Bila abah, emak dan atok ‘ghaib’ saja, cepat-cepat saya dan Angah alihkan kerusi-kerusi dan meja itu. Kami buntal dan ikat kertas suratkhabar dengan getah gelang sampai jadi betul-betul bulat, jadi bola. Kami main sepak-sepak bola di situlah. Pintu di kedua-dua hujung ruang itu jadi pintu gol. Macam nak roboh rumah atok dibuatnya. Pernah sekali, tengah kami sedap-sedap bermain, tiba-tiba emak balik. Potong stim betul! Emak biasalah, macam nak tanggal kuping telinga kami dipiatnya.
Jemu menyepak-nyepak bola kertas, kami main bas olok-olok pula. Kami susun kerusi-kerusi itu macam di dalam bas. Kerusi malas atok jadi kerusi drebar. Dulang emak jadi stereng. Kami gunting kertas kecil-kecil jadi tiket. Saya jadi drebar, Angah jadi konduktor, Ana dan kawan-kawannya, Lin dan Roha, jadi penumpang. Konon-kononnyalah.
Itu dulu-dululah. Kami kecil dan comel lagi waktu itu. Bersunat pun belum lagi.
Hari ini, ruang dan pintu yang di sebelah depan itu masih ada lagi. Kerusi dan ambal berambu-rambu itu sudah lama pupus. Lantai sudah beralaskan ambal bercorak kontemporari dan tikar pandan. Sudah ada meja kecil terletak komputer di atasnya. Sudah ada kabinet yang tersusun tv, pemain DVD dan radio. Di rak kabinet itu juga ada dua gambar berbingkai, gambar saya dan Angah, sama-sama berjubah, tersengih, sedang berdiri menggenggam skrol.
Ah! Saya rindu saat-saat itu. Saat yang dulu-dulu itu.
[Catatan kaki: Main sepak-sepak bola seperti yang kami main dulu itu sekarang sudah dipanggil futsal. Eleh! Kami dulu-dulu lagi dah main dah. He he he!]
TTFN
Label: Retrospektif
Rabu, Julai 16, 2008 1:34:00 PTG, Hambali ®
ah teringat zaman kecik kecik main bola sepak kertas.
pakai kertas keras poster dunhill kedai kopi sebagai player.
bola pulak dibuat dari kertas dalam kotak rokok, warna emas. gentel2 bulat jadi bola.
alangkah indah segala kenangan itu.
masa tu tak kenai lagi apa dia ps2, astro dan segala mak nenek lagi.
Rabu, Julai 16, 2008 4:25:00 PTG, Kaktiny
betullah - kenangan.. kaktiny pun sempat merasa 'main bas-bas'.. bersepah kotak ubat gigi 'colgate' digunting jadi tiket..
sekarang?.. anak kaktiny 'kalut' nak naik bas.. nak naik bas maklong rengeknya.. bas maklong?.. Kete Estima kakak kaktiny - bas baginya adalah 'kereta' yang ada bumbung boleh bukak.. hadoilah..
Akukah yang bersalah?.. (nak ketuk kepala anak ker or hantok kepala sendiri?.. )
Khamis, Julai 17, 2008 8:20:00 PG,
hahah... main judi tikam, main judi pakau/blekjek guna getah, gambar, guli... huhuhu... jahil sungguh...
wa dajah mpat, main parit...
wa dajah lima nam main game kat aked... tengkatan satu main jolok bola meja kecik, tengkatan dua, apgred ke meja besar kat otel perdana... kami je budak-budak yang main kat situ masa tu, yang lain, kebanyakannya, che'gu... sekolah memandu... sampai tengkatan lima.. baru benti.. [pas tarik balik lesen...] dah tua nih... bola jauh dah tak nampak la... huhuhu...
malu ah nak boh nama wa... heheh...
Khamis, Julai 17, 2008 9:16:00 PG, aNIe
BP...dulu kami kecik2 suka main Hantu Galah...main Teng Teng...main Batu Seremban...main Sembunyi2...main Catch & Rescue (kitorang panggil catching cue aje dulu)...main kapal kertas kat anak air...
Tapi anak2 sekarang dah tak main tu semua...masing2 sibuk dengan urusan mereka...ke kelas tution...kelas muzik...kelas berenang...dan macam2 lagi...
Dan ruang tempat bermain bola BP kat rumah tu pun dah byk bertukar kan? Dah ada TV & komputer yang lebih disukai oleh anak2 zaman ini...
Mmg sentiasa rindukan zaman kecil2 dulu....
Khamis, Julai 17, 2008 11:26:00 PG, muor76
ermm... bebudak dedulu seronok..
kreatif.. dan rajin berusaha untuk membuat mainan heheheh
lage spider.. carik spider tak ingat makan.. sampai mak soh makan spider tu wat lauk..
senapang ceri.. best oo leh bintat badan..
kacang hijau... kacang hijo pon leh wat tembak-tembak pakai straw
konda-kondi... yg nih selalu bebudak pompuan nak join..
tarik upih... abang ngan akak aku akan menjadik penarik aku
main lestik getah... gunduk aku buat dr getah posmen..
ape lagik? baling tin, daun terop, guli, lestik.. banyak lagi ler..
peberet aku godak parit tangkap ikan... satu jerk aku pelik.. bile dah abes main.. dah balik umah.. tinger mesti kene piat.. tak mak aku.. bapak aku.. huhuhuhhuh
Khamis, Julai 17, 2008 3:27:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
MR,
Kalaulah ada mesin yang boleh mengembalikan kita ke zaman silam itu……. Dapat kembali sekejap pun jadilah. :)
ah tok,
Aku masih tercari-cari, cuba mengingat semula melodi lagu itu. Senikatanya berjiwa.
si kachak yang cHreT,
Aku dah lupa lagu itu. Cuba kau nyanyikan sikit.
Itulah kau. Orang tanya lain, kau jawap lain. Ikut suka hati kau saja! Kasihan, sampai berbuih-buih mulut, entah-entah ketuanya tengah sedap-sedap tidur.
Eh! Aku pun menyimpang sama. Ha ha ha!
xrajunax,
Masa itu kau di Batu Pahat lagi kan?
O, kau sekarang dah kira sosiallah ya.
Mamamanja,
Bukan. Asal-usulnya main sepak-sepak bola di dalam rumah. He he he.
Cikin,
O. Kau pernah main kawin-kawin tak dulu? He he he!
Hambali,
Ya, ya. kami pun ada pernah main macam itu. Kertas keras yang dilipat dua itu kan? Kami siap gunting gambar-gambar muka pemain-pemain bolasepak top masa itu dan tampal pada setiap kertas itu.
Kenangan……
Khamis, Julai 17, 2008 3:37:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mazudi,
Kalau kau nak tau, gelanggang gusti pun ada di rumah atok aku dulu. Ranjang besi antik [kami panggil 'ranjam'] atok aku itulah. Mana entah perginya ranjang antik itu sekarang.
Hasrul,
Terima-kasih, terima-kasih. Aku sungguh terharu dengan kekaguman kau itu En. Hasrul.
Eh! Kau tak rasa kagum ke tengok orang berlawan kata sampai berbuih-buih mulut?
Pinat,
Kalaulah masa boleh diputar semula ke zaman itu....
Masy,
Kalau setakat nak lepas gian, memang boleh lagi. He he he!
tasik,
Selagi bas masih wujud di muka bumi ini, main ’bas-bas’ tak akan pupus kot. He he he!
Pa’chik,
Rumah bandar, lagi-lagi rumah teres, mana ada ruang lagi Pa’chik. Banglow bolehlah. He he he!
kadok,
Tempat aku kalau nak main parit kena tengok musim kadok. Kalau musim kemarau tak boleh, parit tempat aku kering…. Teringat dulu aku selalu nyorok dalam kalbat, dalam parit depan rumah atok aku itu. He he he!
Khamis, Julai 17, 2008 3:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kaktiny,
Kami dulu selain main ‘bas-bas’, main juga ‘lori-lori’, ‘kereta-kereta’, ‘motor-motor.’ Main ‘kapalterbang-kapalterbang’ pun pernah. Itu baru permainan indoor, belum yang outdoor lagi. He he he!
Habis kalau bas betul dia panggil apa? He he he!
fahmi,
Retrospektif itu indah. Tapi kadang-kadang menghibakan :)
arsaili,
Waalaikumusalam.
Ambal itu permaidani / karpet. :)
Rush,
Kalau di kampung, biasa lagi orang-orang tua sebut perkataan itu Rush. Tapi dalam bahasa Jawalah; buntel. He he he.
atiqah,
Masa main memang seronok, tak ingat dunia. Tapi kena piat telinga dengan emak tu yang tak seronoknya. He he he!
Accia,
Waalaikumusalam.
Kalaulah masa boleh diputarkan semula ke zaman itu.... :)
Pulang ke Rahmatul-Lah? Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. Ameen.
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.
Kreativiti kanak-kanak dulu tak sama dengan kreativiti kanak-kanak sekarang. Maklumlah faktor zaman, persekitaran, teknologi dan perdedahan kepada dunia luar. Apatah lagi kanak-kanak yang lahir dan membesar di bandar, tak merasa dah permainan kanak-kanak dulu-dulu. :)
Khamis, Julai 17, 2008 4:24:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Amiene,
Sudah sampai masanya kamu selenggara penghawa dingin bilik kamu itu agaknya. :)
En Penyu,
Tapi masih tetap berbuih mulut. Ha ha ha!
Itulah. Sayang. :D
tanpa nama,
Cheh! Tak nak tunjuk namalah pulak. Tapi kalau tak silap aku, Hotel Perdana kat Kota Bharu. Kan? Ha ha! Aku dah boleh agak siapa kau.
Ha ha ha!
Kak Lady,
Yang saya cerita itu baru permainan di 'ruang itu' kak Lady. Belum lagi permainan-permainan yang di luar rumah, atau di atas tanah, atau di dalam parit, atau di dalam kebun. Kalau nak sebut semua berpuluh agaknya. Tapi yang paling mencabar adalah main kombat atau tembak-tembak dengan lontop. Sekali kena, berbintat badan. He he he.
Itulah. Semasa kecil dulu nak cepat-cepat jadi dewasa, bila dah dewasa, terasa nak jadi kanak-kanak balik. :)
Nonie,
Bukan 'macam' lagi Nonie, memang betul-betul best!
ad3ck,
Kami main di celah-celah kebun getah. Tanah gambut tak berumput. Banyak nyamuk dan agas. Memang mencabar.
mak su,
Sekarang pun masih comel. He he he.
Ok!
Khamis, Julai 17, 2008 4:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
achik,
Main 'bas-bas' apa achik? Bas Mini? Bas Metro? Bas Sri Jaya? Bas Tong Fong? He he he!
Muor,
Apa yang kau main tu, semua aku pernah main juga Muor. Dah memang itu semua permainan budak-budak zaman kita dulu. Masa itu kalau aku dah kenal kau, boleh kita main sama-masa ek. He he he.
'Pondok-pondok', 'kawen-kawen', 'kuda kepang', kau pernah main tak Muor? He he he!
nur@,
Tak sempurnalah zaman kanak-kanak kamu kalau tak main 'bas-bas'. Tak apa, sempat lagi kalau kamu nak main sekarang. He he he!
Kau main 'Sukhoi-sukhoi' ya nur@.... Ha ha ha!
asuhara,
Kuwilah. Wis 'tuo-tuo' ki kilingan pulak jaman cilik-cilik mbien. Jenenge pun bocah-bocah. Main, mangan karo turu wae seng reti.
He he he.
violet,
Bayangkan sajalah ruang empat segi tepat yang berpintu di kedua-dua hujungnya. Sebijik macam padang futsal tapi berdinding dan berlantaikan papanlah. He he he.
Ya, saya juga. Seni bina rumah tradisional Melayu juga dekat di hati. :)
kamato,
Jangankan handycam, kamera pun tak pernah pegang masa itu bang, macamana nak rakam. He he he.
Penoreh getah,
Jadi penoreh getah pun ok. Getah mahal kan sekarang. He he he!
lee lin,
Itu asal-usulnya. Sekarang bolanya dah dinaik-taraf. he he he.
eisra,
Salam.
Main 'kawen-kawen', kamu jadi pengantin, atau pengapit, atau mak andam? Saya tukang main kompang jer. Pakai mulut.
* Pang kompang kompang kompang, kompang kompang kompang kompang. [repeat * till fade].
He he he!
Jumaat, Julai 18, 2008 10:35:00 PG, ckLah @xiiinam
Masa zaman nakal gitu,mak aku suka panggil aku "budak bertuah"! Memang bertuah!Membesar bersama 7 adik beradik lelaki,pedang-pedang dan perang-perang(combat)memang permainan aku.Paling best lumban kat parit.Aku pernah dilibas ngan mancung kelapa kerana menebang pokok jambu batu jiran aku untuk dibuat gasing pangkah!Tomboy tu..
Jumaat, Julai 18, 2008 1:05:00 PTG, Unknown
purp! mmg sah kita org kg kan. d rumah nenek masih ada lagi ruang tu...kami renovate y kat bawah je...y kat atas kami maintain...classic tu.
boleh bayangkan masa korang main mmg mcm nak runtuh rumah tu kan. nostalgia dulu2 mmg manis la....skang xde dah....ye la zaman blom bersunat lagi la kata kan. wakakakaaka
Jumaat, Julai 18, 2008 3:51:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Aku tak suka serkap jarang Pa'chik. Aku kena dapatkan bukti yang kukuh, bukti saintifik, kalau perlu ujian DNA juga. Ha ha ha!
xiiinam751,
He he he! Budak-budak zaman dulu best kan... Lagi-lagi kalau duduk di kampung. Kreatif dan lasak. Nakal. Barulah mencabar!
Amora,
Rugi budak-budak zaman sekarang, terutama yang lahir di bandar. Tak merasa dah semua-semua itu.
Rumah atok kami itu rumah tradisional. Tak pakai paku. Papan dan tiang pun atok gergaji sendiri. Sayang nak dirobohkan. Renovate pun bahagian dapur saja.
Ha ha ha!
shila,
Begitulah kehidupan.
Bila mengenang semula sejarah-sejarah dulu, zaman kanak-kanak terutamanya, memang indah, manis, lucu, mengasyikkan, tetapi kadang-kadang menghibakan juga. :)
sejarah silam yg tiada nilainye..x boleh di beli dgn wang ringgit...tp tetap akan di kenang selalu!