Gerainya itu bukannya apa sangat pun. Cuma ada sekaki payung besar dan sebuah meja empat segi yang dibuat dari kayu terpakai dan papan lusuh. Melihat wajah tuanya, urat-urat yang timbul di lengannya dan kedut-kedut di wajahnya terus mengingatkan saya pada arwah atok saya. Arwah atok seperti pakcik itu cuma tubuh atok kurus dan tidak setegap pakcik di hadapan saya itu. Ah! Saya rindukan atok......
Saya memesan sebiji kelapa muda - degan kata orang kampung saya. Sambil dia membelah dan mengeruk isi kelapa muda itu, saya belajar-belajar menjadi peramah dan mesra. [Kalau diikutkan saya memang peramah dan mesra sebenarnya, cuma dengan perempuan saja saya sangat pemalu ]
Saya bertanya satu dua soalan, yang agak santai yang saya kira tidaklah mencabar fikiran sangat. Tapi jawapan yang diberikan pakcik itu sarat dengan keluhan berat. Saya dapat membaca kekesalan, keresahan dan kehampaan terlukis di wajahnya. Datang rasa simpati saya.
Katanya, orang Majlis selalu 'kacau'. "Mana tahan, sekali saman kena RM80.00……" keluhnya. Memanglah Majlis ada menyediakan gerai penjaja tetapi letaknya tersorok, tidak masuk akal dan tidak munasabah lokasinya, keluhnya lagi. Sudah beberapa kali dia diberi amaran, gerainya akan dirampas kalau dia terus berniaga di situ. Tapi pakcik itu berdegil. Dia terpaksa berniaga di situ untuk mencari pendapatan tambahan. Hendak diharap pencennya tak seberapa, tak cukup menyara isteri dan anak-anaknya di rumah.
"Penguasa-penguasa itu sebangsa. Bangsa lain yang berniaga di tepi jalan, menggunakan petak tempat letak kereta untuk menyusun kerusi-meja tempat makan, buat tempat mencuci kereta, tidak mengapa pula..... " luahnya. Ada riak kecewa yang ketara di wajah pakcik itu sewaktu dia menghulurkan bungkusan air kelapa muda itu kepada saya.
Petang itu entah kenapa air kelapa muda yang saya minum itu tidak semanis selalu.... Dan bayang-bayang atok sedang terbongkok-bongkok menajak, memancah dan memerun singgah di ingatan saya.
TTFN
Khamis, April 17, 2008 5:35:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Itulah. Sebenarnya pakcik itu bukan inginkan simpati cuma keadilan dan sedikit timbang rasa dari pihak yang berkenaan. Tak lebih dari itu...
Semoga roh almarhum atok-atok dan nenek-nenek kita semua dicucuri rahmat Allah. Amin.
Kak WL,
Waalaikumusalam.
Mentimun. Menggolek luka, digolek apatah lagi...
Dan ada ramai lagi yang senasib pakcik itu di luar sana, sebangsa dengan kita...
Hasrul Halid,
Ya, ya. Aku setuju. 'Kita' lemah. 'Kita' tak kuat.
Kak Sarina,
Jadi tempat lepak gajah putihlah akhirnya nanti kalau gerai penjaja dibina di tepi jalan yang orang tak lalu....
tasikmerah,
Pakcik itu kaya dengan kemiskinan. Penguasa miskin dengan keperihatinan.
Hanny,
Itulah. Saya pun sedang mengenang saat itu. Bermula dengan menjolok-jolok buah kelapa muda dengan galah atau memetik dengan memanjat pokoknya terus, kemudian membelahnya, kemudian mengeruk isinya dengan kulitnya itu.....
Rindu sungguh dengan suasana itu...
Khamis, April 17, 2008 7:05:00 PTG, Pa'chik
ini biasa lah dude... dulu, kat sini, zaman kerajaan lama, penguasa pbt, siap sepak bakul penjaja-penjaja melayu kat pasar SK tuh... mereka macam samseng kat penambang lam citer pendekar bujang lapok lah..
datang kerajaan baru, semua tu diharamkan, dan kalau ko tengok kat tengah bandar pun, ada lah orang-orang meniaga kat kaki lima... kalau hari jemaat, lagi ramai...
bagi aku.. itu lah perniagaan yang ramai orang kita mampu buat.. nak buat yang besar, mereka tak berkemampuan, nak menyewa tapak.. memang untung ciput lah... dan selalunya, kalau duk lam bangunan.. haha.. tak ramai yang nak nyinggah.
Tabiat orang kita yang suka beli barang kat tempat terbuka, senang, dan mudah nak pegi... tu yang ramai duk gi pasar malam tuh...
penah satu kali, pegawai keipidien kena maki ngan orang jual obat.. pasal obat mereka dirampas, padahal obat tu mereka beli dari kedai cina dekat-dekat situ juga, tak pulak diserbu kedai cina tuh...
udah tu.. apa yang bangga sangat ngan DEB tuh dude?
Khamis, April 17, 2008 9:07:00 PTG, ManjLara
teringat kisah suami-isteri yg meniaga air kat jln masjid india suatu ketika dulu, tetiba diorang kena serbu ngan pihak majlis, semua brg2 termasuk motosikalnya kena sita. itu kali pertama sy tengok kejadian 'live' spt itu. sebak tengok pasangan tu yang tergamam dan terpaksa berputih mata di khalayak ramai...
Khamis, April 17, 2008 11:43:00 PTG, cakapaje
Salam,
Ada masanya bila PBT menyediakan tempat perniagaan kecil, mereka tidak mengambil kira kesesuaian tempat dari segi laluan pelanggan. Ada masa selain tempat itu tersorok, ianya tidak mempunyai kemudahan seperti tempat meletak kereta atau laluan yang sempit.
Pernah di satu kawasan berdekatan, pegawai PBT merampas gerai peniaga 'haram' yang terdiri dari ramai orang Melayu, tapi tidak pula dengan peniaga orang Cina.
Peniaga Cina datang membantu peniaga Melayu dengan sokongan moral dan menyatakan "lu orang takdak bising sama itu PBT! Kita orang Cina, kasi bising sama parti kita dan parti kita kasi bising sama PBT" - kisah benar.
Jumaat, April 18, 2008 11:15:00 PG, Butaseni@Wan Raja
yelah bro,aku hairan betuilah dgn mana mana majlis ni.kalau orang kita memang depa tak kasi can punya.apa depa ni takut nak kacau bangsa lain ka?takut rusuhan ka?atau bangsa kita ni memang nampak sangat lemah ka?memang tak berani lawan ka?
ishhh kalau kat pulau sepek tempat aku duduk ni lagilah,mana taknya yang diatas majlis tu semua orang depa.depa buat apa pun boleh.gerai atas devider jalan pun boleh.herritage alasannya.(binatang apa yang paling betul tu dioarnglah tu!)
negeri yang orang kita kat atas pun macam tu?tak boleh tolong bangsa sendiri.mungkin sebab bapak depa bukan dari golongan pakcik kelapa muda tu kot,tak paham,tu yang depa
Jumaat, April 18, 2008 12:27:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
lovelyzz,
Kalau minum berais masa cuaca panas, amat menyegarkan...... Tapi kadang-kadang boleh lesu terus badan...
zino,
Tapi tak semua Majlis macam itu kot..... Kan? Zino lebih arif rasanya :)
Kemat,
Ya, ya. Tanggungjawap kepada Tuhan, diri sendiri, keluarga, masyarakat..... :) Biar seimbang.
Pa'chik,
Aku tak salahkan orang Majlis itu seratus-peratus, dah kerja dia, kena jalankanlah. Cuma aku rasa ada 'sesuatu' yang tak kena di mana-mana bila keadilan tak dijalankan. Kenapa mesti ada double standard? Kenapa asyik orang kita yang menjadi mangsa?
DEB itu niat asalnya murni, aku akui, tapi perlaksanaannya yang kotor. Akhirnya cuma menguntungkan pihak-pihak tertentu, pihak-pihak yang berkepentingan, pihak-pihak yang bergayut dengan orang-orang atas tertentu, tak kiralah bangsa apa sekalipun.... Rakyat biasa tak mendapat apa-apa untung pun....
manjlara,
Itulah nasib orang kita..... Kasihan.... Kita cuma melihat, tak ada kuasa nak tolong...
atiqah,
Kontraktor buat gerailah yang untung. Akhirnya gerai terbiar. Duit rakyat dibazir begitu saja.
Tedungs,
Betul. Mereka menjalankan tugas, tapi adalah yang tak kena di mana-mana. Orang yang di atas-atas itu, yang ada kuasa membuat keputusan, patut turun padang, tengok masalah sebenarnya.
Itulah, pelik sungguh..... Masalah di depan mata buat tak nampak....
Jumaat, April 18, 2008 12:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
cakapaje,
Waalaikumusalam.
Itulah kenyataannya.
Hairan juga, mereka mendirikan gerai untuk penjaja dengan tidak menimbang dahulu lokasi dan kesesuaiannya. Kalau lokasi tak sesuai, tempat tersorok, jauh dari tempat tumpuan orang ramai, siapa yang nak datang beli....?
Pusing-pusing manapun, akhirnya kena pakai pengaruh orang politik juga.. :)
Farazdaq,
Amin. Pakcik itu seorang yang kuat semangatnya. Aku kagum...
malay-tree,
Waalaikumusalam. Selamat datang!
Insya-Allah nanti saya lawati... Terima kasih.
Khairyn,
Orang kaya selalu fikir di mana tempat-tempat makan sedap nak makan.
Orang susah pula selalu fikir apa yang nak dimakan.
Tapi orang ada kuasa lain, selalu fikir siapa yang nak 'dimakan..'
Ada satu tempat ini, gerai dibina di simpang 4 dekat dengan lampu trafik, siapa dan macamana orang nak berhenti beli.....?
eisraa,
Salam.
Macam semut, tak nampak, sebab itu senang dipijak atau terpijak...
Di Mesir tak ada air kelapa muda?
Memancah itu lebih kurang macam menebas dengan parang...
nonie,
Pub-pub haram, arked-arked tak berlesen itu semua 'masyuk'..Agaknyalah..
Betul..... Kenapa tanya?
achik,
Cuba tengok di kawasan Jln Klang Lama dan Kuchai Lama itu, berapa ramai penjaja bangsa lain 'menakluk' tempat letak kereta untuk kerusi-meja tempat makan sesuka hati.... Eh! Ok pulak!
am,
Kita tak ada kuasa Am. Kita cuma mampu simpati, melihat dan bersuara sajalah...
Jumaat, April 18, 2008 3:02:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Butaseni,
Orang kita takut. Berani pun cuma setakat hunus keris sajalah..
Orang kita [bukan semualah], biasanya bila dah ada kuasa sikit, cepat lupa diri, cepat asal usul, lupa akar. Aaaa..apa nama......Melayu mudah lupa...
Kebetulan pula, negeri tempat aku cari makan ini tengah kecoh pasal nak buat tempat bela 'binatang apa yang paling betul' ..... Padahal orang kita yang dulu 'itu' juga yang luluskan... :D
Kerp,
Itulah. Undang-undang, undang-undang juga. Budi bicara dan timbang rasa kena pakai juga. Kalau kemudahan yang sesuai ikut logika akal manusia tidak disediakan, bukan salah pakcik itu.
Itu satu hal. Satu hal lagi, bangsa lain yang membuat benda yang serupa, malah lebih teruk lagi dibiarkan pula... Bukankah ada yang tak kena namanya tu?
Cikin,
Kamu memang anak yang baik Cikin. Tapi bila sudah beli, makan ya. Jangan tak dimakan pulak.....
Rush,
Bila pakcik itu kata pernah didenda RM80 pun, rasa simpati sangat. Bayangkanlah, berapa Ringgitlah dalam sehari pakcik itu boleh dapat dari berjualan air kelapa muda tu. Itu belum tolak lagi hari hujan. Pendapatan yang tak seberapa itu terpaksa pulak diguna untuk membayar denda ...
Ted,
Biasalah. Masing-masing nak hidup, sampai kadang-kadang tak peduli dah masalah dan keperitan orang lain, apatah lagi memikirkan halal haram...
Jumaat, April 18, 2008 4:12:00 PTG, Kasawari
Itulah orang orang Majlis ni.. cuba cari pasal tak tentu pasal.. depan rumah saya satu masa..ada orang jual goreng pisang.. dia dari Pontian.. cuba cari tapak di Kulai.. baru jer seminggu berniaga... majlis dah kacau..
tapi bila restoran mamak.. yang 5-6 bijik kat sini meletak kerusi meja.. di tempat letak kereta tidak diusik.. apa lagi 2-3 gerai VCD/DVD.. pun tak terusik juga oleh orang Majlis.. dan yang paling ketara.. kat pasar malam.. leh pulak dia orang amik buah2 2-3 bijik.. makan depan depan macam tu.. (depan saya jugak).. hishhh
Jumaat, April 18, 2008 5:09:00 PTG,
di tepi sebatang jalan raya, sejak akhir2 itu mucul 2, kemudian 3 dan 4 gerai menjual buah2an. penjual terdiri dari warga2 Indon. Banyak kereta yang berhenti membeli buah2 disitu. Sya tertanya, mana Ahli Majlis? Sape bagi Permit? Itu kan bukan tempat untuk Menjaja...
Ah.. kesian pakcik itu yang terkena..
Jumaat, April 18, 2008 5:38:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nur@,
Kena ada kabel baru hidup senang. Oh! Tanah airku!
Kasawari,
Ada satu blok lot rumah kedai di tempat kami, habis satu baris tempat letak kereta diguna untuk letak kerusi meja sebuah restoran bangsa C. Yang hairannya, tak jauh dari tempat itu pjbt. cawangan PBT!
Hmmm...Tak tau nak kata apa lagi dah...
Bayan,
Kasihan sungguh bangsa kita kan..?
Lola,
Ahli Majlis sedang sibuk melawat sambil belajar di luar negara agaknya!
Jumaat, April 18, 2008 5:42:00 PTG, malay-tree
Diambil dari: http://theindiestory.blogspot.com/
Jumaat, 2008 April 18
Sebuah Blog mati dibunuh...
Sahabat kami bekas 'seorang seniman jalanan' ingin kembali menjadi blogger. ini kata-katanya...
"Maaf tuan, blog 'pure islamic' sudah mati terbunuh. aku bunuh. usah dicari lagi. baru sebentar tadi aku bunuh. bunuh tanpa belas. habis tanganku ini berlumuran darah. hitam pekat. hancur lumat. namun tangan ku terketar-ketar..."
"Tuan, cuba pula yang ini. blog baru diberikan roh...
suara-suara seni rakyat marhain. suara melayu yang tenggelam dilanggar arus kemodenan. aku bangkit dari lobang gelap. dengan kain pelikat sambil duduk diatas pangkin menghisap rokok daun. mencari ketenangan dibawah pohon ketapang. menyuluh malam dengan ‘torchlight’. melihat Kuala Lumpur dari mata manusia Melayu yang benci pencemaran alam. memandang cahaya silau Klcc dari pondok gelap tanpa perasaan. yang menolak kebisingan. yang memandang sinis enjin dan ekzos. menyelusuri kaki lima dengan hanya berselipar. menolak ‘inferiority complex’. aku mencari ketenangan di tangga-tangga Masjid. meneruskan hidup dari kaca mata ‘fish-eye’. melihat intergriti dan kredibiliti sebagai hukum hakam. si pengganas intelek… bergelumang dengan sub-budaya. menelurusi peluru media. lalu aku bangkit memandang sebagai manusia Melayu. Melayu itu Islam. Islam bukan terroris!
Aku bangkit mengutip…cabang-cabang pemikiran Melayu kontemporari. Bertahan dibawah ‘Pokok Melayu’ (malay-tree)…"
Ini blog baru lahir.Jemput masuk: http//malay-tree.blogspot.com
Jumaat, April 18, 2008 5:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pokok Melayu,
Terima kasih kerana menjemput aku melawat blog kamu itu.
Tahniah!
Manusia memang sentiasa perlu belajar dan memahami, tentang apa sahaja. Dan ada sesuatu yang aku belajar dari tulisan kamu. Aku tertarik cara kamu melihat kehidupan.
Niatkan segala kebaikan yang kita lakukan kerana Allah dan agama. Jangan sampai asabiyyah. Insya-Allah.
Salam ukhwah sdra.
Terima kasih.
Sabtu, April 19, 2008 12:00:00 PG, Mek Na
mmg itu lah juga yg terjadi pd penjaja kecil sepanjang pantai seagate kat p.pinang ni. saya penah mendengar keluhan yg sama. ironicnya masa tu juga dr penjual air kelapa muda...susah la macam ni. rasanya org2 majlis ni tidak menggunakan budi bicara masa berurusan. kalau peraturan mmg salah tp kena ada budi bicara dlm menangani masalah2 harian
Ahad, April 20, 2008 9:50:00 PG, asuhara sue
kata nak buat projek untuk rakyat seisi,
pegi buat site visit sampai obersi, yang pegi pun bukan orang yang design atau orang yang tau keperluan begini,
yang pegi org yang nak jalan-jalan free,
walau sebenarnya boleh pegi dengan duit sendiri.
Balik tunjuk gambar yang tahapahapa,
terus kata nak buat yang canggih untuk keperluan semua,
bila dah design depa kata buat yang simple-simple aje le,
bila dah simple bolehlah kos dikurangkan,
bila dah kurang macam tulah keadaan...
yang jadi sama dengan yang ada sebelum perang,
entah2 lagi baik dari yang di seberang...
kata nak tolong orang,
tapi akhirnya tak siapa nak datang bertandang....
penat bila fikir,
miskin terus dibumi sendiri,
yang datang menyinggah sambutan dilimpahi,
bukan kita tak berusaha maju berlari,
tapi selalu diketepi dibumi yang dicintai.....
p/s: anak kecil main api....
Isnin, April 21, 2008 12:39:00 PG,
Teringat aku kat satu makcik orang Dusun masa kat Sabah dulu. Dari kampungnya yang terletak kat atas bukit dia berjalan kaki turun menunggu van bertambang kat jalan besar semata mata untuk bawa setandan dua pisangnya bersama ulam ulam dari hutan untuk dijual kat pasar minggu. Bila dibentangnya alas guni untuk letak jualannya, Penguasa Bandaran datang dan merampas semua pisang dan ulam ulam dia.
Dengan simpati, aku beli pucuk sayur manis yang tertinggal kat situ yang belum sempat dia buka.
Korang rasa kemana Penguasa tu bawak pisang tu selepas turun dari trak dia.
*Sori bro, panjang plak.
Isnin, April 21, 2008 5:16:00 PTG,
owh..saya selalu tidak sanggup kalau tgk org2 tua atau budak2 menjaja kat tepi jalan macam ni..kesian..
kalau kita fikirkan..apalah salahnya dorang ni nak berniaga mcm tu..asalkan tak mengganggu sudahla kan..dorang pun nak cari rezeki jugak..
kadang2 tak faham dengan undang2 yg dibuat manusia ni..relevan ke???
Selasa, April 22, 2008 9:00:00 PG, Pa'chik
ko tak tengok cemana mereka orang pbt dulu kat sini.. memang sadis gila ah orang yang tengok, mereka cam mengamuk je kenakan orang-orang tua yang berjualan kat pasar tu... memang abis bakul-bakul kena sepak... maaf cakap lah, perangai orang a**u kat sini memang cam celaka sikit... hari tu, sebelum pru pun, mereka orang a**u di pbt kat sini, dah warning sesiap sesapa yang sokong p*s, mereka nak buang... haha... sekarang, semua senyap tak terkata dah... ydp pun dah tak berani nak berkutik, sebelum pru tu.. cakap besar, tunjuk belang lah.. rasa buleh menang...
satu lagi dude, ada sekali baca lam blog sapa tah, kesah penguatkuasa pbt, kat negeri bijih rasanya, kerjanya ngepau orang berjualan saja... kalau tak kasik... nanti... ada lah kesalahan nak dicarik... hohoho...
Selasa, April 22, 2008 12:14:00 PTG, shahril aley
ermmm agak susah untuk mengatakan siapa yg benar @ salah. tetapi masing2 memikul amanat yg diberi olehNya untuk meruskan kehidupan di muka bumi. maka seharusnya kita melakukan yang terbaik tanpa menunding jari siapa yg benar & siapa yg bersalah.
pasti PBT perlu ngubah pandangan masyarakat yg sering mengatakan mereka lebih berat sebelah apabile disuap. perlu melihat masalah lokasi peniaga secara teliti agar memudahkan mereka berniaga & pembeli melihat mereka.
kepada pesalah usahlah nyalahkan org lain jikalau diri sendiri memang bersalah. satu jari menunding org lain tetapi 4 jari lagi menyalahkan diri sendiri. kepada peniaga usah meneguk di air yg keruh jikalau anda seorang rakyat berdisiplin tinggi maka seharusnya sedar apa yang betul & apa yang salah. usah mengambil kesempatan atas kelemahan PBT itu sendiri. RASUAH itu haram untuk diberikan kepada mereka.
Selasa, April 22, 2008 4:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mek na,
Ya, budi bicara kena ada. Sepatutnyalah. Itupun kalau ada timbang rasa. :)
Kawaii,
Realiti itu menyakitkan. Kalau fantasi atau halusinasi, boleh dielak-elak.... :)
butaseni,
'Binatang paling betul itu' itu punya penangan... :D
tok nabe,
Susah nak kata tok. Pusing-pusing manapun, orang kita juga. :(
ad3ck,
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kan?
Kamato,
Betul bang. Kata kuncinya 'jalan penyeleaian'.
yginsaf,
Yolah, mengko aku mampir, insya-Allah....
Selasa, April 22, 2008 5:58:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
asuhara,
Tahniah!
Boleh dihantar ke akhbar Siasah tu...
Arts,
Entahlah Arts. Susah nak cakap.
Itulah, selalu-selalunya macam itulah. Tak nak kaji dulu sebeluam buat.
Mazudi,
Korang rasa kemana Penguasa tu bawak pisang tu selepas turun dari trak dia.
Entahlah Zudi. Kita bersangka baik sajalah. :D
*Sori bro, panjang plak.
Aku memang suka baca komen yang panjang-panjang. Terima kasih Zudi...
Hakim,
Itulah.
O, sdra pemalu dengan perempuan juga rupanya. :D
Kel@mbu,
Tak mahunya kalau setakat sogok dengan air kelapa muda...... :D
meen,
Itulah dia.
Kadang-kadang relevan, kadang-kadang tidak. Bergantung pada situasilah... :)
arsaili,
Berada di mana sekarang ni bro'? Sekejap ada, sekejap menghilang.. ? :D
Pa'chik,
Di mana-mana pun lebih kurang serupa pa'chik. Cuba kalau kena kat puak-puak 'diaorang', tak berani pulak nak mengamuk.
Kes mengepau itu pun dah biasa dengar di mana-mana pa'chik. Entahlah...
ajzie,
Kasihan kalau dah tua-tua macam pakcik itu masih keluar bekerja. Sepatutnya dah boleh berehat di rumah dah, kan?
masy,
Tak ke mana makan duit 'hulur'.... Tak berkat pun.... :)
pb,
Kalau pb lalu di jalan utama PU tu, boleh jumpa pakcik itu.. :)
Shahril,
Rakyat biasa bukan mahu mengada-ngada atau meminta yang bukan-bukan, cuma keadilan dan sedikit rasa timbang rasa. Mereka bukan sengaja melawan undang-undang, tapi kalau kemudahan yang disediakan tidak munasabah dan tak masuk akal lokasinya, apa lagi yang boleh penjaja kecil harapkan....
Kasihan orang kita...
hmmm... kadang-kadang memualkan mengenangkan sikap orang-orang Majlis ni... berat sebelah pun iye, dah biasa dengan "hasil" tu pun ye agaknya... cuma tak semua macam tu, ada segelintir yang benar-benar menjalankan tugas...
Al-Fatihah buat atok u dan juga atok i... semoga mereka ditempatkan di kalangan orang beriman...
p/s: dah lama tak singgah kat ah so yang jual air kelapa kat kawasan Sri Petaling... huhuhu...