Saya bagai tak jemu-jemu mengabadikan gambar seperti ini, untuk kali ke berapa entah. Mungkin kerana ia sangat dekat di jiwa saya. Saya tetap setia mengunjunginya, biarpun kini ia nampak semakin lesu, sunyi, resah dan merajuk. Saya rasa kehilangan. Saya merindui masa-masa lalu.
Jalan ke tanah dan kebun peninggalan arwah atok ini nampak sunyi, diam, tenang dan lurus. Tapi sebenarnya liku-liku yang panjang, berdebu, berlopak dan sarat dengan kerikil-kerikil tajam yang menduga. Ya, cuma kita yang mampu memahami jiwa dan merasai hidup kita sendiri.
Buai tinggi-tinggi, sampai pucuk atap.
Belum tumbuh gigi, sudah pandai baca kitab.
Buai ini abah buatkan untuk cucu-cucunya. Ini pun sudah cukup membuat cucu-cucu abah gembira. Saya nampak abah tersenyum puas melihat cucu-cucunya bermain di buai ini. Benarlah, kegembiraan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit.
Kedai ini sudah lama wujud, sebelum saya mengenal A, B, C lagi. Di sinilah abah memimpin tangan saya membeli majalah Bujal, Gila-Gila, Geli Hati dan entah komik apa-apa lagi sewaktu kecil-kecil dahulu. Wak Biran sudah lama meninggal dunia, sekarang kedai ini diambil alih oleh anak perempuannya.
Pokok durian ini abah pakaikan tali pinggang dari daun pisang. Saya tak pasti apa muslihat atau yang tersiratnya. Saya tak pernah bertanya abah. Mungkin petua supaya buah-buah durian terus melekat di tangkainya. Agaknyalah.
Di kampung itu banyak tupai. Abah balut buah-buah durian dengan gombal* dan diletak penggera dari tin susu di sebelahnya. Tak tahulah tupai takut atau tidak. Tapi ini cuma untuk buah-buah durian yang bermutu tinggi sajalah.
Gambar ini cuma untuk mencukupkan 7 gambar. Sebahagian besar rempah-rempah ini dipesan oleh Puan Nonie. Puan Nonie, nanti bila dah siap masak jangan lupa jemput kawan-kawan datang rumah ya….
*Gombal - Kain buruk.
TTFN
Label: Siri balik Muor
Jumaat, Jun 06, 2008 4:02:00 PTG, Sastri
hmmm... saya suka 'Jalan ke tanah dan kebun peninggalan arwah atok ini nampak sunyi, diam, tenang dan lurus. Tapi sebenarnya liku-liku yang panjang, berdebu, berlopak dan sarat dengan kerikil-kerikil tajam yang menduga. Ya, cuma kita yang mampu memahami jiwa dan merasai hidup kita sendiri.'
mendalam maksudnya dan saya juga merasainya... (melalui tafsiran saya laa)... :D
kepada Puan Nonie, perencah tu rasanya saya pernah nampak dijual di Anjung, Putrajaya... nanti bila dah masak, jangan lupa jemput saya datang merasa ek... :p
Jumaat, Jun 06, 2008 5:19:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mummy Rizq,
Masalahnya, hidup lagi ke Bujal tu? Kalau ada pun dah sebaya saya agaknya. Hehehe!
Sas
Ya, mendalam bagi yang ingin memahami ertinya. Perjalanan yang penuh onak dan duri. Semoga ada cahaya di penghujungnya. :)
Tak cukup 5 paket kalau nak jemput semua kawan-kawan blogger. Hehehe!
Kak Sarina,
Ha'ah. Susah nak jumpa lagi bidai seperti itu sekarang. Kalau ada pun mungkin di pekan-pekan lama.
Terima kasih. :)
bluehikari!
Siap ! Kopi 434 tak nak? Hehehe!
Pa'chik,
Tak mainlah Bambino Pa'chik. Itu untuk budak-budak perempuan. Hehehe.
Dia ada tulis buku lain ke? Yang aku tau Bercakap Dengan Jin itu jer..
back 2 basic,
Saya dulu ada simpan GG bil. 1, abah saya dulu yang suka beli. Sekarang mana entah hilangnya. Sayang sungguh....
Terima kasih.
Isnin, Jun 09, 2008 9:45:00 PG, NONIE AZIZ
Aku dulu masa kechik-kechik dolu suka main lompat2 kat parit kecik macam ni...dah berapa kali juga badan aku berlumpur dek terjatuh kat dalam parit macam ni...dan dah berapa kali jugak aku kena cubit ngan mak aku!!!...memang memori sesgt...
ehm ehm ehmmmm...Banyak betul Puan Nonie tu beli rempah soto tu eik....macamana nak amik rempah soto ni?
sas..la yeke..kalau tau tak yah suruh BP belikan keh keh keh...
ps: dulu masa aku rajin buat2 makan tak de sapa plak yang teringin nak dtg rumah aku...bila aku dah malas nak buat makan2 baru le korang beria2 nak suruh aku buat makan2...sambil jeling tajam kat sas ngan kadok...
Isnin, Jun 09, 2008 10:12:00 PG,
Sekadar cadangan...tumpang ye.
MOGOK: ALTERNATIF DEMONSTRASI
Oleh: Huzaifah Al-Peraki
Apabila Dr Hatta mengumumkan idea mengadakan demonstrasi pada 12 Julai 2008, saya terus merasa tidak setuju. Kemudian, pada 8 Mei 2008, DSAI mengumumkan dalam ceramah beliau di Taman Keramat, sekurang-kurangnya 500,000 orang perlu hadir dalam demo itu. Saya lagi bertambah tidak setuju. Beberapa pertimbangan wajar diambilkira. Isu dan cara menangani harus lebih bijak.
Untuk itu, di sini saya kemukakan beberapa pandangan dan hujah, mengapa Pakatan Rakyat (PR) tidak wajar mengadakan demo:
1. Awal-awal lagi Pak Lah menasihatkan rakyat jangan berdemo. Nasihat ini bagi saya adalah satu bentuk motivasi bawah sedar. Ia sebenarnya ‘mencabar’ rakyat. Tentu ada ‘udang di sebalik batu’ di sebalik ‘nasihat’ Pak Lah itu. Saya yakin, Pak Lah sudah memasang ‘perangkap’ yang akan menjerat Pakatan Rakyat (PR).
2. Isu kenaikan harga minyak kenderaan ini melampaui/ melepasi sempadan isu parti. Ia tidak sama seperti Isu Pilihanraya Bersih dahulu. Itu isu partisan. Hanya PAS, PKR dan DAP yang berjuang, sedangkan Umno, MCA, MIC, Gerakan atau mudah cakap BN tidak melihat ia isu. Jadi, kini semua orang dan semua parti marah. PR perlu bertindak mewakili semua rakyat, termasuk orang-orang Umno / BN yang tidak puas hati.
3. Kita ketahui, yang akan memimpin demo adalah pimpinan PR. Dr Hatta, Tian Chua, Guan Eng dan Gobala adalah nama yang sinonim. Bahkan saya yakin, DSAI, Hj Hadi, Kit Siang bahkan Wan Azizah sendiri akan menghadiri demo besar-besaran ini nanti. Apakah ada jaminan bahawa mereka tidak ditangkap? Adakah kita jamin mereka tidak dimasukkan ke dalam ISA? Ingat…hanya sedikit kekecohan boleh dicetuskan oleh ‘musuh dalam selimut’, rusuhan terjadi dan…anda boleh fikirkan kesan selanjutnya.
4. PR kini bukan pembangkang mutlak. PR adalah pemerintah lima negeri dan menguasai KL. Adakah wajar kita terus berminda dan bersikap seperti ‘pembangkang’ selama-lamanya totok!? Misalnya, molekkah kita mendengar ‘Tan Sri Khalid Ibrahim disimbah air asid kerana mengetuai delegasi Selangor semasa demonstrasi di hadapan KLCC?’ PR perlu matang. Kita adalah kerajaan. Tindakan yang terlalu partisan akan menimbulkan jelak kepada rakyat.
5. PR ada lebih 80 suara di Parlimen. Besar bukan? PR sudah menafikan 2/3 BN, besar bukan? Tidak cukupkah suara ini menggegarkan ‘kemungkaran’ BN. Jangan kerana demo, 10 orang ahli parlimen PR tertangkap dan suara kita makin mengecil di parlimen.
6. DSAI adalah pemimpin de Facto PR. Aura DSAI memungkinkan kemenangan luar jangka PR dalam PRU12, dengan izin Allah. Adakah ada jaminan DSAI tidak dilibatkan dalam demo ini? Adakah ada jaminan beliau tidak ditangkap kembali? Ingat…kerajaan Pak Lah dalam keadaan tersepit, tindakan desperado boleh berlaku dalam situasi tidak menentu ini. Adakah kita bersedia jika DSAI kembali dipenjara?
7. Lima negeri PR sewajarnya bertindak ‘di luar jangkaan’ Pak Lah. Andai lima negeri ini mengadakan demo, maka ia di dalam jangkaan Pak Lah. Maknanya…dah agak dah! Lima negeri ini perlu bertindak menunjukkan kewibawaan memenangi hati rakyat. Misalnya, turunkan atau hapuskan cukai pintu, turunkan tariff air (seperti yang Selangor buat), beri insentif khas kepada kakitangan kerajaan negeri, turun atau hapuskan tol, berikan imbuhan makanan khas dan lain-lain. Yang penting, sesuatu yang ‘melawan arus’ kegilaan Pak Lah.
Cadangan:
1. Adakan Hari Mogok Se-Malaysia. Caranya, PR umumkan satu tarikh pada hari berkerja. Cadangan: 1 Julai 2008, iaitu hari Selasa bersamaan tarikh baru kuatkuasa tariff elektrik di Semenanjung Malaysia. Semua rakyat Malaysia, kecil besar, tua muda, tanpa batasan jantina, parti dan agama…JANGAN KELUAR RUMAH!
2. Kesannya: Bayangkan, satu hari di mana jalan raya KL kosong, lebuh raya PLUS, NKVE, FEDERAL Highway…lengang tanpa kenderaan, tiada kereta, bas dan lori, treler tersadai di hentian, bas tiada penumpang, komuter kosong, stesen bas, keretapi, KL sentral, pelabuhan, lapangan terbang kosong. Pejabat kerajaan, pejabat pos, bank dan pejabat swasta kosong, ditutup. Kilang kosong, ditutup tiada pekerja. Pasar raya kosong, pasar borong kosong, sekolah kosong, universiti dan kolej kosong. Tiada murid, tiada pelajar, cikgu dan pensyarah tiada, tukang kebun tiada dan jaga pun tiada. Bayangkan, Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Kuching dan Labuan lengang, tak ada orang…macam Bandar hantu. Jadi Bandar mati. Malaysia seakan ‘mati’ atau ‘lumpuh.’ Tiada aktiviti ekonmi, tiada aktiviti sosial, tiada apa-apa aktiviti pengeluaran berlaku, transaksi terhenti…paling kurang 70%!
3. Akhirnya, bayangkan apa akan berlaku kepada ekonomi negara? Apa akan jadi kepada aliran tunai yang terhenti dalam tempoh 24 jam. Apa akan jadi kepada bursa saham? Apa akan jadi kepada pelabur luar negara? Apa akan jadi kepada ekonomi kita? Merudum! Semua merudum! Semasa itu, ego Pak Lah akan tercabut. Jika Pak Lah enggan turunkan harga minyak, maka mogok diteruskan masuk hari kedua. Tidak berkesan, masuk hari ketiga. Mungkin seminggu atau mungkin sebulan. Bayangkan…seminggu tanpa transaksi…apa akan jadi kepada ekonomi negara? Jika Pak Lah tidak mahu turunkan harga minyak, sah dia ’gila.’ Maka, masa itu baru buat demo satu juta…desak Pak Lah turun!
4. Di samping itu, tiada risiko dibelasah FRU, tiada risiko rusuhan, tiada risiko tangkapan, tiada risiko tuduhan dan ISA, tiada risiko pergaduhan dan sebagainya. Masing-masing hanya menghabiskan masa di rumah, hanya satu hari. Jika tiada rancangan di TV kerana semua pekerja stesen tidak hadir berkerja, maka pasanglah VCD ceramah atau baca buku puas-puas. Polis dan FRU tidak akan tangkap orang yang duduk di rumah. Selamatkan?
5. Last, pada malam itu semua umat Islam pakat buat solat hajat di rumah masing-masing atau di surau berdekatan, baca yaasin dan solat hajat…minta Allah SWT bantu usaha kita dan jatuhkan mereka yang zalim dan penipu rakyat!
Wallahu’alam.
Selasa, Jun 10, 2008 10:48:00 PTG, Sri Diah
Yeaa... akak dah rasa mi sup muor tu - sedap. Di pejabat memang ada yang ambik order bila dia nak balik kampung. Parit tu, dengan ladang kelapa sawit tanah gambut tu tak pernah hidup dalam diri akak masa anak dara sebab akak orang bandar. Tapi sekarang, en abang orang kampung - mana sawah bendang yang akak tak masuk, mana ladang yang akak tak redah... sekarang ni semuanya layannnn....
Rabu, Jun 11, 2008 1:19:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Zino,
Itulah. Generasi sekarang semua nak bukti saintifik baru boleh percaya. :D
gayour,
Saya sedang membayangkan angin sepoi-sepoi bahasa sedang membelai rambut bro’ yang mengurai itu. :D
Di kampung saya tak ada sawah bro’. Kebun getah, kebun kelapa, kebun sawit adalah. Tapi tetap redup dan nyaman.
Pa’chik,
Ooooooh..... Aku tak baca buku-buku macam itu Pa’chik. Emak aku tak kasi. :D
p/s, ramai pelayar yang tersesat ke blog ini guna kata kunci ’nama sama macam pembunuh ADUN Batu Talam’ itulah.
Tok Nabe,
Waalaikumusalam Tok.
7 puluh lapan sen. Ringgit Malaysia Dua dan Sen 7 Puluh. Dengarnya selepas bulan 7 nanti kemungkinan akan naik lagi....
xrajunax,
Selepas banjir mengejut di kampung-kampung jiran tahun lepas, ’mereka’ dah rajin keruk parit. Kalau tak dikeruk, semak juga, sampai tak nampak tebing dan airnya.
Kos jengkaut berkadar terus dengan harga diesel. Itu sebab agaknya. Hahaha!
Tuan Tanah,
Saya pun mencari-cari dan menunggu-nunggu masa dan sebab untuk menyebut perkataan itu sebenarnya. :)
Mdm Zend,
Retrospektif. Tempat jatuh lagikan di kenang MZ, inikan pula tempat ’berkubang’. Kampung memang menyimpan banyak cerita dan rahsia kehidupan anak kampung seperti saya..... :)
Rabu, Jun 11, 2008 1:23:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
asuhara,
Wis ‘tuo-tuo’ ki kilingan jaman cilik-cilik mbien.... :D
Kamato,
Harap-harap tuan punya kedai itu terus kekalkan bidai itu di situ. Memang nampak klasik.
azahaldir,
Di kampung suasananya damai, syahdu, tenang dan tidak perlu terkejar-kejar.
O, kamu orang Rengit rupanya. Biasanya begitulah. Bila sudah tiada sesiapa di kampung, rumah akan tinggal jadi kosong. Sayang kan….
achik,
Macam-macam perencah ada sekarang. Cepat dan ringkas, tapi kalau tak pandai memasak, belum tentu sedap dimakan. :D.
Rio,
Ha’ah. Ada beberapa komik lagi. Wak Dojer misalnya. :D
King,
Cuma perlukan tiub motorsikal terpakai, sekeping papan dan tali kambing. Juga tempat nak gantung / sangkut. :)
arsaili,
Waalaikumusalam sdr.
Kasihan. Barang-barang makanan memang susah nak masuk negara itu kan.
Rabu, Jun 11, 2008 1:44:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kadok,
Pn Nonie dah ambil rempah itu semalam petang. Kita tunggu sajalah dia masak dan jemput kita makan-makan nanti.
ps,
Set ! Jangan lupa bawa bekas kadok, boleh tapau sekali nanti. Hehehe!
MR,
Ha’ah. Melampiaskan kerinduan, mengendurkan ketegangan dan lari dari kehidupan kota yang kejam.
Tak. :)
Nonie,
Isk! Banyak-banyak tempat, parit juga kau lompat-lompat. Tak feminin sungguh! Memang patutlah emak kau cubit. Kami dulu, budak-budak lelakilah, macam-macam aktiviti di parit itu. Main tanah liat, terjun tiruk dan mandi bugil misalnya.
Dah buat ke belum soto tu Pn Nonie?
ps; O, dulu rajin buat makan-makan ek.. Itulah, jemput pun ajak-ajak ayam, macamanalah orang nak datang. Hehehe!
Tanpa Nama,
Terima kasih sdr /sdri kerana berkongsi pandangan.
ps;
Kenapa menggunakan ’Tanpa Nama’?
Am,
Satu gambar menceritakan sejuta maksud. Yang tersurat dan tersirat. Terpulang siapa dan dari sudut mana mahu mentafsirkannya. :)
ps;
Mungkin boleh diaplikasikan untuk pokok buah-buahan lain juga agaknya. :D
Mak Su,
Kalau ditafsirkan secara literal begitulah maksudnya mak su.
nur@,
Bukan satu perasaan, tapi berjuta perasaan……. Dan kawasan yang dulunya menjadi tempat ’persembunyian’ itulah rupanya tempat kita mula belajar tentang kehidupan. :)
Biar umur semakin tua, tapi jiwa kena sentiasa muda. :D
Muor,
Kau rasa? Cuba kau tanya penyokong-penyokong kuat partai sarkas di Muor tu
[Aku dah baca kau berdemonstrasi secara aman di blog kau, dan di forum bod Johor cari.com.my juga. Syabas Muor! ]
Rabu, Jun 11, 2008 2:46:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pegawai,
Gila-Gila masih bertahan dari dulu sampai sekarang. Hebat!
Dulu-dulu semasa kecil aku suka baca komik kependekaran. Sekarang dah tak ada komik-komik seni mempertahankan diri Melayu macam itu. Kalau nak baca pun seminggu sekali dalam BM karya Zoy tu.
Kak Sya,
Sekarang parit besar dah semakin menyempit dan cetek. Parit yang kecil, pupus terus. Sungai pulak terutamanya yang mengalir lalu kawasan bandar ada yang dah disimen dengan konkrit di tebingnya, dah jadi longkang besar. Sedih.
Kalaulah dapat kembali ke zaman kanak-kanak...,kan best..
Kak Lady,
Tadi adik, ini kakaknya pulak komen ya.. :)
Tin-ting kosong itu bila diusik tupai akan berbunyi, untuk menakutkan tupai rasanya...
Tak ada dahan pokok yang sesuai nak gantung buai agaknya, jadi gantung bawah rumahlah. :D
Mineral,
Boleh. Kena tunggu balik kampung sekali lagilah. :D
Sebenarnya kalau nak jenama dari Adami itu, di Anjung Putrajaya pun ada jual. Macam-macam perencah ada.
Butaseni,
Boleh. Nak perencah apa? Berapa paket nak? :D
Arts,
'Kedai besi'? Kedai besi pun ada jual perencah ek?Err....Nanti aku check dulu. Hehehe.
Memang nostalgik. Kadang-kadang boleh menitis air mata. :)
en me,
Sekarang airnya dah cetek, tak boleh nak berkubang lagi.
Boleh. Tunggu lain bulan aku balik kampung lagi. Satu cukup ke? :D
Kak Sri Diah,
Saya tak pernah rasa lagi. Perencah jenama Adami itu ada dijual di sesetengah kedai di Lembah Klang kak. Tapi kalau perencah mi bandung saya lebih suka jenama Berkat.
Parit, kebun kelapa sawit, kebun getah, kebuh kelapa, kebun nanas, belukar memang tempat permainan saya semasa kecil dulu, tempat saya membesar dan belajar mengenal hidup. :)
agak agak nya bleh dapat lagi tak majalah Bujal kat memana sekarang nie??