Dahulu, semasa saya masih belasan tahun, atok dan nenek adalah pasangan yang sangat romantik di mata saya. Walaupun bukan melalui ucapan kata-kata mesra, tetapi saya melihat kasih-sayang mereka itu melalui keakraban mereka berdua. Nenek tak pernah berenggang dengan atok. Ke mana sekali pun atok pergi, atok akan membawa nenek bersama. Di mana ada atok di situlah ada nenek.
Saya masih teringat kata-kata nenek. Bila sudah ditakdirkan sampai masanya nanti, sekiranya Tuhan sudah mahu mengambil nyawa mereka, nenek mahu Tuhan ambil nyawa atok dahulu. Nenek kata, kalau nenek yang meninggal dunia lebih dahulu dari atok, nanti atok akan tinggal keseorangan. Nenek tak sanggup dan tak sampai hati meninggalkan atok hidup tak berteman, nanti atok akan kesepian, siapa nanti pula yang akan menjaga atok bila atok sakit dan siapa nanti yang akan menjaga makan dan pakai atok.
Beberapa tahun selepas itu, atok meninggal dunia kerana sakit tua. Nenek memang sangat sayangkan atok dan nenek tak sanggup kehilangan atok tapi nenek redha atok dijemput Tuhan terlebih dahulu. Tuhan sudah tunaikan permintaan nenek.
Petang itu, banyak cerita yang ingin saya ceritakan pada nenek. Dan banyak cerita yang ingin nenek ceritakan kepada saya. Tapi sayangnya petang itu terlalu singkat buat kami.
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan Hajjah Tukinah, nenek saya, satu-satunya nenek yang saya ada. Dan semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh almarhum Hj Karmo, arwah atok saya, di alam sana.
TTFN
Rabu, Jun 11, 2008 6:49:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Kasih-sayang orang dulu-dulu mungkin lebih berlandaskan agama. Sebab itu lebih diberkati dan dipelihara Allah. Mungkin itu agaknya salah satu sebabnya. :)
Tapi kata orang kasih-sayang itu macam tumbuhan ornamental juga. Kena sentiasa dibelai, disiram, dibaja. Baru sentiasa segar.
Insya-ALLAH :)
Ameen.
Ayu mkay,
Waalaikumusalam.
Mereka hanya dipisahkan oleh maut. Insya-ALLAH
MR,
Ameen. Mudah-mudahan. :)
gdiz,
Waalaikumusalam.
Ya. Moga-moga. :)
Terima kasih.
Amoi,
terkalu sujar itu apa? Hehehe. Gurau.
Susah nak kata tentang zaman sekarang. Saya belum layak nak ulas kot.
Pa'chik,
Ha'ah. Aku cuma suka seni katanya saja. Bukan penyanyinya. Hehehe.
Dengan izin Allah pa'chik. Kau juga. Err... Kau bila nak langsungnya Pa'chik? Hehehe.
Pa'chik lagi,
Itu kes terpencil kot Pa'chik. Hehehe.
Kau baca surat khabar Star semalam tak? Berita seorang lelaki Terengganu yang kahwin empat tulah.... Hehehe.
Kak WL,
Begitulah. Mudah-mudahan.
Kasih-sayang itu satu seni. Satu anugerah. Dan abstrak juga.
ps; Kalaulah boleh capai 127% ..... :)
Kak Sarina,
Waalaikumusalam.
Itu atok dan nenek sebelah emak. [Saya cucu sulung mereka :)]. Sebelah abah, saya cuma sempat jumpa arwah atok.
xrajunax,
Ya, aku agak bersetuju. Aku tak kata sepenuhnya, aku kata AGAK saja. :)
Kenduri? Dah. Berpeluh, lama tak berzanji, sesekali balik kampung kena berzanji. Maksud aku kenduri di rumah adik ipar aku itulah.
Khamis, Jun 12, 2008 11:11:00 PG, Kaktiny
Al-fatihah utk arwah Hjh Tukinah dan Hj. Karmo..
Juga utk arwah Hj. Hashim (wan) dan Hjh Chik Zakaria(tok)kaktiny..
Pernah meratap menangis di sisi arwah tok pada bulan February 2001 dgn ayat :
"tok.. jgn pergi dulu tok.. tinggal tak berapa bulan ja tiny nak convo tok.. tok kan janji nak tengok tiny convo kat shah alam.. tok kan nak naik bukit menara itm tu.. tok.. tok kan dah janji..4 tahun tok tunggu tiny belajaq.. tunggu la sat ja lagi tok..."
- lepas tu - pengsan..
- nyesal sgt tak bwk arwah tok ke shah alam masa hayat dia dulu.. that's why.. hargai apa yang kita ada hari ini - IF TOMORROW NEVER COMES..
(sedih lak pagi2 ni..)
Khamis, Jun 12, 2008 12:46:00 PTG, asuhara sue
dalam banyak2 cucunya Mbah Dalisa, saya sorang je yg ikut bentuk fizikalnya yang kiut ( bukan perasan nih, kenyataan..hehehehe),arwah Mbah Dalisa ( mak arwah abah saya) orang jawa halus, jadi kalau bercakap dia berlagu2 dan byk perkataannya yg saya x faham. tapi suka tolong mbah gibek sirihnya! semoga dia juga berada dalam golongan orang2 yang beriman. Aminnn
Khamis, Jun 12, 2008 1:38:00 PTG,
benar JP...kasih sayang orang dulu-dulu memg lebih terserlah dari segi keakraban yg terpamir dan keperihatinan antara satu sama lain. Saya sempat menyimpan nostalgia kasih sayg arwah ibu bapa ketika kedua mereka berganti-ganti memotongkan kuku antara satu sama lain.....saya sendiri merasa bahagia yg mendalam melihat mereka...dan skrag menyambung warisan tingkah itu.....
Khamis, Jun 12, 2008 2:06:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Rudy,
Jengoklah sesekali Rudy. Bukan jauh pun kan... Embahmu wis kangen banget karo kue kui... :)
En. Penyu,
Ameen. Moga-moga.
Begitulah hendaknya. Bukan setakat cicit, tapi piut. :D
Atiqah,
Kasihan nenek kamu.
Nenek saya sihat, segar bugar lagi. Alhamdulillah. Cuma matanya dah tak berapa nampaklah.
Hambali,
Aku suka lodeh Hari Raya nenek aku. Unik. Lain dari yang lain. Ah! Lambatnya nak Hari Raya. :D
Kadok,
Ameen. Mudah-mudahan.
Meh kasi aku alamat kau. Hehehe.
kak tiny,
Sedihnya.
Saya banyak berkongsi cerita tentang atok saya [atok sebelah abah] di entri-entri sebelum ini. Antaranya di SINI, SINI dan SINI. Tentang pesanan nenek pula di SINI.
hargai apa yang kita ada hari ini - IF TOMORROW NEVER COMES. Ya. Itu yang selalunya kita TERLUPA.
kak sya,
Saya sebenarnya belum layak untuk mengulas tentang ini. Mungkin agaknya mood dan trend berkasih-sayang pada zaman moden ini dipengaruhi banyak faktor. Pegangan agama, gaya hidup dan kebendaan misalnya.
Khamis, Jun 12, 2008 2:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nur@,
Ameen. Terima kasih. Doa aku untuk kamu berdua juga. :)
asuhara,
Saya cucu sulung di belah atuk dan nenek emak saya. Bayangkanlah betapa beruntungnya saya. Semua nak dapat. [Wislah putu seng mbareb, nggarang pulak kui. Hehehe ]
Ameen.
Mdm Zend,
Itulah dia. Mereka mungkin tidak mengungkapkan kasih-sayang dengan kata-kata, kad atau bunga misalnya, tetapi dibuktikan dengan 'perbuatan' :)
Tahniah. Semoga kasih-sayang MZ dan suami terus diberkati Tuhan.
nbk,
Kita semua sama-sama ikut mewarisinyalah jang. :D
Khamis, Jun 12, 2008 4:38:00 PTG, Masy
alfatihah untuk atok.
arwah abah dan emak sy pun macam tu jugak dulu. mak tak akan kemana klu abah tak pergi. biar 'lebur' duit deposit ke Medan, kalau abah takmo pegi - dia pun tak pegi (nasib baik pegi jugak hehe).
kasih syg mcm ni terpulang pd kita sama ada nak wujudkan atau tidak. seterusnya, biarlah Allah Taala yang tentukan jalannya :)
Khamis, Jun 12, 2008 4:51:00 PTG, muor76
semoga Allah mengampuni dosa-dosa muslimin dan muslimat yang masih ade dan telah tiada...
bagi sesiapa yg masih mempunyai atok laki atau atok pompuan luangkan lah sedikit mase untuk mereka.. satu hari nanti ia akan menjadik satu memori yg indah untuk kite ingati, sekiranya kita ingin menjadikkan diri kite satu memori yg indah kepade anak dan cucu kite... jadikan lah mase bersame atok dan mak bapak kite sebagai punca memori tersebut.. setiap kisah dan ingatan itu boleh diceritakan untuk dijadikan kenangan, untuk dijadikan pengajaran hidup.. untuk menunjukkan contoh kasih sayang antara atok dan cucu, bapak dan anak, mak dan anak.. menunjukkan satu ikatan kekeluargaan yg kuat dan baik.
sayangilah keluarga anda.
Khamis, Jun 12, 2008 6:07:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Am,
Itulah.
Ameen. Untuk Am dan isteri.
Masy,
Begitulah. Kasih-sayang kena disiram dan dibaja sepanjang masa. Baru sentiasa berbunga. :)
Muor,
Ameen..
Terharu aku membaca ulasan kau Muor. Peringatan buat aku juga. Terima kasih Muor.
Tasik,
Itulah. Kasih-sayang dan kebahagiaan bukan boleh ditukar ganti dengan kebendaan dan wang ringgit. :)
Jumaat, Jun 13, 2008 8:30:00 PG, NONIE AZIZ
teringat Tok Ayah ngan Tok Mon aku...Tok Ayah walaupun penglihatannya tiada tapi masih mahu segak bergaya...tahu dapat rasakan baju dipakai gosok ke tidak...sanggul tok mesti dijaga rapi...petang2 berjalan berpimpinan tangan sekeliling kawasan perumahan...Aku kagum...aku pun mengharap aku dan baba sentiasa mengambil berat antara satu sama lain...
Sabtu, Jun 14, 2008 10:48:00 PG,
nak kata sedih mcm sedih..
tapi mcm tak berapa menjadi sebab aku lahir cuma kenal atuk belah ayah aku je..
tu pun ninggal masa aku form 3..
aku pun tak rapat dgn arwah atuk aku tu..
so, masa arwah ninggal, aku tak rasa sedih la..
start dpd tu aku dah takde atuk & nenek..
asal raya je mmg balik rumah mak ayah aku je lah..
hehehe..
Sabtu, Jun 14, 2008 5:06:00 PTG,
huhuu....sedih citer...hope hidopnenek JP dberkati Allah n sehat slalu...to your late grandpa smoga d tmptkan mrk y dikasihiNYA...atok, tok ayah, yayie n nyayie...smoga kamoo sume dtmptkan d dlm syorga n d golongan mereka y dikasihiNYA...abah mak..syg kamoo...
JP thanks lawat page sy....still study lg caner nk menulis...
Sabtu, Jun 14, 2008 11:12:00 PTG, Ku Keng
Bro.,
Penenuam terbaru tentang khasiat kulit buah kopi (coffee berries) adalah tentang kandungan anti-oxidantnya yang lebih tinggi dari biji delima. Sekarang di US, kulit ini sudah dijual sebagai alernative health products, dan ternyata paling berkesan untuk pesakit kencing manis dan hypertension. Kita di sini buang atau banyak yang dicuri musang. Agaknya sebab itulah musang tak ada yang kencing manis atau hypertensi!
Isnin, Jun 16, 2008 12:31:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Nonie,
Persefahaman dan kasih-sayang orang dulu-dulu hebat, kan.... Mereka tak payah nak belajar dari buku Men from Mars & Women from Venus pun untuk memahami karakter dan perasaan pasangan masing-masing tetapi tetap bahagia sampai ke hujung usia. :)
Semoga kau dan Baba terus sentiasa bahagia dan sayang-menyayangi. Ameen.
Bila nak buat makan-makan soto ek? Hehehe!
Rio,
Salam.
Ameen. Pandai kamu menyusun kata-kata. :)
Mak Su,
Apapun istilah dan sebutannya tak begitu penting rasanya. Macamana ia diterjemah dan dipraktiskan di dalam kehidupan itu lebih penting. Kan?
Rush,
Aku pun agak jarang jumpa nenek sekarang Rush. Balik kampung 1-2 bulan sekali pun jarang berkesempatan ke rumah nenek. Nenek tinggal di BP, emak dan keluarga tinggal di Muor. Kadang-kadang rasa bersalah juga.
Di mana-aman pun, parit dah semakin sempit dan cetek Rush. :)
Pa’chik,
Nanti adalah alasan kalau kau nak ikut jejak dorang nanti ek. Hehehe!
ad3ck,
Insya-ALLAH. :)
Si Kachak,
Aku romantik? No comment. Tapi kalau kau nak tau, sisa-sisa darah kependekaran atok aku memang turun pada aku. Hehehe!
Isk! Tiba-tiba aku rasa geli-gelemanlah. Hahaha!
Isnin, Jun 16, 2008 12:45:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kamato,
Ameen. Terima kasih atas doa itu.
en me,
Diu akhir zaman ini tiada apa yang pelik bro’. Datuk 77 tahun berkahwin dengan anak dara 17 tahun pun dah jadi perkara yang bukan luar biasa. :)
13may,
Sesekali... :)
nizar
Kemesraan dan kasih-sayang antara atok / nenek dengan cucu dan sebaliknya memang sangat unik dan berbeza. Lagi-lagi kalau pernah tinggal bersama. Susah nak diceritakan dengan kata-kata keindahannya. :)
azahaldir,
Ameen. Samada mereka masih ada di dunia ini atau yang sudah meninggalkan kita, doa kita semoga mereka semua terus sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.
Sama-sama. Selamat menulis, dari minda dan jiwa kamu sendiri.
Ku Keng,
Wah! Perkongsian info yang menarik. Terima kasih.
Semasa saya kecil dahulu, dan sekarang juga kadang-kadang, saya suka makan buah kopi yang sedang merah ranum [isinya, di antara kulit dan biji]. Manis!
Abg Long,
Pengalaman budak kampung Abang Long… :)
Isnin, Jun 16, 2008 12:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Zwit,
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kamu sempat dan pernah melihat diaorang, kan?
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.
Begitulah hendaknya tuan. Ameen.
p/s. Pengalaman tuan sendiri, seronok bermain dengan cucu tuan? :)
Mersik,
Insya-ALLAH. Kalau saya tidak lupalah ya....
Serindit rimba,
Bila musim hujan, adalah airnya. Bila musim panas dan kemarau, airnya mengering. Basikal dan motorsikal pun boleh lalu di dalam parit itu.
Ha'ah. Tahun lepas Pt Jamil banjir teruk.... Tetapi alhamdulillah, rumah keluarga saya tidak.
Cinta dan kasih-sayang orang dulu-dulu kukuh dan sejati kan? Teringat nenek kat kampung, arwah mbah lanang pergi dulu, macam nenek u gak. Tapi kasih sayang dan cinta mereka tu terserlah, ke mana-mana berdua. Sama gak dengan mak dan ayah, tak pernah ke mana-mana seorang, mesti berdua. Makin tua makin romantik. I pray that we will be just like them too, b.
AlFatihah untuk arwah atuk dan nenek kita yang telah tiada. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan aman di sana.