Sudah dekat sangat masanya. Ada semacam rasa getar dan degupan kencang yang merasuk ke dalam dada Along. Keresahan datang mengetuk bertalu-talu. Kegelisahan menjalar liar di segenap tubuh Along. Tapi anehnya Angah, yang muda tiga tahun dari Along itu, nampak sangat selamba dan tenang sahaja.
“Tak ada rasa apalah Long, sakit sikit saja. Macam kena gigit semut. Itupun nak takut!” kata abang Sekak. Seperti mengejek saja bunyinya. Abang Sekak memang selalu begitu, macam bagus-bagus saja dia.
“Eleh! Sudahlah abang Sekak! Emak cakap, abang Sekak dulu lagilah penakut, dah tingkatan satu baru berani bersunat!” tempelak Pi’e, sepupu kami itu.
“Dah tumbuh 'misai'.... ” Amat, adik Pi’e itu pula menyampuk.
“Ha ha ha!”
Merah padam muka abang Sekak.
TTFN
Selasa, Mei 27, 2008 3:59:00 PTG, bajukurung
hahahaha
aku dulu pun hampir2 ber'misai' jugak baru berkhatan.
fuh, lepas settle je habis pantang....terus jadi ROMEO beb!
1st awek - tingkatan 1
2nd awek - tingkatan 2
3rd awek - tingkatan 3
4th - 7th aweks - tingkatan 4
8th - 10th aweks - tingkatan 5
laaaa aku pergi sekolah bercinta rupanyaaa...patutlah SPM tak berapa nak 'flying colours'...
Selasa, Mei 27, 2008 5:15:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Hehehe. Rasa-rasa macam tau negara mana satu tu. Tapi putera dia yang mana satu ek..?
muor76,
Aku di klinik Parit Jawa. Terpaksa cuti dua minggu, tak boleh mandi dalam parit dan main bola. Hehehe!
nonie,
Aku pun tengok juga filem itu.... :D
masy,
Tapi kalau dah bermisai, pakai tajuk apa pun tetap jadi kejutan......
Zino,
Itu belum nampak pisau Tok Mudim lagi. Tapi itu dulu-dululah. Zaman saya pun dah pergi klinik. Sekarang lagilah, Tok Mudin dah tak boleh cari makan. Sekarang dah pakai alat canggih. Hehehe.
mamaranggie,
Mana ada takut MR. Seronok lagi ada. Lepas sunat boleh kawan dengan 'budak besar'. Hehehe!
Bajukurung,
Tak liat ke? Hahaha!
Aku lagi hebat. Masa Tadika dah bercinta. Dengan cikgu Tadika. Hahaha!
Selasa, Mei 27, 2008 11:31:00 PTG, tokasid
Salam Wak Pinter:
Memang bila cuti sekolah acara sembelihan korban pasti menjengah.
Semalam seorang.Tadi pagi 2 orang.Esok 2 orang dan lusa seorang.
Pengalaman menyembelih punai selama berbelas tahun memang melucukan.Tapi ada jugak yg menyedihkan.
Apa tak sedihnya: ada budak darjah 6 tak tahu solat sebab bapa dia tak pernah solat. Ada budak darjah 5-6 tak tahu mengucap dua kalimah syahadah.Kata bapak dia pada saya:Nanti lepas luka sembuh saya ajar dia ngucap.Ada 'budak' 19 tahun(lepasan SPM) baru nak sunat sebab dah ada girlfriend!
Ada 'budak 15 tahun(selepas PMR baru nak sunat sebab dulu bapa tak ada masa nak bawak ke klinik.
Memang sedih.
Khamis, Mei 29, 2008 12:20:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
arts,
Hehehe! Ingat compare apa tadi. Masa kami dulu compare siapa sembuh dulu…Hehehe!
Tapi aku rasa kalau berkhatan secara tradisional dengan Tok Mudin lebih mencabar kot….
kadok,
Hehehe! Kejam kau ni….
gayour,
Alah….Sekali seumur hidup saja bro’. Lepas bersunat baru layak mengurat.
Bro' dulu bersunat umur berapa tahun? Hehehe!
Kak Mar,
Waalaikumusalam.
Itu kena tanya Encik Mudin sendiri. Hehehe!
SangPelangi,
Kau pun berkhatan masa dah tumbuh ’misai’ juga ke?
Raja Binjai,
Itulah dia.
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.
Ada orang bertanya [dia bergurau agaknya], “kalau khatan semasa masa kecil, nanti tak tumbuh semula ke?“ Hehehe.
Ya, betul tuan. Berkhatan bila dah bersekolah baru ada thrill...
Khamis, Mei 29, 2008 12:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Atiqah,
Dah susah nak jumpa majlis berkhatan tradisional macam dalam iklan itu sekarang....
Dr Tokasid,
Waalaikumusalam doc.
Menarik cerita doc itu. Ya, lucunya ada, sedihnya ada, seperti tak sangka pun ada. Tentunya dah bermacam latar belakang kanak-kanak [latar belakang keluarga mereka juga] yang doc sunatkan.
Kalau doc cerita pengalaman doc itu di dalam di blog, boleh bersiri-siri agaknya ya...
NBK,
Wah! Bersemangat betul kau nak tahu. Sampai dua kali kau komen semata-mata nak tanya pasal itu saja ek? Hehehe!
eisraa,
Salam kembali.
Eloklah. Jangan jadi macam cerita dalam ulasan Dr Tokasid itu.
Sama-sama. Sampai juga ke Mesir buku GT itu ya. Terima kasih kerana membeli. Selamat membaca dan mencerna.
B Rampai,
Waalaikumusalam BR.
Boleh masuk suratkhabar kalau tumbuh Misai Kucing [Orthosiphon stamineus]. Hehehe!
Kak Sya,
Alhamdulillah. Ha’ah, sekali. Tak pernah pula dengar cerita orang dah berkhatan, tumbuh semula…..
Penoreh Getah,
Hehehe!
Khamis, Mei 29, 2008 12:47:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
achik,
Hari Raya nanti nak kena minta maaf dengan dia ni.....
nur@,
Abang si Sekak berhemah sedikit orangnya.
Kebanyakan tok mudin pun dah berusia, dah tak berapa nampak, kang takut terpotong benda lain, bersara sajalah.
Kamato,
Suatu hari nanti gelaran ’Tok Mudim’ akan hanya tinggal sejarah.
Kawaii,
Dah berkhatan, baru betul-betul keluar suara lelaki. Hehehe.
Mazudi,
Itulah. Besar sungguh pengorbanan kaum perempuan. Berganda-ganda sakitnya. Bertarung dengan maut.
ad3ck,
Kau bila nak bela misai? Hehehe.
asuhara,
Ooo.... Macam pernah dengar tajuknya, tapi tak berkesempatan [baca: tak minat] tengok. Hehehe
p/s. O..
Ted,
Nakal sungguh kamu ek.... Sakit wooo kalau kamu pukul 'anu'nya..
Jumaat, Mei 30, 2008 10:42:00 PG, blackpurple @ jowopinter
basri,
Hormon kau lambat keluar kot. Hahaha!
en me,
Nama pun abang Sekak...
jbm,
Nasib baik berjaya jadi ADUN, kalau tak, tak ada kerja dah... Hehehe!
kawaii,
Kasihan pada siapa kawaii? Abang Sekak atau Tok Mudin?
Tongkangbocor,
Kata orang, bersunat guna cara tradisional lebih afdal. Kata oranglah.
Si Kachak,
Ada lagi nama yang lebih manis sebenarnya. Tapi tak manis kalau nak tulis di sini. Tak sesuai untuk tatapan umum. Hehehe!
gitartong,
Anak kau dah pandai apa cikgu? :)
eeeee... tingat dulu masa kecik, ditayangkan di tv, anak seorang Sultan di sebuah negara tu, tengah diarak untuk berkhatan... memang dah bermisai pun dia... tapi di muka laa... keskeskes... :p