasa Melayu..
moeha,
Waalaikumusalam.
Terima kasih. Terharu saya kalau cerita mengarut yang entah apa-apa ini dapat menghiburkan kamu….
[Kamu pernah membaca cerita tentang seorang badut yang menghiburkan ribuan orang, tapi diri sendiri resah dan sepi……?]
p/s Saya sangat taksub dengan 7… :)
cakapaje,
Waalaikumusalam.
Agak-agak, siapa paling sesuai pegang watak ‘saya’ dan Izhar Sulaiman ek....?
Rush,
Wujud lagi ke ’Drama Minggu Ini’ Rush... ? Dah jarang tengok tivi, RTM apatah lagi… :D
khairyn,
Yang 7 biji telur itu memang agak mengarut tapi push up 100 kali itu memang biasa buat, tapi 20 kali x 5 set la. Tapi itu dulu-dulu la...
Azzam,
Ha Ha! [Meminjam ketawa Naga]
Kak Nurazzah,
Itu exercise yang paling murah, mudah dan ringkas kak. Tak payah susah-susah nak pergi gimnasium. Buat atas katil pun boleh. :D
Tok Nabe,
Idea masa fikiran tengah ‘gila’ itu Tok…. :D
Rabu, April 30, 2008 10:56:00 PG, blackpurple @ jowopinter
nur@,
Tertunggu-tunggu Mark Dacascos dan Jet Li berlakon dalam satu filem...
Kak Lady,
Cucuk saja cukuplah kak Lady, kalau dikorek mata Mamat itu dah kira terlampau kejam sangat namanya tu. :D
ruslina,
Maafkan saya makcik dobi. Saya terlebih-lebih emosi……
megat,
Saya dah ada dalam penjara sekarang agaknya kalau itu cerita betul..
Terima kasih pautan itu. Menarik......
Nonie,
Habis watak macamana paling sesuai untuk aku ek? Kalau watak hero romantik macam Abang Jalal itu sesuai ke?
Neeziee,
Bila nak turun KL lagi bang? Aku masih hutang kau KFC...
mek na,
Sesekali berangan nak jadi seorang yang kejam......
Zino,
Jangan bagi anak zino yang bongsu itu baca ye....
Zwit,
Ya, ya. Aku budak baik.....
Hantu Raya makan telur ke?
Salam Purp,
Ini bukan cerita betul-betul kan? Ini cubaan aje kan? Tak mustahil juga jadi betul-betul jika tidak dikawal. Kita kan manusia biasa aje dik.
(Doa: ini bukan betul-betul). Fiktif semata :D