Isnin, Mei 05, 2008
Petang itu sangat indah. Sangat berjiwa. Matahari pun bisa cemburu melihat kami.

Kami berada di sebuah restoran makanan segera. Di satu sudut, di meja yang paling kecil. Sepasang mata kami bertemu. Ayu wajahnya. Cantik matanya. Cantik bulu matanya. Cantik bibirnya. Manja suaranya.

Dia menyuap sup hangat ke mulut saya. Indah dan romantik....Matanya kemudian merenung mata saya. Ah! Saya tewas dengan renungan matanya itu. Kemudian dia mengelus-elus manja jejari saya. Saya membalasnya dengan mengenggam tangannya, erat-erat. Bagai tidak mahu saya lepaskan sampai bila-bila.

"Izinkan dinda menumpang kasih kanda... Kalau ini mimpi, tolong jangan benarkan sesiapapun kejutkan dinda ye kanda......" Dia berbisik. Bergetar kelelakian saya. Bagai mahu gugur jantung saya saat itu juga.

Grrrrrrr....... Nada penggera telefon tangan di atas meja di sisi saya bergetar keras. Membunuh lena saya. Argh! Mimpi saya diganggu sebelum ia sempat sempurna. Saya belum sempat bertanya siapa gerangan dia. Kalaulah dia puteri kayangan, dari kayangan mana dia datang dan kenapa Tuhan datangkan dia dalam mimpi saya......

Ah! Mimpi itukan cuma mainan tidur.......

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/05/2008 12:27:00 PTG. |


43 Ulasan


Isnin, Mei 05, 2008 4:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Astaghfirullahaladzim....

cemas aku membacanya....mujur mimpi...ehh...iyer ker mimpi ni...ntah ker betul-betul...tak nak ngaku la tuu.....

 

Isnin, Mei 05, 2008 5:03:00 PTG, Blogger ILA

ehem!!Kalau JP dah nikah nanti, secara automatik awak tak kan mimpi 'benda2' mcm ni lagi...
hihikk



larrrrriiiiiiiii!!!!

 

Isnin, Mei 05, 2008 5:21:00 PTG, Blogger Pa'chik

tak sempat keluar ye... ekekeke...

 

Isnin, Mei 05, 2008 5:24:00 PTG, Blogger Cik Keju

ala.. sape lagi kalau bukan sis sa.. opppss.. ekekekekek..

 

Isnin, Mei 05, 2008 6:21:00 PTG, Blogger achik

disuapkan sup.. berdinda kanda.. mak aih, jiwangs betul mimpinya.. hehe.. ;)

 

Isnin, Mei 05, 2008 6:28:00 PTG, Blogger mOEha Aziz

salam...

hmmm... iye mainan tidur.. tapi kadang2 refleksi dari yg nyata...

:) membaca komen pa'chik

 

Isnin, Mei 05, 2008 6:34:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam

Indah sungguh mimpi kamu. Alam nyata jarang sekali begitu dik.

ps:Chik komen ko boleh masuk 18SX :p

 

Isnin, Mei 05, 2008 7:03:00 PTG, Blogger Brader Black

Dah mandi wajib?
muahahahaha!

cHreT!!

 

Isnin, Mei 05, 2008 9:18:00 PTG, Blogger en_me

waduh waduh mas.. bisa copot jantungku.. wakaka

 

Isnin, Mei 05, 2008 10:49:00 PTG, Blogger Mek Na

lately JP byk berilusi nampaknya. kena buat sesuatu dah ni..carilah tuan puteri itu :)

 

Selasa, Mei 06, 2008 6:03:00 PG, Blogger Ted

hahahahhaha, apelah.sejak akhir2 ni banyak je mende2 berangan ni ek.tp ni mimpi kan? i think lelaki mmg selalu mimpi macam ni kan?hahaha

 

Selasa, Mei 06, 2008 7:41:00 PG, Blogger Rajuna

wowowowo..


biasanya budak umur 12 tahun yg mimpi macam ni, hehehehe..tengah senang hati la kot tu yg dapat mimpi2 indah.

 

Selasa, Mei 06, 2008 8:30:00 PG, Blogger violet

semoga berbahagia hendaknya...

amin... :)

 

Selasa, Mei 06, 2008 8:47:00 PG, Blogger asuhara sue

wahhh mimpi lagii...
mimpi laila majnun plak tu...
cepat-cepat laaa.....
apa tunggu lagi!apa tunggu lagi!

 

Selasa, Mei 06, 2008 9:04:00 PG, Blogger muor76

dia bagi sup ayam ke kambing? ke sup lembu?
kulit dia kaler ape?

kekadang mimpi tu bukannye mainan tido.. ade mimpi yang akan membuatkan kite berfikir
ade mimpi yang akan membuatkan kite tersenyum
ade mimpi yang menyedarkan kite..
ade mimpi yang membuatkan kite akan berkata 'alamak.. kene mandi ler pulak... hehehehhe
ade mimpi yang akan membuatkan kite mempunyai cite-cite... dan bermacam mimpi lagik..
kite tidak boleh memilih mimpi.. tapi kite boleh bermimpi dan berusaha untuk mencapai ape yang kite impikan...

dan dengor ler lagu dreams on dari aerosmith... heheheh

 

Selasa, Mei 06, 2008 9:04:00 PG, Blogger muor76

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Selasa, Mei 06, 2008 10:14:00 PG, Blogger Monster Mom

Dak agak dah... musti mimpi nyer...
Awat tak pejam balik mata tu... kot kot dia mai balik.. jangan hat mai tu jembalang ka.. pontianak ka.. dah ler... dah pi smayang subuh dulu.. pas tu sambung cari minah tu...

 

Selasa, Mei 06, 2008 10:44:00 PG, Blogger Unknown

macam kisah benar yang dimimpikan kembali kedalam tidur je.. hahaha

 

Selasa, Mei 06, 2008 10:49:00 PG, Blogger azie

kang, sejak akhir2 ni selalu berperasaan aneh kah?

 

Selasa, Mei 06, 2008 11:52:00 PG, Blogger DeeN

Walaupun sering dikata mimpi mainan tidur, tp sedar tak sedar kita akan tertanya2, siapakah gerangan yg muncul dalam mimpi ini? Kenal ke? Atau bakal dikenali? Nak, nak kalo 2-3 kerap didatangi mimpi yg sama.

HaHaHa ... syahdu sungguh mimpi kamu, Purp!! Macam belakon teater bangsawan moden plak!!

 

Selasa, Mei 06, 2008 11:57:00 PG, Blogger Tok Rimau

Sila hubungi Spyz utk modus operandi penerimaan buku GT. No tepon and emailnya sudah saya mel kpd anda. SEGERA.

 

Selasa, Mei 06, 2008 12:06:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

aku suruh ko nikah cepat ko nak tunggu org pinang ko...kan dah termimpi-mimpi...ko nikah cepat2 BP sure dah tak denya mimpi syok sendiri macam ni lagi dah haaaa...kekekekekek

 

Selasa, Mei 06, 2008 1:03:00 PTG, Blogger Jie

tu la....pjg sgt mukadimah..len kali terus tanya email ke no hp.

 

Selasa, Mei 06, 2008 1:04:00 PTG, Blogger Unknown

aik? sampai dlm mimpi pun nk dating jugak? cepat2 la menikah... kami semua ni teruja menunggu da good news hehehe

 

Selasa, Mei 06, 2008 1:20:00 PTG, Blogger KAMATO

hanya puteri mu yg boleh mengulas mimpi mu itu, mumgkin dia mimpi yang sama....he he

 

Selasa, Mei 06, 2008 2:31:00 PTG, Blogger Titicaca

sejak bila pulak ko perasan jadik raja ni? Raja jawa..muehehe...

 

Selasa, Mei 06, 2008 2:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

atau tengah rindu kan seseorang kot!

 

Selasa, Mei 06, 2008 3:10:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

cis.anti climax sungguh cerita kau kali ni

 

Selasa, Mei 06, 2008 4:52:00 PTG, Blogger Rush Murad

mula2 mainan tidur.... mana tau esok lusa menjadi kenyataan...ekkk?

 

Selasa, Mei 06, 2008 8:49:00 PTG, Blogger aNIe

Berdebar2 baca bab mengelus-elus manja jejari saya...sunggu romanti...

Tp...kaco betullah penggera telepon tu...baru org nak mimpi yg best2 tau...tak sempat nak tanya nama lagik...

 

Selasa, Mei 06, 2008 11:23:00 PTG, Blogger Unknown

wahh mimpinyaa.... berdinda kanda.... seperti berlakon teater puteri gunung ledang pula heheh :P

 

Rabu, Mei 07, 2008 9:08:00 PG, Blogger ayu_mkay

sib baik tepon tu bunyi klu idak tak tau ler adegan apakah seterusnya :D

ana apa kabar?

 

Rabu, Mei 07, 2008 3:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku masih berkira2 ape adengan selanjutntya jika hp ditangan tidak mengganggu...ahahahah

 

Khamis, Mei 08, 2008 12:10:00 PG, Blogger me3n

itu bukti ko da baligh ehehe

 

Khamis, Mei 08, 2008 12:50:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Masa jaga main.

Masa tido pun main lagi?

 

Khamis, Mei 08, 2008 7:53:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kehkehkeh.. lain kali, senyapkan HP sebelum masuk tidur. Barulah namanya mimpi romantik. Kekeke..

Oo bujang lagi rupanya bro Jowo ni ye? Bila nasi minyaknya? hehe

 

Khamis, Mei 08, 2008 8:57:00 PTG, Blogger fajar

moga ketemu dengan 'dinda' yang bermain di alam mimpi.
:)

 

Jumaat, Mei 09, 2008 9:32:00 PG, Blogger Batara Guru

kan best kalu mimpi tu kembali lagi :P

 

Jumaat, Mei 09, 2008 1:27:00 PTG, Blogger Mak Su

dtg dlm mimpi lagi? tak besh ler....

 

Jumaat, Mei 09, 2008 1:57:00 PTG, Blogger pB

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

 

Jumaat, Mei 09, 2008 3:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

saya sudah terbayang jauh tadi(ketika membaca) mujur handphone menyedarkan saya.

 

Jumaat, Mei 09, 2008 5:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Salam.

Terima kasih atas ulasan sahabat-sahabat semua.

Ya, mimpi itu cuma mainan tidur, datangnya sekejap, mungkin indah, tapi kadang-kadang ia menjadi sesuatu yang sangat menakutkan....