Selasa, Jun 24, 2008
Haji Denan menyeripit kopi Tongkat Ali Ginsengnya itu perlahan-lahan. Jejari tangan kirinya pula menyepit sebatang rokok Gudang Garam yang tinggal suku panjangnya. Dia kemudian mula bercerita. Macam selalu-selalunya. Tanpa disuruh-suruh.

Abang Zek itu berwang orangnya. Tidak menghairankan sangatlah. Dia kontraktor besar. PKK kelas A. CIDB G7. Main projek juta-juta sahaja. Projek puluh-puluh ribu dia tak main. Biasalah, berkawan dengan menteri. Produk DEB-Lah katakan. Apa nak dipelikkan. Ha ha ha. Abang Zek punya segala-galanya. Isteri yang cantik. Rumah agam. Kereta sukan. Kereta mewah. Segala-galanya. Cuma Tuhan belum mengurniakan mereka anak.

Hari minggu itu. Abang Zek pergi memancing. Di sebuah kolam ikan di Rawang. Dengan Abang Dol, kawan baik dia, kontraktor juga. Lama juga mereka pergi memancing. Keluar awal pagi, lewat malam baru Abang Zek pulang. Isterinya belum tidur lagi sewaktu dia sampai di rumah. Abang Zek kata, mereka tak banyak dapat ikan, cuma seekor, agak besarlah juga, tapi terpaksa dibahagi dua, separuh-separuh. Dia ambil bahagian kepala, Abang Dol ambil bahagian ekor.

Di dapur, Isterinya membelek-belek dan membalik-balikkan ikan pancingannya itu. Entah kenapa tiba-tiba ada rasa curiga yang menyelinap ke dalam dadanya. Kecurigaannya itu senyap-senyap dan perlahan-lahan bertukar menjadi geram, kemudian kecewa, kemudian marah, kemudian entah apa-apa lagi. Dia kemudian menyoal Abang Zek. Terperinci. Dipendekkan cerita, lewat malam itu meletuslah 'perang dunia' di rumah Abang Zek itu. Isterinya menyerangnya bertalu-talu. Dengan hamburan kata-kata, dengan lontaran apa sahaja perkakas yang wujud di hadapan matanya. Dengan tangisan juga. Habis perkakas di dalam rumah itu tunggang langgang. Ikan yang separuh itu pun entah sudah melayang ke mana-mana.

"Nak tipu bini pun, logik-logiklah sikit. Mana ada orang bela ikan tenggiri di dalam kolam. Dia ingat bini dia tak kenal agaknya antara ikan pancing di kolam dengan ikan beli di pasar. Kan dah kantol!" Haji Denan menyambung ceritanya. Ha ha ha!

Malam itu kecurigaan isterinya terjawab. Patutlah Abang Zek selalu balik lambat dan jarang mahu lekat di rumah. Sekejap-sekejap mesyuaratlah, seminarlah, lawatan tapaklah, main golf dengan Datuk inilah, dengan Datuk itulah, memancinglah, rupa-rupanya Abang Zek ada simpan perempuan lain, yang lebih muda, lebih cantik, lebih gebu, macam peragawati pakaian dalam. Manalah isteri Abang Zek tidak mengaruk macam orang hilang akal malam itu.

"Berkahwin dua ni mula-mula sahaja sedapnya, dah lama-lama nanti pening kepala, percayalah……" Haji Denan menyudahkan ceritanya. Saya tersenyum mendengar kata-kata Haji Denan itu. Maklumlah dia pun beristeri dua juga. He he he.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/24/2008 08:27:00 PG. |


51 Ulasan


Selasa, Jun 24, 2008 8:49:00 PG, Blogger Sastri

hmmm... the instinct of a woman can be so powerful, especially when she has strong and deep feeling towards a person who is very close to her...

memang dalam Islam, lelaki dibenarkan berkahwin sehingga empat... tapi tengok juga pada niatnya...

setuju dengan Haji Denan... sebab sudah melihat dengan mata sendiri, macamana keadaannya bila isteri bermadu... ramai yang terseksa berbanding dengan yang benar-benar bahagia...

 

Selasa, Jun 24, 2008 8:53:00 PG, Blogger Sastri

harapnya bila u dah berjaya nanti, jangan la dicontohi perkara-perkara negatif yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang-orang kita... :)

 

Selasa, Jun 24, 2008 8:53:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

tengok pada keadaan juga..kalo betul mampu dari segala segi,x de masalah..tp kalo menambah masalah,memang cari masalah lah tu...rasanya 1 dlm 100 pun susah nak cari yg bahagia...betul x?

 

Selasa, Jun 24, 2008 9:22:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

bermadu?? owh..tidak! nauzubillah..

berkongsi berus gigi pun aku tak sanggup, inikan pulak nak berkongsi suami..

 

Selasa, Jun 24, 2008 9:26:00 PG, Blogger muor76

kawin lebih dari satu?
ermmm yg satu nih pon tanggungjawab dah giler babeng besor..
kengkadang leh membuatkan sakit kepale yg amat sangat... hehehhehe walaupun pernah terlintas niat ' best nyer kalo ade lagik sorang'.. tapi bile memikirkan perangai/sifat pompuan ini yg unsangkarable.. susah gak... bio ler yg satu nih jadik yang pertama dan terakhir untuk selamenya... lagik pon kalo diri ini dah cukup tegak nak menghasilkan bebayang yg tegak lain ler citer..
ermm mancing.. bile ler aku nak start balik salah satu hobi lame nih.. at least leh gak kurangkan belanja beli ikan... hehehhehe.. eh black ko minat mancing? jgn cakap ko mancing ikan betuk dan guan jerk.. hehehehhe

 

Selasa, Jun 24, 2008 10:07:00 PG, Blogger Alpha

Abang Zek ni pun satu...cakap la pergi mancing kolam air masin...

(tapi mana ada orang stok ikan tenggiri...ikan siakap ada le....)Ah, terus-terang aje le!

 

Selasa, Jun 24, 2008 10:34:00 PG, Blogger Kaktiny

setuju sangat dgn ayat sas : "hmmm... the instinct of a woman can be so powerful, especially when she has strong and deep feeling towards a person who is very close to her..."

nak nak plak bila dh jadi bini.. dengkur laki pun dia tahu ada yang kena ke tak.. something fishy is going or not - she will definitely know.. jgn main2 ooo..

pasal ikan.. teringat cerita Tuan Haji Nordin.. 'budak saya pancing kat kolam ulu yam bawak balik ikan terubuk - terubuk masih plak tuh..' hmm hmm hmm..musykil 80x musykil.. sama kes nih..

kpd suami2.. jgnlah buat.. tolonglah.. kaktiny rayu sgt.. hargai dan sayangilah isteri anda setulusnya.. andai si isteri yang buat perangai.. sanggupkah?..

kalau sayang bini.. jgn tambahkan dosa mereka dgn memaki dan menyumpah anda.. (kalau korang kawin lebih.. ingat bini tu ikhlas ker tgk muka korang?... dlm hati silap2 menyumpah korang mati cepat.. kan dah jatuh hukum berdosa tuh.. so, janganlah buat.. TOLONGLAH...)

uish.. emo plak kaktiny kat ruang si JP nih.. sorry..

doa2 semoga hubby kaktiny tak buat ler.. amin..

 

Selasa, Jun 24, 2008 11:05:00 PG, Blogger Rajuna

aku tak setuju sangat sebenarnya apabila lelaki berusia berkahwin dgn perempuan yg muda-muda.

ini boleh di kira potong line. abis tu yg muda-muda macam aku ni susah la mau cari cutting model?

perempuan ni pun satu pantang. Umpan sikit, dah mengena.

Sebab tu aku kurang berkenan dengan org kaya ni.

Sebab tu jugak aku selalu curi2 sepak mercedes, bmw dan perdana executive ahahaha

 

Selasa, Jun 24, 2008 11:21:00 PG, Blogger rudy bluehikari

satu pun tak teradil dengan kerjaya etc, nikan pula dua. ehehehe..moga2 aku istiqamah satu.

 

Selasa, Jun 24, 2008 2:24:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

isteri ramai mmg best...tapi yang tak bestnya kat akhirat nanti jenuh jawap oooo...kalau ada yang tak adil...

 

Selasa, Jun 24, 2008 2:26:00 PTG, Blogger NBK466

Emmm tak leh ek bela ikan tenggiri dlm kolam?? Siakap buleh? he..he.he..

 

Selasa, Jun 24, 2008 3:19:00 PTG, Blogger tasekM

berhati2 ye lelaki.. wanita mmg dilahirkan dgn sifat yg sgt teliti... apa2 yg kalian tak terfikir pun mereka boleh terfikir...

suka tengok madu2 yg bahagia...

 

Selasa, Jun 24, 2008 3:36:00 PTG, Blogger Unknown

SAS, I CONCUR!!!!!!

pernah terjd kat kawan ofis..kata ngan wife pg fishing kat kolam skali bawak balik ikan tongkol...sbb singgah pasar dah petang ikan sungai pon dah habis.
jadi pengajaran buat para lelaki y ske tipu wife.

 

Selasa, Jun 24, 2008 3:48:00 PTG, Blogger Pa'chik

heheh... komen sas yang nomor dua tu... heheh... ingat tu dude...

 

Selasa, Jun 24, 2008 4:01:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

Memang benar tu, nak kawen lagi, tak yah la nak tipu2. lama2 akan terbongkar juga rahsia. Cumanya, bagi Azwa mana2 isteri yang kena tipu tu, janganla sampai memalukan diri sendiri. Kita masih ada maruah, tak perlu sampai melalak melolong, berterbangan segala periuk belanga. Nak cross examine jangan terlebih emo w/pun hati tengah sakit. kalau kena caranya, suami akan lebih hormatkan kita dan menyesal seumur hidup kerana menduakan isteri...

 

Selasa, Jun 24, 2008 4:48:00 PTG, Blogger Unknown

bro kena suruh wak denan tu nyanyi lagu sejati.. =))

 

Selasa, Jun 24, 2008 4:52:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Haih. Memang sampai bila pun saya tak faham dengan lelaki seperti Encik Zek itu. Ye lah, saya kan perempuan. Dan Encik Zek tu pun takkan faham dengan perempuan. Dia kan lelaki. Ha ha. Saya merepek!

 

Selasa, Jun 24, 2008 5:36:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam.

Kepada Abang Zek(dan lelaki-lelaki seumpamanya dan sewaktu dengannya)

"Kalau dah mampu,janganlah nak menipu"

Tak berkat menipu isteri. :)

 

Selasa, Jun 24, 2008 7:59:00 PTG, Blogger achik

"Berkahwin dua ni mula-mula sahaja sedapnya, dah lama-lama nanti pening kepala, percayalah"


dengar tu.. pesanan dari org berpengalaman.. hehehe.. ;)

 

Selasa, Jun 24, 2008 10:55:00 PTG, Blogger Sri Diah

Huwaaa.... kan dah kantoi! Itulah bestnya jadi isteri, telepati mesti menjadi. Kalau mampu kenapa tak kahwin je - tak usahlah nak menambah dosa. Ni mesti jenis isteri tak takut suami ;-)

 

Rabu, Jun 25, 2008 12:35:00 PG, Blogger Abang Long

Kadang - kadang, jarang - jarang... Jomlah ke gerai abang long.

 

Rabu, Jun 25, 2008 2:42:00 PG, Blogger pHu Cai

Kenapa bini dia nak marah pulak.. Dah dia tak boleh menyambung zuriat suami. Redha sajalah.

Hidup abg Zek. Hohoohohooooo!!

 

Rabu, Jun 25, 2008 9:06:00 PG, Blogger me3n

tp klu mampu ape salahnye ehehehe.

 

Rabu, Jun 25, 2008 9:16:00 PG, Blogger kad0k.

tp betullah..instinct isteri sgt kuat..betul kata sastri..kalau pakai baju smart2...nampak segak..dia terus akan bertanya..."abg ada date ke hari ni?"...nak smart pon x bole..kene serabai aje la kotttttt...hahaha

 

Rabu, Jun 25, 2008 11:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Hmmm…. Ya, Tuhan memang ciptakan wanita punya naluri, telepati, ESP dan gerak hati yang sangat kuat. :)

Itulah. Poligami memang tak salah, tapi biarlah lurus.

Banyak lagi sebenarnya cerita-cerita Haji Denan tentang ‘kesakitan’ lelaki beristeri 2-3 seperti dia. Seronoknya sekejap sahaja.

I sendiri pun pernah ada seorang staf yang menjadi isteri kedua. Memang kasihan. Selalu berendam air mata.


Sas lagi,
Insya-Allah. Bukan bila dah berjaya saja tapi sebelum berjaya juga. Memang banyak sangat dugaan, apatah lagi putar-belit dalam cabang perniagaan seperti kami ini.


MR,
Susah nak kata MR. Tapi kalau cuma mampu dari satu segi saja, segi yang lain tak mampu, memang sengaja mencari masalah-lah.


Cikin,
Tapi kalau dah jodoh kau, macamana? :)

Isk! Berkongsi berus gigi. Tak kena sungguh kau punya perbandingan.


muor,
Oooo…Engko pernah terlintas niat macam itu ek? Aku kabor kat bini kat engko nanti Muor. Hehehe!

Ya. Unsangkarable. Khatam tujuh kali buku Mengenal Wanita [Ibnu Yusof], mati hidup balik tujuh kali sekali pun, belum tentu kita dapat faham 100% pasal perempuan. “Wanita itu adalah kekeliruan lelaki“, kata Vincent of Beauvais. Alexander Pope pulak kata, “Wanita ibarat tekateki yang sukar, tidak lagi menggembirakan bila kita sudah tahu jawapannya.“ Hmmm..... Muor, engko pernah baca buku Men from Mars, Women from Venus ?

Aku tak minat memancing Muor. Tapi kalau tengok gelagat orang memancing aku suka-lah. Dulu-dulu masa kecik, aku biasa mancing ikan tempolo [tempala?] jer.Hehehe.


Alpha,
Ha’ah. Mengaku, cakap jer nak jumpa endut / bini muda. Kan senang!


Kak Tiny,
Hmmm... Dari dengkur pun boleh kesan ek?

Iak! Tuan Haji Nordin mana pulak ni Kak Tiny? Memang tak logik sungguh-lah kalau bawa balik ikan Terubuk masin.

Poligami dibolehkan dalam agama, tapi biarlah betul caranya. Itu saja yang saya boleh ulas. Isu sensitif. :)

Semoga suami-suami dan bakal-bakal suami membaca ulasan / rayuan Kak Tiny itu. Terima kasih kerana sudi mengingatkan kami.

Ameen. Untuk Kak Tiny dan suami.

 

Rabu, Jun 25, 2008 12:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

xrajunax,
Habis nak buat macamana bro’. Dah lelaki yang muda-muda sengkek memanjang. Muda dan kacak saja pun tak guna kalau tak berduit. Hehehe!

Perempuan zaman sekarang [bukan semuanya-lah] kebendaan bro’. Diaorang bukan kira. Suami orang pun suami orang-lah. Tua kerepot pun tua kerepot-lah, mereka sanggup.

Ha ha ha! Tak pasal-pasal kereta pulak jadi mangsa ek.


Rudy,
Menusuk dan penuh makna kata-kata kau itu Rudy. :)

Aku doakan kau terus sentiasa kekal bahagia dengan suri kau yang satu itu, hingga ke akhir hayat. Ameen.


Nonie,
Itulah. Bab mampu memang ramai yang mampu tapi bab adil itu yang paling payah…


NBK,
Entah! Aku bukan kaki pancing jang, mana aku tau. Tapi setahu aku-lah di Rawang memang tak ada kolam bela ikan tenggiri. Hehehe!


tasik,
Ya, Tuhan jadikan wanita punya naluri dan gerak hati yang sangat peka.

Madu yang itu; jarang manis, selalunya pahit. [Saya suka madu manuka, dijamin manis :D]


Amora,
:)

Hehehe! Macam-macam ek. Tapi tentu ada hikmahnya yang tersirat, bagi yang berkenaan-lah.


Pa’chik,
Insya-Allah Pa’chik. Aku pun kalau boleh tak nak-lah jadi macam SESETENGAH usahawan yang di luar-luar sana itu. Bila dah berjaya sikit, mula lupa diri. :)

 

Rabu, Jun 25, 2008 2:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Haha.. aku yang ada bini sorang ni pun tak larat nak layan dah.

 

Rabu, Jun 25, 2008 2:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Azwa,
Itulah.

Saya suka pendapat / nasihat itu. Lebih rasional. Saya akui, dan memang pun, lelaki akan lebih mudah terkesan bila perempuan menggunakan pendekatan sebegitu, berbanding mengikut emosi dan maki hamun.


Penoreh,
Bukan lagu Madu Tiga ke? Hehehe!


Atiqah,
Ha ha ha! Faham faham….

Encik Zek itu pun tak akan faham sebenarnya kenapa perempuan itu masih nakkan dia sedangkan dia sudah beristeri. Takkan perempuan itu tak faham perasaan perempuan lain. Ah! Malas-lah saya nak faham.


Kak WL,
Waalaikumusalam.

Yang benar tetap benar walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah walau diselindungkan

- Kupu-kupu [M Nasir - Kembara]

Manusia selalu lupa tentang keberkatan agaknya. [Saya mengingatkan diri sendiri juga]

:)


achik,
Banyak lagi cerita-cerita dan pengalaman Haji Denan dan kawan-kawan dia juga pasal benda yang serupa. Nak dengar? Hehehe!


Kak Sri Diah,
Itulah dia. Iktibar buat lelaki, semua suami dan bakal-bakal suami. :)


abang long,
Hehehe. Nanti saya singgah. Ada ngeteh-ngeteh ke?

 

Rabu, Jun 25, 2008 3:19:00 PTG, Blogger Titicaca

dengar tu BP nasihat Hj Denan tu ..hahaa..ada sorang penceramah nama hamza yusuf kata " you can't even take care of 1 wife, why do you have to trouble yourself with the second one?"

 

Rabu, Jun 25, 2008 3:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

phu chai,
Err.. Aku tak pandai nak jawap ulasan kau itu. Aku berkecuali-lah. Boleh? :D

Tapi macam itulah selalunya. Isteri tak mampu melahirkan anak dijadikan alasan atau lesen untuk suami berkahwin lain. Memang munasabah-lah, tapi kena peka juga perasaan isteri, kan? Hmmm...


ad3ck,
Sebab kau lelaki, boleh-lah cakap macam itu. Hehehe!


Kadok,
Ha ha ha! Suami melaram + menyemart keluar rumah tak boleh, isteri boleh pulak ek. Bukan sepatutnya isteri cuma boleh melaram untuk suami saja ke? He he he!


Mazudi,
Seorang pun dah tak larat nak layan ek? :D


Titicaca,
Ya, ya, dengar-lah ni. :D

Kalau dah memang tak 'mampu', seorang itu pun dah lebih dari sempurna. :)

 

Rabu, Jun 25, 2008 4:40:00 PTG, Blogger AL-BIMA SAKTI

buat apa nak lebih dari satu?
kalau satu itu sudah sempurna buatmu?

 

Rabu, Jun 25, 2008 4:49:00 PTG, Blogger AL-BIMA SAKTI

jgn cari penyakit
nanti dapat sakit
silap-silap tak buleh bangkit
lidah sendiri yg tergigit
jng cuba-cuba nak terbabit
siap kau kena cubit...

 

Rabu, Jun 25, 2008 7:15:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Cerita dari orang yang pernah melaluinya.
Haji Denan puyla mungkin telah pernah mendengar cerita yang sama dari orang yang juga punya pengalaman gitu.
Dia nak buktikan tidak akan terjadi kepadanya, tapi terjadi juga...

 

Rabu, Jun 25, 2008 9:12:00 PTG, Blogger zino

apa apa pun urus yg satu dulu.. jangan dok fikir dua hehe

 

Rabu, Jun 25, 2008 10:07:00 PTG, Blogger Brader Black

Ni yg best berkwn ngn org bnyk pengalaman.

Mcm2 ilmu bleh dpt.

Ko xnak berkongsi ilmu ko ngan aku ke bang? Ilmu menjadi sorang yg romantis misalnya.

ha ha.

 

Rabu, Jun 25, 2008 10:16:00 PTG, Blogger ILA

Kabare BP,
hmmm..berdasarkan entry mu..
saya hanya boleh komen...
SETIAP PERKARA ADA CONTRA.

tu je;)

 

Khamis, Jun 26, 2008 12:58:00 PG, Blogger KAMATO

Abg Zek, kalau ye pun nak makan ikan tenggiri jangan la sampai menipu mancing, lain la kalau pegi laut dalam.

 

Khamis, Jun 26, 2008 12:09:00 PTG, Blogger Unknown

bak kata seorang veteran,
tambah lagi tu insyaAllah.
kalau nak tinggalkan yg lama tu takkan.

 

Khamis, Jun 26, 2008 1:11:00 PTG, Blogger Rush Murad

berkongsi ikan belah dua, sorang ambik kepala, sorang ambik ekor... silap haribulan... wanita cantik itu jugak dikongsi bersama... isshhhh... imaginasiku....

 

Khamis, Jun 26, 2008 5:58:00 PTG, Blogger Mak Su

ish ish ish, tahunyer makaaaann jer, kan dah kantoi

 

Khamis, Jun 26, 2008 10:58:00 PTG, Blogger aNIe

BP...betul kata sas...orang perempuan ni deria rasa ke 6 dia kuat tau...lebih2 lagi bila suami mula berubah...walaupun sedikit...

Akak bukan anti poligami...tapi teringat kat sebuah ceramah Ustaz Ismail Kamus...katanya ...

'Kita mendirikan rumahtangga untuk mendapat keredaan dan kebahgiaan...tapi kalau berkahwin 2 menyebabkan keluarga tak bahagia dan hidup tak tenteram...apalah gunanya...'

 

Jumaat, Jun 27, 2008 10:20:00 PG, Blogger Masy

cinta terlalu buta, smpi tak sedar kecelikan org lain :)

 

Jumaat, Jun 27, 2008 10:46:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

al-bima,
Sesetengah manusia memang jarang merasa cukup dengan apa yang mereka dah ada. Itu memang hakikat kejadian manusia. :)


Tiara,
Memang apa Tiara?


al-bima,
Ha ha ha!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.

Bila berkawan dengan orang-orang lama seperti Haji Denan itu, memang banyak ilmu boleh belajar. Tentang hidup berkeluarga dan berpasangan. Boleh jadi iktibar dan pedoman. :)


Zino,
Satu pun tak lepas lagi nih. He he he!


Si Kachak,
Macam-macam cerita dari Hj Denan. Ada saja ceritanya. He he he!

Aku romantik? Meh! Turun KL, nanti aku ajar kau. Ha ha ha!


ila,
Waras. Alhamdulillah.

Itulah dia. Hidup ini kadang-kadang bukan hanya ada hitam dan putih, tetapi macam-macam warna lagi di antaranya. :)


Kamato,
Dia ingat isteri dia 'buta ikan' agaknya. :)


kel@mbu,
Selalunya begitulah. Siapa agaknya veteran yang kau maksudkan itu ek? :D


Rush,
Liar sungguh imaginasi kau Rush. :D


mak su,
Ikan tenggiri goreng pun sodap.........


kak lady,
Ha'ah. Naluri dan telepati yang kuat. :)

Selain kerukunan dan kebahagiaan, keberkatan dari-Nya itu yang kita cari. Kan?


masy,
Bukan setakat buta masy, tuli juga selalunya. :)

 

Jumaat, Jun 27, 2008 11:36:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hahahaha...wanita yang bergelar isteri memang cukup peka pada sekeliling. so pendek kata memang sukarlah nak kelentong.hehee...hope awak kalau dah kaya jgnlah tiru itu orng ya.hehee

 

Jumaat, Jun 27, 2008 11:44:00 PG, Blogger alifmimyanun

brader ni yang satu tu pun payah nak jage. apetah lagi kalau berdue.

 

Jumaat, Jun 27, 2008 11:56:00 PG, Blogger Sir Mute Key Chicks

enche,
kau juga beristeri dua kan?

 

Jumaat, Jun 27, 2008 12:00:00 PTG, Blogger U-HAH

salam Bro JP,

sebenarnya terus teranglah, saya tak sampai hati nak ngelentong bini. nak-nak bila tengok muta bundar anak...cair cakap u...

he..he...apa lah Abang Zek, ngail tengiri kah...kah...hambik ko!

 

Jumaat, Jun 27, 2008 12:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ahmoi,
Itulah dia.

Tak. Saya tak akan tiru. Insya-Allah :)


alif,
Satu pun dah boleh pening kepala, kalau dua, dua kali gandalah pening kepalanya. :D


Semut,
Kau jangan buat fitnah Semut. Aku saman kau nanti!


U-Hah,
Waalaikumusalam.

Alhamdulillah. Tahniah! Kau salah seorang suami mithali. Semoga rumahtangga kau terus diberkati. Ameen.

Entah abang Zek! Nak kail, kaillah ikan cencaru ke, kembung ke.... He he he!

 

Ahad, Jun 29, 2008 2:27:00 PTG, Blogger zwitterion

poligami mmg dibenarkan.tapi sukarnya nak terima, termasuk aku!