Jejari saya mula melakar. Garis-garis lurus. Garis-garis melengkung. Garis-garis membujur. Garis-garis melintang. Kemudian saya lakar bentuk-bentuk. Bulat. Lonjong. Empat segi. Tiga segi.
Dan sekejap kemudian kertas itu sudah menjadi tidak putih lagi. Kertas itu sudah menjadi sarat dengan garis-garis lurus. Garis-garis melengkung. Garis-garis membujur. Garis-garis melintang. Sudah sesak dengan lakaran bentuk-bentuk. Bulat. Lonjong. Empat segi. Tiga segi.
Kemudian, dengan tiba-tiba kertas itu hidup! Tuhan telah memberinya nyawa! Kertas itu membesar. Lakaran-lakaran di dadanya ikut membesar dan merebak. Membesar dan merebak. Membesar dan merebak. Kemudian kertas itu bangkit dari pembaringannya. Berdiri dan memandang saya. Bulatan-bulatan di dada kertas itu merenung saya. Tajam, berapi dan menakutkan. Garis-garis yang berceracakan itu menjadi bilah-bilah lembing, menghunus ke tubuh saya. Saya mahu bangkit tetapi garis-garis melengkung itu sudah menjadi tali-temali yang membelit dan mengikat saya. Bentuk-bentuk tiga segi dan empat segi itu sudah bertukar menjadi kotak-kotak. Saya terperangkap. Saya terpenjara.
Dan kertas itu terus membesar dan membesar dan membesar dan bertukar menjadi hitam. Menggamam dan menakutkan. Saya lemas. Saya takut. Saya terasa lembing-lembing itu menikam dada saya dengan rakus, bertubi-tubi. Saya mahu menjerit kesakitan tetapi suara saya sudah tiada. Saya bisu. Segalanya gelap. Saya buta. Sekeliling saya senyap. Saya sudah tidak mampu mendengar apa-apa lagi. Saya kaku.
Jangan. Jangan. Jangan. Jangan ditalkinkan saya. Saya belum mati lagi.
TTFN
Jumaat, Jun 27, 2008 4:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Memang. Penat fizikal. Penat mental. Penat segala-galanyalah. :)
muor,
Ini bukan mimpi-lah. Tapi memanglah seram mimpi engko tu. Dan menginsafkan.
Itu pun relevan juga. Ha ha ha!
Engko sms nombor yang itu, patutlah. Aku dah PM engko kat forum Cari.
MR,
Bukan mimpi. Tapi halusinasi. Atau mungkin imajinasi. :)
Kak Tiny,
Hmmm..... Itu cereka. Carilah yang tersirat dari yang tersurat. Bergantung kepada siapa yang mentafsirkannya kak Tiny. Perspektif yang kak Tini lihat itu memang salah satu darinyalah. :)
Mdm Zend,
He he he! Mdm sokong pasukan mana?
OP,
Ini tak ada kena mengena dengan rindulah. Hehehe!
Amora,
Pandailah kau. Aku lama dah tak tidur di siang hari tau. :D
Jumaat, Jun 27, 2008 6:21:00 PTG, aNIe
Astaghfirullah....mimpi ngeri tu...
Kalau kak lady tu mau dah meronta2 nak lepaskan diri...
Ckp pasal lukisan yang dihidupkan...akak masih teringat kata-kata bapak dulu...semasa akak suka melukis potret...cantik & menjadi...akak terus frame & gantungkan...kemudian bapak cakap ..
'Kau lukis gambau ni...kau gantung...nanti dunia akhirat Allah suruh kau hidupkan...padan muka kaun...'
Terus akak turunkan semua potret tu...takuttt....
Jumaat, Jun 27, 2008 8:25:00 PTG, Sir Mute Key Chicks
Jangan kau
Elakkan ku lagi
Jangan kau sembunyi
Pasti ku cari walau apa terjadi
Biarlah
Mereka mengata
Katakan ku gila
Gila kamu wahai putri punjari
Kerana dibuat ku
Bilanya memeluk dirimu
Baikku tahu kau bukan milikku
Tidakkah engkau tahu
Kewujudan diriku ini
Wooooo...
Jahanam lah dengan dirinya
Dapatkah kau beza
Cinta kah atau
Nafsu pun semata
Biarlah
Mereka mengata
Katakan ku gila
Gila kamu wahai putri punjari
Jika hati kau buta
Jadikannya lah dengan cinta
Yang akan membawanya ke syurga
Tidakkah engkau tahu
Kewujudan diri ku ini.
Wooooo...
Isnin, Jun 30, 2008 2:38:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kak Lady,
Itu bukan mimpi Kak Lady. Saja nak bercereka yang bukan-bukan. :)
Hehehe. Tau takuttt!
Dulu-dulu saya rajin melukis gambar kereta sukan. Sekarang dah masuk bidang landskap, cuma melukis pelan & perspektif landskap sajalah. Hehehe!
En Penyu,
Carilah yang tersirat. :)
Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan.
Dalam sungguh kata-kata tuan itu. Insya-ALLAH.
“Renung2kan dan selamat beramal.” Saya suka intonasi kata-kata Prof Zizi itu. :)
Semut & Semut,
Senikata yang berjiwa. Siapa penyanyinya Semut?
eisraa,
Salam kembali.
Kena berfikir di luar kotak dulu, baru boleh ingat. :)
mudin,
:)
Penoreh,
Itu bukan ngences. Itu orang panggil ngiler. He he he!
Isnin, Jun 30, 2008 3:05:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa’chik,
Ha ha ha!
Ada-ada saja kau Pa’chik!
Zino,
Lain macam saja komen Zino nih. He he he!
Rush,
:)
Mata melihat yang tersurat. Jiwa melihat yang tersirat.
Lakaran cuma sehelai, maknanya mungkin berhelai-helai.
Mazudi,
Berimaginasi biar sampai tak tercapai oleh fikiran. Percuma, kan? :)
Kak Jie,
Bukan Tok Munin, Tok Mudin. He he he!
Tak faham pun tak apa. Mampu dicapai oleh mata yang membaca pun dah kira OK. :)
Al-Bima,
Kau cakap pasal kotak apa bro'? :D
Tedung,
Mantap atau mengkal [mangkal?] bro’? [Sila rujuk entri terbaru kau] Ha ha ha!
Nanti aku emel kau.
Isnin, Jun 30, 2008 3:35:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Tok Nabe,
Kalau dua tiga kali Tok membacanya, Tok akan mendapat dua tiga tafsiran juga nanti. :)
Kawaii,
Kenapa cuak ek?
Lind,
Kalau terlebih rehat, bukan sehelai kertas yang dilakar. Mungkin berkajang-kajang. :)
asuhara,
Kehidupan kadang-kadang memang sesuatu yang abstrak, berlapis-lapis dan complicated, kan?
Shila,
Itu bukan mimpi. Tapi imaginasi :)
‘Saya’ itu mungkin saya, mungkin kamu, mungkin dia, mungkin kita. Sesiapa sahaja. :)
Tasik,
Bolehkah fikiran kita terjangkau gambaran di syurga? :)
Saya memang sedang bercuti semasa menulis cerita itu.
Masy,
Jejari saya tak lukis apa-apa pun sebenarnya. Otak saya yang melukis di luar kotak. :)
Rabu, Julai 02, 2008 4:29:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Am,
Kalau belum bersedia melakar sesuatu di atas kertas putih, biarkanlah saja kertas itu kosong. Atau buatlah benda lain. Origami misalnya :)
Perjalanan hidup kita, kita sendiri yang mencorakkannya Am[dengan izin Allah]. Dari segi apa sekali pun. Kehidupan, kerjaya, memilih pasangan. Atau apa sahaja. Menulis blog pun, kalau tersalah tulis, buruk juga padahnya, kan? :)
Ila,
Kalau terkoyak pun, tangan kita sendiri yang mengoyakkannya, kan? :)
Kamato,
Hmmm... Tapi kalau terlalu banyak rehat pun, penat juga fikiran bang. :)
Kadok,
Aku melakar kertas putih itu semasa aku sedang berehat-lah Kadok. :)
Sinaganaga,
Wo! Terima kasih dude!
O, cerita Romlah. Nanti aku cari idea dulu. :D
hmmm... mungkin sudah tiba masanya untuk berehat...