Begini ceritanya. Saya terlihat sepasang manusia. Mereka sama jantina. Cantik. Mereka berbusana yang amat ganjil dan pelik. Sebab mereka berlainan jantina dari saya, cantik, dan berbusana yang amat ganjil dan pelik pula, tipulah kalau saya katakan, saya tidak menoleh lebih dari sekali [Kalau tidak silap, saya menoleh empat kali]
Kalau nenek saya atau emak saya yang melihat sepasang manusia yang sedang saya lihat itu, mereka mungkin tidak akan merasa apa-apa, jauh sekali untuk merasa ganjil, pelik dan takjub. Tetapi saya - lelaki yang sudah jemu bergelumang dengan kehidupan liar Kuala ‘ber’Lumpur + sudah rimas dengan kehidupan moden kota kononnya + sudah penat melihat pameran lurah dan kaki bukit secara percuma - tentulah ganjil dan pelik melihatnya, malah sudah sampai ke tahap takjub. Hampir-hampir sahaja saya mahu mencucuk-cucuk biji mata saya untuk membuktikan saya bukan sedang bermimpi dan apa yang saya lihat itu adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Sepasang manusia yang saya lihat itu adalah gadis Melayu, saya ulangi gadis Melayu! Berbaju kurung dan bertudung! Saya ulangi, berbaju kurung dan bertudung! Di Pavilion, Bukit Bintang, bukan di Masjid Negara! Atau di persidangan Puteri Umno di PWTC! Di hari minggu pula! Tentulah saya berhak untuk merasa ganjil, pelik, dan takjub!
TTFN
Isnin, Jun 16, 2008 2:43:00 PTG, Pa'chik
berbaju kurung dan bertudung?
err... mereka tak pakai kain ke? ekekek...
bagus la...mereka dah menyelamatkan mata orang jantan dari buat dusa kan... kalau la seme nak pakai tutup-tutup cam tu... senang skit... ahahah... [pssstt... nanti kumpulan pejuang hak mereka marah kalau dengar cadangan nih... hahah... suh telanjang takpe la...]
Isnin, Jun 16, 2008 2:45:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Itulah. Malu agaknya kot nak pakai baju kurung berjalan-jalan sambil membeli belah tingkap. Pakai buka-buka baru canggih, baru tak malu. :D
Sas lagi,
Itu cuma tajuklah. Hehehe.
Mudin,
Wow! [7 x]
Mak Su,
Tapi tak nampak pulak jurukamera dan tuan direktornya...
Kak WL,
Ada, tapi tak selalulah. Hari jumaat atau semasa di persidangan tahunan Parti Sarkas misalnya.
Jarang pakai tak apa kak, jangan pakai jarang. :)
ps: Baju kurung pun, kalau kain telus atau macam jala, memang seksi banget kak.
nur@,
Pelik atau tak pelik itu bergantung pada lokasi, persekitaran dan situasi. Juga siapa yang memperaga dan siapa yang melihatnya. Kan?
neeziee,
Hehehe! Kau ni....
achik,
Jumpa di mana achik? OUG ke? Hehehe!
Kalau di Jln TAR, kemungkinan besar adalah minah seberang tu achik. Hehehe.
MR,
Wanita Melayu mungkin tak akan pupus, tapi budaya dan tradisi kesopanannya boleh pupus, kan? :)
Nonie,
Pengsan agaknya aku kalau tengok kau pakai baju kurung ke kompleks membeli belah. Hehehe!
Isnin, Jun 16, 2008 2:49:00 PTG, Kaktiny
pelik ke JP?.. baru tadi kaktiny gi makan kat pavilion (dan kerap pun lunch kat food court and shopping kat pavilion tuh.. dekat ngan opis..)
kaktiny pun berbaju kurung and bertudung gak.. and kekadang gi tgk wayang (ngan hb ler) kat sebelah red box tu lagi..
eh eh.. (nota: baca balik n3).. oh ya.. 'gadis bertudung'.. betullah.. pelik..pelik.. sbb kaktiny ni bini + mak orang.. so takderlah pelik kan.. hehehehhehe...
Isnin, Jun 16, 2008 3:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Tak kan nak tulis terperinci Pa'chik. Kalau macam itu kena tulis 'semua-semua' yang dorang pakailah ya. Hehehe!
Pejuang hak mereka kata, nak tutup ke atau nak buka ke, itu hak peribadi dan asasi memasing. Isk!
kak tiny,
Takjublah sikit kak tiny. Sebab yang memperagakannya gadis-gadis Melayu, di kompleks membeli yang canggih di tengah-tengah kawasan segi tiga emas kota metropolitan KL, di hari minggu pula. Sedang pada waktu dan di lokasi yang sama gadis-gadis lain [tapi bukan semualah]sedang berlumba-lumba menayang segala alur-alur mereka yang ada. :)
Isnin, Jun 16, 2008 5:33:00 PTG, muor76
black aku kat putrajaya ari nih..
kat sini ramai siot aweks-aweks yg berbaju kurung, kebarung, kebaya, kebayung dan jugak mak buyung...
ramai gak yg cun cun.. tapi tak tau ler aweks ker bekas aweks.. tp yg pasti mak buyung itu bukannye aweks.. naik bulor biji mate melihat aweks berbaju kurung.. tapi tidak berkurung.. semuanye lincah bergerak seperti mengkarung.. sib baik ler takde yg berkain sarung hehehheheh tapi kalo terpandang yg pipinyer ade lesung.. lagi bertambah menarik aweks berbaju kurung itu...
Selasa, Jun 17, 2008 12:14:00 PG, Bunga Rampai
Salam BP,
Satu pemerhatian yang menarik.
Saya kagum dengan baju kurung, satu-satunya busana Melayu yang paling flexible. Sesuai untuk majlis tidak formal dan formal. Di kampung atau di kota. Sesuai untuk yang berbadan langsing dan gempal.
Berada di dalam balutan baju kurung menjadikan hati tenang. Itulah keindahan dan keunikan baju kurung :)
Selasa, Jun 17, 2008 5:32:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Atiqah,
Tahniah! Sekurang-kurangnya kamu pernah berbaju kurung di Bukit Bintang. Patut kamu abadikan dalam gambar, boleh jadi bahan sejarah. :)
Esis,
Ha ha ha! Sinis!
Tasikmerah,
Sekarang belum pupus tapi suatu hari nanti mungkin boleh pupus. :)
Muor,
Hehehe. Pandailah kau....
Di Putrajaya memanglah Muor. Di situ 97.77% kakitangan gomen. Tak kan nak pakai skirt paras lutut dengan blouse tak berlengan pulak. Hehehe!
ps; Dah di Putrajaya, smslah aku, nanti aku belanja nasi lemak + sup tulang power, dekat-dekat Uniten tu. :D
xrajunax,
Aku dah baca. Meh! Bak sini alamat kau, aku nak tumpang mengendap juga. Boleh?
kak sya,
Kalau di tempat-tempat lain, saya tak begitu pelik sangat kak Sya. Tapi kalau di tengah-tengah KL, hari minggu pula, memang saya peliklah.... :)
Pa'chik,
Tak mahulah. Nanti orang ingat aku anak buah Hisham lagi. Bukan Hishamuddin Rais, tapi Hishamuddin yang satu lagi itu. Hehehe!
Selasa, Jun 17, 2008 6:01:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Khairyn,
Ha ha ha!
Pakai 'tu' itu pakai apa ek? Tak fahamlah. Hehehe!
Titicaca,
He he he! Yalah tu...
kadok,
Kau pergi Sogo buat apa Kadok? :D
Si Kachak,
Aku tak bolehlah. Aku sentiasa dipantau. Ha ha ha!
Penoreh,
Zaman retro atau metro? :)
B Rampai,
Waalaikumusalam.
Sejuk mata memandang gadis Melayu berbaju kurung. Nampak feminin, klasik, ayu dan menawan. Saya bagi 10 bintang! :)
Abang Long,
Tahniah Abang Long!
Saya cuma pernah berbaju Melayu, [tapi tanpa samping dan songkok] ke kedai saja. :D
Selasa, Jun 17, 2008 6:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Rush,
Rush, tak 'pelik'[baca : kagum] ke bila orang lain beria-ia berfesyen yang 'bukan-bukan', masih ada rupanya gadis bangsa kita yang 'tak malu' menggayakan baju tradisional?
Hmmm....tapi seksi itu subjektif kan? Ada juga perempuan yang pakai baju kurung, bertudung, tapi masih nampak seksi... :)
cikin,
Kira tahniah jugalah untuk kamu! :D
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan. Saya tertarik dengan ulasan tuan. Terima kasih.
Selalunya bila yang 'tidak biasa', tetapi dilakukan berulang-ulang kali, ia menjadi 'biasa' bagi pelaku dan masyarakat di sekelilingnya. Dan akhirnya menjadi sebati dan budaya. Tak kiralah samada perkara yang baik atau sebaliknya. Bukan begitu tuan? :)
'Pelik' itu kalau dibaca secara sinis mungkin mempunyai konotasi yang lain. :)
Kak Sarina,
Bila sudah sentiasa melihat gadis Melayu kita berpakaian yang 'bukan-bukan', sesekali bila ternampak yang berpakaian sopan, di tengah kota metropolitan pula, masyarakat yang memandang mungkin akan merasa 'ganjil'. 2-3 kemungkinan, samada 'pandangan ganjil' mereka itu boleh ditafsirkan sebagai rasa 'kagum', 'syukur' atau 'mengejek'... Entahlah!
Kak Lady,
Agaknya mereka lebih selesa berbaju kurung. Agaknyalah :)
alpha,
Agaknyalah kot. Apapun, kita ucapkan tahniahlah!
semut,
Tak sempatlah semut. Saya kan pemalu orangnya.
Selasa, Jun 17, 2008 7:01:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
atilia,
Itulah. Tapi berbaju kurung pun kena bertempat juga, kan? Kalau masuk disko atau kelab dangdut berbaju kurung dan bertudung, macam tak kenalah. Kan? :D
Amora,
Tak adalah sampai 'kejutan budaya', cuma 'pelik' saja. Hehehe!
Penyu,
Agaknyalah kot. Tapi bukanlah bermakna gadis-gadis Melayu yang tak berbaju kurung itu tak bagus. Bukan itu maksudnya. Kita cerita pasal baju kurung. :)
fadz,
Err.... Bagi saya, kalau kain baju kurung itu jarang, sudah tidak pelik lagi... :)
nbk,
Kau bayangkan sajalah dua orang gadis berbaju kurung di celah-celah puluhan gadis-gadis yang berbaju sendat, singkat, ketat dan entah apa-apa lagi. Hehehe!
ain,
Kagum sebab faktor ketika dan lokasinya. Kalau berbaju kurung di dalam rumah atau di dalam masjid, tidaklah kagum sangat.
Mata-mata lelaki yang melihatnya [atau terlihat] juga jadi tersihir......
Pa'chik,
Kau sempat menyelit time aku menjawap ek Pa'chik?
Ha ha ha!
Dia cuma layak jadi Ketua Puteri saja Pa'chik. Hehehe!
Rabu, Jun 18, 2008 8:56:00 PG, NJ@Goboklama
itulah buktinya org melayu kita dh hampir2 hilang jatidiri,bila brbaju kurung atau brbaju melayu dianggap pelik...kasihannn...
pergi kenduri pun berbaju kasual,hari raya brbaju melayu berkacamata,tiada samping & songkok,entahlah di masa akan dtg baju melayu layak dipamer dlm gobok kaca agaknya....sedih....
Rabu, Jun 18, 2008 12:32:00 PTG, Shila
Entah ye..mungkin di Kuala Lumpur mmg satu benda yang takub lagi memelikkan.Namun di perkampungan/bandar biasa seperti daerah saya ini,ia merupakan perkara biasa..saya sendiri pun selalu mengenakan pakaian kebangsaan dan bertudung litup ke mana jua.Apa pun,hati budi bukan diukur dari pakaian. Ia hanya identiti....namun memang sukar nak mencari benda menakjubkan seperti itu di Kuala Lumpur..mungkin...
Rabu, Jun 18, 2008 12:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Semut,
Tk. Saya sedang menyahut seruan kerajaan. Kempen Berbudi Bahasa. Ha ha ha!
Kawaii,
Ya. Bukan bermaksud gadis-gadis KL yang tidak berbaju kurung itu tak baik. Bukan begitu maksud cerita ini.
Kalau secara visual dan fizikalnya bertudung tapi spiritualnya tidak, pun tidak manis juga. Kan? :)
masy,
Cerita itu berlapis-lapis.
Bila 2-3 kali membaca mungkin kamu akan mendapat 2-3 tafsiran yang berbeza. Saya tidak pelik bila 3 orang yang berlainan pun akan mentafsirkan 'pelik' saya itu dengan 3 makna yang berbeza juga. :)
mdm zend,
Kadang-kadang kita cuma melihat sesuatu di permukaannya sahaja. Kalau kita melihat dalam-dalam mungkin kita akan melihat sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran kita. :)
Kamato,
Saya juga akan merasa 'ganjil', 'pelik' dan 'takjub'. :)
Gobok,
'Pelik' itu subjektif dan berlapis tafsirannya Qisst. 'Pelik' melihat seseorang memakai pakaian tradisi bangsa dari kacamata seorang yang mencintai budaya bangsa tentulah tidak sama dengan 'pelik' remaja-remaja urban yang dilahirkan di kota, atau 'pelik' seorang pelancong luar negara, misalnya. Anggaplah 'baju kurung' itu cuma satu metafora :)
Pegawai,
Pavilion itu kompleks membeli belah mewah di tengah-tengah Bkt Bintang, KL. Berhadapan dengan Starhill, juga kompleks membeli belah mewah. Tempat rakyat Tanah Melayu yang tak perlu menukar gaya hidup membeli-belah.
Catatan: Tak mengapa. Lebih baik buta KL. Kau akan menjadi 'buta' kalau terlalu mencelikkan mata luas-luas di KL ini. :)
Zwit,
Jawapan aku untuk ulasan kamu lebih kurang sama macam jawapan aku untuk Qistina/Goboklama di atas. :)
Shila,
Ha'ah. Pelik di KL tak semestinya pelik di kampung. Dan tak pelik di KL tak semestinya tak pelik di kampung.
Pakaian cuma mampu menutup tubuh. Belum tentu mampu menutup kebejatan. :)
memang jarang gadis-gadis mahu mengenakan baju kurung bila bersiar-siar di kompleks membeli-belah... kalau ada pun, sebab baru balik dari menghadiri majlis dan tak berkesempatan nak bertukar (sebab saya sendiri pernah macam ni, huhuhu)... tapi bagi gadis-gadis yang betul-betul ikhlas mengenakan baju kurung untuk ke kompleks membeli-belah, saya respect... :)