Selasa, Mei 13, 2008
Sambil saya menulis cerita ini, di hadapan saya ada sebuah buku. Tajuknya Keganasan, Penipuan & Internet – Hegemoni Media Daulah Pecah tulisan Hishamuddin Rais, yang saya beli di MPH Subang Parade kelmarin. Baru lagi buku ini, terbitan SIRD. Saya pun tak tahu kenapa saya bernafsu ingin membaca buku sebegini. Agaknya semakin yakinlah sangkaan MEREKA yang saya ini anak buah Hishamuddin Rais, pengasas, pengembang dan penganut mazhab NGI – Non Governmental Individual itu.

Sebenarnya paragraf di atas itu tiada kena mengena langsung dengan apa yang ingin saya ceritakan.

Sebenarnya saya masih tawar hati dan kurang bersemangat untuk menulis bercerita lagi. Maksud saya di blog ini. Sekejap tadi saya membaca emel dari kak Mar, meminta saya berjanji, jangan berhenti menulis di sini. Ada keterharuan yang meruntun di jiwa saya bila membaca emelnya itu.

Blog ini bukan segala-galanya bagi saya tetapi blog inilah yang sentiasa membuat jiwa saya rasa sentiasa 'hidup.' Blog ini menjadi cermin diri saya sendiri. Kadang-kadang saya terasa blog ini membuat saya dihargai [bagilah peluang saya perasan sekejap…hmmm....] tetapi di dalam masa yang sama juga membuat saya terasa seperti kurang disenangi. Saya tak faham sebenarnya. Blog saya ini bukannya apa-apa sangat pun.

Sebenarnya dua paragraf di atas itu pun tiada kena mengena langsung dengan apa yang ingin saya ceritakan.

Ah! Kadang-kadang saya rasa saya seperti mahu menamatkan sahaja riwayat blog saya hingga setakat ini. Entah!

Sebenarnya paragraf di atas itu pun tiada kena mengena langsung dengan apa yang ingin saya ceritakan.

Saya sedang kepenatan agaknya. Abaikan sajalah entri ini.


Kemas kini:
Sebentar tadi sdr. Marsli N.O menelefon saya. Terima kasih sdr. Hmmmm.... Selepas ini saya kena jadi 'budak jahat' sedikitlah kot....

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/13/2008 03:27:00 PTG. |


40 Ulasan


Selasa, Mei 13, 2008 4:28:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

OIIITTTT...sesuka hati ada hati nak tutup blog...sebelum ko tutup blog biar aku tutup dulu...Ko jangan BP....

 

Selasa, Mei 13, 2008 4:50:00 PTG, Blogger DeeN

PurP,
Walopun aku ni pemalas [baca: nak kemaskini entri, yg lain2 rajin tau] orangnya, tp sesekali aku tidak menggalakkan sedara mara aku di alam blog ni mengikut perangai pemalas aku.

Sbg manusia yg tidak lepas dari kekhilafan, perasaan dibenci dan disayangi adalah lumrah. Bukan semua hati kita dapat puaskan, kan, kan, kan ...!

Oh ya! Sebenarnya bukan itu aku nak bagitau. Satu lagi, aku memang pandai berkata2. Tapi bukan itu aku nak bagitau juga. Argh!! Lu pikir la sendiri.
;)

 

Selasa, Mei 13, 2008 4:58:00 PTG, Blogger muor76

membaikpulih ape yg kite buat lagi elok dr menghancurkan ape yg telah dibuat..
menambah ape yg kite ade lagi elok dr membuang ape yg kite simpan...
menambah ape yg kite simpan lagi baik dr membiarkan ia menjadik lemak tepu...
oleh itu jgn kecewa dengan ape yg kite ade..
perindahkan dan cantikkan lagi ape yg kite ade...
tambah ape yg kurang... tambah seseorang dlm hidup kite mungkin membawa keindahan.. tambah kad kalo tak cukup kad.. heheheheheh

 

Selasa, Mei 13, 2008 5:30:00 PTG, Blogger Cik Keju

lakukan yg terbaik utk dirimu dude!

 

Selasa, Mei 13, 2008 5:34:00 PTG, Blogger Hambali ®

salam brader JP
hang jangannnnn
toksah dok mengada-ngada nak berenti blog ni naaaaaa
herppppp !

 

Selasa, Mei 13, 2008 5:53:00 PTG, Blogger JBM8141

pelangi datang selepas hujan, brader... take a break...

dont bother to go to my blog. aku malas update.

 

Selasa, Mei 13, 2008 6:13:00 PTG, Blogger Jie

itulah tandanya kita masih hidup..ada up & down nya.

yg manis dan pahit kena telan juga kerana ianya dpt mengimbangan perjalanan hidup.

 

Selasa, Mei 13, 2008 7:59:00 PTG, Blogger Pa'chik

apa pulak nak berenti nulis-nulis.... tak beh aaa...

err... betul ko bukan anak buah isamudin rais? ekekek....

 

Selasa, Mei 13, 2008 8:59:00 PTG, Blogger arsaili

salam bro..kalau penat, berhenti la seketika untuk menyeka peluh...selepas itu pasti terus bersemangat...

 

Selasa, Mei 13, 2008 9:55:00 PTG, Blogger Rumah Kuning

Jangan le macam tu cikgu.Blog ni byk manfaatnya kpd pembaca.

 

Selasa, Mei 13, 2008 11:29:00 PTG, Blogger KAMATO

Salam BP, tulisan mu ni terlalu unik...jangan ditutup

 

Selasa, Mei 13, 2008 11:30:00 PTG, Blogger DeeN

Kata pepatah, "buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali."
Erk! Ntahlah apa relevennya pepatah tuh dgn entri kemaskini neh. Ikut sedap kepala hotak aku jer tuh. HaHa, sungguh takde kene mengene!

Erk! Betul ke apa yg pochik tanya tuh??? ;)

 

Rabu, Mei 14, 2008 5:10:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Saya rasa saya faham perasaan tu. Kadang-kadang saya pun rasa blog saya 'berpuaka' dan membuat hidup saya sedikit huru-hara.

Errr... mungkin perasaan Encik BP dengan saya tak sama sebenarnya.

Atau, mungkin maksud saya dalam kata-kata di atas tak akan sampai mesejnya.

Whatever.

 

Rabu, Mei 14, 2008 8:14:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

aku cuba faham dari setiap para..cuma aku tidak pasti yg mana satu perkara pokok..cuma..jangan berhenti..itu shj..:p

 

Rabu, Mei 14, 2008 8:41:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kurang disenangi kenapa?

 

Rabu, Mei 14, 2008 9:00:00 PG, Blogger asuhara sue

kang, ojolah eneng 'intention' berenti nulis meneh. Kue kan cikguku, aku ki urung dadi penulis blog pro kayak mu...akeh meneh seng aku arek blajar seko kue...nulis yo!

 

Rabu, Mei 14, 2008 9:35:00 PG, Blogger Brader Black

Wah wah wah!
Dah sedap-sedap aku jatuh chenta kat [tulisan] ko, tetiba ko nak tutop blog lak ye?
Ko jangan macham-macham bro.

Aku bagi cHreT kang!

ha ha.

 

Rabu, Mei 14, 2008 9:43:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

KAWAN ...
BILA RASA INGIN MENANGIS ... HUBUNGILAH AKU
BUKAN AKU NAK SURUH KAU BERHENTI MENANGIS
TAPI MUNGKIN AKU BOLEH MENANGIS BERSAMAMU

KAWAN ...
JIKA TERASA TIBA2 NAK MELARIKAN DIRI JAUH DARI MASALAH
HUBUNGILAH AKU ...
AKU TAKAN SURUH KAU BERHENTI ... TAPI ...
MUNGKIN AKU AKAN BERLARI BERSAMA KAU
AGAR MASALAH KAU BOLEH SELESAI

KAWAN ...
JIKA TIBA2 KAU DITINGGALKAN KEKASIH KAU
HUBUNGILAH AKU ...
AKU TAKAN MEMAKI HAMUN X-MAKWE / X-PAKWE KAU ... TAPI
AKU AKAN CUBA BUAT KAU CINTAI DIRI KAU SENDIRI

KAWAN ...
JIKA KAU KECEWA KELUARGAMU TAK BAHAGIA
BERITAHULAH AKU ...
AKU TAKAN BUAT KAU BENCI KEPADA IBU BAPA KAU
TAPI TERIMALAH SEGALA KETENTUAN ILLAHI

KAWAN ...
JIKA KAU KECEWA PERKAHWINAN KAU SUATU HARI NANTI
CERITALAH PADA AKU ...
AKU TAKAN SEBUT NAMA PEREMPUAN / LELAKI ITU
TETAPI ... CUBALAH JADI LELAKI / WANITA YANG
LEBIH SOLEH / SOLEHAH

TETAPI KAWAN ...
JIKA SUATU HARI AKU BERDIAM DIRI
AKU TIDAK MEMBALAS MESEJMU
AKU TIDAK ANGKAT PANGGILAN DARIMU
HUBUNGILAH AKU SEGERA
SEBAB WAKTU ITU AKU ...
AKU PERLUKAN KAU ...
UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN AKU ...

p/s:sukar di mengertikan erti persahabatan!

 

Rabu, Mei 14, 2008 9:53:00 PG, Blogger Hasrul Halid

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Rabu, Mei 14, 2008 11:39:00 PG, Blogger Rajuna

nek kue tutup blog iki aku ngeroso aku orah jowo meneh. akeh men bendo2 asing nang jero otak aku. arep jadi punk lah, opolah.

blog kue ngajari aku orah kelalen asal usul aku.

ojo koyok ngono kang!!


(buku hisham tu pun dah aku beli, haha)

 

Rabu, Mei 14, 2008 12:36:00 PTG, Blogger Yana Ismail

Jiwa kacau kah:)
Salam singgah and salam kenal..huhu

 

Rabu, Mei 14, 2008 2:47:00 PTG, Blogger achik

rehat sebentar bersama kit kat..

jgn berenti menulis yea!!!

:)

 

Rabu, Mei 14, 2008 4:17:00 PTG, Blogger violet

ramai peminat blog ni. tak mengira jantina,

selain tutup blog, mungkin ada pilihan lain utk tenangkan emosi dn jiwa.

amik cuti gi pulau ke misalannya, cuti2 Malaysia.

hadapi segalanya dgn senyuman dn tenang jiwa :)

 

Rabu, Mei 14, 2008 4:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Bro, aku tak kisah kau nak buat apa pun. Tapi jangan sekali-kali kau tutup blog ini.

INI AMARAN TERAKHIR. Kalau kau tutup blog ini, aku tutup ... kau!

Heh!

 

Rabu, Mei 14, 2008 4:51:00 PTG, Blogger silversarina

salam,

Tak payahlah tutup blog, apa yang ditulis boleh juga menjadi pengajaran buat insan yang membacanya dan semuanya adalah kehidupan yang penuh duri dan ranjau .

salam ceria ye adik wak :)

 

Rabu, Mei 14, 2008 5:34:00 PTG, Blogger Unknown

relax je bro.. kalau hidup ni selalu baik2 je tak best jugak kan? sesekali kena acting jahat2 jugak.. haha

hidup parit jawa!!

 

Rabu, Mei 14, 2008 6:33:00 PTG, Blogger arianna adrizal

kita manusia bukan robot. terlalu complicated. kalau tutup pun, do keep in touch. mana tau da smpai seru, nk jemput mkn ns minyak. janji dulu nak silat pulut :)

 

Rabu, Mei 14, 2008 8:43:00 PTG, Blogger zino

apa salah blog ni sampai nak di tutup..

 

Rabu, Mei 14, 2008 10:07:00 PTG, Blogger PINATBATE

mula-mula tutup muka...sekarang ada hati nak tutup blog pulak....ojolah kayo ngono kang...

 

Khamis, Mei 15, 2008 12:50:00 PG, Blogger Unknown

sejak beberapa menjak ni, ada blog2 yang macam tak sedap je bunyinya. berjangkit-jangkit pulak rasanya. termasuklah blogku sendiri dan puteri keraton tu.

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:20:00 PG, Blogger khairyn

Ah buatlah apa yang kamu suka. Blog ini pun blog peribadi kau.

oh perenggan di atas tidak ada kena mengena dengan dengan apa yang aku ingin katakan, abaikan saja hehehe

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:23:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Sungguh benar anakandaku...bonda tertinggal rasa sayang disini....rasa sayu di sini....dengan perasaan yang rela....oleh itu tenanglah wahai jiwa dan hati yang bergentayangan...agar dapat kau menetapkan jejak paksimu kedasarnya.....dan bertemu kedamaian.....dan memberi izin bonda menumpang.... untuk mengubati hati yang juga pilu....

 

Khamis, Mei 15, 2008 10:17:00 PG, Blogger aNIe

BP...bercutilah sebentar kalau inginkan ketenangan...bila segala dah okay...menulis lah semula...tapi jgn tutup blog ini...akak sentiasa suka membaca tulisan2 BP....

 

Khamis, Mei 15, 2008 11:20:00 PG, Blogger KV

tertanya tanya mengapa perlu menjadi 'budak jahat'. Ekeke

 

Khamis, Mei 15, 2008 12:48:00 PTG, Blogger ILA

BP,
WONG JOWO USAH MENGALAH OKEYYY!!!

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nonie,
Aku penat sangat. Nak berehat. Boleh?


nur@,
Hmmm...Malas nak fikir buat masa sekarang...


Muor76,
Terima kasih Muor. Bila kita nak ngeteh kat Muor?


Cikin,
Dan lakukan yang terbaik untuk orang lain juga...


Hambali,
Waalaikumusalam.

Aku nak berehat sekejap. Mungkin sehari, mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun....


JBM,
Pelangi datang selepas hujan. Aku suka kata-kata itu.

Terima kasih Bad.


Kak Jie,
Ya. Terima kasih kak Jie.

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
Alah... bukan ada apa sangat pun blog aku...

Aku ada gaya Hisham Rais ke Pa'chik?


arsaili,
Waalaikumusalam.

Ya, terima kasih.


cikgu panji,
Errr..... Ambillah yang baik-baik saja.


Kamato,
Waalaikumusalam.

Unik? Hmmm.... Terima kasih.


nur@,
Bukan jahat, nakal itu mungkin lebih tepat.

Kamu percayalah dengan cakap Pa'chik itu....


cik t tanah,
Yang menulis lebih faham apa yang ditulisnya, kan?

Ya, saya juga rasa, kadang-kadang blog saya ini bukan sahaja 'berpuaka' tetapi 'celaka'.. Entah!


kadok,
'Pokok' tak penting Kadok, 'akar'nya yang lebih penting, agaknyalah...... :D

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

neeziee,
Entah! Sebab aku errrr... tak tahulah!


asuhara,
Aku kesel bangeti. Endase mumet. Aku arek mandek diluk....


Si Kachak,
Sesekali bagilah aku chance bro'.

:)


Mama Ranggie,
Hmmm... Menarik kata-kata itu. Tk.


Hasrul,
Kenapalah kau padam ulasan kau tu Hasrul. Aku suka ulasan kau itu. Berani! Nasib baik aku dah baca.....


xrajunax,
Aku kesel la mas. Arek mandek diluk wae. Insya-ALLAH, Nik umure dowo, nik ora esok luso minggu ngarep, ora pun bulan ngarep, aku ngeblog maneh la....


Puteri Liyana,
Nak singgah boleh. Nak kenal, saya tak available dah. Dah ada Sas.

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:54:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
Insya-ALLAH


achik,
Insya-ALLAH.


Violet,
Terima kasih. :)


mudin,
Kalau aku nak berehat sekejap, boleh? Aku penat sangatlah Mudin.


Kak Sarina,
Waalaikumusalam.

Terima kasih kak. Insya-ALLAH.


Penoreh getah,
Berlakon tak apa, jangan betul-betul. Watak baik senang nak bawa, watak jahat itu yang susah..

Hidup!


Arianna,
Jangan lupa hantar kad kamu itu nanti ...


Zino,
Samada blog atau tuan empunya blog yang bersalah. Entahlah Zino...


Pinatbate,
Aku kesel. Arek mandek diluk wae...


ainin naufal,
Hmmmmm...... Bumi mana tak ditimpa hujan.


khairyn,
Kamu tau kan... Blog kadang-kadang sangat 'celaka'. Buktinya, sampai penulisnya di kata beruk, sampai boleh menumbangkan sebuah kerajaan. Macam-macam lagilah....


mdmzend,
Saya tersentuh dengan kata-kata Madam Zend.

Terima kasih.


Kak Lady,
Terima kasih kak Lady.

Insya-ALLAH.


kv,
Saya memang budak jahat pun!


ila,
Yo. Tapi wong Jowo pun manusio Ila, eneng jiwo.