Selasa, April 22, 2008
Petang semalam, kami – saya, emak, abah, adik bongsu saya dan dua anak kecil - ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Bandar Maharani, Muar.

Saya pernah bercerita tentang kisah Ana di sini tak lama dahulu. Saya kira deritanya sudah bernoktah, rupanya tidak. Allah sangat menyayanginya sehingga diduga dengan ujian yang lain pula.

Penderitaan yang ditanggung Ana selama beberapa tahun akibat didera secara fizikal dan mental oleh suaminya itu sudah berakhir sebaik sahaja jantan celaka itu melafazkan talak kepadanya. Tiada lagi maki hamun yang menyeksa jiwa Ana dan tiada lagi lebam-lebam di badannya dibelasah jantan celaka itu. Saya bersangka jahat, bebaslah agaknya jantan itu bercinta dengan janda yang digila-gilakannya itu, tiada siapa akan melarang lagi. Biarlah. Apa ertinya Ana mempertahankan rumahtangganya, mempertahankan kasih-sayangnya, atau rela bermadu sekalipun, kalau hidupnya nanti seperti di neraka.

Ana menyampaikan khabar duka beberapa bulan yang lalu. Tersentak saya bila Ana memberitahu saya dia sedang mengandung. Mulanya dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan sakit di bahagian perutnya, tetapi doktor memberitahunya dia mengandung dua bulan. Ana sendiri tak sedar yang dia mengandung. Geram sungguh saya. Sambil jantan itu menyeksa Ana, dalam masa yang sama, sempat lagi dia........... Bermakna juga, belum jatuh lagi talaknya sehingga Ana bersalin nanti.

Ana dirawat di hospital itu kerana kandungan dan kedudukan rahimnya agak kritikal. Mungkin kesan akibat diseksa suaminya dahulu, mungkin akibat berkerja keras untuk menampung hidupnya dan dua anaknya selepas berpisah dengan suaminya itu. Dia terpaksa tinggal di wad sehingga tempoh bersalin Julai nanti. Kasihan Ana. Dia terlalu baik dan tak layak untuk menderita sebegitu.

Dua anaknya yang masih kecil, lima tahun dan lapan tahun, dihantar ke rumah nenek dan atoknya di kampung. Keduanya sangat rapat dengan saya. Sehingga saya merelakan kedua anak kecil itu memanggil saya dengan panggilan 'papa'. Malam semalam, anaknya yang lapan tahun itu menangis sewaktu sedang belajar mengaji Al-Quran. Dia rindukan emaknya. Dan saya melihat air mata neneknya berlinangan di pipi. Sebaknya perasaan saya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Along, kalau kau jumpa jantan itu kau tembak saja!” Kata Lin, sepupu saya kepada saya pagi kelmarin. Kalaulah Tuhan mengizinkan saya melaknat sesama manusia, manusia itu adalah suami yang berlaku kejam kepada isterinya.

Petang semalam, di Hospital Pakar Sultanah Fatimah itu, saya melihat kekuatan jiwa seorang wanita yang teraniaya. Ana masih tersenyum biarpun bagai sudah hilang seri di wajahnya. Saya tahu dalam senyap dan diam, Ana sudah puas menangis seorang diri.


Catatan:
Kalau kamu masih tertanya-tanya, kenapa saya begitu bersungguh-sungguh mengambil berat wanita malang bernama Ana itu, jawapan saya; kerana dia adik kandung saya. Meluka dan menyakiti insan yang saya sayang, bererti meluka dan menyakiti saya juga. Buat dua orang lagi adik perempuan saya, cinta bukanlah segala-galanya dik, pilihlah suami yang berakhlak, beragama, penyayang dan direstui emak dan abah.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/22/2008 01:27:00 PTG. |


78 Ulasan


Selasa, April 22, 2008 2:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wak, baca cerita kamu ini, aku penuh emosi. Sedih, marah membuak-buak!

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kan? Aku doakan Allah memberikan kebaikan kepada Ana, dunia akhirat. Sampaikan salam aku kepadanya.

 

Selasa, April 22, 2008 2:46:00 PTG, Blogger Sastri

memang kasihan dan simpati terhadap Ana... dan walau cuba menampilkan dirinya kuat, saya faham, hatinya pasti remuk... menangis itu sudah pasti...

peristiwa yang Ana lalui itu sama seperti yang dilalui oleh salah seorang makcik saya sendiri tapi setelah jatuh talak, alhamdulillah, dia pulih... walaupun sekarang, bekas suaminya pernah nak berbaik semula, tapi parut di hatinya dan nenek saya masih berbekas...(nenek saya pernah berkata, wang hantaran yang ko berikan bukan bermaksud ko boleh buat anak aku macam hamba...)

saya doakan semoga Allah memberikan Ana ketabahan,kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini... peringatan kepada diri saya juga sebenarnya...

 

Selasa, April 22, 2008 3:02:00 PTG, Blogger Unknown

memang begini lumrah kehidupan sekarang ni bang.. orang yang baik ini akan senantiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan.. Ana mungkin tergolong dalam golongan yang orang2 yang sebegitu..

tapi percayalah setiap penderitaan dan kesabaran itu pasti ada kemenangan dikelak hari.. sejauh mana kita diuji itu sume kehendak ilahi.. bila kita diuji kita takkan lupa pada ilahi.. sebab itu Allah menguji kita.. sabarlah dan sama tawakal dengan kehendak ilahi

 

Selasa, April 22, 2008 3:11:00 PTG, Blogger shah

salam saudara. satu lagi persamaan kita. saya mempunyai dua adik perempuan yang menghadapi masalah yang sama. seorang masih lagi digantung tak bertali, walau puas memanjat tangga mahkamah syariah. ayah saya sampai diserang sakit jantung gara-gara dua anak perempuan kesayangannya didera oleh suami masing-masing yang pada asalnya orang yang baik.

saya bersimpati terhadap nasib ana. semoga dia terus cekal dan tabah menghadapi ujian Ilahi. berat mata membaca, berat lagi bahu kecilnya memikul.

apa yang berlaku terhadap adik saudara dan adik-adik saya memberi iktibar dan peringatan kepada diri saya sendiri.

sentiasa beringatlah kaum adam, kaum hawa memang zahirnya lemah, batinnya halus, kaum adam seharusnya melindungi, menyayangi kaum hawa bukan menyakiti dan menyeksa mereka. saya malu mengaku suami-suami mereka ini kaum sejenis saya. perlakuan mereka lebih buruk dari binatang.

sang puteri, usahlah risau. kelihatannya putera idamanmu ini seorang yang baik dan prihatin. insyaAllah, dia akan menjagamu dengan baik, saya doakan.

assalammualaikum.

 

Selasa, April 22, 2008 3:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

itulah bezanya lelaki dan jantan...

sedih tempe baca... sabar ya BP... nak aja tempe tlg tembak jantan tu... tp takde 'license to kill'..

jantan.. dlm sepak terajang bini pun sempat lagi.. kalo perempuan walhal betina skali pun.. kalo sudah marah tak dipedulinya dah...

 

Selasa, April 22, 2008 3:21:00 PTG, Blogger Layla Haq

Mati-mati saya sangka kamu bercerita tentang ana [drama hikmah yang jarang saya tonton].

rupanya kisah benar?

Katakan pada ana, Tuhan sengaja mencipta kesakitan untuk dia merasa nikmatnya kemanisan di syurga selagi dia memiliki rasa percaya pada Tuhan.

Ya, hanya keluarga teman kita dikala susah dan senang.

Semoga Ana beroleh bahagia yang hakiki walaupun bukan di dunia. Amin.

 

Selasa, April 22, 2008 3:48:00 PTG, Blogger Pa'chik

haiya.. mudin potong sas tang koner lah.. ekeke...

elok la kalau lelaki tu dah lepaskan ana... tak guna punya jantan... kalau aku.. rasanya dah lama aku upah orang siam patah riukkan tulang temulang dia...

 

Selasa, April 22, 2008 3:55:00 PTG, Blogger achik

geram sungguh ngan jantan camtu.. huh!!

semoga Ana terus kuat.. huhuhu..

 

Selasa, April 22, 2008 4:06:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

sabar itu memang senang diucap. semoga Ana tabah menempuh dugaan ini. anggaplah Ana yang terpilih, inshaAllah. saya dapat rasakan kebaikan yang menanti Ana 'esok'.

 

Selasa, April 22, 2008 4:26:00 PTG, Blogger TokNabe

Salam BP, memang kisah sebegini sedh kita mendengarnya.Lebih2 lagi kalau terjadi pulak dalam keluarga sendiri. Saya sendiri bersimpati dan sukar menerima keadaan lelaki yang telah bertukar menjadi jantan sebegitu. doa saya.. biar Ana tabah menghadapi semuanya.

 

Selasa, April 22, 2008 4:47:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Bagus kisah benar ni. Pengajaran buat semua. Cinta tak semestinya indah selamanya.

 

Selasa, April 22, 2008 5:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

sbg seorg perempuan sy pun turut terasa derita yg ditanggung Ana.

tempiasnya juga lebih dirasai oleh ahli keluarga Ana.

semoga Ana dan keluarga sabar hadapi dugaan ni.

Allah sentiasa bersama org2 yg sabar.

*jantan keparat tu mmg patut dihumban kedlm api je. sy benci lelaki cm tu!

 

Selasa, April 22, 2008 6:56:00 PTG, Blogger Rajuna

manusia dianugerahkan hati dan perasaan. sedang dilukai hati cukup perih apatah lagi dilukai fizikalnya.

akal yang dianugerahkan seharusnya digunakan sebaiknya. bagi aku sendiri kang, setiap perbuatan yg menzalimi orang lain pasti akan menerima balasan dari Nya. Tak hari ini, mungkin di sana nanti. Kita sebagai manusia sememangnya tidak mempunyai hak untuk menghukum seseorang. tetapi kalau sudah begini caranya, kadangkala kewarasan boleh diletakkan ketepi dahulu. Kurang hajar.

tapi, usahlah bertindak diluar batasan. serahkan saja pada yang Esa. Insya allah, perjalanan hidup akan lebih diberkati.

life is like a wheel, sometimes we re on top, sometimes we re on bottom. be human, it would be ok.

 

Selasa, April 22, 2008 6:58:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

kalau semua suami memahami beza dikasihi ngan disakiti..kan baguss...

 

Selasa, April 22, 2008 7:51:00 PTG, Blogger silversarina

salam,

geram bila baca kisah macam ni... suami yang tak berhati perut ..kalau ikut hati memang elok dibunuh aje... apapun biar Allah sahaja memberi hukuman padanya .

 

Selasa, April 22, 2008 8:04:00 PTG, Blogger aNIe

BP...meremang bulu roma akak...bergenang airmata ini bila yang diceritakan dulu adalah adik kandung BP...dpt akak gambarkan betapa hancurnya hati BP bila adik kesayangan diperlakukan begitu...

Geram, marah, simpati...macam2 perasaan akak bila membaca entry kali ini...doa akak buat ana...semoga satu hari nanti dia menemui kebahgiaannya dan semoga penderitaannya akan berakhir...alhamdulillah ana mempunyai keluarga yang menyayanginya...

Semoga ana dan BP serta keluarga yang lain tabah menghadapi dugaan ini....

 

Selasa, April 22, 2008 8:37:00 PTG, Blogger debikdebuk

Sakit hati aku dengar mamat tu buat gitu. Report polis.



Aku simpati pada ko, seorang abang...

 

Selasa, April 22, 2008 8:57:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam Purp,

Jika dibenarkan manusia mengambil nyawa manusia lain, membunuh lelaki itu adalah kerja paling mulia.

Semoga Ana dan keluarga tabah.

Kak WL tidak tahu apa nasib Teh, teman sepermainan Kak WL itu.

 

Selasa, April 22, 2008 9:18:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Air mata pun nak terkeluar bila baca anak Kak Ana menangis tu.

Alhamdulillah dia ada keluarga yang amat supportive.

 

Selasa, April 22, 2008 9:59:00 PTG, Blogger Mek Na

berat mata memandang berat lg bahu memikul. kirim salam saya pd ana. semua dah tertulis, redha dan tabah cari jalan penyelesaian. jgn berhenti berusaha. tuhan tau. sy doakan semoga derita ana akan cepat berlalu pergi.

 

Selasa, April 22, 2008 10:17:00 PTG, Blogger KAMATO

Semoga ana akan diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan kehidupan ini

 

Selasa, April 22, 2008 10:42:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Tambah sikit,

To these kind of husbands, you may have my respect on the outside if you look smart and professional. But you wont never have mine if you dare to be mean to your wife. Ok!

Maaf, saya mau lepas geram pada seseorang itu yang juga bertindak kejam pada isterinya.

 

Rabu, April 23, 2008 12:07:00 PG, Blogger Nunn

ALLAH jadikan manusia ni berpasang pasangan...cuma kalau tak digunakan akal macam ni la jadinye...lebih teruk dari binatang ....berbanyak lah berdoa kepada ALLAH sesungguhnya orang teraniaya ni doa nya cepat dimakbulkan ALLAH....

 

Rabu, April 23, 2008 12:16:00 PG, Blogger malay-tree

dulu ku punya kawan, namany ana. nama penuhnya anaconda. mujur aku tidak ditelannya.

kamu jangan telan aku.

 

Rabu, April 23, 2008 1:29:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Begitu perkasa adikmu menahan cabaran bp. Menunggu sehingga Julai bukanlah sepantas masa tika bahagia. Satu pengorbanan yang mulia kalau kau boleh sentiasa memberikannya semangat.

Penuh simpati dari aku.

 

Rabu, April 23, 2008 2:25:00 PG, Blogger Unknown

hmm sangat sedih baca cerita neh..

 

Rabu, April 23, 2008 5:32:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

saya kesedihan.....lajunya titis airmata ini....JP....

 

Rabu, April 23, 2008 8:28:00 PG, Blogger asuhara sue

walau tak melalui pengalaman ini, saya yakin keluargalah tempat mengadu nasib waktu ini, walau pun ana tak pernah mengucapkan. Hanya sokongan kuat penuh kasih sayang keluargalah yang menjadi tongkat hidupnya.

p/s:Kang,dhadi kakang seng apik sampek bilo-bilo yo!

 

Rabu, April 23, 2008 8:32:00 PG, Blogger rudy bluehikari

geram betul aku dgn lelaki mcm ni. xbertanggungjawab langsung! Kang, ndelok2 ke anak2 sedolormu kui.

 

Rabu, April 23, 2008 8:35:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam :)

bergenang airmata saya melihat seorang wanita yang bergelar isteri & ibu di perlakukan sebegitu. tidak sedarkan betapa besarnya pengorbanan mereka.

jantan yang tiada iman memang begitu. manusia bertopengkan haiwan. tak tahu nak gelar apa lagi dengan jantan seperti itu.

buat BP & keluarga.. semoga kuat menghadapi dugaan ini kerana kekuatan itu adalah kekuatan untuk Ana & anak2 ana juga.

Ya Allah, akhirilah penderitaan ana & anak2nya dengan bahagia dunia akhirat.

 

Rabu, April 23, 2008 8:44:00 PG, Blogger zwitterion

Moga Ana dan seluruh keluarga tabah..
geramnya kalau jumpa orang macam tu.

 

Rabu, April 23, 2008 10:12:00 PG, Blogger Cik Keju

ulasan dlm entry sblm ini..

penah jadi pada kak long saya. dah b'pisah pun dgn lelaki durjana tu. memang trauma. saya yang jadi 'pemerhati dr jauh' ni pun trauma sama.

sampaikan saya pesan pada seseorang, "kalau dah kawen nnt, tak kira la dgn saya or perempuan lain, tolong la jangan buat benda yang sama. sakitnyer bukan sikit, bukan sekejap. sakit zahir & batin dan terasa sampai ke mati.. "

-------------

dan sampai hari ini pun lelaki itu masih 'menyeksa' kak long saya secara 'senyap'. dia memang jahat!

 

Rabu, April 23, 2008 10:23:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mudin,
Aku menulis cerita ini sambil menitiskan air mata. Sampai hati orang buat adik aku macam itu sekali.

Aku harap cerita Ana ini dan cerita yang sebelumnya itu dulu, boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.

Insya-Allah, aku akan sampaikan salam kamu itu nanti.


Sas,
Ya, zahirnya Ana nampak kuat dan tabah, tapi di dalam hanya dia dan Tuhan yang tahu....

Perasaan seorang ibu, begitulah. Dia yang bersusah-payah mengandung dan melahirkan, manakan rela melihat anaknya diperlakukan sesuka hati...

Hikmahnya, Ana semakin mendekatkan diri kepada Allah.....Alhamdulillah.


Penoreh Getah,
Ya, begitulah. Bila manusia redha dengan segala ujian-Nya, balasan yang baik akan menanti juga nanti akhirnya. Kalau tidak pun ’di sini’, ’di sana’ nanti...

Tak kiralah dugaan dalam bentuk apa sekalipun, tetap ada hikmahnya.


shah,
Waalaikumusalam.

Terima kasih atas ulasan dan perkongsian cerita sdra.

Kaum lelaki sememangnya dijadikan Allah sebagai pemimpin dan pelindung kepada kepada kaum perempuan. Kalau seorang lelaki sanggup mendera dan menyeksa kaum perempuan, tak kiralah dari segi mental atau fizikal, mesti ada sesuatu yang ’tak kena’ dengan lelaki itu, samada dari segi imannya, akhlaknya, atau mungkin juga jiwa dan pemikirannya.


Tempe,
Nafsu binatang memang tak sama dengan nafsu manusia Tempe....... Manusia punya akal, tapi binatang tidak......


Bayan,
O, saya jarang menonton tivi....

Ya, setiap kesakitan itu ada hikmah yang tersembunyi di dalamnya, asalkan kita sabar dan redha. Allah itu maha adil.

Amin, harapnya begitulah.


Pa’chik,
Hehehe!

Kalau dia tak lepaskan Ana pun, Ana memang dah failkan kes di pejabat agama Pa’chik....

Orang Siam itu lut peluru tak? Pasal jantan itu ada pistol di pinggangnya…. Anak buah IGP tu


achik,
Mudah-mudahan achik mendapat suami yang baik dan penyayang nanti.... :D

Moga-moga. Tapi Ana memang nampak kuat…...


acciaccatura,
Betul, sabar senang diucap tapi sangat berat untuk melaksanakannya. Kalau sentiasa redha, pasrah dan tidak menyalahkan takdir, insya-Allah akan ada ganjaran di pengakhirannya nanti.


TokNabe,
Waalaikumusalam Tok Nabe.

Semoga kita dijauhkan dari sifat sebegitu Tok. Saya pun hairan lelaki jenis sebegitu. Nak kata sayang, takkan tergamak menyeksa sampai macam itu sekali. Kalau sudah benar-benar tidak suka atau sudah hilang kasih-sayang sekalipun, perlu apa mendera?


Azzam,
Ambillah iktibarnya.

Cinta, sebelum berkahwin banyak fantasinya, selepas kahwin baru nampak realitinya. Agaknyalah.


violet,
Kita cuma mampu bersimpati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

* Itu bukan lelaki, itu jantan celaka!

 

Rabu, April 23, 2008 10:36:00 PG, Blogger DeeN

Owh! Patutlah kamu beria2 berceita pasal ana. Mudahan Allah swt terus berikan kekuatan pada adik kamu utk mengharungi hidup. Cubaan!! Ah! Anak buah IGP pun tak kebal selamanya. Silap2 'senjata makan tuan'!! Kita sama2 tunggu!!

"Cinta tak semestinya indah selamanya." - aku suka ayat Azzam. Hanya cinta pada Ilahi sahajalah kekal indah selamanya! ;)

 

Rabu, April 23, 2008 11:44:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

xrajunax,
Ya, benar kata-kata kamu itu.

Biarlah Allah sahaja yang membalas dan menghukum kejahatan jantan itu. Kalaupun di dunia ini dia mungkin dapat terlepas dari hukuman undang-undang dunia, di sana nanti tetap ada balasan dari-Nya, kalau dia tak bertaubat.

Tidak akan berkat dan aman hidup menganiaya insan yang tidak berdosa, apatah lagi terhadap kaum yang lemah. Dan saya juga percaya doa orang yang teraniaya itu mudah dimakbulkan Allah.


Lovelyzz,
Tapi tak semua suami sejahat itu, dan tidak semua lelaki juga sezalim itu. Ramai suami dan lelaki yang berakhlak, beragama dan penyayang di luar sana... :)


Kak Sarina,
Waalaikumusalam.

Itulah, kalau diikutkan emosi dan amarah memang teruk agaknya jantan itu kami kerjakan. Ya, Allah itu maha adil.


Kak Lady,
Itulah. Bila orang yang kita sayang diperlakukan sebegitu, memang sedih, marah, geram, kecewa sangat. Apalah dosa adik saya sehingga diperlakukan sebegitu.

Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ujian Tuhan ini. Insya-Allah.

Terima kasih Kak Lady.


debik,
Dah buat laporan Polis di awal kesnya dulu. Sudah turun naik mahkamah. Sudah lafaz talak pun.

Terima kasih debik..


kak WL,
Waalaikumusalam.

Kehidupan selalunya begitulah. Sentiasa diduga dan diuji Allah, dalam bentuk apa sekalipun.

Cinta dan kasih-sayang itu kadang-kadang cuma mainan perasaan, kalau tidak kerana Allah dan tiada keberkatan, boleh berubah sekelip mata menjadi sengketa, benci dan dendam.

 

Rabu, April 23, 2008 11:49:00 PG, Blogger Monster Mom

Hanya doa dan harapan yg boleh MM berikan pada Ana dan tuan sekeluarga. Kuatkan iman dan tekad..insyaallah... Akhirat menanti dengan penuh taat dan hukuman adil kan menanti disana...

 

Rabu, April 23, 2008 12:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

atiqah,
Anak Ana itu dah seperti anak saya juga.

Hmmm....Berat tanggungjawapnya menjadi anak sulung nih.


mek na,
Insya-Allah akan saya sampaikan.

Saya percaya, kalau kita banyak bersabar, dan sentiasa bertawakal, Allah akan permudahkan segalanya nanti.


Kamato,
Amin. Semoga begitulah hendaknya.


atiqah,
Itulah. Memang banyak lagi kes, ada yang jauh lebih teruk dari kes Ana di luar sana. Tak kiralah lelaki itu suami, bapa, tunang, atau sesiapa sahaja. Kalau menjadikan kaum perempuan sebagi tempat melepaskan geram, itu bukan lagi lelaki namanya...


nunn,
Begitulah. Kadang-kadang mungkin sebab tersilap pilih.

Tapi walau apapun, kalau setiap kejadian yang berlaku itu kita anggap ujian dari Allah, dan kita redha, kita ambil dari segi positifnya, tetap akan ada hikmahnya. Semua itu menjadikan kita lebih kuat dan dewasa. Insya-Allah. :)


pohon Melayu,
Jantan itu lebih ganas dari Anaconda bila membelit!

 

Rabu, April 23, 2008 12:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mazudi,
Kalaulah aku yang berada di tempatnya, aku pun tak pasti, samada aku boleh sekuat itu.

Terima kasih Zudi...


Lind,
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan :)


MdmZend,
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya MZ...


asuhara,
Doa dan restu dari ibubapa itu ubat jiwa yang paling mujarab. Siapa lagi tempat nak bergantung harapan, kalau bukan keluarga sendiri, kan?

p/s Insya-Allah. Kesuwun. Dadi kakang sing mbareb memang abot tanggungjawape..


Rudy bluehikari,
Kalau akhlak serupa itu dah tak layak dipanggil lelaki lagi mas.

Kuwilah mas. Mesakne tenan ah. Anak-anak ijek cilik-cilik, orak reti opo-opo dadi mongso..Insya-Allah mas.


ayumkay,
Waalaikumusalam.

Biarlah jantan itu. Semoga dibukakan hatinya untuk bertaubat. Kalau tidak, biar Allah sahaja yang menghukum dosa-dosanya.

Terima kasih.

Amin.


Zwit,
Insya-Allah.

Semoga kamu dijauhi dari lelaki seperti itu.


Cikin,
"kalau dah kawen nnt, tak kira la dgn saya or perempuan lain, tolong la jangan buat benda yang sama. sakitnyer bukan sikit, bukan sekejap. sakit zahir & batin dan terasa sampai ke mati.. ".
Aku tersentuh membaca kata-kata kamu itu Cikin. Semoga 'seseorang' yang kamu maksudkan itu akan terus melindungi dan menyayangi kamu sampai akhir hayat kamu.

Semoga Kak Long kamu terus sentiasa tabah dan kuat...


nur@,
Mudah-mudahan begitulah. Semua ini ujian dari Allah. Kena redhalah. :)

Cinta pada manusia itu macam bermain api, kadang-kadang.


monstermom,
Amin. Mudah-mudahan.

Insya-Allah. Terima kasih MM

 

Rabu, April 23, 2008 1:27:00 PTG, Blogger khairyn

Perasaan aku campur baur bila baca kisah adikmu. Apatah lagi sama dengan kisah yang terlalu peribadi yang aku tahu.

Jagalah dan didiklah zuriat Ana dengan baik.

Semoga Ana dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah sentiasa.

 

Rabu, April 23, 2008 2:37:00 PTG, Blogger Cik Keju

"Semoga 'seseorang' yang kamu maksudkan itu akan terus melindungi dan menyayangi kamu sampai akhir hayat kamu."

sayangnya, seseorang itu dah tak melindungi dan (mungkin) dah tak menyayangi saya lagi.

 

Rabu, April 23, 2008 2:44:00 PTG, Blogger farazdaq

salam purp;
sayu aku baca entri kali ini.teringat semasa di labor room..ibu beranak 9 yg merana didera suami..saat ingin melahirkan sang suami enggan 'redha' terhadap isteri..kata sang suami..'aku nak kahwin lain, kau izin atau tidak blakang kira'..semoga ANA terus tabah.

 

Rabu, April 23, 2008 2:53:00 PTG, Blogger muor76

ujian kesenangan lagi berat dr ujian kesusahan.. bile senang manusia belum tentu ingat tuhan...

Allah akan membantu manusia yg sabar dan orang yang teraniaya... mungkin bukan sekarang...

sebagai seorang laki.. ade 4 perempuan yg kite kene jaga..
hancur 1.. akan hancur ler lelaki itu..

skang nih nak jumpe lelaki memang ler susah.. jantan ramai...

 

Rabu, April 23, 2008 2:53:00 PTG, Blogger muor76

ujian kesenangan lagi berat dr ujian kesusahan.. bile senang manusia belum tentu ingat tuhan...

Allah akan membantu manusia yg sabar dan orang yang teraniaya... mungkin bukan sekarang...

sebagai seorang laki.. ade 4 perempuan yg kite kene jaga..
hancur 1.. akan hancur ler lelaki itu..

skang nih nak jumpe lelaki memang ler susah.. jantan ramai...

 

Rabu, April 23, 2008 3:18:00 PTG, Blogger MYA MARJA

Aku simpati amat akan kisah derita jiwa ini. Pasti ada jalan keluar, sahabatku BP. Berdoalah lagi, dan sentiasa bersangka baik dengan segala ujian Tuhan.

 

Rabu, April 23, 2008 4:36:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

mama memang simpati betul dgn ana tu...

sedangkan mama kalo minta hubby belikan ape2,kalo die x tunaikan pon dah kecik ati..

inikan ana yg dilakukan begitu...

sungguh tabah die...

hanya allah sahaja yg akan membalas kesabaran die...

sampaikan salam mama pada die..

teringin sgt mama nak jumpa die!

 

Rabu, April 23, 2008 5:04:00 PTG, Blogger Unknown

ana... perempuan y cekal..jgn kata BP...kami sume y baca ni pun marah sama... inilah perempuan...mcmana parah d hati...akan pasti cuba tersenyum...mcmana berat beban dipikul jua...macamana sakitnya d tahan d tanggung jua....slalu faktor anak2 jd penghalang... mereka kecil2 lagi... *sigh*

semoga tuhan memberi y terbaik utk ana dan anak2...

 

Rabu, April 23, 2008 5:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BPO,
Sebagai seorang ayah dan juga seorang abang, saya juga akan turut merasa seperti yang anda rasakan terharap orang yang melakukan begitu kepada darah daging saya.
Saya cuma dapat bersimpati di atas penderitaan Ana itu, dan berdoa agar beliau berada dalam keselamatn sehingga melahirkasn.Amin.

 

Rabu, April 23, 2008 5:57:00 PTG, Blogger Pa'chik

haha... orang tak upah tukang masak untuk keje-keje macam tu dude... ekekek...

 

Rabu, April 23, 2008 6:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

anyway, mungkin ader rahmat pada semua apa yg berlaku.. semoga ana selamat melahirkan nanti.. aminn n peace bro!

 

Rabu, April 23, 2008 6:42:00 PTG, Blogger azie

ya allah ya tuhanku..berikanlah kekuatan terus kepada ana..semoga tiada lagi muslimah yg bakal menerima nasib seperti ana..

 

Rabu, April 23, 2008 11:10:00 PTG, Blogger dugongsenyum

fcuk! tak guna punya jantan. sabar ya bro.

 

Khamis, April 24, 2008 1:34:00 PG, Blogger Ted

berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.setiap yg terjadi ada sebab musababnya.kan?

menganiaya di dunia dengan senang lenang, tak lama lagi pasti dapat ganjaran, cuma lambat atau cepat sahaja. jika terlepas di dunia, di akhirat pasti takkan terlepas.

tidak jatuh talaknya tapi, slps beranak nanti, bolehla rujuk pada jabatan islam,atau naik court.

skrg, nikah itu hanya tangkap muat sahaja.

 

Khamis, April 24, 2008 1:52:00 PG, Blogger mOEha Aziz

Salam..

Kita pernah bertemu di laman saya setelah anda menggelungsur dari laman kak lily...

Kekanda saya juga mengharungi ranjau yang hampir serupa. Buat Ana, insyaallah laman yang luas serta selesa menantinya di Firdaus nanti...

 

Khamis, April 24, 2008 8:42:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

Sedih....ko buat aku teringat pada seseorang yang aku sayang...aku pernah rasa sakit apabila orang yang aku sayang tu disakiti..Betul BP...Kita akan turut rasa sakit apabila adik-beradik kita disakiti...Aku harap Ana & anak2akan menemui kebahagiaan yang sebenar...

 

Khamis, April 24, 2008 9:51:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

khairyn,
Mudah-mudahan kita dapat belajar sesuatu dari kisah Ana ini dan ‘kisah yang terlalu peribadi yang kamu tahu itu.’

Insya-Allah. Tapi kasihan anak-anak kecil itu menjadi mangsa.

Amin.


Cikin,
Tak mengapa Cikin, fikirkan yang positif, mesti ada hikmahnya. Kalau 'dia' memang Tuhan ciptakan untuk kamu, Tuhan akan satukan kamu berdua juga akhirya nanti.... Insya-Allah.


farazdaq,
Waalaikumusalam.

Memang dah banyak kita dengar cerita-cerita mengharukan seperti ini. Semoga tidak terjadi pada diri kita sendiri.


muor76,
Betul kata kau itu Muor. Bezanya ujian kesenangan tidak menderita, ujian kesusahan menderita. “Syurga dipagari kepayahan, Neraka dipagari kesenangan“

Doa orang yang teraniaya, mudah dimakbulkan Allah, Muor...

Biarlah lelaki pasangannya wanita, dan yang ’jantan’ pasangannya ’betina.’


Mya Marja,
Itulah. Kita cuma mampu bersimpati.

Semoga sabar dan redha menerima dugaan-Nya itu ada keberkatannya nanti. Rahmat Allah itu yang kita cari.

Terima kasih sahabat.


mama ranggie,
Kita nampak dia tabah dan kuat, tapi di dalam hanya dia dan Tuhan yang tahu derita yang ditanggungnya.

Saya akan sampaikan salam MR, insya-Allah.

Terima kasih saya bagi pihak Ana.


Amora,
Aku sebagai lelaki ini pun bukan sahaja marah tapi juga malu bila ada suami yang berkasar terhadap isteri.

Ya, aku kagum dengan ketabahan perempuan yang sebegitu. Kau seorang ibu dan isteri, aku percaya kau lebih arif perasaan seorang ibu dan isteri….

Itulah yang kita harapkan dari Tuhan.


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Emak dan abah sendiri menjentiknya pun tak pernah tuan, ini senang-senang pula lelaki itu nak mendera dan menyeksanya.

Terima kasih tuan kerana mendoakan kesejahteraan adik saya.


Pa’chik,
Hehehe! Mana tau.... Tukang masak Siam pun ada yang pakar belasah orang apa.....


yginsaf,
Ya, pasti ada hikmah yang tersirat. Cuma kita banyak-banyak bersabar, redha dan bertawakal pada Allah. Tuhan pun tak suka orang yang merintih dan berputus asa.


azie,
Amin.

Berusaha, berdoa dan bertawakal. Insya-Allah.

 

Khamis, April 24, 2008 11:01:00 PG, Blogger Sya

Terkadang hidup menyendiri lebih baik dr hidup dgn pasangan yg mcm bom tangan.. yg bila2 boleh meletup.

Ana mengalami deraan yg lebih dasyat dr kak sya yg hanya deraan mental. Moga Ana terus tabah menghadapi kehidupan bersama anak2nya.

Untuk Ana..

Penceraian bukanlah penghujung jalan tetapi permulaan di satu jalan yg lain.. dan dengan sokongan keluarga dan saudara mara dan sahabat handai.. InsyaAllah jalan yg baru ini lebih indah dr sebelumnya.

Tak perlu lah nak membalas perbuatan nya sebab kehidupan dunia ini singkat.. tak payah tunggu lama Allah s.w.t akan membayar apa yg dilakukan di dunia lagi. Kita hanya tunggu dan lihat saje.

 

Khamis, April 24, 2008 11:20:00 PG, Blogger Mak Su

hhmmmm, macamana, tak de ker sesapa ambik tindakan report ker, hapa ker?

 

Khamis, April 24, 2008 12:34:00 PTG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

1- Saya berdoa agar Ana terus bersabar dgn musibah angkara jantan tak bertanggungjawab.Saya pasti Ana faham musibah begini sebagai ujian iman dan sebagai kifarah kpd kita.Alhamdulillah setakat ini Ana bertahan.
2-Ana beruntung mendapat abang seperti WP yg prihatin terhadap adik yg telah berumahtangga.memang moral support begini yg amat di perlukan oleh org2 seperti Ana.
3-Pengalaman saya dgn kes2 di pukul dan dianiayai suami2 durjana: buat polis report,ambil gambar sebagai bukti dan buat pemeriksaan doktor(kerajaan atau swasta) serta kalau dapat ambil medical report walaupun kalau mangsa tak mahu proceed dgn kes.Ini perlu kerana seringkali jantan celaka begini akan mengulangi pukulan2 mereka.
4-Jika lelaki/suami memahami ugama(bukan sekadar tahu) serta tanggungjawab dan amanah yg ALLAH berikan,InsyaALLAH sebarang masaalah boleh di uraikan tanpa perlu pukul memukul. Saya rasa suami Ana amat jahil dalam memahami ugama.Mungkin beliau sekadar tahu tapi tak faham.
5-Semoga Ana dan anak yg sedang dikandungi akan selamat ketika mengandung dan bersalin nanti.Ameen Ya Rabb.

 

Khamis, April 24, 2008 12:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
ohhh...
'ana' masih beruntung punya keluarga; menyokong dan membantu.
moga ALLAH membalas segala perbuatan buruk suami 'ana' kat dunia untuk sama2 lihat.

 

Khamis, April 24, 2008 2:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Basri,
Kalau hukum membenarkan, mahu saja aku bunuh jantan celaka itu....!


ted,
Ya. Setiap yang tersurat, sakit dan buruk macamana sekalipun, pasti ada hikmah yang tersirat.

Tuhan itu maha adil. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Itu pasti.


muha aziz,
Waalaikumusalam. Terima kasih sdr singgah di sini.

Setiap manusia lain ujian dan dugaannya. Seperti kamu juga, saya tahu kamu seorang yang tabah dan kuat semangat. Tahniah juga untuk kamu. :)


Nonie,
Kita cuma mampu melihat, simpati dan merasa tempias sakitnya, tapi entah bagaimanalah agaknya sakit dan derita sebenar yang ditanggung oleh yang empunya diri, kan?

Ya. Itulah yang kita harapkan.


Kak Sya,
Terkadang hidup menyendiri lebih baik dr hidup dgn pasangan yg mcm bom tangan.. yg bila2 boleh meletup.
Saya terpaku membaca kata-kata kak Sya itu. Hmmm....

Ya, saya pembaca cerita-cerita di blog kak Sya. Saya tahu kak Sya juga seorang yang tabah, kuat semangat. Bukan mudah menjadi seorang wanita seperti kak Sya. Dan saya banyak belajar dari cerita-cerita kak Sya juga.

Kalaulah Ana dapat membaca kata-kata perangsang kak Sya, juga kata-kata dari semua rakan-rakan di entri saya ini, saya percaya, dia akan menjadi lebih kuat dan positif lagi.

Ya, kalaupun tidak di sini, di sana nanti pasti ada balasan dan hukuman dari Allah. Dia maha adil.


mak su,
Sudah. Ada saya ceritakan di entri saya yang sebelumnya...


Dr Tokasid,
Waalaikumusalam doc

Jika lelaki/suami memahami ugama(bukan sekadar tahu) serta tanggungjawab dan amanah yg ALLAH berikan,InsyaALLAH sebarang masaalah boleh di uraikan tanpa perlu pukul memukul. Saya rasa suami Ana amat jahil dalam memahami ugama.Mungkin beliau sekadar tahu tapi tak faham.

Saya bersependapat dengan doc. Lelaki yang beriman dan berpegang kepada ajaran agama tak akan tergamak memperlakukan manusia lain, apatah lagi kaum selemah kaum wanita sedemikian rupa, apatah lagi kepada isteri sendiri. Mungkin juga lelaki jenis ini sudah rosak akal pertimbangan, fikiran dan jiwanya. Binatang pun kadang-kadang masih punya rasa belas kasihan.

Saya juga mengharap begitu doc. Semoga dia sejahtera dan selepas bersalin nanti berakhir segala penderitaannya.

Terima kasih atas perkongsian doc.


eisraa,
Salam.

Keluarga itu penting. Sebab itu bila bercinta janganlah sampai "buang emak buang saudara kerana kasih hamba turutkan... " Buruk padahnya nanti :)

Kalau jantan celaka itu tak mahu berubah dan bertaubat nasuha, tunggulah hukuman Allah nanti.

 

Khamis, April 24, 2008 3:54:00 PTG, Blogger Masy

klu terjadi pada org lain pon kita terasa, inikan pula saudara kandung sendiri. huuhuh sakitnya hati, tp sy yakin semua yg ada bersama2 dengan Ana mmberi perangsang dan kasih sayang.

moga Allah kuatkan iman dan tambahkan kesabaran dlm hatinya, insyaallah~

 

Khamis, April 24, 2008 5:18:00 PTG, Blogger pB

sayu bila tiba bacab bab anak anak yang menangis kerana rindu pada ibunyer ...


syukur kerana Ana punyai keluarga yang memahami dan sanggup menjaganya sekarang

moga Ana tetap tabah ...








dan buat lelaki itu


ingatlah , buat baik dibalas baik , buat jahat dibalas jahat

Allah Maha Mengetahui .....

 

Jumaat, April 25, 2008 12:02:00 PG, Blogger hakim dirani

Semoga saudara bnyak bersabar.
Memang sedih bila mendengar cerita sebegini. Saya juga berdoa agar Allah membalas pahala yang besar sebalik dugaan ini.

 

Jumaat, April 25, 2008 12:29:00 PG, Blogger Unknown

salam perkenalan
tersentuh baca citer ni..harap bersabar ngan dugaan Tuhan..

 

Jumaat, April 25, 2008 12:37:00 PG, Blogger zino

memang menyedihkan... semuga ana tabah dengan dugaan yg Allah berikan kepadanya..

teringat kisah seorang kawan zino.. (suami/isteri) tu kawan kami.. tapi si suami melafazkan cerai semasa isteri di hospital.. sungguh kejam..

gara gara orang ke tiga..

 

Jumaat, April 25, 2008 1:09:00 PG, Blogger Antown

jowo pinter opo pancen wong jowo mas?

 

Jumaat, April 25, 2008 9:14:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ujian menaikkan darjat kita di sisi Allah, semoga keluarga saudara diberi kekuatan

 

Jumaat, April 25, 2008 11:32:00 PG, Blogger nickmenza

pehh.. saiko

ape punye laki aa

 

Jumaat, April 25, 2008 2:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

seorang isteri, walaupun teraniya tidak akan menyimpan dendam terhadap suaminya, kerana hatinya lebih memikirkan kebahagiaan anak2nya. Semoga anak2 Ana dapat hidup bahagia wlpn tanpa ayahnya dengan kasihsayang drp nyai & bapa saudaranya.

~ck~
orang Parit Jawa jugak..

 

Jumaat, April 25, 2008 3:09:00 PTG, Blogger shahril aley

aku masih ingat lagi kisah ana itu. krim salam kpd adikmu itu. sampaikan sokongan serta doa rakan2 mu ini semoga die selamat melahirkan anak yang dikandungkan & kuat semangat menempuhi segala dugaan hidup yang tidak boleh aku bayangkan. penderitaan belum berakhir kerana titik noktah telah dipadamkan oleh takdir. berharap ko akan sentiasa melindungi die dari malapetaka yang dibawa oleh syaitan kejam bertopengkan manusia itu.

 

Jumaat, April 25, 2008 4:16:00 PTG, Blogger Jie

Semoga ana tabah menempuh dugaan ini dan syukur kerana ada keluarga sebagai sokongan dan perlindungan.

selalu bila anak bujang lelaki nk kawen..mak bapa ckp senang le ada org jaga..kita kena ubah pemikiran mcm ni....lelaki yg menjaga perempuan.

 

Jumaat, April 25, 2008 10:38:00 PTG, Blogger PINATBATE

Mudah-mudahan Allah sentiasa memayungi Ana dan anak-anak dengan payung rahmat dan kasih sayang NYa di dunia dan akhirat.

 

Sabtu, April 26, 2008 12:47:00 PTG, Blogger Along Tapa

itulah jadiknya kalo manusia lupa pada agama. salu lupa TANGGUNGJAWAB yg patut digalas slps bnikah. aku bsimpati dgn nasib ana tuh BP tp ko pun kna contohi adik ko jugak.jadik la org yg kuat akal dan jgn tlampau ikut nafsu amarah ko tuh.kalo tak ko dgn JANTAN tu sama jek.OK? aku faham perasaan ko sbb aku pun anak sulung gak. harap ko jgn la buat bnda yg bukan2. jgn plak smpi berita ko kuar kat TV.OK?

ps:/ harap ko faham la apa yg aku cuba sampaikan...

 

Sabtu, April 26, 2008 2:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Masy,
Manusia yang punya jiwa kemanusiaan memang mudah merasa simpati. Tak kiralah siapa pun yang menjadi mangsanya, apatahlagi kalau mangsanya insan yang kita sayang.

Mudah-mudahan.


pB,
Memang sedih, anak-anaknya itu dapat jumpa emaknya cuma 1 – 2 minggu sekali.

Alhamdulillah.

Tuhan tak akan mengizinkan jantan itu hidup aman akibat kejahatannya itu....


Hakim Dirani,
Insya-Allah.

Tuhan sedang menguji hambaNya. Ujian yang datang mematangkan iman, bukan begitu sdra?

Terima kasih dari saya bagi pihak Ana.


kimie,
Salam. Dan selamat datang ke dunia Jowo Pinter.

Ya, setiap dugaan Tuhan ada hikmahnya.


zino,
Begitulah harapnya.

Memang kejam sungguh! Macamanalah suami boleh tergamak berbuat begitu. Sudahlah isteri terlantar di hospital, diceraikan pula…. Selalunya macam itulah. Mesti wujud orang ketiga…...


antown,
Mas, mampir nang blog jowoku - Monggo Mampir


lee lin,
Ya, kena banyak bersabar dan redha dengan ujian-Nya.

Dengan izin Allah.


Lee,
Barang dijauhi dari mendapat suami sejahat dan seganas itu…..


Tanpa Nama,
Ini Cik Ketumbar kan…?

Bak kata kak Sya di atas “Penceraian bukanlah penghujung jalan tetapi permulaan di satu jalan yg lain“. Kejahatan ’suami’nya itu, biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

Alhamdulillah, Ana masih punya abah, emak, abang-abang dan adik-adik yang sentiasa menyokong dan mengambil berat.


shahril,
Insya-Allah....…

Aku percaya Ana tentu terharu dan tersentuh kalau dia berkesempatan membaca semua kata-kata semangat dan doa-doa dari rakan-rakan dan sahabat-sahabat di sini.

Terima kasih banyak-banyak dari aku bagi pihak Ana. Budi baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.


kak Jie,
Begitulah harapan kita,

Kena sama-sama menjaga satu sama lainlah, baru sejahtera.

Itu cerita suami mendera isteri. Saya ada seorang kawan - seorang suami - yang didera isteri...... Pokok pangkalnya, akhlah, iman dan agama. :)


Pinatbate,
Mudah-mudahan. Amin.


along tapa,
Terima kasih.

Jangan bimbang. Alhamdulillah, aku masih rasional. :)

 

Sabtu, April 26, 2008 3:47:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ana pasti sedang menangis..menangis lah ana andai itu dapat meredakan segalanya..sabar itu kunci-nya..semoga terus tabah

 

Isnin, April 28, 2008 1:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kadok,
Ya, semoga dia terus sabar, tabah dan tawakal pada Allah...

 

Isnin, April 28, 2008 1:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Titipan utk sang Pinter.Salam mesra jua.Khabarkan pada jantan itu seandainya dia lelaki yg pernah berjanji atas lafaz seorang suami.Mati itu pasti.Kebalkah jasad nya nanti menerima terjang penangan azab Illahi.Tidak terkecuali sehalus zarrah buruk pekerti nya kan ditelanjangi. Semuga ALlah mengurnia ketabahan dan kesabaran buat Ana.Simpati tak terhingga. Rio.

 

Sabtu, Mei 10, 2008 1:42:00 PTG, Blogger NN

Semoga Allah memberikan ketabahan buat adik kamu dan memudahkan kehidupannya.. InsyaAllah..