Rabu, Jun 04, 2008
Parit Jawa, Muar.

Kelmarin. Saya terjaga jam 5.57 pagi. Jarang saya mencelikkan mata seawal itu tanpa dikejutkan oleh deraan penggera telefon tangan saya. Saya terdengar suara abah. Bising-bising. Kemudian suara emak mencelah, pun bising-bising juga. Suara seperti meradang saja bunyinya.

Anak-anak kucing kacukan itu berak merata-rata lagi. Itu yang membuat emak dan abah mengamuk. Salah makan agaknya anak-anak kucing itu. Malam sebelum itu abah memberi makan anak-anak kucing itu dengan drummet Ayamas yang saya beli. Agaknya perut anak-anak kucing itu terperanjat makan drummet. Agaknyalah. Selalu-selalunya abah cuma beri makan nasi dengan ikan sahaja.

"Kita buang sajalah anak-anak kucing itu," emak meradang bukan main.

Abah diam sahaja. Abah sudah penat untuk bising-bising lagi agaknya. Dan bau tidak menyenangkan mula senyap-senyap menyusuk ke celah rongga hidung saya. Yuck!

Hmmm…….Sebenarnya saya tak percaya sangat yang emak dan abah akan buang anak-anak kucing itu. Sebab bukan sekali ini sahaja emak mengugut sekejam itu. Emak dan abah tidak akan sampai hati. Sebelum ini setiap hari emaklah yang memandi dan membelai anak-anak kucing itu dengan penuh kasih-sayang. Kalau emak dan abah buang anak-anak kucing itu, pada siapa lagi emak dan abah nak bermanja bila cucu-cucunya balik semula ke bandar sehabis cuti sekolah nanti…….

Kasihan emak. Kasihan abah.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/04/2008 08:27:00 PTG. |


44 Ulasan


Rabu, Jun 04, 2008 8:50:00 PTG, Blogger Sastri

kadang-kadang kita bising lebih tapi sebenarnya tak sampai kat hati pun... i pun macam tu... bila orang buat jahat kat i pun, memang mulut ni bising kata macam ni macam tu, tapi nak buat, tak sampai di hati... biar Tuhan je yang balas... :)

 

Rabu, Jun 04, 2008 9:05:00 PTG, Blogger arsaili

salam..umm cepat la bagi dia org lagi ramai cucu...sure dia tunggu hang..ekekeke

 

Rabu, Jun 04, 2008 10:44:00 PTG, Blogger KAMATO

marah kejap je tu....

 

Rabu, Jun 04, 2008 11:33:00 PTG, Blogger zino

ada yg tersirat kot.. buat2 tak paham pulak. hehe

 

Khamis, Jun 05, 2008 12:05:00 PG, Blogger PINATBATE

marah-marah sayang jeneng eyy kuwi..

 

Khamis, Jun 05, 2008 1:30:00 PG, Blogger Unknown

mulot lain hati lainn.. biasak la tuu

 

Khamis, Jun 05, 2008 2:38:00 PG, Blogger A t i Q a h

saya rasa memang lazim kalau tinggal berdua, mesti bela kucing. atuk dengan nenek di kampung pun begitu. kalau kucing dia muntah ke apa, membebel tak ingat dunia sambil basuh muntah tu. marah-marah sayang namanya. he he.

 

Khamis, Jun 05, 2008 7:48:00 PG, Blogger Unknown

marah-marah sayang..

 

Khamis, Jun 05, 2008 8:43:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

makna yg tersurat tu..nak cucu lagik!hiks...

 

Khamis, Jun 05, 2008 9:10:00 PG, Blogger Pa'chik

dude, kita buang celaka kat putrajaya tu lagi baik lah... hohoho... menyusahkan orang je kerjanya...
berlagak sombong ngan bagi nam ratus setahun tu... padahal tak sampai dua ringgit sari pun..

 

Khamis, Jun 05, 2008 9:10:00 PG, Blogger Cik Keju

eh..ayat tu sama macam ayat mak aku la. heheheh..

 

Khamis, Jun 05, 2008 10:29:00 PG, Blogger Lily Abdullah

Salam Purp,

Aiseh..apasal ini cerita sama ja dengan cerita emak dan bapak mertua akak.

Dulu cerita ini ada kena mengena ngan akak dan allahyarham abah akak.

Selalu akak diugut dek abah. Pernah sekali dia masukkan anak-anak kucing dalam guni, pastu dia patah balik. Tak sampai katanya.

Alahai!

 

Khamis, Jun 05, 2008 11:13:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Setuju sangat dengan komen yang pertama tu. So, no komen dari saya. Kami pun takda bela kucing sekarang.

 

Khamis, Jun 05, 2008 11:33:00 PG, Blogger achik

biasa lah tu.. kat mulut je marah, kat hati sayang..

 

Khamis, Jun 05, 2008 11:34:00 PG, Blogger sinaganaga

kasi bubuh dalam kandang le!

 

Khamis, Jun 05, 2008 12:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tak suka bela kucing tang tu ler.. baunya mak aiiiii.. nak dibuang hati tak kesampaian.. tu marah2 sayang ler tu.

agaknya seksok klu kita dah mcm mereka.. camtu gak ke? salah satu cara nak hilangkan sunyi..huhuhuhu.

 

Khamis, Jun 05, 2008 12:14:00 PTG, Blogger Kaktiny

Kucing .. aduhai.. FOBIA...
kagum sebenarnya sapa yang boleh bela kucing ni.. naperlah kaktiny di'takdir'kan 'penggeli' kucing..

Berpenyakit rupanya aku nih.. penyakit FOBIA KUCING
Felinophobia- Takut dengan kucing. (Ailurophobia, Elurophobia, Galeophobia, Gatophobia)

wah sas.. ayat tersurat tu dalam makna tersiratnya yer.. heheheh..

 

Khamis, Jun 05, 2008 12:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Orang tua-tua ni memang tak sampai hati, mulut aja bising tapi Am memang tak nak bela kucing (geli ler pulak)

Yang pastinya pagi Am hari ini memang gelap pasal semalam minyak naik harga hehehe

 

Khamis, Jun 05, 2008 1:31:00 PTG, Blogger Mak Su

org tua2 selalunya mmg tak sampai hati, ckp jer byk.

 

Khamis, Jun 05, 2008 2:28:00 PTG, Blogger zwitterion

kat rumah aku ada kucing tumpang, masih susukan anaknya.tunggu besar sikit baru nak buang.Bab berak2 ni, takde sapa yang betul2 tahan nak bersihkan..

 

Khamis, Jun 05, 2008 2:31:00 PTG, Blogger artisticklytouch

buangkan aje kat market mana-mana...aku sanggup kejam begitu sebab kalau ia ada, aku akan berpenyakit

 

Khamis, Jun 05, 2008 2:52:00 PTG, Blogger ain fadzal

saya tak suke kucing!!!

 

Khamis, Jun 05, 2008 3:13:00 PTG, Blogger arianna adrizal

alamak mcm serupa je cerita kita ni.hu~

mmg kesian.

 

Khamis, Jun 05, 2008 3:22:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Ha, tu masa dok status anak kucing.
Bila dah jadi mak dan bapak kucing, macam mana pulak?

Bapak kucing dok memancut merata, mak kucing dok membohsia dan beranak sokmo.

Jangan kata hang nak suruh mak hang p kasi bapak kucing.

 

Khamis, Jun 05, 2008 3:25:00 PTG, Blogger muor76

aku suke kucing...
aku leh buat sore kucing
bile aku buat sore kucing
kucing yg mendengar akan mencari sore kucing itu
aku rase hepi bile kucing tertipu ngan suara kucing yg dibuat oleh aku
mase aku chat kat mirc dedulu aku gune nick KucingYgBaikHati
sulu kat kampung rumah aku banyak kucing
kengkadang aku tido ngan kucing
tu cite pasal aku ngan kucing
nabi pon suke kucing
abu hurairah pon suke kucing
cikgu aku cakap.. tak baik menzalimi kucing kerane kucing ialah binatang kesayangan nabi
tapi skang aku takde bele kucing
kekekekekke
ko nah gi kuching?
ko ade tanam pokok mate kucing?

 

Khamis, Jun 05, 2008 3:31:00 PTG, Blogger asuhara sue

sangat suka sajak kucing di atas nuu..

baca sambil makan buah mata kucing pun sodappp!

 

Khamis, Jun 05, 2008 3:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Tajam menikam ulasan itu. :)

Tapi kita manusia kadang-kadang begitulah. Semasa tengah marah memang kadang-kadang apa yang kita ucapkan bukan yang kita maksudkan.


arsaili,
Waalaikumusalam.

Takkan lari gunung di kejar sdra. :D


Kamato,
Ha'ah. Pagi marah. Tengahari dah usap-usap balik kucing itu. :)


Zino,
Apa yang tersirat ek? Saya memang betul-betul tak faham ni Zino :D


Pinatbate,
Ha'ah. Nang omahmu ono belo kucing opo rak? :D


Lind,
Betullah. Hati letaknya di dada. Mulut letaknya di muka. Memang tak sama. :D


atiqah,
Ada dua lagi adik perempuan saya tinggal bersama, tapi dah anak dara, takkan nak belai-belai lagi. Kucinglah jadi tempat manja. :D

 

Khamis, Jun 05, 2008 3:46:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Penoreh,
Ha'ah. Agaknyalah.


MR,
Dah ada 5 cucu dah. Slow slow la... Hehehe!


Pa'chik,
Ha'ah. Kita buang sajaLAH. Berak merata-rata. Tak nak mengaku pulak tu.

Err... kau cakap pasal apa sebenarnya ni pa'chik. Hahaha!


Cikin,
O. Rumah kamu pun banyak kucing juga ek?


Kak Mar,
Waalaikumusalam.

Biasalah. Kalau bela kucing, masalah besarnya itulah. Saya suka kucing tapi tak mesra sangatlah. Saya benci bulunya.


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Kucing-kucing itu comel. Baka Parsi. Sebab itu marah-marah pun tetap sayang. :)


Achik,
Kalau di mulut sayang, di hati marah, macamana pulak ek?

 

Khamis, Jun 05, 2008 4:06:00 PTG, Blogger DeeN

Dari buang merata2 kucing2 tu, baik kasi kat aku. Haha..
Err.. tapi kalo nak kasi buang Lah, sila buang Lah tempat lain hak hak hak!!!

 

Khamis, Jun 05, 2008 4:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sinaganaga,
OK. Nanti aku kasi tau emak aku. Terima kasihlah kasi aku idea yang bernas itu. :D


ayumkay,
Kucing memang macam itu. Kena latih dari kecil, baru tak 'membuang' merata-rata.

Kasihan pada diaorang kan. Bila cuti sekolah baru dapat manja-manja dengan cucu. :(


kaktiny,
Saya nak kata suka, tak juga. Biasa-biasa saja. Tapi anak-anak kucing di kampung itu comel-comel belaka. Ibunya kucing Parsi. Memang geram juga menengoknya.

Di taman laman rumah saya di sini pun banyak kucing pendatang yang datang melepak. Asal tak menyusahkan saya, oklah.


Am,
Saya tak suka dengan bulu kucing Am.

"Harga masih terendah berbanding negara lain" dan "kadar kenaikan tak membebankan rakyat". Itu bukan saya yang kata. 'Mereka' yang kata.Hehehe!


mak su,
O, macam itu. Kalau orang muda-muda sampai hatilah ye mak su...


Zwit,
Kata orang, kalau rumah banyak kucing 'pendatang' datang, murah rezeki. Itu orang katalah.


Arts,
Emak dan abah aku tak sampai hati. Masa duduk di KL ini, aku ada sekali pengalaman buang kucing. Rasa bersalah juga kadang-kadang.


ain,
Saya suka anak harimau.


Anne,
O, ada kemelut yang serupa ek?


Pegawai,
Dah nama pun kucing. Nak buat macamana.....

Macamana prosedur kasi itu ek..


Muor,
Hehehe!
Banyaklah kau punya kucing..

Kau pandai buat senaman kucing?

Hehehe.


asuhara,
O, itu sajak rupanya....

:D


nur@,
Nanti aku pos tempat kamu. Alamat pun dah ada ni. :D

Hahaha!

 

Khamis, Jun 05, 2008 9:27:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

aku baca entri angkau ini dr sudut krisis dlm negara skrg ini. huhuhuhuhu...

oh..nang muar yo... seng rihat seneng2 kang.

 

Jumaat, Jun 06, 2008 1:28:00 PG, Blogger MYA MARJA

Assalamualaikum,
Lain kali jangan beli drummet yang pedas. Itu yang buat kucing-kucing tak berdosa tu sakit perut. Betul ke? Alahai harga minyak!

 

Jumaat, Jun 06, 2008 1:34:00 PG, Blogger kawaii_desu

kucin2 kita kat kampung tu belasah apa saja...

dan tak reti2 nak kenyang...
besides, anak2 kucing tu besar mana yg gi kasi drummet??

 

Jumaat, Jun 06, 2008 5:25:00 PG, Blogger Abang Long

Bela kucing dapat pahala, bela PM dapat apa ya ?

 

Jumaat, Jun 06, 2008 10:42:00 PG, Blogger Rajuna

bapak aku memang suka pungut kucing yatim piatu

tp ada kandang belakang rumah.
senang dan tak mengganggu.
aku tak suka kucing.
tapi aku tak bertindak kejam.

er abg long marah nampak?
haha.

 

Jumaat, Jun 06, 2008 11:02:00 PG, Blogger Ted

ted pun bela kucing gak, mak kucing beranak dalam bilik kat kampus, so ted wat balik ke rumah..

Nway, membela kucing kene banyak bersabar tambah time dia kecik n kene cirit birit. Tapi, bagus ape..Bila dia berak, mula la start kene mop rumah, bersih2 kan...dan kat tanah tempat dia berakpun kene jaga. Kalau tak berbau.. n salah satu bestnya bela kuceng ni sbb mak ayah takde kawan. At least, ada kucing t dorang duk ngadap kuceng je..hehe

p/s : ada org kg saya, buang kucing dengan letakkan kuceng dalam guni, ikat dengan batu lempar dalam sungai. Saya MAKI dia 4 juta kali.

 

Jumaat, Jun 06, 2008 11:46:00 PG, Blogger me3n

sedih plak ku bace huhu.

 

Jumaat, Jun 06, 2008 12:15:00 PTG, Blogger Masy

ni namanya marah2 sayang eheheh

 

Jumaat, Jun 06, 2008 1:46:00 PTG, Blogger ILA

Salam..
Saya baru kehilangan Si MIMI (anak kucing) sejak 3 minggu lepas.

SAKIT HATIIIIIKUUUUU!!!!
(cehhh..wahhh..tengah feeling lagu BP dlm blog ni) ;)

 

Jumaat, Jun 06, 2008 3:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rudy,
Boleh. Terpulanglah. Kau nak tafsir dari sudut mana pun boleh. Cerita itu 3 dimensi. :)

Ha'ah. Nang Muar. Mangan turu, mangan turu wae kerjane nang kampung. :D


mya marja,
Waalaikumusalam.

Yang tak pedas punya. Dah siap dicuil-cuil. Tapi mungkin kucing-kucing itu tak biasa makan agaknya.

Mereka kata, kadar minyak kita masih terendah di rantau ini sdra. Hahaha!


Kawaii,
Entahlah. Keracunan makanan kot. Masih kecil-kecil lagi.


abang long,
Dapat bala kot. :D


xrajunax,
O, sungguh berhati mulia bapak kau. Abah dan emak aku memilih. Kalau cantik dan comel diambil dan dibelanya. Kalau selekeh diabaikan sajalah....


Ted,
Itulah tujuan membela kucing pun. Jadi teman dan 'tempat bermanja'. Memang kena banyak sabarlah.

p/s. Isk! Itu memang perbuatan yang mahazalim! Kalau saya, saya jotos kepalanya 7 juta kali.


ad3ck,
Aku pun sedih juga sebenarnya.....


masy,
Agaknyalah....


ila,
Waalaikumusalam.

Takziah untuk kamu Ila. Semoga Mimi aman di sana.

Lagu yang mana satu ek

 

Jumaat, Jun 06, 2008 3:07:00 PTG, Blogger Sya

cam marah kak sya je ngan kucing kat rumah..

 

Jumaat, Jun 06, 2008 4:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak sya,
Marah macamana sekali pun, kucing buat dek jer...

:D

 

Rabu, Jun 11, 2008 9:28:00 PG, Blogger U-HAH

Salam JP,

agak-agaknya, minyak naik harga ni kucing kat kampung tu marah tak? Tapi saya yakin, tuan kucing mungkin boleh naik angin...

wargh! Kucing kat rumah saya ada empat ekor. Satu ibu je...tapi kuat beranak. Mujur ada yang mati...hai...mujur?

Saya kena masukkan dalam sangkar kucing tu, sebab kereta depan rumah kekadang laju, dulu seekor dah kiok depan mata...dah la comel pulak tu...

 

Rabu, Jun 18, 2008 3:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

U-Hah,
Waalaikumusalam.

Kalau kucing menggunakan kereta atau motorsikal sebagai tunggangan, saya pasti ia akan marah juga. :D

Tidak memberontakkah ia kalau dikurung?