Kesakitan, keresahan dan kecelaruan selama satu dua bulan ini benar-benar menguji. Dan hari-hari yang terakhir ini amat menyakitkan, amat menduga. Aku tidak akan sesekali menyalahkan takdir, tetapi diriku sendiri.
Aku tak akan mencipta alasan kerana kutahu dalam jangka waktu yang pendek ini aku adalah seorang manusia yang bodoh, rapuh dan keliru. Aku telah tewas.
II
Lontarkan sahaja api kebencianmu, campakkan sahaja bara amarahmu, ke dadaku. Biar terbakar jasadku, biar hangus jiwaku. Kalau itu hukuman atas kesilapanku, merobek kepercayaanmu, menodai kebaikan, mengkhianati ketulusanmu, aku rela.
Ya, kemaafan itu sesuatu yang teramat berharga, dan kehilangan itu sesuatu yang pedih dan amat menakutkan.
III
Lelaki ini. Melihat di depan matanya. Seorang insan, hancur berkecai hatinya. Berderai, menjadi serpihan-serpihan duka, berserakan, basah dengan air mata.
Tuhan, izinkan lelaki ini. Mengutip kembali serpihan-serpihan duka itu, satu-persatu dan mencantumkan kembali, menjadi sekeping hati yang tulus seperti dulu.
IV
Mungkin sudah sampai masanya, aku membuka topengku. Dan membiarkan mata-mata di hadapanku memandang wajahku.
V
Kepada seorang sahabat, Rudy Bluehikari, terima kasih atas segala kisah-kisah berjiwa yang sempat kita kongsikan bersama petang semalam. Aku menghargainya, sangat-sangat.
TTFN
Jumaat, Mei 09, 2008 9:08:00 PTG, DeeN
Salam PuRP,
Takde hubungan yg tak pernah renggang & bermasalah. Walaupun aku tak tahu apa sebenarnya terjadi, harap kalian dapat kembali seperti dulu. Insya Allah. Dan jika jodoh kalian kuat, dan jika kalian tercipta antara satu sama lain, janjiNYA tetap ada! [itulah saja yg termampu aku nasihatkan. cakap mmg senang. moga dpt beri kesenangan utk kamu].
Sebagai du'aku utk puteri, begitu juga du'a aku utk kamu! Moga tabah!
Sabtu, Mei 10, 2008 4:57:00 PG, Pa'chik
dude,
ada sorang lelaki ni, 13 kali dia bukak restoran... gagal.. setiap kali gagal, asal saja ada peluang, dan ruang, dia bukak restoran lagi... sampai yang ke 14.. dia berjaya...
err... aku cuma nak cakap.. sekali ada peluang untuk dibina semula... jangan sesiakan... kalau salah dan khilaf, berampun maaf,keruh dibuang, jernih disimpan, yang penting jangan berulang...
sori dude, memandai pulak aku.. aku snirik pun... hehe...
Isnin, Mei 12, 2008 9:10:00 PG, Hasrul Halid
Purp, apa perlunya mendakap matahari andai bulan sudah pasti ada di sisi. Pun bulan tu 'berlopak-lopak' tapi sekurang-kurangnya kalau kamu 'peluk-rapat' sekalipun, kamu tak akan cair dan hancur jadi debu.
Sudah-sudah ler tu Purp.
kalau dengan tulus, pastinya 'dia' maafkan.
Siapa yang tak pernah buat salah??? Aku pun tak terkecuali..
Isnin, Mei 12, 2008 12:36:00 PTG, muor76
sedangkan lidah lagi tergigit..
sedangkan jari boleh terluka ketika siang ikan..
sedangkan lutut boleh terkoyak kalo jatuh
sedangkan pokok durian boleh tak berbunga
sedangkan kebun belakang umah aku leh togel...
sedangkan manusia boleh tersilap...
tersilap boleh meminta maap
menyakiti boleh mengubati..
sesuatu yg hancur mungkin boleh dicantumkan kembali.. tapi tak same ngan keadaan yang asal.. mungkin keadaan yg baru akan mewujudkan keindahan.. keindahan yang tiada sebelum itu..
Isnin, Mei 12, 2008 1:29:00 PTG, NJ@Goboklama
alkisahnyaaa....Ingatkn kenaper lah si puteri tu.. :0
Seorg pmpuan boleh memaafkn tapi utk melupakn jarang skali yg brjaya. Akan tiba 1 masa nnti,semua itu akn trpapar dlm ingatan & segalanya akn mnjadi ungkitan. Itupun trpulang pd individu dik,kalau dh sayang,sumer tu tk mnjadi kudis.. (kalu bukn silap besar lah)
Isnin, Mei 12, 2008 4:14:00 PTG, Ted
erm, rasanya adik ni yg penah kene macam ni leh bg nasihat kot. Sis tatau pe bende betul yg jadi. Tp sis, dah banyak belajar ttg mende ni.
bg sis, tanya hati itu ptg. Jika cinta, jaga lah.
Jika tak cinta, dari terluka di kemudian hari, baik putuskan dengan nama sahabat dan biar tuhan tentukan semuanya. Manakan tahu jumpa yg lagi baik.
tp memandangkan yang dah ok je sis n bro ni..Ted doakan pepun keputusan, biarlah yg terbaik.Gudluck!
Selasa, Mei 13, 2008 2:22:00 PG, Kerp (Ph.D)
salam wak,
aiseh, lama nyong orak singgah. tapi mcm wak, nyong sendiri banyak kali tak sihat semenjak semenjak sebulan dua ni. kata Doc Tokasid bulan 3-4 mmg biasatime orang demam2. satu kali tu, nyong terlantar seminggu atas katil, tak keluar bilik...alhamdulillah dah sihat dah ni. moga begitulah hendakNya dgn keadaan wak, InsyaAllah.
Selasa, Mei 13, 2008 1:12:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Assalamualaikum.
Saya kurang sihat dan sedang bercuti panjang. Maafkan saya tidak dapat menjawap semua ulasan kalian satu-persatu.
Terima kasih kepada semua sahabat dan teman-teman blogger yang sudi mengulas; mendoa dan menulis kata-kata dan nasihat yang berjiwa dan bermakna. Saya sangat-sangat menghargainya. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan, kemurnian, keperihatinan dan ketulusan kalian semua.
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang panjang, penuh liku, penuh onak dan bersimpang siur. Setiap langkah kita sentiasa diduga. Sekuat manapun kita, biarpun langkah kita sudah cukup berhati-hati tetapi kadang-kadang kita jatuh tersandung dan tersungkur juga. Saya salah seorang darinya. Mungkin kerana saya keliru, lemah dan rapuh, entah! Yang pasti, saya tidak ingin menyalahkan sesiapa, kecuali diri saya sendiri.
Saya sesekali tidak akan lari dari kenyataan. Sebab, ke mana sekalipun kita cuba lari dan selaju mana pun kita lari, semakin laju ia mengejar kita di belakang……. Saya suka kata-kata Pa’chik, “kalau salah dan khilaf, berampun maaf, keruh dibuang, jernih disimpan, yang penting jangan berulang...” Ya, semoga suatu hari nanti, terbuka jiwanya - insan yang telah saya sakiti itu - untuk memaafkan saya.
Kalau kamu bertanya, “kenapa mengejar matahari??” atau “…apa perlunya mendakap matahari andai bulan sudah pasti ada di sisi.... “ Saya tiada jawapannya, mungkin agaknya saya terlalu terpesona dengan cerah cahayanya. Atau mungkin kerana saya terlalu ingin menjadi cahaya seperti cahaya matahari itu. Itu impian saya.
Kita cuma merancang, segalanya Allah yang menentukan. Saya percaya itu. Saya tak mahu mendustai takdir. Tapi saya masih percaya, selagi kita masih punya nyawa, Tuhan memberi peluang untuk kita terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya.
Dan saya juga percaya setiap pilihan di tangan kita sendiri. Samada kita mahu memilih untuk ketawa dan menangis, kuat atau lemah, terpulang - samada kita mahu menurut rasional atau emosional.
Saya percaya, semua yang berlaku punya hikmah yang tersirat di sebaliknya. Mungkin kata-kata Muor76, “mungkin keadaan yang baru akan mewujudkan keindahan.. keindahan yang tiada sebelum itu..” ada benarnya. Insya-Allah.
Perjalanan harus dimulakan kembali, matlamat masih jauh, masih belum berpenghujung. “It’s not where you start, it’s where you finish that counts”
Sekali lagi, terima kasih kepada kalian semua.
Wassalam.
salam saudara. tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. jika Puterimu itu begitu berharga buat dirimu,tiada wanita lain dapat mengganti dirinya, buatlah termampu untuk memenangi hatinya semula. saya mendoakan saudara dan Puteri segera bahagia seperti dulu.
assalammualaikum.