Jumaat, Jun 20, 2008
Saya baru saja kenal dengan seorang kawan. Itupun tak sengaja, Saya kenal dia di tempat letak kereta. Nama dia Melvin. Dia orang Negro. Badan dia sangat besar dan tinggi. Sekali pandang ada macam iras-iras Usain Bolt sikit. Itu sekali pandanglah. Susah juga nak faham apa yang dia cakap. Suara dia garau semacam. Kena dengar betul-betul baru boleh faham.

Melvin itu kelakar juga orangnya. Nampak saja ganas tapi dengar lagu-lagu slow Rod Stewart, Richard Marx dan Tommy Page. Hehehe! Walaupun dia tak kacak tapi dengan saya dia ok. Tapi tak tahulah dengan orang lain. Apa kerja dia, di mana dia bekerja, saya pun tak pasti. Sekejap dia ada, sekejap dia hilang. Sekejap pakai Waja, sekejap Satria Neo, sekejap pulak Wira. Saya malas nak tanya. Asalkan dia tak kacau saya sudahlah.

Awek Melvin orang Sabah. Nak kata lawa, tak jugak, biasa-biasa saja. Senang kata tak lawalah. Hahaha! Marah kalau Melvin tau saya kutuk awek dia agaknya. Saya tak berapa berkenan sangat dengan awek dia itu sebenarnya. Bukannya apa. Dia selalu melepak, borak-borak dengan guard dekat guard post. Sudahlah berseluar pendek, terkangkang sana, terkangkang sini pulak tu. Tak manislah kan kalau orang tengok. Kalau kaki lawa, tak apalah juga. Ini berparut sana-sini. Guard-guard itu pun satu. Yang pergi layan buat apa.

Melvin dan awek-nya itu tinggal serumah. Dia dengan awek dia itu selalu bergaduh. Asyik gaduh memanjang. Entah apa yang digaduhkan, saya pun tak tau. Bosan saya. Takut pun ada. Yelah, takut sampai berbunuh-bunuh pulak nanti, mana tau. Melvin tu bila dah naik angin, brutal semacam. Suara dia saja pun dah mengerikan. Apalah Melvin. Nak gaduh, gaduhlah. Tapi janganlah sampai main pukul-pukul perempuan. Tak gentle-lah. Kasihan awek dia. Lepas gaduh mesti menangis-nangis.

Errr…. Dahlah ek. Tak baik puasa-puasa cerita hal orang. Balik ni saya nak terus jumpa Melvin mintak maaflah.


TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/20/2008 01:27:00 PTG. |


51 Ulasan


Selasa, September 16, 2008 2:21:00 PTG, Blogger Sastri

keskeskes... tommy page yang mahal tuuuu... dulu zaman sekolah, layan jugak lagu mamat ni... semua lagu dia jenis jiwang karat... keskeskes... adeh...

 

Selasa, September 16, 2008 2:28:00 PTG, Blogger e.i.s.r.a.a

salam ramadhan.
uiks. awalnya saya komen. ha ha ha.
di kota sini ramai ya amat2 orang negro. gaduh2 membawa bahagia tak apa wak. jangan gaduh2 membawa bahaya atau celaka. jangan sampai kena bom c4 sudahlah. puasa tak boleh kata banyak2 nanti kurus pahala.
=)

 

Selasa, September 16, 2008 2:33:00 PTG, Blogger Rush Murad

asam garam berumahtangga kotttt... tapi kalau selalu sangat bergaduh bagai, tak elok.. lepas gaduh nanges2, lepas nanges2 pujuk2... lepas tuuuu? orang dah kawen jer yg tau jawapan..... :D

 

Selasa, September 16, 2008 2:38:00 PTG, Blogger indah-chan

hoho. ngumpat ye.. erk. gaduh ade batasnye. harap2 physical xmen la kan. c4 pun jgn dekat. xbaekkk

 

Selasa, September 16, 2008 2:38:00 PTG, Blogger Masy

ini namanya entry pengurang pahala nih... cisciscis dan cis lg hahahaha

 

Selasa, September 16, 2008 2:43:00 PTG, Blogger affendik?

haha
kat tempat aku study nih ada ramai african..besar, tggi,tp xla menakutkan macam melvin member kang jowopinter..huhuu

~elakkan dosa, tingkatkan pahala~

 

Selasa, September 16, 2008 2:46:00 PTG, Blogger Brader Black

Skang ni ramai yg tgh anti ngan awang hitam ni. Kan baru2 ni ade kes diorang attack reporter yg tgh buat keje kat Taman Connaught.

Xpe bang, bior die gaduh dgn awek die je. Klu die gaduh ngan ko, jgn lupe bgtau aku. Aku nak gaduh ngan die skali.

 

Selasa, September 16, 2008 3:06:00 PTG, Blogger tasekM

mengalahkan org pompuan kamu bro... ha ha.

 

Selasa, September 16, 2008 3:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Mat-mat & minah-minah cintan / jiwang masa zaman sekolah dulu memang cukup suka lagu Tommy Page yang A Shoulder To Cry On tu kan..... Meleleh dengar. Hehehe!


eisraa,
Salam Ramadhan.

Ha ha ha.

Kalau gaduh-gaduh mulut sikit tak apa. Perbezaan pendapat itu normal. Tapi kalau sampai naik kaki & tangan dah kes berat.

:)


Rush,
Itu gaduh-gaduh sayang Rush. Lain.... :D


Valsa,
Kalau Melvin terbaca, tak kira mengumpat kan.... :D


Masy,
He he he!


Affendik?,
Kalau yang student muka nampak baik-baik kot... :)

~ owh.... bisanya ~


Si Kachak,
Ha'ah. Itu memang port dorang pun. Datang tempat orang nak tunjuk samseng!

Berani Melvin tu nak gaduh dengan aku. Silap oranglah. Hari itu aku gertak sikit pun dia menggigil. Hehehe!

 

Selasa, September 16, 2008 3:31:00 PTG, Blogger Nuts@Kacc

ala..nk komen banyak2 kang kurang pahala pose..xpa la..aku tunggu mlm kang je la...lepas berbuka ...wkhakhakhaka...

 

Selasa, September 16, 2008 3:51:00 PTG, Blogger cujern

takutnye kawan ngan negro

 

Selasa, September 16, 2008 3:56:00 PTG, Blogger BuRuuj

uigh..mane tau diorg tue gaduh2? kate tak faham die cakap ape? hehe...

 

Selasa, September 16, 2008 3:59:00 PTG, Blogger Sastri

aik, ye ke? i tak masuk pun dalam kategori cintan sebab masa sekolah mmg tak pernah bercinta langsung... :)

 

Selasa, September 16, 2008 4:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wo, kemain takbur lagi ko ye bang.

Jangan sampai Tuhan tarik balik sume nikmat tu bang.

Haih~

 

Selasa, September 16, 2008 4:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wo, kemain takbur lagi ko ye bang.

Jangan sampai Tuhan tarik balik sume nikmat tu bang.

Haih~

 

Selasa, September 16, 2008 4:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wo, kemain takbur lagi ko ye bang.

Jangan sampai Tuhan tarik balik sume nikmat tu bang.

Haih~

 

Selasa, September 16, 2008 4:40:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, hang bebaik kawan ngan mat itam tuh... jangan dia suruh bawak barang gi obesi... hang amek cam tu je... kang ada dadah kang.. blekmani ke...
ekekeke...

err... kiranya budak sabah tu ada kekasih gelap la ye...

pasal pakgad tuh... kucen dude... kucen... ikan busuk pun tak pe.. hahaha... janji ikan...

 

Selasa, September 16, 2008 4:43:00 PTG, Blogger muor76

ni species botol kicap ker atau species bontot kuali? kekekekek kalo botol kicap ade gak hasil.. leh jual kat apek botol.. kalo bontot kuali hanye leh buat kopi pak belalang.. ade sesetngah kaki nampak panjang.. syok tengok kalo kaki itu panjang putih dan berbulu.. tapi ape ler ertinya kaki yg panajang sekirenya dipenuhi dengan duit 5 sen? baik ditutup kaki itu supaye org tak nampak duit 5 sen itu...

 

Selasa, September 16, 2008 6:51:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

dua tiga hari ni 2/3 malam ckLah sering hilang khusyuknya..famili besar aci belakang rumah ckLah pun asyik berhentam. Rumah kecil,tapi ada 3 family menghuninya...bisingnya masyaAllah. Tu sebab agaknya timbul peribahasa.. "seperti keling karam" tu kot!

p/s: Adake orang Melayu hidup macam kenalan JP tu...?

 

Selasa, September 16, 2008 6:51:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Selasa, September 16, 2008 8:04:00 PTG, Blogger Nuts@Kacc

burp...alhamdulillah..

ok dah leh nk komen...hahahha...

huh!tak malu tul ppuan tu..duk terkangkang2..kalau kaki lawa tanpa duit syiling 50sen bersepah2 ok la..ermm salahh..mmg tak lawa pun duk terkangkang tu..tak malu tul..

 

Selasa, September 16, 2008 11:47:00 PTG, Blogger me3n

kebykn negro kat malaysia neh buat pe eh? misteri nusantara betulla.

 

Selasa, September 16, 2008 11:49:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Yg saya hairan ada jugak pompuan Msia berkenan dgn Pak Hitam suku sakat Melvin ni. Apa kurangnya lelaki Melayu atau Jowo?

 

Rabu, September 17, 2008 1:46:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam.hai wak..ngeee..

huhu the moral of sory wak nak crt apa erk..ngeee..huhuu
(^_^)v

 

Rabu, September 17, 2008 2:51:00 PG, Blogger kawaii_desu

ini namanya mengumpat on line hehe

dah lama nak tanya, TTFN tu menda apa??

 

Rabu, September 17, 2008 5:29:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

soklan kawai_desu tu sama dgn soklan aku tahun yg dulu2...hahaha

 

Rabu, September 17, 2008 9:08:00 PG, Blogger 13may

hehhe...sebenarnya saudara cuba nak cerita tentang apa nih...hehhe hehe

 

Rabu, September 17, 2008 10:52:00 PG, Blogger A t i Q a h

Kalau bersembang dengan orang sebangsa Melvin itu, saya selalu mintak ulang dua tiga kali. Sebab kurang faham/jelas dengan perkataan yang dia sebut. =P

Err..kalau diorang gaduh, diorang pakai bahasa apa? Huhu.

 

Rabu, September 17, 2008 10:54:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nuts,
Cheh! Dah siap pasang niat nak mengutuklah tu Hehehe!


Flip,
Bagus apa. Boleh jadi bodyguard :D


Buruuj,
Kalau rajin pasang telinga dan dengar betul-betul bolehlah faham. :D


Sas,
U kaki studi....... Tapi rugilah masa sekolah tak cintan-cintun. Ha ha ha! Cinta monyet semua tu :p


Si Kachak,
Sampai 3 kali kau komen. Apasal tak 7 kali terus?

Yelah...yelah... Hu hu hu!


Pa'chik,
Aku pun dah lama syak semacam dengan Melvin tu sebenarnya. Isk!

Ha ha ha!

Jadi guard bosan. Ada benda untuk dilayan baru tak mengantuk. Hehehe!


Muor,
Hehehe! Kau bayangkan sajalah rupa Usain Bolt.

Kaki siapa yang kau maksudkan ni Muor? Kaki Melvin atau kaki awek dia? Hehehe!

 

Rabu, September 17, 2008 11:17:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

xiiinam751,
Tensi kalau berjiran dengan famili macam itu ek. Nak tidur pun tak senang.

p/s Hmmm....'hidup' macam mana maksudnya?


nuts,
O, lepas buka baru boleh mengutuk ek Hehehe!

Wah! Wah! Kamu pulak yang lebih-lebih mengutuk dia ya. :D


ad3ck,
Entah. Merayau sana sini. Buat kerja apa entah.


En Yunus,
Cinta, tak bermata dan tak bertelinga. Itulah sebabnya kot. :)


kacipo,
Waalaikumussalam.

Moralnya jangan mengumpat puasa-puasa ni. Itu salah satu contoh cerita mengumpatlah tu. Huhuhu!


Kawaii,
He he he!

Err...Cuba kamu google-kan. :D


Kadok,
Kau dah tau jawapannya belum?


May,
Cerita itu tak habis. Baru sekerat jalan bercerita, teringat tengah berpuasa, terus insaf.... Lepas Raya nantilah sambung cerita balik. :D


Tiqah,
Itulah dia. Suara garau dan padat dengan bass. Memang susah nak tangkap satu-persatu. :D

Bunyi macam dalam BI. Melvin tak faham BM, Bah Jawa lagilah. Hehehe!

 

Rabu, September 17, 2008 12:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ish..ish..ish.. bulan puasa tak baik mengumpat. kurang pahala tau. ekekek..

 

Rabu, September 17, 2008 1:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam jengah kembali..ngegge..

paham dah wak..huhu kalocenggitu wak x leh la ngumpat en melvin..kecian dia.. huhhu.. wak kena jemput dia dtg raya d uma..huhu jd kompom suma dak2 dlm uma yg ziarah tu lari.. so ochie leh la dpt wett raya byk dr wak..

yahoooo.. ker mcm na wak.. (^_^)v

 

Rabu, September 17, 2008 3:19:00 PTG, Blogger artisticklytouch

Melvin ada masuk berita TV3 tak?

 

Rabu, September 17, 2008 5:32:00 PTG, Blogger arsaili

salam...kisah jiran ker ni...ehehe

 

Rabu, September 17, 2008 10:42:00 PTG, Blogger Unknown

supaya x gaduh2.. eloklah suruh negro tu layan bob marley seround.. haha..

 

Rabu, September 17, 2008 11:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Boleh tak nasihatkan suruh kawin je, kalau dah tinggal bersama. Mungkin kalau dah kahwin tak gaduh2 lagi.

 

Khamis, September 18, 2008 9:21:00 PG, Blogger Unknown

bukan senang nak berjiran dgn warga antarabangsa.. :)

 

Khamis, September 18, 2008 11:10:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Laki bini gaduh2 tak keluar suara...
"perang dingin"

 

Khamis, September 18, 2008 1:15:00 PTG, Blogger achik

blum kawin dah kena pukul.. adeh!! awat la awek tu masih bertahan.. ish ish..

 

Khamis, September 18, 2008 6:49:00 PTG, Blogger Kasawari

jgn lupa jumpa awek Melvin sekali.. minta maaf :p

 

Khamis, September 18, 2008 9:08:00 PTG, Blogger kad0k.

aku dah tau lah bp "ttfn" tu...:p

 

Khamis, September 18, 2008 11:16:00 PTG, Blogger TedungS

haha.. cukup gay lagu TP tu. geli geleman tekak aku

bro, kurma lu wa dah abiskan le heheh

 

Jumaat, September 19, 2008 12:32:00 PG, Blogger JBM8141

yo brother, lebih baik lu ambik log pkl berapa dorang gaduh, ...nanti apa2 hal senang sket kalau kena panggil jadi saksi masuk court hehehe...

 

Jumaat, September 19, 2008 12:43:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kapan arek balik kampung?

 

Jumaat, September 19, 2008 9:39:00 PG, Blogger Unknown

dr apa ko cerita ni...diandaikan melvin dan ko berjiran...so drama derang tu kira buat ko kurang tenang d rumah sendiri ek...xpe la nnt bila jumpa melvin pandai2 la mintak maaf...hehe

bila nk balik kg nih?

 

Jumaat, September 19, 2008 12:02:00 PTG, Blogger Rajuna

aku jeles cemburu dan iri hati dengan geng2 pak itam. nape la bdk2 melayu/tempatan suka dorang?
aku rasa aku dah habis romantik dah..tapi failed jugak!

 

Jumaat, September 19, 2008 1:57:00 PTG, Blogger Kaktiny

sebelah umah kaktiny pun husbandnyer tu org negro.. bela anjing hitam yang beso nak mampus tuh.. jenis Rottweiler tuh... pastu tak ikat plak tuh.. kalau anjing dia lompat kt umah kaktiny.. siapler.. (nak jer tabur racun tikus kat dlm mangkuk makanan anjing tuh..)

 

Jumaat, September 19, 2008 3:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikin,
Hu hu hu! Raya nanti nak mintak maaf dengan Melvin dan aweknyalah. Ok?


kacipo,
Salam. Trimas. Nak jengah 77 kali pun boleh.

Kalau jemput dia, kena jemput geng-geng dia sekali. Buat habis kuih raya saja. Tak payahlah.


Arts
Setakat ini belum lagi. Tapi dah 2-3 hari aku tak nampak dia. Mana entah dia pergi. Aku rasa kes yang di Cheras tu pun kawan-kawan dia juga.


Arsaili,
Waalaikumussalam.

Bukan jiran saya. Jiran kawan. Kebetulan selalu selalu lepak rumah dia buat kerja. :)


Kel@mbu,
Dia tak minat Bob Marleylah. Dia minat Tommy Page. Hehehe!

Yang hairan, tengah2 malam baru dorang gaduh. Siang2 ok. Aku syak Melvin tu balik rumah mabuk-mabuk.


Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan.

Isk! Saya tak nak masuk campur tuan. Nanti dengan saya-saya sekali dikerjakannya. Terserempak denga dia pun sesekali, dalam lif :)


Penoreh,
Melvin jiran kawan aku. Yang tak tahan bila dia bawak balik geng-geng dia. Memekak. Bising satu floor. Buka lagu kuat-kuat pulak tu.

 

Jumaat, September 19, 2008 3:07:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Jie,
Tak faham….. He he he!


achik,
Tak pasti awek Sabah itu betul2 awek dia atau bukan. Kadang2 Melvin bawak perempuan lain. Negro jugak. Pernah satu satu malam bergaduh siap kena panggil pak guard datang….


Kasawari,
Kalau hantar kad saja boleh tak? Malulah nak jumpa. He he he!


Kadok,
Tahniah! :p


TedungS,
Bukan kau kau pernah kata dulu minat Tommy Page ke? Hahaha!

Isk! Kemut betullah kau. He he he!


Bad,
Tak kuasa aku. Aku baru 2 kali kot ’terjumpa’ dorang gaduh teruk-teruk. Aku tak duduk situ. Kalau kawan aku tu puaslah agaknya dengar dorang gaduh.


SF,
Cepak-cepak arek bodho mengko. Kue bodho nang endi?

 

Jumaat, September 19, 2008 3:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amora,
Bukan jiran aku. Jiran kawan, Musa. Aku selalu tumpang rumah dia buat kerja2 aku. Negro itu baru pindah. Masa aku nak berkreativiti, masa itulah dorang bertekak, memang terganggulah emosi aku.

2-3 hari sebelium raya. Kenapa? Nak kirim apa-apa ke> He he he!



Rajuna,
Entah! Aku tak ada jawapannya.

Kau oklah, romantik. Aku langsung tak romantik. :D


Kak Tiny,
Isk! Kalau saya, saya terus pindah rumah. :D