Rabu, Jun 18, 2008
Abang Zahari. Dia rakan kami.

Kelmarin dia bercerita. Panjang, tanpa jemu, bagai tiada noktah. Seolah-olah itu saat-saat terakhir dia boleh berkata-kata. Dia bercerita seolah-olah tiada hari esok lagi baginya.

Lewat petang semalam, saya menerima berita dari rakan kongsi saya, amat mengejutkan. Amat menghibakan. Abang Zahari diserang stroke. Pembuluh darah di kepalanya pecah. Bahagian atas dada, berhampiran lehernya terpaksa ditebuk. Dia kini kaku. Dia kini bisu, diam dan tak mampu berkata-kata lagi, apatah lagi untuk bercerita.

Semoga Tuhan mengampuni segala dosa-dosanya. Semoga Tuhan meringankan penderitaannya. Semoga dia segera sembuh. Semoga nanti dia boleh bercerita lagi.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/18/2008 01:27:00 PTG. |


45 Ulasan


Rabu, Jun 18, 2008 1:49:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... seram dan ngeri mendengar berita ini... i selalu utamakan kerja dari kesihatan... setelah mendengar berita ini dari u, dan setelah ubat ditambah oleh doktor baru-baru ini, juga setelah melalui sakit akibat stress terlampau, i kini nekad, health is my priority... my dad pun semalam pesan, jaga kesihatan tu, pressure tu kena jaga... jangan sampai collapse masa meeting... boss can simply replace u, but no one can replace my daughter ... my aunt pun penah pesan, don't get killed by work... just that, u need to remind me from time to time gak la, ingatkan i pasal makan2, eksesais ni... kita saling ingat-mengingatkan k...

 

Rabu, Jun 18, 2008 2:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,

Hanay doa yang dapat kita panjatkan kepada Allah s.w.t agar diampunkan segala dosa kita semua dan direngankan penderitaan saudara kita itu.
Untuk anda dan Sas, kesihatan perlu dijaga dari muda. InsyaAllah, apabila dah tua masih boleh beramal macam neneknya.

 

Rabu, Jun 18, 2008 2:50:00 PTG, Blogger Kaktiny

JP..
takdir Allah tak siapa menduga.. mcm2 cara dan rupa..
Ingat Lima Perkara Sebelum 5 Perkara:

kaya sebelum miskin
lapang sebelum sibuk
muda sebelum tua
sihat sebelum sakit
hidup sebelum mati....

...teringat lagu dendangan Raihan..

p/s : Sas.. work can wait, your health cannot.. priority to you yourself before thinking about other people.. (pheh.. senangnyer kaktiny cakap.. tulis mmg senang kan.. kan.. kan..

eh.. sori JP.. terpanjang pulak ulasan utk sas kat kolum JP nih.. kui kui kui..

 

Rabu, Jun 18, 2008 3:11:00 PTG, Blogger Sastri

thanks for caring, Uncle Zabs dan Kak Tiny... appreciate it so much :)

Semoga Abang Zahari segera sembuh dan sedar dari koma... Semoga Allah ringankan penderitaannya... Ameen...

 

Rabu, Jun 18, 2008 3:23:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Semoga Abang Zahari kembali sembuh...Sas...pun jaga makan...chewahhhh...pandai nasuhatkan org...kekekeke...padahal kalau bab makan pun lebih kurang je kita ni...

 

Rabu, Jun 18, 2008 3:24:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Doa saya mengiringi semoga Abang Zahari pulih dari koma seterusnya kesihatan bertambah baik. Amin.

 

Rabu, Jun 18, 2008 3:31:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

semoga abg zahari akan segera sembuh...doa kami mengiringi die...
putri pon kena jaga kesihatan k!jgn work hard sgt tau!

 

Rabu, Jun 18, 2008 4:34:00 PTG, Blogger tasekM

sedih aku rasa... semoga abang zahari cepat sembuh...

sihat... nikmat yang selalu kita lupa.... aku la... aku yg selalu lupa....

moga semua sihat sejahtera...

 

Rabu, Jun 18, 2008 4:48:00 PTG, Blogger Unknown

semoga segera sembuh abang zahari,
kita tak tahu sebenarnya perjalanan hidup kita sejauh atau sepanjang mana..

 

Rabu, Jun 18, 2008 4:50:00 PTG, Blogger Unknown

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Rabu, Jun 18, 2008 5:50:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam,

Tak terkata membaca entri ini Moga Allah sembuhkan sakitnya.

Bila sakit baru tahu nikmatnya sihat.

Bersama-samalah kita mengambil iktibar insyallah

 

Rabu, Jun 18, 2008 6:00:00 PTG, Blogger Rajuna

dia ni merokok ke kang?
sama2 kita doakan dia tabah hadapi ujian allah

 

Rabu, Jun 18, 2008 6:59:00 PTG, Blogger Unknown

setiap kesakitan adalah penghapus dosa.. insyaAllah

 

Rabu, Jun 18, 2008 8:35:00 PTG, Blogger Brader Black

wo!
mcm dah tau2 je nak kene stroke.

 

Rabu, Jun 18, 2008 10:41:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

salam wak Purp,

lama tak masuk sini, disambut dengan cite kurang gembirakan pulak. semoga saudara zahari kembali pulih utk kembali bercerita, insyaAllah. angin akmar ni boleh pulih walaupon tak sepenuhnya. kena caranya (therapy), insyaAllah beliau akan pantul semula.

moga wak sendiri dlm keadaan sihat hendakNya. amin.

 

Khamis, Jun 19, 2008 2:09:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

JP,
Memang begitu banyak perkara boleh diandaikan tetapi ada banyak perkara tidak dijangkakan...begitu banyak ubat untuk menyembuh penyakit tetapi sebenarnya penyakit itu sendiri adalah ubat penyembuh hati yang keras....

 

Khamis, Jun 19, 2008 4:48:00 PG, Blogger kawaii_desu

sakit ni adalah kifarah... penghapus dosa... diharap abg zahari tabah,,,

sama2lah bagi sokongan pd beliau

 

Khamis, Jun 19, 2008 8:53:00 PG, Blogger kad0k.

semoga abg zahari cepat sembuh..itu dugaan namanya..semoga dia dan family tabah menghadapi semua dugaan tuhan ini...

 

Khamis, Jun 19, 2008 9:18:00 PG, Blogger asuhara sue

kesihatan itu mmg harta dunia yang sangat2 berharga. so, take care ya!

 

Khamis, Jun 19, 2008 9:55:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam JP :)

tulah tiada siapa yg tahu apa yg akan berlaku selepas saat ini. semoga keluarga abg zahari tabah menghadapi dugaan ini.

pengajaran utk kita semua supaya lebih utamakan kesihatan :)

 

Khamis, Jun 19, 2008 11:04:00 PG, Blogger DeeN

Innalillah...
Cobaan Allah swt kpd hambaNYA, supaya lebih bersyukur dan beringat. Semoga beliau tabah.

Sas,
Makan2 tak ada hal, tp kene lebih berhati2. Kerja, kerja jugak. Yg penting jangan keterlaluan. Kene jg kesihatan. Ingat, awak lom kawen lagi tau.Jk. Ekekeee!! ;)

 

Khamis, Jun 19, 2008 11:09:00 PG, Blogger muor76

teringat satu cite...
ade sorang laki disahkan oleh doktor yg dia kene kanser...
dan doktor cakap dia ade 3/4 jek utk hidup.. laki tu cakap 'Alhamdulillah'
Sekurang-kurang nyer dia leh agak bile dia akan meninggalkan dunia ini.
Oleh itu hendak lah kite selalu ingat akan kematian.. supaya kite tak lupe sape diri kite ini...

 

Khamis, Jun 19, 2008 11:10:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

sedihnyer..teringat moi pada sahabat moi..sehari sebelum dia meninggal kami berbual mesra...esoknye lak dia pergi tinggalkan moi buat selama-lamanya...semoga sahabat jp cepat sembuh kembali.

 

Khamis, Jun 19, 2008 1:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Itulah. Buat kita rasa insaf juga.

Penyakit moden sekarang menyerang tak mengira umur. Macam selalu-selalu yang I kata pada U; kerja, kerja juga, tak kiralah sepenting dan sebesar mana pun tanggungjawap U itu, tapi kesihatan tetap nombor satu. Kesihatan itu kan aset yang paling berharga dalam hidup. Kalau banyak duit tapi sakit sana sini pun tak bererti juga. Kan?

Betul sangat pesanan ayah U itu. Selepas ini percayalah, U akan lebih kerap mendengar peringatan – jaga makan, ikut preskripsi doktor, kawal tekanan dan emosi, bersenam, bla bla bla - dari … err dari siapa lagi...... he he he...... yang selalu-selalunya bernada agak kejam, sinis, sarkastik. Dan pahit juga untuk U telan, sepahit ubat-ubat U itu. He he he. :)


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan,

Ameen. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segalanya.

Insya-Allah tuan. Semoga tuan juga dilindungi Allah, sihat dan sejahtera sentiasa. :)


Kak Tiny,
Saya setuju kak Tiny. Itu juga dugaan Tuhan untuk hamba-hamba-Nya.

Memanglah, kita tak dapat mendustai takdir. Kita cuma boleh merencana dan berusaha, selebihnya di tangan-Nya.

Tak apa. Lagi panjang lagi bagus kak Tiny ..... :D


Sas,
Ameen.

Kasihan isterinya. Kasihan anak-anaknya.


Nonie,
Ameen.

Jaga makan Puan Nonie. Eh! Dah terlanjur cakap pasal makan, bila puan Nonie nak buat makan-makan nih? Hehehe!


B Rampai,
Waalaikumusalam BR.

Ameen. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua.


MR,
Ameen.

Harap-harap puteri faham dan mengambil perhatian peringatan MR itu. He he he!

 

Khamis, Jun 19, 2008 1:42:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

biar idup ssh janji sihat..dr kaya berpenyakit...

 

Khamis, Jun 19, 2008 1:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

tasikmerah,
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kita manusia memang selalu terlupa. Kena sentiasa diingatkan. :)

Ameen.


Jamri,
Ameen.

Itulah. Hari ini kita masih bernafas. Malam nanti atau pagi esok belum tentu lagi. :)


Kak WL,
Waalaikumusalam.

Tuhan memilih abang Zahari untuk diduga dan diuji. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya. Ameen.


xrajunax,
Biasalah. Tapi itulah, sakit kritikal macam itu kalau menyerang secara tiba-tiba memang mengejutkan.

Ameen.


Penoreh,
Semoga dia dan keluarganya terus kuat menghadapi ujian ini.


Si Kachak,
Mana kau tau yang dia macam dah tau-tau?


Kerp,
Waalaikumusalam.

Terima kasih bro' sudi lagi menjengok ke sini. :)

Ameen. Semoga dia diizinkan oleh Allah untuk sihat semula macam dulu-dulu. Insya-Allah.

Terima kasih bro'. Semoga bro' juga sentiasa dilindungi Allah.

 

Khamis, Jun 19, 2008 2:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mdm Zend,
Betul tu Mdm. Sakit itu juga ujian dari Tuhan, tanda Tuhan masih sayangkan kita.


Kawaii,
Ya.

Semoga dia terus diberi kekuatan. Keluarganya juga.


Kadok,
Ameen. Kita cuma mampu bersimpati. Dan mendoakan semoga Tuhan memberikan yang terbaik untuk dia dan keluarganya.


asuhara,
Health is wealth. Sama-samalah kita saling ingat-mengingatkan.


ayumkay,
Waalaikumusalam.

Itulah. Nasib kita sendiri pun, esok lusa belum tentu lagi kan...

Semoga abg Zahari segera sembuh. Ameen.


Mak Su,
:(


Nur@,
Begitulah takdir yang telah tertulis untuk abg Zahari.

Semoga Sas mengambil perhatian ulasan kamu itu. Hehehe.


Muor,
Sakit itu satu hikmah juga kan... Sekurang-kurangnya macam cerita kau itu, dia sempat bertaubat, buat amal. Kalau mati mengejut, memang tak sempat nak buat apa-apa dah...


ahmoi,
Itulah. Hari ini kita gelak ketawa, esok belum tentu Tuhan izinkan lagi....


lovelyzz,
Betul. Nak lebih sempurna, kalau dapat seimbang keduanya. :)

 

Khamis, Jun 19, 2008 3:21:00 PTG, Blogger Sastri

aiseymen... boleh tak teguran tu dalam bentuk dan nada yang lembut dan bukan bernada agak kejam, sinis, sarkastik... huhuhu... dah la pahit nak kena telan ubat, kasi la manis sket ubat yang nih... :p

kepada Nonie, Mama Ranggie dan Deen:
terima kasih kerana mengingatkan... sangat menghargai keprihatinan kalian... terima kasih... :D

 

Khamis, Jun 19, 2008 4:07:00 PTG, Blogger Abang Long

Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Sujud dan menangislah di hadapan RABB.

 

Khamis, Jun 19, 2008 6:57:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
sihat itu nikmat. =)

 

Khamis, Jun 19, 2008 10:07:00 PTG, Blogger TokNabe

Betul sangat tu..kesihatan tu kekayaan.Bergunung kekayaan,jika sakit..hilang segala kenikmatan.

Moga Abg Zahari akan lekas sembuh.

 

Jumaat, Jun 20, 2008 6:04:00 PG, Blogger KAMATO

moga kawan mu itu berpeluang untuk sembuh, juga mengingatkan kita untuk jaga kesihatan

 

Jumaat, Jun 20, 2008 2:48:00 PTG, Blogger 13may

moga sahabat anda cepat sembuh

 

Jumaat, Jun 20, 2008 5:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Kalau lembut-lembut sangat nanti kurang menusuk dan takut tak 'melekat' pulak di ingatan. Hehehe!


abang Long,
Sememangnya kepada-Nya sahajalah kita mampu mengharap dan berserah... :)


eisraa
Salam kembali.

Alhamdulillah. :)


Tok Nabe,
Benar itu Tok.

Ameen.


Kamato,
Ameen. Semoga Allah kabulkan doa kita semua.


13may,
Ameen.

 

Jumaat, Jun 20, 2008 9:04:00 PTG, Blogger achik

"Semoga Tuhan mengampuni segala dosa-dosanya. Semoga Tuhan meringankan penderitaannya. Semoga dia segera sembuh. Semoga nanti dia boleh bercerita lagi."

Aminn..

isk!!! semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ni..

 

Sabtu, Jun 21, 2008 2:34:00 PG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Innalillahi wa inna ilahi roji'un.
Semoga Zahari segera sembuh dan pulih tanpa komplikasi.

D harap keluarga Zahari tabah menghadapi ujian berat ini.

 

Sabtu, Jun 21, 2008 12:58:00 PTG, Blogger zino

semuga abang zahari cepat sembuh.. dan Allah mempermudahkan urusan utk dia ..amin..

 

Isnin, Jun 23, 2008 8:51:00 PG, Blogger silversarina

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu, semoga dirinya tabah .

 

Isnin, Jun 23, 2008 12:19:00 PTG, Blogger AL-BIMA SAKTI

salam BP;

kita akan diuji dgn pelbagai rasa dan derita,
semoga ada rahmat-Nya...

 

Isnin, Jun 23, 2008 12:54:00 PTG, Blogger Unknown

*sigh* semoga en.zahari cepat sembuh.

nk ty, kenapa dgn dia? sakit apa?

 

Isnin, Jun 23, 2008 4:40:00 PTG, Blogger U-HAH

Salam Kang,

sedih tul bila kejadian sebegini berlaku. semoga abang zahari tu segera sembuh dan kuarganya dapat bersabar dengan ujian itu...amin.

 

Selasa, Jun 24, 2008 8:28:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Ameen. Begitulah hendaknya.


Dr Tokasid,
Waalaikumuslam doc.

Ameen. Begitulah hendaknya. Khabarnya dia dahpun dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulil-Lah


Zino,
Ameen. Mudah-mudahan.


Raja binjai,
:)

Kak Sarina,
Pasti tetap ada hikmah yang tersirat. Insya-ALLAH.


Al-Bima,
Waalaikumusalam.

Ya. Setiap dugaan dan ujian-Nya itu tanda Dia menyayangi kita.


Amora,
Ameen. Kan ada cerita dia diserang stroke di entri itu....


U-Hah,
Waalaikumusalam.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya sdr.

Ameen.


Butaseni,
Ameen. :)