Ke hadapan emak dan abah. Semoga emak dan abah sihat-sihat sahaja dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah hendaknya. Begitu juga Ipah, adik, Balqis dan Haikal.
Kaki emak dah baik ke? Pil Nutrilite Kalsium Magnesium yang Along bawak hari tu banyak lagi tak? Emak itulah. Bila Along ada di kampung baru emak rajin makan pil itu, bila Along tak ada emak simpan di dalam gerobok, bukan Along tak tau, macamanalah nak cepat baik kaki emak tu.
Abah sakit-sakit dada lagi ke? Abah tu makan sembarang. Kenalah jaga kolestrol bah. Minum pulak abah suka yang manis-manis. Abah kena banyak minum air jarang. Abah dahlah takut jumpa doktor, makan ubat bukan main susah. Nasib baiklah abah tak merokok.
Abah rehat-rehatlah di rumah. Kalau nak menoreh belakang rumah itu tak apa lagi. Tapi tak payahlah nak menyawit lagi bah. Pokok-pokok kelapa sawit tu Along tengok pun dah tinggi-tinggi sangat. Abah tu bukan kuat macam dulu, pikul galah pun dah tak larat, mata pun dah tak berapa nak nampak. Sejak kes setandan kelapa sawit nyaris-nyaris jatuh menghempap abah hari tu, Along jadi risau. Upahlah Hadi tu sabit buah-buah tu, tak pun upah orang Indon yang tinggal di depan rumah kita tu.
Along sekarang ini tak berapa sibuk sangat. Projek pun tak banyak. Along banyak duduk di ofis, buat kertas kerja dengan isi tender. Banyak dah isi tender, cuma sangkutnya belum. Belum ada rezeki lagi. Kadang-kadang macam dah malas nak berniaga macam ni. Rasa macam nak duduk kampung bela kambing, tanam jagung atau cili pulak. Lagipun dah rimas dan serabut sangat duduk di KL ni.
Along ingat cuti sekolah nanti Along nak balik kampung. Rindu nak makan masakan emak; sambal tumis, sambal tutuk, pucuk ubi masak lemak, sayur bening daun so, ayam kampung masak semur, asam pedas ikan mayung, ikan kapak, ikan layur, semua-semua itulah. Pergh! Dah ngences ni….Nanti emak buatkan sambal kicap macam hari tu ek. Along nak bawak balik sini. Stok rempah mi bandung, kopi 434, mi siput pun dah nak habis, kena beli lagi nanti nampaknya.
OKlah mak, abah. Sampai di sini dulu. Nanti bila senang-senang Along telefon atau hantar emel lagi ek. Nanti balik kampung Along ajar emak dengan abah macamana nak sembang pakai YM pulak. Kirim salam pada semua. Mmuuah!
Wassalam.
TTFN
Jumaat, Mei 23, 2008 4:28:00 PTG, muor76
bese arrr org tua..
mak aku pon camtu gak.. makan tak kontrol..
bapak aku jerk yg kontrol..
bapak aku pon takde nyer dia dok goyang kaki... ade jerk yg nak dibuat.. bosan katenye..
skang nih dorang kat sabah.. ntah camne ntah kawalan dan piawaian makanan kat sane..
bekalan ubat-ubatan pon tak tau camne.. tp yg pasti bapak aku dah agak boring dok sane.. tak same cam kat sini.. takde roti canai.. sate.. mee rebus.. mee bandung.. dll... huhuhuhuhu
Jumaat, Mei 23, 2008 5:01:00 PTG, Kaktiny
Stok rempah mi bandung, rempah soto, kopi 434, mi siput... mesti beli bila balik kampung husband - PJ (Parit Jawa, Muar... heheheh..)
and tak pernah miss out - makan sate pagi2 kat bandar tuh.. and makan tengahari kat asam pedas tv3.. and makan rojak kt laut.. and perkara wajib adalah malam pegi beli yong tau foo sup dgn otak2 kat bus stand bentayan..
(abaaaannggg...balik muar jom.. esok cuti..)
Jumaat, Mei 23, 2008 5:28:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Hehehe! Lama sungguh tak menulis surat ala-ala sebegini.
Kalau emak dan abah terbaca e-mel terbuka ini harap-harap dia tak kenal siapa itu sebenarnya JP. Hehehe!
Ok! Itu sudah pasti! :)
Kak WL,
Waalaikumusalam.
Selepas makan tak semestinya sendawa. Selepas membaca tak semestinya mengulas. Kan? Err.. macam tak berapa 'masuk' pula analogi itu.
Roti,
Perlahan-lahan dulu bro'. Emak dan abah aku nak hidupkan komputer pun tak tau lagi.
Atau, aku ajar diaorang blogging sekali. Ok tak? :D
MR,
Biasalah MR.... Sesekali teringatkan kampung. Apatah lagi masakan emak.
Tungguuuuuu!
Faizah,
Ha'ah. Kopi 434 dah dijual di merata tempat sekarang. Selain di Giant, tak silap di Jusco Pearl Point pun pernah ternampak hari itu.
Hidup Sains Muar! Hahaha!
Nonie,
Iya-iya jer aku kan? Hehehe!
xrajunax,
Aku wis suwi banget manggon nang KL. Wis jemu bangeti.
Koe BP nang endi yo? Dulur-dulurku akeh seng manggon nang kono. Nyaieku manggon nang Pt Yusop. :D
I have a pen
My pen is blue
I have a friend
My friend is you.
Poyo
Hahaha!
Jumaat, Mei 23, 2008 5:42:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Muor,
Itulah. Tapi nak buat macamana Muor. mereka nak merasa juga makan yang 'bukan-bukan'. Emak aku makan tak jaga sangat tapi alhamdulillah sihat, tak ada kena sakit-sakit moden. Cuma abah aku itu kadang-kadang datang sakit di dada, tapi bila check, ok.
Abah aku kalau tak pegang parang dengan tajak sehari, memang tak sah. Dah dunia mereka macam itu Muor. Duduk di bandar sekejap pun tak kerasan, kata orang Jawa. Cepat-cepat nak balik kampung. Alasan mereka, ayam dan kucing tak ada yang jaga. Hehehe!
Cikin,
Kau tak nak kirim rempah mi bandung? hehehe!
kaktiny,
PJ di mana tu? Manalah tau kenal. Hehehe!
Selain di sarawak, di Muar saja orang bersarapan pagi dengan sate. Hehehe! Kaktiny pernah makan asam pedas Parit Jawa? Ikan bakar Sabak Awor?
Hidup Muor!
Sabtu, Mei 24, 2008 1:38:00 PTG, ckLah @xiiinam
Salaam.
Baru nak berselera makan setelah hampir setahun kerana lebih menikmati nikmatnya rasa sakit dari segala2nya.Ya!Inilah yang aku cari..."sambal tutuk,pucuk ubi masak lemak, sayur bening daun so, ayam kampung masak semur, asam pedas ikan mayung, ikan kapak, ikan layur, semua-semua itulah. Pergh! Dah ngences ni..Nanti emak.." apa pulak emak. Aku lah kena buat sendiri...!
Isnin, Mei 26, 2008 8:10:00 PTG, saf
sambal totok, sambal ta'un, bening, ikan masin kapak, asam pedas ikan parang (ada telur ikan),nasi ambeng (full package-ikan masin, mee, ayam kicap, serunding kelapa dan doa tahlil), mee bandung (yang ada hati lembu kat bandar),
muar tetap di hatiku (sebab dekat dengan kl hahaha, nak balik bp/kota/johor jauh sangat)
Selasa, Mei 27, 2008 12:35:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Amora,
Tak elok berlumba di lebuhraya. Kalau berminat jom ke Litar Sepang. Hahaha!
Bandar T? Tangkak?
Pinat,
Oklah kalau macam itu. Tak payah nak kentut dah lepas ni...
Atiqah,
Ayam kampung dah susah nak cari sekarang.... Lagi-lagi kalau ayam jago..
Ted,
Kalau bukan anak, siapa lagi nak mendoakan mereka. Kan?
Sweet kata-kata mak kamu itu...
Kamato,
Buahnya pun sedap direbus atau buat emping..... Tapi susah nak cari pokok itu sekarang. Di rumah saya ada sepokok lagi, tapi dah tua sangat dah.
tedung,
Aku dalam 1-2 bulan sekali balik kampung la bro'... :D
Zino,
Hehehe! Itu tak boleh pakai e-mel...
Selasa, Mei 27, 2008 1:51:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
OP,
Tak ke kebunlah emak dan abah aku nanti nampaknya, asyik chatting. Hehehe!
nur@,
Macamana diaorang nak jawap, aku belum hantar lagi pun e-mel ini. Baru draf. :D
xiiinam 751,
Waalaikumusalam.
Masakan emak itu pun boleh jadi ubat penawar. Air tangan emak tetap susah nak lawan......
Tapi kalau boleh masak sendiri lagi bagus, tak payah tunggu balik kampung.
Pa'chik,
Dah setahun aku tak jumpa Sekak itu. Mana entah dia menghilang agaknya. Nanti nak buat entri pasal dialah. Hehehe!
asuhara,
Wis jenenge wong Jowo, yo panganan Jowo jugak seng digolek'e. Ora ngono?
Mugo-mugo roh arwah abahmu dirahmati Allah.
kodoklawa,
Ha'ah. Aku pun dah jarang sebut 'air jarang', dah terbiasa sebut 'air kosong'...
Lind
Ngences itu lebih kurang macam terliur la.
Selasa, Mei 27, 2008 2:02:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Zwit,
Terbitkanlah dalam blog kamu. Hehehe!
Mazudi,
Itu e-mel Zudi. Kira suratlah juga, tapi surat elektronik. :D
nikmenza,.
Itulah. Baru sebut pun dah kemecer yang amat!
achik,
Tak berapa relevan dah sekarang pantun dua kerat itu. :D
violet,
Saya masa belajar dulu, rajin juga tulis surat terutamanya masa nak minta emak dan abah hantar money order.... :D
arts,
Suatu masa nanti wak-wak pergi kebun pun bawak laptop. Hehehe!
Aku setahun sekali baru dapat merasa nasi ambeng. Nak dekat-dekat bulan puasa nantilah....
kv,
Hehehe!
Selasa, Mei 27, 2008 2:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pegawai,
Nanti-nantilah aku belikan..... :D
tasikmerah,
Ya, ya. Dan akan muncul sebuah blog bahasa Jawa tak lama lagi....
safriman,
Kalau nasi ambeng, sambal goreng Jawanya itu yang paling aku tak boleh lepaskan.... :D
Kesimpulannya, Hidup Muor!
ah tok,
Ah Tok, bila kita nak ngeteh...?
nadia,
Terima kasih.
Sebelum ajar berYM, kena ajar dulu macamana nak on komputer... :D
Masy,
Tradisi lama elok disuburkan semula..... :)
Am,
Belum dihantar lagi pun e-mel ini.. Hehehe.
Errr...sebab kaca itu bukan permata, agaknya...
LOL... bab ada mmuaah tu yang tak tahan tu... :p
siap ada pantun 2 kerat zaman budak2 lagi... :p
hmmm... apapun, balik nanti, jangan lupa pesananku itu...