Khamis, Julai 03, 2008
Semua orang di taman perumahan itu mengenali dia sebagai Suraya. Suraya Hani binti Sadikin. Dia cantik. Dia seksi. Seakan-akan Sophia Latjuba potongan badan dan wajahnya. Bikin hati lelaki yang memandang dan terpandang jadi tak karuan. Tapi dia sudah berpunya. Dia isteri Kasman bin Supandi.

Suraya itu sangat cemburu orangnya. Cemburunya pada Kasman melampaui tahap keraguan yang munasabah. Setiap hari, tujuh dari seminggu, dua puluh empat jam, Suraya pantau setiap panggilan dan sms di telefon bimbit dan telefon pejabat Kasman. Dia juga menyaring setiap emel Kasman. Setiap dua puluh tujuh minit sekali dia akan menelefon Kasman. Malah dengan senyap-senyap, Suraya sudah mengupah Krisnamoorty a/l Kurappan, kerani di pejabat Kasman itu sebanyak Ringgit Malaysia tujuh ratus sebulan menjadi mata dan telinga dia.

Setiap hari juga, Suraya mewajibkan Kasman melaporkan diri di rumah tepat jam tujuh petang. Kemudian Suraya akan membelek-belek dan mencium setiap inci tubuh Kasman. Juga baju, seluar, stokin, sepatu, malah seluar dalam yang dipakai Kasman. Dia mahu pastikan tiada bau-bau atau calit-calit yang mencurigakan. Bila-bila dia suka, dia akan membuat pemeriksaan mengejut pada beg, dompet, dairi, rak, laci, komputer, komputer riba, bonet kereta, enjin kereta, dan segala-segalanya milik Kasman. Tak cukup dengan itu, Suraya juga memasang kamera litar tertutup di setiap lokasi strategik di dalam rumah, termasuk di dalam bilik air juga.

Suraya betul-betul mahu pastikan Kasman tidak dapat menyorokkan apa-apa rahsia biar sehalus hama pun dari dia. Suraya tak nak Kasman curang di belakang dia. Dia mahu Kasman setia pada dia seorang sahaja. Dia haramkan Kasman punya sebarang hubungan dengan perempuan lain. Jangankan berbual, Kasman terjeling perempuan lain pun sudah menjadi satu dosa yang sangat besar. Perempuan lain pun, janganlah cuba-cuba menegur Kasman. Buruk padahnya. Pernah sekali, Suraya menempeleng dan menerajang Sunatri binti Wagiman, orang gaji jiran sebelah rumah sehingga koma hanya kerana amah itu mengucap selamat pagi kepada Kasman.

"Melampau sangat dia control laki dia macam tu."

"Dah tahap cemburu gila babi perempuan tu, babi pun tidak cemburu gila macam tu."

Macam-macam umpatan orang sekeliling. Katalah apa sahaja, dia gila, dia melampau, dia psiko, apa sahaja. Dia memang tak akan pernah mempedulikan cakap-cakap orang. Dia kata dia terlalu sayang dan cintakan Kasman. Sebab itu dia buat begitu. Dia juga percaya Kasman juga terlalu sayang dan cintakan dia. Cemburu itu kan tanda sayang dan cinta, kata dia.

Pagi kelmarin, kira-kira pukul tujuh pagi, kawasan kejiranan itu menjadi kecoh, tidak sesunyi selalu. Sangat kecoh. Kecoh tentang berita Suraya menjumpai tubuh Kasman, yang cuma berseluar dalam, terlentang dan terkangkang, sudah tidak bernyawa, di dalam bilik stor rumahnya. Lidah Kasman terjulur keluar, matanya terbeliak. Kelengkang dan seluar dalamnya dibasahi darah pekat. Kemaluannya terkulai berlumuran darah bersebelahan sebilah pisau pemotong daging di atas lantai. Di sebelah mayat Kasman itu satu salinan cakera padat video bertanda X, dan sekeping nota bertulis dengan dakwat merah. “Aku tak tahan lagi. Aku tak sanggup lagi kamu terus-terusan perlakukan aku sebegini. Aku tak akan pernah sesekali memaafkan kamu. Aku rela mati dalam sesat dari terus hidup dalam songsang. Aku tunggu kamu di pintu neraka. Noktah!”

Suraya tak menyangka sesadis itu pengakhirannya. Dia menangis, menangis, dan terus menangis. Air mata darah mengguyur pipinya. Dia meraung sekuat-kuat hatinya sambil memarahi dan memaki-maki Tuhan. Dia rasa kecewa kerana Kasman sudah mati. Dia rasa menyesal yang amat sangat kerana terlupa memasang kamera litar tertutup di dalam bilik setor itu – kalau tidak tentu dia dapat menghalang Kasman dari mengambil nyawanya sendiri.

Tujuh jam selepas itu, kawasan kejiranan itu menjadi heboh sekali lagi. Kali ini heboh tentang cakera padat video bertanda X yang sarat dengan aksi-aksi panas dan liar Suraya sedang berasmara dengan Krisnamoorty a/l Kurappan di dalam bilik air di rumahnya! Juga heboh tentang identiti sebenar Suraya Hani binti Sadikin. Dia seorang lelaki! Muhammad Saipul bin Sadikin!

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/03/2008 11:27:00 PG. |


79 Ulasan


Khamis, Julai 03, 2008 12:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

"Itu semua fitnah!!!!", jerit mereka.

 

Khamis, Julai 03, 2008 12:10:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... cemburu... cemburu buta, yang melulu dan melampau agak kurang sihat... takde rasa cemburu langsung juga kurang sihat... cemburu biarlah berpada... namun, adakalanya cemburu yang berpada boleh naik ke tahap cemburu yang amat... tapi bersebab...

rupanya dalam kecemburuan yang amat si suraya tu adalah untuk mengaburi mata kasman... untuk menutup keburukannya sendiri... dan kasman pula, dah tahu identiti sebenar suraya, masih mahu lagi bertahan...

memang songsang...

 

Khamis, Julai 03, 2008 12:14:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

suraya itu transgender?mereka berkahwin?atau mereka memang ...... atau.... atau kau suraya..hahaha

 

Khamis, Julai 03, 2008 12:51:00 PTG, Blogger Rajuna

ojo kang ojo
opo kue wes kelalen?
hahahaha

 

Khamis, Julai 03, 2008 1:18:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

padah terlampau cemburu...

hahahaha..

ade yg lawak..ade yg perlu di pantau...

 

Khamis, Julai 03, 2008 1:23:00 PTG, Blogger husz_nie

errr.... errrr.. ermmm..
tak terkomen...

 

Khamis, Julai 03, 2008 1:30:00 PTG, Blogger violet

erk. cam 'berat' je siri drama kali ni.

 

Khamis, Julai 03, 2008 1:30:00 PTG, Blogger violet

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Khamis, Julai 03, 2008 1:44:00 PTG, Blogger tasekM

sadis sungguh.. patut la lain macam dia punya cemburu....

 

Khamis, Julai 03, 2008 1:51:00 PTG, Blogger Hambali ®

Woh !
Kamera Litar kadangkala boleh menjadi senjata makan tuan !

 

Khamis, Julai 03, 2008 1:59:00 PTG, Blogger asuhara sue

semua watak tu org tempatan ke( tak kiralah samada ada atau tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati)?

 

Khamis, Julai 03, 2008 2:12:00 PTG, Blogger muor76

cite nih memang cam siot... kekekek
gilosss sioottt...

tapi name wagiman tu cam pernah aku dengor.. ermm
dia wagiman tu ade tak anak name satiman? kekekekkeke

 

Khamis, Julai 03, 2008 2:13:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Endingnya eww. Baru habis menonton Super Hero, jadi semacam ter'over-dose' sudah. Aiyak.

 

Khamis, Julai 03, 2008 2:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

adeih..complicated punyer masalah rumahtangga nih. huhuhu..

 

Khamis, Julai 03, 2008 2:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

laaa...patutlah sadis jadinya..ermmm...cerita ni elok bagi yang teringin nak wat songsang ni..

 

Khamis, Julai 03, 2008 2:43:00 PTG, Blogger achik

ish ish.. sadis sungguh!!!

err ingatkan dia dibobit oleh 'isterinya' sbb terkantoi curang.. hohoho..

 

Khamis, Julai 03, 2008 3:08:00 PTG, Blogger Masy

cerita betul ke ni?

apsal x kuar sokkabau? sadikin.. macam penah dgr laa nama ni..ermm...


..


..



..



..


haaaa..!!! nama mamat yg mukanya serupa dgn ronaldinho tu! sodikin, dipanggil Ronaldikin. hehehe.

 

Khamis, Julai 03, 2008 3:26:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

moral: filem X ada jugak pekdahnya..leh tahu rahsia tersembunyi.. wakakakkakaka oppps!!

 

Khamis, Julai 03, 2008 3:27:00 PTG, Blogger Unknown

cik pon lagi sensasi dari cik wan bro.. sadikin tu nama junior aku tu

 

Khamis, Julai 03, 2008 3:40:00 PTG, Blogger Mdm.Zend

JP..lor kok kabehaneh nang crito kui jengenane wong jowo po kui...kue kui kok busy body tenen yo sampek reti critane kabeh...yo wes sak karep mu lah.... sampek ngambung suar dlm po rak lecit ..kehkehkeh

 

Khamis, Julai 03, 2008 3:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mudin,
"Itu konspirasi!" Jerit mereka lagi. Ha ha ha!


Sas,
Cemburu itu natural. Tapi biar yang sedang-sedang sajalah. :)

Begitulah kalau manusia sudah keliru, sesat dan songsang. Nauzubillah.


Semut,
Mereka memang berkahwin tapi bernikah tak tahulah. Ha ha ha!

Oits! oits!


xrajunax,
Opo ne seng ojo?

Cerito kuwi orak eneng keno mengeno karo sopo-sopo. Cerito, crit-crit angger roto. :D


MR,
Pantau MR, jangan tak pantau. He he he!


Husz,
OK.


Violet,
Peringatan: Cerita ini tak sesuai untuk bacaan kanak-kanak di bawah umur.

 

Khamis, Julai 03, 2008 3:44:00 PTG, Blogger Rush Murad

ayoooo...complicated ekkkk? patut la cemburu bebenor, coz dia sendiri ada skandal... patut la nangis bagai nak rak, tak sempat minta ampun dgn laki, patut la upah mahal2 kat krisnamoorthy tu, sebab krisnamoorthy beri dia perkhidmatan sampingan yang lebih lazat agaknya, patut la dia potong anu dia, mungkin dia dah tahu skandal isteri dan rasa jijik, patut la dia lari sembunyi kat kedutaan... oppsssss... terlebih sudah!

 

Khamis, Julai 03, 2008 4:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

tasik,
Itu bukan cemburu. Itu sudah sakit mental + kejiwaan namanya. :D


Hambali,
Ya, ya. Betul! Lagi-lagi kalau pasang dalam bilik air!


asuhara,
Ada yang warganegara, ada yang pemegang kad pengenalan merah, ada juga yang pakai permit pekerja asing, tapi Sunarti itu PATI kalau tak salah.

[Macam ia-ia saja!]


muor,
Ha ha ha!

Wak Wagiman itu duduk Parit Pali. Bapak Ajis, kawan aku. Dulu masa sekolah rendah, Ajis pecah koperasi sekolah. Jahat betul dia. Errr.. tapi Wagiman dalam cerita ini tak ada kena mengena dengan Wak Wagiman bapak Ajis itu.

Satiman? Budak Parit Salman kan? Yang rumah dia sebelah rumah arwah Wak Salim itu ke? He he he!


atiqah,
Penyudahan cerita yang entah apa-apa! Bukan cerita Super Hero itu, Cerita Songsang ini-lah. :D


Cikin,
Boleh dikategorikan sebagai 'rumahtangga' ke cikin?


ah moi,a
Apa-apa saja yang bersifat songsang, minta dijauhi + dijauhkan. Nauzubillah :)

 

Khamis, Julai 03, 2008 4:24:00 PTG, Blogger Unknown

hahahaha.....mohamad saipul bin sadikin! ada jugak nama saipul kat sini? ingat kat surat khabar ngan tv je.

certot ni wa bagi 5/5 bravo!!

 

Khamis, Julai 03, 2008 4:26:00 PTG, Blogger Pa'chik

err... bidio tu takde ke? haplod la... ekekek...

 

Khamis, Julai 03, 2008 4:28:00 PTG, Blogger shahliza94

huhu...yang aku pasan...banyak beno angka tujuh. ekekekeke

 

Khamis, Julai 03, 2008 4:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Err...tak. Dia 'bobit' anunya sendiri.


Masy,
Ramai yang bernama Sadikin di nusantara ini. Tapi Sadikin dalam cerita ini tiada kena-mengena langsung dengan mereka semua. Harap maklum.

.

.

.

Itu cereka semata-mata.


Jejerz,
Huh! Sungguh jujur dan berterus-terang kamu ya!


Penoreh,
Sensasi yang macamana? Cuba cerita sikit. Aku naif bab-bab macam nih. :D


Mdm Zend,
Kuwi cerito wae madam. Dhudu tenanan. Nik arek cerito, ben cerito kabeh. Ben wong penak arek paham.

Wis jenege cerito. Koyok ngono lah. Cerito, crit-crit angger roto. He he he!


Rush,
Wah! Kau siap analisa dengan mendalam cerita itu ek. He he he.

Kita tengok siapa yang kenaaaaa! He he he!

 

Khamis, Julai 03, 2008 4:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amora,
Ha'ah. Cuma ejaan namanya lain sikit. Ha ha ha!

Ha ha ha! Terima kasih.


Pa'chik,
Kau berselera ke nak tengok Pa'chik? Isk!

He he he!


Shahliza,
Tukang cerita adalah seorang peminat angka tujuh yang tegar. Harap maklum.

 

Khamis, Julai 03, 2008 5:15:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

Dan tiba-tiba terdengar jeritan di luar 'sana'..

"Reformasi! Reformasi!"

kehkehkehkehkeh!

 

Khamis, Julai 03, 2008 5:57:00 PTG, Blogger Brader Black

Bang,
aku mengekek2 baca ini entri.
Peduli-lah ape pon mesej ko, aku tetap sukeeee!!

wei wei!
Cepat-lah tulis buku ko.

 

Khamis, Julai 03, 2008 6:34:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Ya, bukan salah ikan tenggiri kalau saya baca cerita ini penuh kusyuk. Ia cerita dari dalam kotak, cerita songsang yang membuat saya beristighfar 3 kali!

Walau fiksyen, ada kaitan dalam dunia nyata masa kini. Imajinasi BP sangat kuat. Ada sambungan?

:-)

 

Khamis, Julai 03, 2008 7:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Astaga.
kuat cemburu rupanya orang gay ni eek.

*Amaran: jangan ambik gambar sendiri.

 

Khamis, Julai 03, 2008 8:23:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, wa tak kira selera.. wa penuh sipat ingin tahu je... hahah..

 

Khamis, Julai 03, 2008 8:37:00 PTG, Blogger chinta

sarat dan suspen....suraya hani = saipul...hehehe...

 

Khamis, Julai 03, 2008 10:07:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

JP,Tak tunggu yg songsang,Yg normal pun kalau cemburu buta boleh bertindak luar kawalan.Hanya yg celik akal saja mampu berfikir dgn waras.. Rio

 

Jumaat, Julai 04, 2008 12:45:00 PG, Blogger Unknown

cerita byk twist. 4 bintang setengah! hehe

 

Jumaat, Julai 04, 2008 8:38:00 PG, Blogger aNIe

Nama Saipul tu macam selalu saja ku dengar akhir2 ini...tapi dimana ya?...Tiba-tiba saja nama mu menjadi begitu fofular...

 

Jumaat, Julai 04, 2008 10:15:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam :)

songsang memang songsang! nak jer ku terajang si suraya hani tu. tak nak sebut nama pak dia.. sian kat pak dia kan.

takpe.. tak salah buat apa takut. tapi jgnlah sampai bunuh diri plak... kasman kasman.

 

Jumaat, Julai 04, 2008 11:31:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Hello JP.Utk jadi fofuler seseorg tu dare to be difference.Mcm Saifuliwati tu.Satu dunia heboh.Sampai AS kena campurtangan.Kalau kat Hollywood sekelip mata boleh jadi jutawan.Peluang dtg sekali.Tak percaya tengok dia dlm paper.selamba aje.. Chulaborn.

 

Jumaat, Julai 04, 2008 11:54:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

cis!aku baru nak kata..untungnya si kasman itu!

 

Jumaat, Julai 04, 2008 12:11:00 PTG, Blogger DeeN

Errr ... err... hmm... aaaaa... ooooo.. woa .. woahhh ...isk, isk, .... erk!

7 suku songsang!!

 

Jumaat, Julai 04, 2008 1:23:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

oh alah...kok lanang!!!! mati2 wedok...

 

Jumaat, Julai 04, 2008 2:35:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

adoi larrrrr








tension tul baca cerita pendek nie

 

Jumaat, Julai 04, 2008 4:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hasrul,
“Kalau takut risiko, jangan bicara tentang perjuangan”. Ha ha ha!


Si Kachak,
Ada orang geletek kau ke masa kau baca cerita ini? Ha ha ha!

Terima kasih. Kau suka cerita aku tak apa, jangan kau suka aku sebab lain. Aku lelaki tulen tau. He he he!

Siap buku aku itu nanti, kau tak beli, siap kau!


Bunga Rampai,
Waalaikumussalam BR.

Begitulah lakaran kehidupan manusia dalam era pasca modenisme. :)

Fiksyen itu mungkin tidak akan bernoktah di situ BR. Itu pun kalau diizinkan Tuhan saya masih mampu berimajinasi lagi :)


Mazudi,
Agaknyalah kut!

*Bergantung pada gambar apa juga Zudi. He he he!


Pa'chik,
Kalau cuma ada sifat ingin tahu saja tak apa Pa'chik. Jangan sesekali ditiru pulak. Hehehe!


Chinta,
Kategori 18PL. :D


Rio,
Cemburu itu normal. Wujud dari dalam hati dan perasaan. Untuk mengawalnya tidak boleh menggunakan hati dan perasaan juga, tapi kena menggunakan rasional dan kewarasan fikiran. :)

 

Jumaat, Julai 04, 2008 4:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Rasa nak pengsan baca entry ni.

Macam kelako, macam kesian, macam pening pun ada....!

Petang-petang ni layan....!

 

Jumaat, Julai 04, 2008 4:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kel@mbu,
He he he! Terima kasih.


Kak Lady,
Nama Saipul memang dah lama popular Kak Lady. Saipul Apek misalnya. :D


ayu mkay,
Waalaikumussalam.

Jangan emosional sangat. He he he. Doakan saja semoga dia diberi petunjuk dan bertaubat.

Kasman..Kasman...


Chula
Hmmm... Entahlah. Dunia.... Lagipun apa nak dipelikkan sangat. Malaysia Boleh!


Butaseni,
Yang untung Krisnamoorty a/l Kurappan. He he he!


nur@,
Ha ha ha!


Rudy bluehikari,
Cerito umat akhir jaman Rudy. :D


pb,
Kenapa tension pb? Kenal ke dengan Suraya tu? He he he!


Serindit,
Janganlah pengsan. Tarik nafas panjang-panjang.

He he he!

 

Jumaat, Julai 04, 2008 5:03:00 PTG, Blogger Sya

Dalam sume watak... si KK tu yg paling beruntung.. duit dpt.. mende lain pun dapat..

eh eh si KK tu tau ke gender sebenar Su? isk isk isk

 

Jumaat, Julai 04, 2008 5:22:00 PTG, Blogger KAMATO

Apa la nasib mu Kasman...harap watak tak jadi kenyataan

 

Jumaat, Julai 04, 2008 9:58:00 PTG, Blogger PINATBATE

hehehehe....otak ku tersongsang memikirkan maksud tersirat dalam cerita ini...

 

Jumaat, Julai 04, 2008 11:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Dalam keadaan sekarang. Tiada yang mustahil lagi nampaknya!!!!

 

Jumaat, Julai 04, 2008 11:55:00 PTG, Blogger hanny

pak,
cerita nih buat saya geli geleman sepanjang minggu!!!takde cerita lain ker...asyik cerita songsang ajer....suratkhabar dan blog semua cerita yang sama. lepas nih buat cerita asal usul tempe lak ya!!

 

Sabtu, Julai 05, 2008 2:13:00 PTG, Blogger me3n

eheheheehe. ade double meaning tuh ;p

 

Sabtu, Julai 05, 2008 5:10:00 PTG, Blogger kawaii_desu

dia cemburu buta, tapi dia yg buat onar...

actually betul kata sastri, itu semua just nak coverup perlakauannya...

bila difikirkan, memangla org2 camni possesive

 

Sabtu, Julai 05, 2008 6:43:00 PTG, Blogger zino

dah naik mual dengar cerita seumpama ni.. terutama dalam berita dan akhbar..

 

Sabtu, Julai 05, 2008 8:20:00 PTG, Blogger Jie

Patutnya filem x chua soi lek muncul kat Johor dulu..
rupanya2 orang Johor memang ada bakat besar sebagai Pegarah Filem x

heheeh

 

Sabtu, Julai 05, 2008 9:59:00 PTG, Blogger TokNabe

kisah careka ini kalau dialih bahasa ke bahasa jawa, rasanya boleh meletup jugaknya.

 

Ahad, Julai 06, 2008 8:39:00 PG, Blogger IBU

hahaha....

Mungkin juga sketsa sebegini semakin berleluasa di luar sana.

Satu scene missing - x de orang buat pengakuan bersumpah ker? hehehehhh!

Moral of the story - kat toilet & store pun jangan lupa pasang kamera litar yo!

 

Ahad, Julai 06, 2008 5:10:00 PTG, Blogger 13may

minta salinan cakera tuh bleh??

hehhe

 

Isnin, Julai 07, 2008 9:41:00 PG, Blogger kad0k.

aku teringin ketemu suraya bole?

 

Isnin, Julai 07, 2008 12:50:00 PTG, Blogger NBK466

Boleh tahan gak imiginasi penulis 'cerita rakyat' nie..he.he..he..

 

Isnin, Julai 07, 2008 2:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

nota sebelah mayat tu dah ada cop pesuruhjaya sumpah ke belum?

 

Isnin, Julai 07, 2008 4:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bila baca mula2 marah lepas tu sedih akhirnya tergelak besar, macam faham sahaja cerita di sebalik cerita ini

 

Isnin, Julai 07, 2008 5:26:00 PTG, Blogger Lan Rambai

ko sengaja gunakan nama suraya untuk tambahkan trafik ke blog ni kan kan kan hahaha

 

Isnin, Julai 07, 2008 7:36:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Hah... boleh aku buat teater dah.
baguih la hang ni.
He he he...

 

Isnin, Julai 07, 2008 8:08:00 PTG, Blogger silversarina

cemburu pasti ada dalam satu percintaan tapi saiful ni terlebih cemburu kerana jantina nya songsang , apa nak jadi ???

 

Isnin, Julai 07, 2008 10:01:00 PTG, Blogger OP Zaharin

dia patut upload video itu ke youtube terlebih dahulu sebelum bunuh diri

 

Selasa, Julai 08, 2008 4:52:00 PG, Blogger Abang Long

Boleh dibuat filem - AKSI TERLAMPAU !

 

Selasa, Julai 08, 2008 11:38:00 PG, Blogger m i n e r a l . . .

mgkin sebelum itu, kejiranan minta suraya bersumpah, benar atau tidak, suraya sentiasa berdolak dalih... jejeejej

rekaan wa jer tu...

 

Selasa, Julai 08, 2008 12:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Sya,
Saya kasihan pada Sunarti. Tak pasal-pasal koma.

Tau. Mana boleh tak tau pulak :D


Kamato,
Watak Kasman itu fiktif semata-mata. Tapi bukan yang mustahil kalau memang wujud di muka bumi ini. :)


Pinat,
’Songsang’ itu sendiri pun sudah berlapis-lapis maksudnya. :)


Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan.

Itulah tuan. Kadang-kadang, kena percaya juga apa yang tak ingin kita percaya dan apa juga yang tak mampu terjangkau oleh fikiran kita.


Hanny,
Tempe goreng rangup kalau cicah dengan sambal kicap Johor. Pergh!

Di Fukuoka sana ada jual tempe tak ek?


ad3ck,
Terpulang. Samada kau nak melihat di permukaannya saja, atau lapisan-lapisan di sebaliknya. He he he!


Kawaii,
Watak Suraya itu simbol kebejatan, kecelaruan, kekeliruan dan dalam waktu yang sama kesongsangan; moral, jiwa, pegangan agama, hukum. :)

 

Selasa, Julai 08, 2008 12:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Apalah nak jadi dengan Tanah Melayu ini agaknya ek


Kak Jie,
Errr… Macam ini dah kategori-X ke kak Jie? :D


Tok Nabe,
Nak guna Bahasa Jawa kasar atau Bahasa Jawa halus Tok?


Ibu,
Nauzubillah.

Kita tunggu Krisnamoorty a/l Karuppan buat. :D

Tapi jangan sampai tertangkap aksi sendiri! :D


13may,
Kau nak buat apa? Salah tau di sisi undang-undang simpan bahan dot dot dot.


kadOk,
Kau bayangkan sajalah Sophia Latjuba. He he he!


KV,
:D

 

Selasa, Julai 08, 2008 1:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

NBK,
Cerita rakyat? Ha ha ha!


Mak Su,
Terima kasih. :p


Neeziee,
Tak sempat cop. Pagi sangat. Pejabat pesuruhjaya sumpah tak bukak lagi.


Am,
Kalau tak faham, buat-buatlah faham. Tapi kalau dah faham, buat-buatlah tak faham. :D


King,
Kau ketawakan siapa King?

Ha ha ha!


Lan,
Kebetulan. Ha ha ha!

p/s bila nak ngeteh lagi? :D


Pegawai,
Siapa agak-agaknya kau nak ambil pegang watak Suraya ek? He he he!

 

Selasa, Julai 08, 2008 1:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Sarina,
Ya. Kalau tak ada rasa cemburu langsung, macam tak normallah pula. :)

Sketsa umat akhir zaman kak.


Op,
Entah-entah dia dah upload. Mana kita tau... Cuba kau check dalam Youtube.


Abg Long,
Tak kena cantas dengan Lembaga Penapisan Filem ke Abg Long?


Mineral,
Kau pandai-pandai jer mereka. Ini cerita akulah. Hehehe!

 

Isnin, Julai 14, 2008 1:18:00 PTG, Blogger shahril aley

ko ke Muhammad Saipul bin Sadikin tu?
ishishish....
tak ku sangka BP
hehehe....

 

Isnin, Julai 14, 2008 6:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Shahril,
Oits! Oits! Aku saman kau nanti!

He he he!

 

Khamis, Julai 17, 2008 3:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Teruknya si Suraya tuh..

Eeeuwwwwwww.. Yark!

 

Khamis, Julai 17, 2008 5:46:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tanpa Nama,
Suraya memang teruk. Sangat teruk. Tapi Kasman dan Krishnamoorty pun kira teruk juga, cuma kurang sikitlah teruknya.

Sunarti pun teruk juga apa. Teruk kena belasah.

He he he!