Rabu, Julai 23, 2008
Petang itu. Kami sedang minum-minum dan sembang-sembang di satu pojok kaki lima, di bahagian hadapan sebuah restoran mamak.

Seorang pemuda berkemeja lengan panjang, kemas, bertali leher, rambutnya walaupun agak panjang mencecah bahu, tapi tersisir rapi, mendekati kaki lima itu. Dia menyandang sebuah beg. Di tangannya beberapa pasang stokin. Bermacam-macam warna. Bermacam-macam corak.

Dia mendekati meja di sebelah meja kami. Petah bicaranya. Lelaki-lelaki muda di meja itu, yang juga berkemeja lengan panjang, kemas, bertali leher, bertanya itu dan ini kepada pemuda itu. Sesekali butiran pertanyaan lelaki-lelaki muda itu sangat menjengkelkan, diselangi gelak ketawa yang bersungguh-sungguh, hinggap di membran timpanum telinga saya. Entah apa yang lucunya pemuda penjual stokin itu dan entah apa kelakarnya stokin-stokin itu di mata lelaki-lelaki muda itu, saya kurang pasti. "Terima kasih bang", kata pemuda itu. Senyumnya tidak lekang dari bibirnya.

Kemudian, dia beredar ke meja bersebelahan. Seorang lelaki separuh umur, bersendirian, sedang membaca suratkhabar, di tangannya memegang segelas air. Dia memberi isyarat tangan, seolah-olah tidak mahu diganggu. "Terima kasih," kata pemuda itu, tersenyum.

Pemuda itu kemudiannya mendekati meja kami. Seorang rakan saya memberi isyarat tangan 'tidak' kepada pemuda itu. "Terima kasih bang," kata pemuda itu. Senyumnya tetap tidak lekang dari bibirnya. Pemuda itu mengitari ruang kedai mamak itu, dari satu meja ke satu meja lain sebelum berlalu pergi, kemudiannya.

Petang itu, di kedai mamak itu, di waktu yang sekejap itu, saya sempat melihat riak wajah dan bahasa mata pemuda itu, yang sukar saya mengertikan. Saya juga sempat melihat beberapa pasang mata manusia, memandang pemuda itu dengan seribu satu pandangan yang sukar saya tafsirkan juga.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/23/2008 06:27:00 PTG. |


53 Ulasan


Rabu, Julai 23, 2008 7:28:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... yang nyatanya, pemuda itu penyabar orangnya demi mencari rezeki... dalam tersenyumnya itu, kita tak tahu apa yang terdetik dalam hatinya...

semoga pemuda itu terus sabar dan tabah dan moga dia berjaya kelak...

 

Rabu, Julai 23, 2008 7:40:00 PTG, Blogger chinta

harapannye pemuda itu dpt jugak melariskan jualannye dan terus senyum walaupun berdepan dgn bermcm2 reaksi org..

nape yek komen sy pada dua entry yg lepas2 tertukar2 org...just nak inform...:)

 

Rabu, Julai 23, 2008 7:50:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

Dia memang seorang yg gigi.h.

kau tidak membelinya?sekurang-kurangnya kau bersedekah.

 

Rabu, Julai 23, 2008 8:43:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Demi rezeki yang halal. Mudah-mudahan urusannya dipermudahkan Tuhan.

 

Rabu, Julai 23, 2008 8:45:00 PTG, Blogger Rajuna

untuk sesuap nasi
kita terpaksa menelan keterpaksaan.
ingat, hidup bukan paksaan.
untuk survival, kehidupan mesti diteruskan.

apsal tak ajak dia ngombe dulu?

 

Rabu, Julai 23, 2008 9:34:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Pemuda itu telah memilih cara itu untuk mencari rezekinya. Nampaknya dia dapat melaluinya segala tindak balas yang diberi dengan senyum. Semoga dia bertambah tabah.

 

Rabu, Julai 23, 2008 10:27:00 PTG, Blogger SHIMI

Nasib dan perjalanan kita bebeza-beza di dunia ni. Apa berada di atas kita akan memandang rendah orang yang dibawah begitu juta sebaliknya.

 

Rabu, Julai 23, 2008 10:48:00 PTG, Blogger TokNabe

satu gambaran...susahnya nak cari rezeki. Yang mempunyai kerja dan pendapatan, bersyukurlah.

 

Rabu, Julai 23, 2008 11:22:00 PTG, Blogger Pa'chik

patutnya mamat yang gigih ngan suka senyum ni ganti staf-staf kerajaan yang cengei dan bengkeng tuh.. dan malas juga sesetengahnya tuh...



err... tapi kan dude... tajuk ko.. buat aku ingat pasal dupree yang kantoi dengan molly bini carl dengan stokin di tangan dia... oh... rujuk yu mi en dupri... hehehe....

 

Khamis, Julai 24, 2008 12:26:00 PG, Blogger zino

satu hari nanti pemuda itu akan menjadi usahawan yg berjaya..

telah melalui proses menebalkan muka bertemu stranger masih mampu tersenyum dan tabah bila menerima penolakkan..

 

Khamis, Julai 24, 2008 1:52:00 PG, Blogger AL-BIMA SAKTI

mata memandang hanya terkebil
sedangkan niat di hati tersasar
satu usaha yg kecil
tp tertanam hasrat yg besar

 

Khamis, Julai 24, 2008 1:56:00 PG, Blogger Abang Long

Salam hormat.

Ada urusan penting. Tolong berikan alamat emel, atau hantarkan emel ke alamat - safmi_80@yahoo.com

 

Khamis, Julai 24, 2008 8:29:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

semoga pemuda itu akan berjaya suatu hari nanti...

 

Khamis, Julai 24, 2008 9:03:00 PG, Blogger muor76

bukan semua org leh buat jualan langsung.. kesabaran kene diperingkat tertinggi.. kene senyum banyak.. kalo leh, senyum sampai ke tinger.. heheheh tapi bukan tersengeh..

tapi bukan semua org suke penjual secare langsung.. kaco kate nyer.. brg takde kualiti katenye.. tapi takper.. kite boleh memilih.. kalo nak berkualiti carik yg berkualiti... tapi jgn lak pilih yg kengkonon nye nampak berkualiti.. tp kualiti hampeh.. bile takde kualiti.. mule ler nyakitkan hati.. jadik mungkin yg tak berkualiti tu kite leh buang terus.. atau kite perbaiki supaye berkualiti... kekekekekek.. (ade kene mengena ngan isu semase)


weh pakcik kassim tu name kampung bapak si zali tu.. zali skang dah tuko kete dah.. dah buat umah kat belakang umah bapak dia

 

Khamis, Julai 24, 2008 9:29:00 PG, Blogger Brader Black

Susah bang jd salesman ni. Mental kene kuat, hati kene tabah.
Memang tabik kat salesman yg berbahasa.

haih, jgn la aku jd salesman, mmg x laku la jwbnye.

 

Khamis, Julai 24, 2008 9:48:00 PG, Blogger debikdebuk

Aku takleh.... mudah kesian.....

 

Khamis, Julai 24, 2008 10:47:00 PG, Blogger gayour

apa khabar wahai sobat?
basuh stokin memang leceh!
sampai sekarang gua memang tak rajin nak basuh stokin. kekadang sampai beminggu-minggu gua pakai stokin yang sama. bukan tak ada yang baru, malas nak tukar. pakai yang dah hapak baru ada feel! heh!

 

Khamis, Julai 24, 2008 11:05:00 PG, Blogger Kaktiny

riak mata dan senyuman manusia2..
sgt sukar ditafsir dan dinilai mahupun dibezakan di antara keikhlasan atau kepura-puraannya.. sama seperti kusutnya menilai airmata orang di zaman kini..

kaktiny selalu terkeliru dan masih keliru dan sering tertipu malah masih ditipu.. dengan asli dan palsu.. pada wajah-wajah penghuni kota batu..

 

Khamis, Julai 24, 2008 11:09:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Jarang lihat salesman masih boleh tersenyj dari satu meja ke satu meja. Kedai itu tak berjaya mungkin dikedai lain akan berjaya

Senyum bukan bererti gembira dan menangis bukan bererti sedih

Ps: Am satu minggu baru sekali cuci stokin yg terkumpul hehehe

 

Khamis, Julai 24, 2008 11:34:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Bukan mudah mencari rezeki, lagi-lagi yang halal. :)

Dia boleh berjaya suatu hari nanti, insya-Allah.


Chinta,
Petang itu rezekinya bukan di restoran itu, mungkin di tempat lain barangkali. :)


Si Semut,
Mencari sesuap nasi, apatah lagi di hutan batu, bukan senang.

Aku dah banyak stokin Semut.


Kak WL,
Begitulah.

Sekurang-kurangnya rezekinya jauh lebih bersih dari rezeki pemimpin yang korup.


Rajuna,
God gives every bird its food but doesn't drop it in its nest :)

Diea tengah kerjo, ora apik diajak'e ngombe... :D


Zabs,
Waalaikumusalam.

Tak ramai yang sanggup menebalkan muka berjualan-terus macam itu tuan. Lagi-lagi anak muda bangsa kita. Saya kagum. Saya percaya dia akan berjaya nanti, insya-Allah.


Shimi,
Selalunya persepsi manusia [walaupun bukan semua] begitulah. Manusia di ukur dari segi status, pangkat dan RM.

 

Khamis, Julai 24, 2008 11:34:00 PG, Blogger Unknown

SALESMAN Y TEGAR!! ITU BARU SALESMAN. W/PUN BARANG SE REMEH STOKIN.

 

Khamis, Julai 24, 2008 11:40:00 PG, Blogger Masy

sy takleh tgk org camni, kesian. tp x beli gak huhuuh

 

Khamis, Julai 24, 2008 12:26:00 PTG, Blogger tasekM

moga murah rezekinya... ppsttt... jgn stokin rembat dah la yek...

 

Khamis, Julai 24, 2008 12:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tok Nabe,
Betul Tok.

Mencari rezeki. Bukan samada kita BOLEH melakukannya atau tidak, atau SUKA melakukannya atau tidak, tetapi samada kita MAHU melakukannya atau tidak. Tapi kalau untuk sesuap nasi, mahu tak mahu, kenalah melakukannya juga, kan? :)


Pa'chik,
Tapi Pa'chik, memang ada sesetengah orang yang memang suka buat jualan langsung macam Mamat itu. Lebih lumayan, mula-mula saja rasa malu, bila dah biasa tak ada rasa apa dah, seronok lagi ada, kata diaorang-lah.

Jual stokin itu kira ok-lah. Kalau jual benda-benda mainan yang 'merepek' tu yang leceh sikit. He he he.

Dupree? Molly bini Carl? Errr...


Zino,
Betul tu Zino. Ramai usahawan yang berjaya hari ini - bangsa asing selalunya - bermula seperti mana dia bermula hari ini. Insya-Allah, dia boleh berjaya.


Al-bima,
Bahasa mata penuh makna, bukan mencebil,
Bukan juga memendam prasangka yang tersasar,
Semangatnya menggunung jangan sesekali diperkecil,
Di tangannya bukan stokin, tapi impian yang besar!


Abang Long,
Salam. :)

Nanti saya emelkan. Sesegeranya, insya-Allah.


MR,
Tuhan sayang orang yang tak mudah berputus asa dengan rahmat-Nya. :)


Muor,
Betul Muor. Aku pernah buat direct selling dengan A***y, sambilanlah, semasa masa aku banyak senggang, dulu-dululah. Siap buat demo lagi. Jumpa macam-macam jenis orang, dari Mat-mat Indon kat kongsi, ke makcik-makcik, sampailah ke rumah Tan Sri-Tan Sri &, Datuk-Datuk. Kena tebalkan muka sajalah. Tapi bila dapat close 1 unit air filter atau water treatment system misalnya, seronok bukan main. Seronoknya sama macam bila dapat tender projek sekaranglah. He he he.

Kadang-kadang bukan sebab kualiti sangat Muor. Tapi sebab mentaliti. SESETENGAH orang kita malu nak beli, contohnya macam beli stokin dari Mamat itu. Tapi beli juga stokin di kedai, jenama yang sama tapi dengan harga yang lebih mahal, sanggup pulak beli. Hmmm.....

Owhhhh gitu...

 

Khamis, Julai 24, 2008 1:45:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Si Kachak,
Rezeki masing-masing.

Eh! Kau kan kacak, lagi senang laku. He he he!


Debik,
Aku suka memerhati manusia. :)


Gayour,
Alhamdulillah. Masih dalam kategori sihat bro'.

He he he! Kagum, kagum! Kalau masuk dalam kolam ikan stokin bro' tu, mau mati semua ikan-ikan tu agaknya ek. He he he!


Kak Tiny,
Mungkin cuma tuan empunya mata dan senyuman yang dapat memberi makna bahasa mata dan senyumannya.

:) Kak Tiny faham bahasa senyum saya itu? He he he.

Hidup di kota batu, kadang-kadang hati pun ikut jadi sekeras batu.


Am,
Kalau dengan senyuman itu boleh menggembirakan manusia sekeliling, apa salahnya, biar pun belum tentu si pemberi senyuman itu ikut sama gembira.

PS: 1 minggu ok-lah, jangan 1 bulan. He he he. Saya pernah dengar, ada seorang bekas menteri, dengarnya dia pakai stokin sekali pakai saja, lepas pakai terus buang. Kaya sungguh dia!


Zwit,
Aku tak faham bahasa senyum kamu Zwit. :)


Amora,
Kaki aku rasa 'gatal' semacam kalau pakai sepatu tak pakai stokin. Dan tidur malam pun aku pakai stokin, tak tahan sejuk air cond.. Maknanya, stokin bukanlah sesuatu yang remeh tau!


Masy,
Saya tengok juga barang. Kalau ok, saya beli. :)


Tasik,
Jangan terperanjat kalau suatu hari nanti dia menjadi usahawan stokin yang berjaya. Siap ada kilang dan jenama stokin sendiri!

 

Khamis, Julai 24, 2008 2:30:00 PTG, Blogger DeeN

Ya. Bukan senang nak jadik penjual. Dan paling susah nak jadi penjual yg berdedikasi. Sanggup tebal muka. susah payah. tak putus asa. Jujur dgn pekerjaannya. Pendek kata, memang ambil masa yg agak panjang. Tp sesiapa yg berjaya harungi semua itu dgn tabah, PERGH!!!! Aku memang tabik springggg dgn orang tuh. Dgn org itu memang patut dikagumi.

Hmm... Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary umpamanya!

Hmm...Dan sebenarnya aku masih mencari2 formula itu dalam diri aku!

 

Khamis, Julai 24, 2008 3:03:00 PTG, Blogger e.i.s.r.a.a

salam singgah.
saya sangat suka dengan stoken yang berwarna dan bercorak.

penyabar sungguh si penjual tu eh. =)

 

Khamis, Julai 24, 2008 4:18:00 PTG, Blogger Pa'chik

suh budak tu gi jumpa budak mesir tuh... dia suka sangat stokin nih.. hahah... kan eis... hahah...

tapi dude.. memang ada la.. sorang kawan aku ni... memang minat sungguh.. dia gi kusus segala... cari keja pun, yang kait ngan jual-jual langsung ni la... kesian kalau yang jual benda mengarut lagi tak berpaedah la... sapa nak beli...

ada sekali dulu, sekolah pondok mana je.. [memang tak suka la benda ni...] suh budak dia jual-jual cd tulis-tulis ayat.. satu seploh inggit... aku panggey budak tu.. saun dia.. cakap ngan che'gu ko... renti kan lah duk jual cd nih.. jual kopi ke, kuih ke.. lagi bagus... tengok minggu depan tu, dia dah jual kopi cengkudu.. hohoho...

 

Khamis, Julai 24, 2008 5:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mummy Rizq,
Itu jer-lah. Tak kan saya nak ikut belakang dia... :D


Deen,
Itulah dia. Kena selalu bersikap positif dan yakin pada diri sendirilah. Tak boleh cepat mengalah juga.

Tak perlu tercari-cari 'formula' itu. Memang dah sedia ada di dalam diri kita, cuma kena keluarkanlah. Kita boleh, kalau kita fikirkan boleh, kan?

:)


eisraa,
Salam.

Stokin yang macam badut selalu pakai itu ya? He he he.

Setiap pekerjaan, apa saja, merompak atau makan rasuah sekali pun, harus ada kesabaran, baru berhasil. :)


Pa'chik,
He he he. Kos tinggi tu nak pos ke Mesir.

Itulah pasal. Memang 'lebat' masuk kalau rajin Pa'chik. Ada yang boleh sampai 3-4K sebulan. Tapi betullah, selain rajin, produk kena munasabah juga. Kalau benda-benda yang entah apa-apa, susah sikitlah nak jual. Kita nak beli pun tak 'sampai hati'. He he he!

Tengok juga CD apa Pa'chik. Ha ha ha! Aku tengok ada Mamat India kat tempat aku jual CD pakai jualan terus pun pakai kereta sukan tu!

Jual-jual kuih atau kek, kalau lapar-lapar boleh makan terus. He he he.

 

Khamis, Julai 24, 2008 6:39:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Setiap kali makan kat RnR Awan Besar, mesti ada budak sekolah jual balm, poster doa dan macam² yang datang ke meja makan. Kesian sungguh tengok diorang. Diorang datang nun dari Kedah.

 

Khamis, Julai 24, 2008 7:42:00 PTG, Blogger PINATBATE

sejujurnya saya rasa terganggu sungguh kalau tengah syok makan tetiba ada jurujual datang tunjuk jualan...selalunya saya beli kerana nak suruh dia cepat-cepat beredar...bukan kerana 'keperluan' membeli jualannya itu...kalau geleng kepala sambil buat isyarat tak nak beli tu rasa macam kejam sangat pulak ...err...senang cerita 'terpaksa' beli la...

 

Khamis, Julai 24, 2008 9:01:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, budak tu jual cd yang tulis-tulis ayat tu lah... kalau jual sidi yang orang tengok tu.. lain lah... budak yang duk jual cd kat wakaf che yeh tu penah tunjuk buku-buku akaun bank dia... ada dalam lapan ratus ribu tuh.. hahahah....

 

Jumaat, Julai 25, 2008 1:32:00 PG, Blogger adie

jangan tak tau, dlm the star recruitment, keje tu namanya "Sales Engineer". gempak tu beb.

 

Jumaat, Julai 25, 2008 10:31:00 PG, Blogger OP Zaharin

macam tu lah orang carik makan sekarang. tak apa janji dia usaha.

 

Jumaat, Julai 25, 2008 2:01:00 PTG, Blogger Marjerin

itulah kehidupan. ada saja mata yang memerhatikan kita. mengeji kita walau apayang kita lakukan itu halal. disebabkan kerja yang tak glamer itu. mata menadang sinis.

manusia.

salam ziarah..:)

 

Jumaat, Julai 25, 2008 6:07:00 PTG, Blogger silversarina

salam,

itulah kegigihan seorang manusia yang tidak kenal erti malu dan putus asa yang amat sukar ditemui masakini.

 

Jumaat, Julai 25, 2008 7:40:00 PTG, Blogger TedungS

Kekadang aku rasa agak bersalah apabila terpaksa menolak 'pelawaan' diorang tu Wak..

 

Jumaat, Julai 25, 2008 9:29:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Hari ini aku pun makan di restoren mamak..dan ketika enak makan di kedai mamak itu, aku rasa ingin mencekik seseorang. Bukan sales man (sorry cerita lari sket)..bukan sales man,tapi pekerja bangla restoren tu...asyiiiiiklah menyapu bawah meja dan kerusi tempat aku makan. Meja lain tak berorang tak diusiknya. Aku tegur jangan sapu masa orang makan. Dia belah kejap,pas tu datang balik bawak mop. Dah mengemop pulllak! Orak kolu arek mangan meneh..

 

Sabtu, Julai 26, 2008 4:38:00 PG, Blogger Abang Long

SEKARANG. Abang long juga buat perkara yang sama.

 

Sabtu, Julai 26, 2008 1:15:00 PTG, Blogger PINATBATE

TAHNIAH BP!
ENTRY STOKIN NI MASUK DALAM SINAR HARI NI LA...Makin glamour lah nampaknya blog ni..

 

Ahad, Julai 27, 2008 7:27:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Saya akan membeli sepasang stokin andai dia ke meja saya. Kalau saya ada disana ketika itu.

 

Ahad, Julai 27, 2008 6:45:00 PTG, Blogger aNIe

Kadang2 kak lady kesian melihat mereka2 yang sungguh2 mencari rezeki...tapi ade juga manusia yg kurang rasa prihatinnya...

 

Ahad, Julai 27, 2008 8:47:00 PTG, Blogger kad0k.

kadang2..kalau barang2 itu tidak berapa kita perlukan..berniat sedekah aje lah..alahaii

 

Ahad, Julai 27, 2008 10:56:00 PTG, Blogger kawaii_desu

kesian jugak...
saya pun selalu rimas kalau ada salesman datang dekat...

tapi kita jgn bazir masa org dan cakap lebih kurang... org cari rezeki caara halal tu

 

Isnin, Julai 28, 2008 12:29:00 PTG, Blogger Sya

Cabaran mencari rezeki yang halal.. begitulah

 

Isnin, Julai 28, 2008 1:25:00 PTG, Blogger achik

baik jual stokin camtu dari buat keje cara tak halal.. huhu..

 

Selasa, Julai 29, 2008 9:18:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

aduh,kerja nilah yang tak sanggup aku nak buat.sapa sapa yg buat,aku respek gila.bukan sebab aku memilih,sebab kerja ni perlu kesabaran 120%,upah tak tera mana.tu yg tak tahan tu.

 

Selasa, Julai 29, 2008 11:45:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikin,
Ha’ah. Selalu juga nampak setiap kali ke situ. Tengok muka budak-budak itu pun kita terus jadi kasihan. Tak beli macam tak sampai hati pulak.


Pinatbate,
Betul. Dari satu segi memang kadang-kadang menganggu. Tapi dari satu segi, susah juga nak kata, dah dia cari makan dengan cara itu.

Tak adalah ’kejam’ kot. Mereka bukan mengemis, mereka berniaga. Rejection , orang tak mahu membeli atau mencemuh misalnya, biasalah bagi dalam perniagaan. Kan?


Pa’chik,
Owh….. Di depan bank dekat dengan ofis aku, ada budak-budak jual kitab dan poster. Pandai pulak dorang pilih lokasi ek.

RM800K? Fuyoooo! Boleh beli Skyline GTR-35 tunai tu.


En Penyu,
Kalau letak nama jawatan ’jurujual’, nanti takut tak ada orang yang mohon pulak bro’.


Op,
Betul. Janji halal.


Marjerin,
Persepsi manusia. Begitulah.

Salam kembali. Terima kasih singgah menziarah. :)


Kak Sarina,
Waalaikumusalam kak.

Kalau malu dan berputus asa, tak berisilah perut nanti. :)

 

Selasa, Julai 29, 2008 12:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

TedungS,
Malam tadi, di restoran Bravo's Puchong Utama, aku jumpa situasi yang sama. Makcik menjinjing 2 beg plastik besar berisi kerepek.


xiiinam751,
Ora paham boso agak'e bocah kuwi....

p/s mambu badek opo rak awak'e Bangla kuwi?



Abg Long,
Zaman gawat dan 'sakit' seperti sekarang, buatlah apa sahaja abg Long, asalkan tidak mencuri, asalkan tidak korup, asalkan halal.


Pinatbate,
Trimas. Macamanalah entri yang entah apa-apa boleh masuk suratkhabar. Kak Sri Diah punya kerjalah agaknya kot...


Pegawai,
Sama-sama. Aku terharu. :)


B Rampai,
Waalaikumusalam BR.

BR memang berhati mulia. :)


Kak Lady,
Susahnya mencari sesuap nasi di hutan kota batu ini kak Lady....


KadOk,
Terpulang kepada niat masing-masing. :)


Kawaii,
Rezeki masing-masing. Bersyukur sajalah dengan rezeki yang kita ada...


Sya,
Asalkan halal, insya-Allah...


achik,
Ya, jauh lebih mulia dari korup dan 'mencuri' wang rakyat....


Butaseni,
Kalau dia terus kuat semangat, tabah, insya-Allah dia boleh berjaya suatu hari nanti. Insya-Allah.

 

Sabtu, Ogos 09, 2008 9:20:00 PG, Blogger artisticklytouch

been there, done that. Perit dan perih kerja itu, hanya senyuman pengubat hati