Jumaat, Mei 30, 2008

I
Menjawap tag Cik Cikin. Beliau tak sudah-sudah mengetag saya. Geram betul saya. Memang nak kena beliau agaknya. Rasa macam nak jotos* saja kepala beliau.

7 + 1 Fakta Rawak Tentang Saya.

1. Saya sangat taksub dengan angka 7
2. Saya anak sulung dari 7 adik beradik
3. Saya lahir pada tanggal Dua Puluh 7
4. Saya lahir dalam tahun 7 puluhan
5. Umur saya bukan Dua Puluh 7
6. Fonsel saya punya angka 777
7. Nombor pendaftaran kereta saya punya angka-angka 7
8. Nombor siri pelekat parkir kereta saya Dua Kosong 77


Gambar hiasan : Ada semacam rasa riak, ujub dan takbur saya menunjukkan gambar ini.

Catatan : *Jotos - meluku, biasanya tepat 90 darjah ke bahagian kepala. Dan tuan punya kepala akan berkata, "adoi...!"



II
Ini pula menjawap tag Puan Nonie.

25 Langkah Saya Ulangi Pada Setiap Pagi Di Hari-Hari Biasa.

1. Buka mata.
2. Guling-guling 7 pusingan di atas katil
3. Susun bantal
4. Lipat selimut
5. Tutup penghawa dingin
6. Wuduk
7. Menghadap Tuhan
8. Baring-baring di sofa
9. Lelap sekejap 27 minit
10. Buang air pusingan pertama
11. Push-ups, sit-ups dan main dumb bell.
12. Cuci muka dengan buih pencuci muka
13. Cukur segala rerambut, misai dan janggut misalnya.
14. Bersiram
15. Pakai seluar dalam, seluar dan baju
16. Bersolek, berdandan dan mewangikan tubuh.
17. Sarap dan telan Multivitamin, Bio C Plus, Ca Mg dll.
18. Buang air pusingan kedua
19. Tutup semua suis.
20. Pakai stokin dan sepatu
21. SMS puteri
22. Hidupkan enjin kereta dan keluarkan kereta
23. Kunci pintu pagar
24. Merangkak di jalanraya dan lebuhraya
25. Sampai di pejabat

Saya mahu bunuh virus tag ini di sini. Jadi, kamu tak perlu risau, ia tidak akan menjangkiti kamu.



III

Tapi yang ini bukan tag.

Hari ini hari dia. Esok lusa mungkin hari kita pula. Untuk keterangan lanjut sila klik di SINI.

[Banner di atas saya pinjam dengan izin dari laman blog Bluehikari]

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/30/2008 10:07:00 PG. |


39 Ulasan


Jumaat, Mei 30, 2008 11:04:00 PG, Blogger Sastri

hmmm... 7 ni memang signifikan bagi u... tapi baru ni, adakala i tak suka atas sebab tertentu...

err... punya la detail, sampai pakai seluar dalam pun cakap... :p

 

Jumaat, Mei 30, 2008 11:15:00 PG, Blogger DeeN

Fuh! Macam tengok the making of drama jer. Detail sedetail detailnya!

Len kali buat la entri pasal kisah kamu diwaktu usia 7 tahun, 17 tahun, 27 tahun, 37 tahun, 47 tahun, 57 tahun, 67 tahun, 77 tahun ....er..er.. terlajak plak. ;)

P.s: Kamu jgn luku pala aku, sebab ini bukan tag ya!

 

Jumaat, Mei 30, 2008 11:18:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

isk..sampai ati mu bro..mau jotos kepala ku.. xpe la, nx taim aku xmo tag ko lagi..

*ayat merajuk ni. sila ambil perhatian. :p

 

Jumaat, Mei 30, 2008 11:20:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

wah..memang fanatik 7 ek...

detail betul lah...hehehe...

 

Jumaat, Mei 30, 2008 11:27:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Sdr JP: 7777. Baguslah. tanda Sdr memang glamer. Dan harap tidak riak serta takabur kerana nya. Jangan marah dengan "nasihat" ini JP. Ha ha ha.

 

Jumaat, Mei 30, 2008 11:35:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

ko guling2 7 kali baru nak bangun....sas 8 kali alarm bunyi baru nak bangun...elok bonar tu...nanti kalau dah kawin jangan gaduh guling tak cukup 7 kali tak leh bangun yg sorang lagi alarm tak cukup bunyi 8 kali pun tak leh bangun udah...lalalalalala

 

Jumaat, Mei 30, 2008 12:23:00 PTG, Blogger Sastri

Nonie, kalau dah kawin, langkah-langkah itu ada yang akan berubah laaa... contohnya, sas peluk pooh, dah tentu la berubah kan? :p

 

Jumaat, Mei 30, 2008 2:26:00 PTG, Blogger Ted

-n0 7 itu bagus.
-tag itu kdg2 bagus.saya tidak suke mengetag org dan saya harap org jrg2 mengetag saya.Ia berguna bila takde ide utk menulis blog. Tp amat tak best bila mende sama di tag, dan terlalu banyak tag.
-insyaAllah akan bantu sufi.

 

Jumaat, Mei 30, 2008 2:38:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Hmmm..... Kita ambil yang postifnya k... :)

Itu pun belum terperinci sangat. Kalau betul-betul terperinci kena beritahu warnanya sekali. Hehehe!


nur@,
Tak adalah terperinci sangat.

O. Yang itu kena tunggu aku dapat anak ke-7.

p.s. Kamu pernah rasa diluku?


cikin,
Itu jotos manjalah.


mamaranggie,
Hidup 7!


satira + kacau,
Saya jadi insaf membaca 'nasihat' sdr. Saya sedikit pun tak marah. Terima kasih sdr.

Ha ha ha [saya cuma 'salin dan tampal' ketawa sdr]


nonie,
Errr...Aku tak retilah nak jawap komen kamu Nonie.


Sas,
Errr..... Pooh dah boleh simpan dalam gerobok.

Tahniah! Pengulas ke-7. :D


Ted,
Banyak tersiratnya angka 7 itu.

Ada juga tag yang sangat perlu sewaktu sesak. Smart Tag, misalnya.

Moga-moga.

 

Jumaat, Mei 30, 2008 3:23:00 PTG, Blogger Rajuna

Kang, waahh..Ini biasa pawang je yang suka nombor 7 ni. Tak silap aku dalam perubatan alternatif angka 7 sangat memainkan peranan.
Amacam? Boleh ngurut malam ni? Haha.

*Bila dah tak da budak serumah/sekolej jawa aku dah jarang sebut jotos. HAHA.. JOTOSS!!!!! Geram aku!!

 

Jumaat, Mei 30, 2008 3:45:00 PTG, Blogger achik

hidup 7!!! hahaha..

aiseh, tak dpt jadi pengomen ke-7.. sebelas pun okeh la.. [suka no 11 gak] ;)

 

Jumaat, Mei 30, 2008 3:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

wah suka no. 7 ya BP, kalau kahwin nanti byklah no. 7 wujud nanti ya

Ps: musim Tag sudah kembali hehehe

 

Jumaat, Mei 30, 2008 4:24:00 PTG, Blogger tasekM

rajin makan vitamin tu.... baguih2.. :)

 

Jumaat, Mei 30, 2008 4:53:00 PTG, Blogger Pa'chik

ko tak gosok gigi dude?

 

Jumaat, Mei 30, 2008 5:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

xrajunax,
Dalam kehidupan banyak signifikannya angka 7 bro'. Begitu juga kejadian alam dan manusia.

Perlakuan jotos mesti dilakukan secara sangat berhati-hati kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kecacatan akal yang kekal. Hehehe!


achik,
Tahniah 7!

7 + 4 = 11. Ada 7 juga apa...


Am,
Yang pasti bukan ber'anak' 7 la... tak sempat. :D


tasikmerah,
Bolehlah. Tapi kadang-kadang malas juga.


Pa'chik,
Kenapa kau tak tanya macam ini, "ko tak 'basuh' selepas buang air dude?"

 

Jumaat, Mei 30, 2008 10:16:00 PTG, Blogger akirasuri

Ha ha ha!
Apakah ini bermakna kamu mahu bernikah tahun 2017? Sebab 2007 dah terlepas? :p

 

Jumaat, Mei 30, 2008 11:43:00 PTG, Blogger kawaii_desu

saya obses dgn 6...

komen saya,
1. alangkah bagusnya kalau saya rajin amal no 11 tu, gerenti saya slim sikit
2. rajinnya awak buang ayaq?

 

Sabtu, Mei 31, 2008 12:10:00 PG, Blogger Rie

Bro... lebih detail kalau lu kasi tau jenama pakaian pertama di no 15. Mesti ramai mau ikut.. haha

 

Sabtu, Mei 31, 2008 10:42:00 PG, Blogger SATIRA + KACAU

Sdr JP: Tidak mengapa. Hari sabtu, duduk termangu.

 

Sabtu, Mei 31, 2008 11:56:00 PG, Blogger DeeN

Er.. ya, aku penah kene luku sebanyak 7 kali dengan 7 orang yg berlainan sejak berumur 7 tahun. Pastu kene rotan dgn cikgu 7 kali. Bukan itu saja, pernah juga kena kejar dgn anjing 7 kali dengan 7 anjing yg berlainan sepanjang umur aku 27 tahun. Sebab itu aku rasa nak jotos kamu sebanyak 7 kali berturut2 tiap kali kamu sebut angka 7. HaHaHa .. Huh! Betapa releven sekali angka 7 dgn blog ini! Hahahahahahaha!!

HIDUP 2.3.5!!!!! :D

 

Sabtu, Mei 31, 2008 12:12:00 PTG, Blogger asuhara sue

saya ni penah merajuk dgn no 7, sbb time spm dolu, paper yg saya suka dpt 7! melunyaikan harapanku nak jadi engineer kapal! huhuhu....

 

Sabtu, Mei 31, 2008 1:27:00 PTG, Blogger Unknown

dulu suka beno guna ayat jotos neh ehehe

 

Sabtu, Mei 31, 2008 9:30:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

wah wah wah signifikan betul 7 tuh ekkkk ...mmg tgh angau mamat nehhh..ngehhh3x

 

Ahad, Jun 01, 2008 12:29:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

alamak..lepas baca tag tu terus nampak angka 7 kat muka BP la hihihi

 

Ahad, Jun 01, 2008 12:34:00 PG, Blogger zino

tag ni zino memang elergik.. langsung tak boleh nak jawab hehe..

 

Ahad, Jun 01, 2008 3:54:00 PTG, Blogger zwitterion

hehe..
aku pun tak suka jawab2 tag ni..
gelak2 baca part ko reply komen pa'chik..

moga kalian berbahagia hendaknya(kau dan Sas..:)

 

Ahad, Jun 01, 2008 3:55:00 PTG, Blogger zwitterion

ini adalah komen ke 27..

 

Ahad, Jun 01, 2008 10:51:00 PTG, Blogger artisticklytouch

tag ini mengingatkan kita bahawa ada orang di suatu sudut dunia teringat pada kita..ye tak?

 

Isnin, Jun 02, 2008 1:54:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

wahhh...7 tuh....jgn ade kene mgena ngan tengkujuh dhh..

 

Isnin, Jun 02, 2008 3:47:00 PTG, Blogger me3n

7777 tuh kebetulan atau suratan ehehe.

 

Isnin, Jun 02, 2008 5:24:00 PTG, Blogger Sya

Tidor pun leh 27 minit..he he he

 

Selasa, Jun 03, 2008 3:51:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

wahhh alangkah bagusnya kalau aku dapat disiplinkan diri setiaap pagi push up,pumping dan ber dumbel.hehehe mesti aku pun nampak macam van damn kan bro?:D

 

Rabu, Jun 04, 2008 7:14:00 PG, Blogger silversarina

Masuk bilik air pun ada 2 pusingan, satu pusingan berapa lama dan dikhaskan untuk buat apa... hehehe.

 

Rabu, Jun 04, 2008 10:43:00 PG, Blogger NBK466

Thanks 4 killing the tag virus...you're my PREND!!! ha..ha..ha..

 

Rabu, Jun 04, 2008 1:02:00 PTG, Blogger 13may

best plak rasanya kalau boleh jotos org...

hehhe hehhe

 

Rabu, Jun 04, 2008 1:59:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tujuh :)

 

Rabu, Jun 04, 2008 8:20:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

akira,
Kalu pukul 7 pagi, awal sangat. Kalau pukul 7 mlm orang nak sembahyang maghrib. Isk!


Kawaii,
Dah kamu suka 6, nak buat macamana...


1. Disiplin penting. :D
2. Yang satu pra sarapan. Yang satu lagi pasca sarapan.


esis,
Aku pakai jenama Renoma. Lembut dan selesa. Hahaha!


Satira + Kacau,
Hari ini sudah hari Rabu. Masih duduk termangu lagi?

:D


nur@,
Ha ha ha! [77 kali]


asuhara,
Kertas apa? Fizik? Matematik Tambahan?


Lind,
Tak feminin la kalau orang perempuan cakap 'jotos'.... :D

 

Rabu, Jun 04, 2008 8:29:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rudy,
Hehehe. Nak buat macamana....

Mas, kapan arek ngeteh?


meen,
Oklah macam itu. Tak payah dah nak pakai topeng atau tutup2 muka...


Zino,
Saya jawap juga sebab saya ini bersemangat kesukanan orangnya. Hehehe.


Zwit,
Aku sporting orangnya Zwit. Hehehe.

Terima kasih.


Zwit lagi,
Tahniah! Hadiah untuk kamu akan sampai tak berapa lama lagi. :D


Arts,
Agaknyalah. Oh! Terharunya kalau begitu. :)


Lovelyzz,
7 itu sangat banyak signifikannya dalam kehidupan kita. Tak percaya cuba kamu 'google'kan...

 

Rabu, Jun 04, 2008 8:38:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ad3ck,
Masa aku masuk 7775. Aku top up terus jadi 7777. Hehehe!


Kak Sya,
Kadang-kadang 17 minit. Kadang-kadang terlajak sampai 37 minit. :D


Butaseni,
Ya, ya. Aku yakin kau boleh. Kau cubalah amalkan. Selamat berjaya!


Kak Sarina,
Perut saya memang begitu. Mesti nak dua kali. Pusingan pertama sebelum sarapan, pusingan kedua selepas sarapan. Satu pusingan lebih kurang 7 minit. Hehehe!


NBK,
Sebenarnya ada niat juga nak tag kau, tapi tak jadi. Hehehe.


13May,
Tak baik jotos orang tanpa alasan yang munasabah May...


Azzam,
Ya, 7.