Selasa, Julai 08, 2008
Satu
Bagi rakan-rakan yang pernah mengikuti Cerita isteri dicipta untuk dikasihi bukan disakiti dan Cerita lelaki, wanita dan dot dot dot, Tuhan sudah mengurniakan Ana seorang anak perempuan baru-baru ini. Dengan selamat. Emak dan abah menerima seorang lagi cucu. [Terabailah anak-anak kucing itu nampaknya]. Nurul Balqis dan Muhammad Haikal mendapat seorang adik. Seorang lagi anak buah saya akan memanggil saya 'papa'. Ana dan suaminya telah rujuk dan berbaik-baik semula. Suaminya itu sudah menampakkan perubahan yang positif. Semoga berkekalan. Begitulah. Ketentuan Allah memang tiada siapa yang dapat mendustainya. Alhamdulil-Lah.


Dua
Saya menerima kiriman warkah bertulisan tangan yang cantik dari Mesir.

"Jowopinter ini siapa?" Tanya posmen bertugas.

"Saya. Itu nama samaran saya," saya, sambil menutup muka, kemalu-maluan.

"Oooo, awak ni Jowopinter yang tulis blog itu ya? Boleh saya minta autograf awak?" Nampak teruja sungguh dia.

Saya tipu. Dialog terakhir itu saya sengaja reka-reka. Ha ha ha!

Apa pun, terima kasih Eisraa, kerana menyokong blook Gangguan Teksual. Susah-susah saja mengirim Lima Pound sebagai kenang-kenangan itu. Kenapa tidak kirim Tujuh Puluh Tujuh Pound terus? He he he!

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/08/2008 02:27:00 PTG. |


55 Ulasan


Selasa, Julai 08, 2008 3:21:00 PTG, Blogger Sastri

tahniah buat Ana... semoga dengan kelahiran bayi baru ni membawa sinar yang lebih bermakna dalam hidupnya... pasti emak dan abah u gembira dapat cucu baru... Balqis dan Haikal pun turut gembira dapat adik baru...

Alhamdulillah... syukur kepada Ilahi, semoga Ana dan suaminya dapat menjalani kehidupan baru yang lebih bahagia selepas ini...

suka setem yang ada pada sampul tu... agaknya bole tak saya kirimkan wang kepadanya untuk tolong belikan untuk saya ek? :)

 

Selasa, Julai 08, 2008 3:39:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

shukur alhamdulillah, ana dan anak selamat. shukur juga suami ana mahu berubah. kalau Allah Taala itu mengampunkan, siapa kita untuk tidak.

 

Selasa, Julai 08, 2008 3:42:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

eh, terlupa nak beritahu. lagi satu nak cakap wak pinter, kalau nak orang kenal anda tu jowopinter, kenalah tutup muka dengan tangan. heeheehe...gurau je.

 

Selasa, Julai 08, 2008 3:56:00 PTG, Blogger achik

tahniah.. semoga yang baik berterusan.. insya-Allah.. :)

 

Selasa, Julai 08, 2008 4:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tahniah & Syukur atas segalanya.
errr, kalau aku nak panggil kau papa, bulih tak bro?
ha ha.

Mengada-ngada sungguh dialog tipu kau itu. ha ha.
Tapi aku masih tetap berkenan dengan nama Qusnan Munazarif tu. Cute!! :p

 

Selasa, Julai 08, 2008 5:05:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

AKU DAH AGAK...HARUS KO BERANGAN SORANG2...Semoga Ana menemui kebahagiaan yg berkekalan. Amin..

 

Selasa, Julai 08, 2008 5:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

alhamdulillah.. ana dah selamat melahirkan baby girl eh. moga perubahan positif suaminya itu berkekalan..

amboi..pemalunyer jejaka itu. ekekek..

 

Selasa, Julai 08, 2008 5:46:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Begitulah hendaknya. Ana dah puas menderita, tiba masanya dia merasa bahagia pula. Sememangnya, Ana berhak untuk merasa bahagia. Alhamdulil-Lah.

Tapi, Haikal masih tetap dengan basikalnya. Dia tak kisah. :D

Ameen.

Cuba tanya Eisraa. Boleh rasanya. Jangan minta kirim anak unta Mesir dahlah. He he he.


accia,
Begitulah.

Memaafkan itu walaupun sesuatu yang payah untuk Ana lakukan tetapi bukan sesuatu yang merugikan pun, dituntut agama, malah Tuhan menjanjikan kemanisan dan keindahan akhirnya. Moga-moga segalanya berkekalan.

Alhamdulil-Lah. Tuhan itu maha mengasihani.


accia lagi,
He he he! Jangan ada orang yang menyamar jadi Wak Jowopinter sudahlah.


achik,
Semoga Tuhan memberikan yang baik-baik saja. :)


Si Kachak,
Boleh. Boleh blah! He he he!

Qusnan Munazarif cute? Terima kasih. Ha ha ha!


Nonie,
Posmen itu yang malu-malu dengan aku sebenarnya. :D

Ameen.


Cikin,
Moga-moga begitulah.

Nama pun jejaka pemalu. Ha ha ha!

 

Selasa, Julai 08, 2008 5:53:00 PTG, Blogger Masy

kesian posmen menjadi bahan fitnah hahahahaha.

semoga Ana bahagia dgn anak2 dan suami :) insyaallah~

 

Selasa, Julai 08, 2008 6:07:00 PTG, Blogger arsaili

salam..semoga kebahagian milik ana dan keluarganya

 

Selasa, Julai 08, 2008 7:05:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

alhamdulillah......
bila 'papa' nak ada 'mama' hahahaha

 

Selasa, Julai 08, 2008 8:25:00 PTG, Blogger chinta

tahniah jadik papa lagik...cian posmen tak bersalah itu....

 

Selasa, Julai 08, 2008 8:55:00 PTG, Blogger PINATBATE

Mudah-mudahan Allah merahmati Ana sekeluarga.

 

Selasa, Julai 08, 2008 10:09:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Syukur untuk cerita Satu. Tahniah untuk bertambahnya anak anak buah yg akan panggil kamu papa.

bp, bila nak kawen!?

 

Selasa, Julai 08, 2008 10:35:00 PTG, Blogger kawaii_desu

i'm waiting for my nephew to call me mommy hehe

 

Selasa, Julai 08, 2008 10:46:00 PTG, Blogger zino

asyik la mengira anak sedara je.. hehe

 

Selasa, Julai 08, 2008 11:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

asyik kira anak sedara jer, biler lak nak kira anak sendiri.

 

Selasa, Julai 08, 2008 11:22:00 PTG, Blogger aNIe

Alhamdulillah kerana ana dah selamat melahirkan...Tahniah pula buat Ana, BP, Mak & Ayah BP yang telah menerima ahli keluarga baru...

Semoga kehidupan Ana akan menemui sinar kebahgiaan...dan semoga suaminya akan menjadi insan yang berguna & bertanggungjawab....

 

Rabu, Julai 09, 2008 8:03:00 PG, Blogger asuhara sue

wah bertambah lagi sampul duit raya kau kali ni eh kang.tahniah untuk ana dan engkau yang dipanggil papa...

p/s: kadar keperasanan kau masih ditahap ok lagi tu...hik hik

 

Rabu, Julai 09, 2008 8:36:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Tahniah buat keluarga anda, atas kelahiran baru di dalam keluarga. Semoga Ana brtambah ceria bersama keluarga.
Mungkin Ana juga mahukan abangnya turut merasakan sendiri kegembiran begitu...

 

Rabu, Julai 09, 2008 8:58:00 PG, Blogger Unknown

betul! ketentuan allah tiada siapa y dpt mendustainya. tahniah buat ana sekeluarga...sekurang2nye tiada lagi penderitaan buat ana. alhamdulillah.

woh..5 derham 5 derhammm.... haha

 

Rabu, Julai 09, 2008 9:09:00 PG, Blogger Kaktiny

semoga ana berbahagia..

bila nak dpt 'anak sendiri' lak.. cukup2 ler membujang tuh.. hihih

nak beli gak buku tu (GT).. asik dengar citer sana sini jer.. camner nak beli yek?.. tolong bagitau skit..

 

Rabu, Julai 09, 2008 9:15:00 PG, Blogger jagoan

Cerita I,
Saya tak komen apap-apa. Cuma mengaminkan

Cerita II,
Orang Mesir baca jugak GT. Bravo!

 

Rabu, Julai 09, 2008 10:27:00 PG, Blogger Mak Su

hmmm, lega dengar tentang perkembangan positif tu.

 

Rabu, Julai 09, 2008 10:36:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Tahniah dan Alhamdullilah atas dua berita baik buat Ana, semua terus bergembira didunia dan akhirat.

ps: Am rasa posmen tu ada cakap nak minta tandatangan tapi dalam hati sahaja kot hehehe

 

Rabu, Julai 09, 2008 11:40:00 PG, Blogger muor76

Satu
tahniah kerane mendapat anak sedare lagik.. bile eik bapak ko nak dpt pemyambung keturunan? bile eik ko nak dpt pengusung? bile eik ko nak cukupkan tanggungjawab keatas org yg leh heret ko ke neraka? <--- yg nih ade maksud tersirat... hehehhe
semoga abg ipor ko berubah untuk selame-lamenya dan menjadik suami mithali,bapak mithali dan anak mithali (bukan mithali cintaku eik) yg menjadik harapan dan tempat bergantung kepade keluarganya.. dan akan memberi sinar dan senyuman kepade isteri dan anak-anaknye..

Dua
ye ye oooo jerk... heheheh

 

Rabu, Julai 09, 2008 12:20:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

masy,
Itu bergurau senda namanya. :D

Ameen.


arsaili,
Waalaikumusalam.

Ameen.


ayu,
Insya-Allah, akan tiba juga masanya. :D


chinta,
Trimas. He he he.


pinat,
Mudah-mudahan. Ameen.


Mazudi,
Alhamdulil-Lah. Terima kasih. :)

Tungguuuuuu! :D


Kawaii,
Kalau anak sendiri yang panggil kamu mommy lagi lebih bermakna. He he he.

 

Rabu, Julai 09, 2008 1:04:00 PTG, Blogger Unknown

syukur.. telah positif belaka.. tahniah utk ana dan kamu..

 

Rabu, Julai 09, 2008 1:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Biar lambat asal selamat zino. He he he!


Mr Penyu,
He he he.

Tahniah untuk kau dan isteri atas kelahiran cahaya mata ke-2!


Kak Lady,
Alhamdulil-Lah. Terima kasih Kak Lady.

Kita harap begitulah. Semoga yang baik-baik itu terus berkekalan. Ameen.


asuhara,
Rezeki budak-budak. Terima kasih.

p/s Ya, itu masih ditahap yang dibenarkan :D


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Terima kasih. Ameen. Insya-Allah tuan. :)


Amora,
Alhamdulillah. Tuhan sudah mengujinya dengan penderitaan, memang dah sampai masanya dia merasa bahagia. Semoga kebahagiannya berkekalan.

:D


kaktiny,
Ameen.

He he he!

Blook GT itu sudah sold out rasanya. Tapi kalau betul-betul mahu, emel saya, saya boleh dapatkan satu. Insya-Allah.


ah tok,
I
Terima kasih.

II
Selain ke Mesir, pos ke Jepun juga hari itu. GT memang hebat! :D


mak su,
Alhamdulil-Lah. Tuhan penentu segalanya.


am,
Begitulah yang kita harapkan. Ameen.

p/s Posmen itu pun pemalu juga rasanya. He he he!


Muor,
1
Terima kasih. He he he!

Pergh! Tajam menikam dan pedas sungguh maksud tersirat kau itu Muor. Terasa berbisa tikaman itu dan berapi pedasnya. Kau buat aku berfikir, bukan sekali, tapi berkali-kali. :D

Semoga dia betul-betul insaf. Dan berkekalan. Ameen.

2
Ha ha ha!


Penoreh,
Alhamdulil-Lah. Terima kasih - bagi pihak Ana.

 

Rabu, Julai 09, 2008 2:01:00 PTG, Blogger Sya

Tahniah dan Alhamdullilah .. syukur.. semoga Ana terus bahagia menghadapi hari2 mendatang

 

Rabu, Julai 09, 2008 2:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

alhamdulillah. semoga dgn kehadiran org baru akan memberi sinar baru dalam kehidupan Ana sekeluarga.

tahniah dapat anak sedara baru. bila nak dapat anak sendiri ni? bukan anak tekak or anak mata ekk.

ayat tipu tu memang klasik. saya hampir tertipu.. cisshhh!

 

Rabu, Julai 09, 2008 2:57:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahaha... saya suka dialog yang malu-malu tu!

 

Rabu, Julai 09, 2008 3:11:00 PTG, Blogger Mamamanja

dengan tekun daku membaca ayat tipu tu... ropa2nya tipah tertipu

 

Rabu, Julai 09, 2008 3:58:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Apa? Menutup kemaluan?

Lucah betoi hang.

kang kena buat kenyataan bersumpah pulak.

Ha ha....

 

Rabu, Julai 09, 2008 4:51:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Salam.Tahniah buat Ana! Adik ipar tu,kena pantau juga prkmbgnnya.Moga2 istiqomah dengan perubahannya itu. Isteri memang bukan untuk disakiti!

 

Rabu, Julai 09, 2008 4:57:00 PTG, Blogger zwitterion

semoga kehidupan Ana bertambah baik..
sakit perut gelak part dialog rekaan..haha

 

Rabu, Julai 09, 2008 6:47:00 PTG, Blogger AL-BIMA SAKTI

alhamdulillah... bertambah lagi umat muhammad. selamat berproduktif...

 

Rabu, Julai 09, 2008 7:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

He he he! :)

 

Rabu, Julai 09, 2008 10:18:00 PTG, Blogger e.i.s.r.a.a

salam singgah.
di hujung derita, TUHAN hadiahkan bahagia. cuma kena banyak sabar. Alhamdulillah dan tahniah.
2 kali saya tukar sampul surat. sebab tak menepati piawaian sistem pos di sini. agak ragu2 nak tulis 'jowopinter' sebagai penerima.
postmaster tanya; 'apa pekerjaan jowopinter ni?' saya kata; 'seorang artis'. sambil gelak2 dalam hati.
=)

 

Khamis, Julai 10, 2008 7:07:00 PG, Blogger DeeN

Ya, takdir Ilahi tiada siapa yg tahu. Tahniah buat Ana & 'papa'.
Purp, ada buat borang utk jadik anak angkat kamu tak? Aku nak isi satu. Muahahahaaaaa...!! Lepas tuh isi borang jadik anak angkat Sas plak. Muahahahahaaa!!! 77777x gelak.

erk! just kidding! ;)
Psttt. Kate nak pos anak kucing. Maneeeee???? hihihi

 

Khamis, Julai 10, 2008 8:45:00 PG, Blogger Sir Mute Key Chicks

mahukan kamu supaya suatu hari nanti (suatu hari yang mungkin akan datang nanti)aku membiarkan anak2ku memanggilmu abang jowo?tak tak.sepatutnya atok jawa.

 

Khamis, Julai 10, 2008 1:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

alhamdulillah... ana ngn anak selamat.. apa namanya? semoga perubahan suami ana tu kekal le hendaknya...

erm.. papa?? mana mamanya papa BP oi.. :p

 

Khamis, Julai 10, 2008 1:05:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Selamat untuk Kak Ana.
Mesti anak-anak kucing tu jeles. Ha ha ha.

 

Khamis, Julai 10, 2008 1:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Sya,
Terima kasih bagi pihak Ana. Alhamdulil-Lah. Ameen.


Ayu-mkay,
Begitulah hendaknya.

Terima kasih. Insya-Allah. He he he!

He he he!


lee lin,
Dialog jejaka pemalu, begitulah. :D


MM,
Terima kasih kerana membaca dengan tekun. :D


Pegawai,
Isk! Hang nih! Apa, hang tak tutup hang punya ke? Ha ha ha!


xiiinam751,
Waalaikumusalam. Terima kasih - bagi pihak Ana. Ya, semoga perubahan suaminya itu berkekalan. Dan saya akan cuba untuk bersangka baik pada dia, insya-Allah.


Zwit,
Ameen.

Kalau dialog itu betul-betul kau gelak tak? :D

 

Khamis, Julai 10, 2008 1:47:00 PTG, Blogger TedungS

tahniah kat si ana. Aku pun setuju ngan kau, letakla 3-4 ratus pound ke...

 

Khamis, Julai 10, 2008 1:50:00 PTG, Blogger Rush Murad

tak ingat bila kali terakhir terima surat bertulisan tangan... dan berwarna merah jambu.....

cerita-cerita positif sahaja kali ini.... bagussss....

 

Khamis, Julai 10, 2008 2:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

al-bima,
Semoga anak kecil itu nanti menjadi insan yang berakhlak, akademis dan bertaqwa. Ameen.


azzam,
Ha ha! [aku pinjam ketawa Sinaganaga sekejap]


Eisraa,
Salam.

Ya, Sabar itu perit dan menyakitkan tetapi manis di pengakhirannya. Insya-Allah. Terima kasih - bagi pihak Ana.

Susah-susah saja kamu mencari RM, kalau kamu pos USD pun saya terima. :)

Saya bukan artis. Saya seniman. Orang seni. Tapi senibina landskaplah. :D


nur@,
Terima kasih - bagi pihak Ana juga.

Ada, ada. Hantarkan dulu salinan kad pengenalan, gambar berukuran poskad, nama dan alamat waris terdekat. Tapi umur mesti tak melebihi 7 tahun. Ha ha ha!

Nantilah kalau aku jumpa anak kucing kat mana-mana, aku suruh despatch aku hantar ke ofis kamu. :D


Semut,
Aku rasa panggil abang Jawa lebih mesra. :D


Tempe,
Syukur pada Illahi. Lupa pulak namanya. Nurul Qaisara ke apa entah. Tak ingat, nanti saya telefon Ana tanya. He he he!

:D


atiqah,
Alhamdulil-Lah.

Anak kucing tolak tepi dulu. He he he!


Tedung,
Terima kasih - bagi pihak Ana.

Baik tujuh ratus tujuh puluh tujuh paun terus. He he he!


Rush,
Ha'ah Rush. Tak terfikir pula. Dah berbelas tahun [entah-entah lebih dari itu!] tak terima surat bertulis tangan.

Kalau pun ada yang negatif, ambil yang positifnya saja Rush :)

 

Jumaat, Julai 11, 2008 12:29:00 PG, Blogger Kasawari

Wah dah bergelar PAPA lagi he he.. Tahniah ya...

 

Jumaat, Julai 11, 2008 8:44:00 PG, Blogger silversarina

Peluang kedua buat suami Ana harap akan digunakan sebaik mungkin membaiki diri .InsyaAllah.

Errr... boleh bak otograf beserta gambar bp.... peminat setia ni :)

 

Jumaat, Julai 11, 2008 9:10:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tahniah utk ana...ehhh..glemer ko ye..smpi posmen pon kenal..:p

 

Jumaat, Julai 11, 2008 10:30:00 PG, Blogger tasekM

semoga ana dan suami berbahagia...

jauh sungguh perjalanan lelipas itu hingga ke mesir ye...

 

Jumaat, Julai 11, 2008 11:17:00 PG, Blogger debikdebuk

"Saya. Itu nama samaran saya," saya, sambil menutup muka, kemalu-maluan.


Ingat tadi menutup muka dan kemaluan... hahahha

 

Jumaat, Julai 11, 2008 3:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kasawari,
Papa sedara jer. Terima kasih. He he he!


Kak Sarina,
Semoga begitulah hendaknya. Insya-Allah.

Boleh. Sila kirim sampul bersetem dan beralamat sendiri ya? He he he.


Kadok,
Terima kasih - bagi pihak Ana.

Kalau di kampung, posmen siap singgah lepak-lepak [baca: mengulor] kat rumah aku lagi masa hantar surat. He he he!


Tasik,
Ameen.

Blook Gangguan Teksual memang untuk pasaran global. :D


Debik,
Kau nih! Sungguh kurang sopan! Ha ha ha!

 

Isnin, Julai 14, 2008 1:12:00 PTG, Blogger shahril aley

satu
alhamdulillah Ana dan suami telah bebaik semula. Semoga perkahwinan itu kekal dari musnah hingga terabai masa depan 3 orang anak itu. :) ok ye papa

Dua
wah jauhnye peminat tu. aku ni bile ko nak jumpe plak. takkan nak main utus surat gak kot walau jarak sejengka :P

 

Isnin, Julai 14, 2008 6:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Shahril,
Satu
Ya. Kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Dua
Aku kan pemalu. Pakai surat baru tak malu. He he he!