Jumaat, Julai 18, 2008
Kami berempat. Hj J, Jam, Kak Besah dan saya. Sesudah makan tengahari, kami singgah di sebuah kedai elektrik berdekatan. Tauke kedai elektrik itu beria-ia menyambut kami. Mungkin sebab dia nampak gaya kami macam orang kaya-kaya agaknya. Mereka bertigalah, bukan saya. Yelah, Hj J dan Jam memandu Mercedes. Saya ini apalah sangat, memandu kereta sukan buruk saja. Ha ha ha!

Kami masuk. Kami menengok-nengok.

“Wah! Dapat payment nanti boleh beli yang ini!” Haji J. Dia kagum dengan tivi plasma model terbaru jenama Sony itu.

Di satu pojok lain, pembantu kedai beria-ia melayan Jam yang sedang takjub dengan pemain mp3 yang boleh dicucuk ke tempat pencucuh api kereta itu. Kak Besah pula asyik membelek-belek barangan elektrik di pojok belakang.

Sesudah agak lama mengitari ruang pameran kedai itu, kami kemudian ke satu rak. Model-model di atas rak itu Jam dan Kak Besah tanyakan spesifikasinya dari pembantu kedai itu. Kebanyakannya yang berjenamalah. Sesekali Haji J menyampuk. Saya malas mahu masuk campur, jadi saya diam-diam sajalah.

“Beli yang ini ok kot.... bla bla bla...” Kata Kak Besah sambil membelek-belek model yang satu itu. Cadangannya dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli lembaga pengarah KSB. Ha ha ha!

Kami keluar dari kedai elektrik itu dengan sebuah cerek elektrik. Yang paling murah. Jenama Butterfly [ingatkan mentol lampu gas saja ada jenama Butterfly]. RM37.00. Itupun siap minta diskaun lagi! Cerek itu untuk pantri pejabat tingkat bawah sebenarnya. Butterfly pun Butterflylah. Oklah, dari 'cap ayam'.......

Waktu kadar inflasi sedang melompat tinggi, waktu harga minyak dan barang mencanak-canak naik, kami kena dengar cakap pemimpin, ubah gaya hidup, belanja berhemah, berjimat cermat. Ha ha ha! Jadi beli sajalah yang murah-murah. Asal boleh pakai sudahlah. Kami sedar, kami cuma rakyat biasa, bukan menteri, bukan kroni. Ha ha ha!

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/18/2008 03:27:00 PTG. |


48 Ulasan


Jumaat, Julai 18, 2008 4:01:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

dari skrg kite kena nyah kan mana2 yg rasa x perlu tu..kena jimat cermat..mereka2 itu x per,sbb gaji riban2..hehehe...

 

Jumaat, Julai 18, 2008 4:20:00 PTG, Blogger muor76

black... ape kate ko ikut care penyokong umno dlm blog aku... kekekekek mesti best nyer...

berkorban utk pemimpim yg pengor dan kenyor... wak lu lengkong ler.. subal betul dorang.. memang nak kene lipat sesekor... ni aku dengor makin ramai tak puas ati kat muor.. heheheh harap akan dtg mereka merka yg menjadik pengampu akan dilipat seperti kain pelikat biru yg ade tandatangan pak lah..

tapi aku respek sebahagian org muor.. tak kire parti leh bekerje same.. cume pak cik kassim jerk aku tak respek... siap ugut penyokong pas tu... cam celake jerk..

 

Jumaat, Julai 18, 2008 5:23:00 PTG, Blogger Pa'chik

aven rama-rama dulu.. mak aku guna wat biskut raya... bukan pakai karan.. yang pakai api tuh...

 

Jumaat, Julai 18, 2008 6:10:00 PTG, Blogger Kemat

Penat tokey cina tu layan...alih2 beli cerek jer....berubah beb..jgn tak ubah

 

Jumaat, Julai 18, 2008 7:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Kita yang berpendapatan sederhana ni bolehlah juga nak ubah gaya hidup.
Yang ramainya golongan berpendapatan rendah, tak boleh nak ubah dah.
Nak makan sekali sehari ke? atau dua kali sehari...( beras dah maahal!)

 

Jumaat, Julai 18, 2008 7:48:00 PTG, Blogger SHIMI

Yang maahal tak semestinya baik, yang murah tak semestinya tak berkualiti

 

Jumaat, Julai 18, 2008 9:40:00 PTG, Blogger zino

murah satu hal.. tahan lama satu hal..

 

Jumaat, Julai 18, 2008 10:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ehh..yg cap rama2 tu bukan dapur gas ke?...hehehe..tu pun murah jugak tu...

 

Jumaat, Julai 18, 2008 10:56:00 PTG, Blogger Unknown

aku pun hp chaina saja.. hahaha!

 

Sabtu, Julai 19, 2008 9:05:00 PG, Blogger Lily Abdullah

Salam,

Kena ubah juga kita ni Purp. Mau dalam terpaksa.

Eh Kadok yang cap rama-rama tu bukan dapor minyak tanah ke?

Advance sikit dari dapur kayu. Musim hujan alahai!

 

Sabtu, Julai 19, 2008 12:17:00 PTG, Blogger Amiene Rev

Kalau kita jemur aje air tu dekat tengah panas?

 

Sabtu, Julai 19, 2008 12:45:00 PTG, Blogger tasekM

oven pun ada cap rama-rama kan? ha ha...

rakyat kena nampak cikai supaya pemimpin nampak hebat...

aku syak depa nak suruh kita pakai dapur kayu balik la kot...

 

Sabtu, Julai 19, 2008 1:49:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Salam JP..
patutnya panggil repoter,ambik gambar dengan cerek cap 'butterfly'tu. Tajuk berita "JP menyahut seruan jimat cermat".Eh, ari tu kan semua newspper tunjuk gambar 'Jeanne' tunjuk buah honey dew yang 'ditanamnya sendiri' di 'halaman rumahnya'...contoh tuuu!He..he..koyo tenanan wae!

 

Sabtu, Julai 19, 2008 4:00:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

aku baru bercadang2 nak beli kerusi pengurut.inflasi juga kah?

 

Sabtu, Julai 19, 2008 11:17:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Kat Pondok Selatan ni pun mereka dah ubah gaya hidup. Daftar barang elektrik yang dulu cuma 5 ringgit untuk kettle, di ubah kepada 20 ringgit! Belilah kettle cap ayam pun. Tetap kena bayar 20 ringgit. Arrghh!!

 

Sabtu, Julai 19, 2008 11:34:00 PTG, Blogger TedungS

Wak, kereta sukan buruk kau kata dulu Skyline GTR. Ganteng tu wei.

Heheh.. cerek cap rama2. Aku igt aku sorang je pakai....

 

Ahad, Julai 20, 2008 12:30:00 PTG, Blogger adie

cube ikut cth exco tganu, tukar perdana v6 pakai mercedes.baru ubah gaya hidup namanya.grrr..

 

Ahad, Julai 20, 2008 4:46:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Murah tak apa, asal kita menghargainya.

Butterfly,indahnya jenama. Sebab tu kekal sampai sekarang :)

 

Ahad, Julai 20, 2008 6:46:00 PTG, Blogger Rajuna

nak ubah apa lagi?
ubi kat kampung dah habis aku buat getok?!
beras pun mahal nak buat macam mana?

 

Ahad, Julai 20, 2008 9:26:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Bro,Salam mesra.Cuci mata tak apa jgn gelap mata.Mcm tu baru belanja berhemah. Rio

 

Isnin, Julai 21, 2008 3:35:00 PG, Blogger Abang Long

Ubah gaya hidup untuk rakyat sahaja kah ?

 

Isnin, Julai 21, 2008 10:34:00 PG, Blogger zwitterion

bukan rakyat saja yg kena ubah cara hidup.pemimpin, raja , sultan pun ken a jugak..
kalau yang miskin tu, apalagi yg boleh ubah sememangnya sudah ikat perut..

patut beli periuk besaq ja, buat jerang ayaq..:)

 

Isnin, Julai 21, 2008 10:47:00 PG, Blogger achik

sampai berempat tu pegi nak beli cerek.. hahaha.. :D

 

Isnin, Julai 21, 2008 11:36:00 PG, Blogger Brader Black

Makan dalam cite ko ni bang.

err, KSB tu ape ek?

Kami Suka Bershopping?

 

Isnin, Julai 21, 2008 3:00:00 PTG, Blogger Titicaca

ingatkan oven butterfly warna itam tu...masa kecik2 mak aku pakai,..banyak berjasa tu...

 

Isnin, Julai 21, 2008 4:10:00 PTG, Blogger Kaktiny

oklah.. ubah gaya hidup.. dari naik kete tukar naik moto..
tapi ada plak yang dari perdana v6 - ubah gaya hidup kepada mercedes.. hmmm... ubah jgn tak ubah... (pilihanraya nanti takut ada yang berubah hati plak lah...)

 

Isnin, Julai 21, 2008 4:43:00 PTG, Blogger Unknown

apa kata hadiahkan cerek yg sama pada pak lah masa b'day dia nnt. dgn message...selamat mengubah gaya hidup!

 

Isnin, Julai 21, 2008 7:35:00 PTG, Blogger arsaili

salam..kereta sukan buruk?

 

Isnin, Julai 21, 2008 11:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

haha.. ada lagi eek cerek berjenama 'butterfly' ni.

Waa.. lepas ni boleh masak air sendiri la kat pantri, tak payah nak keluar keluar minum lagi.

Jimat lagi.

 

Selasa, Julai 22, 2008 1:48:00 PG, Blogger DeeN

Huh! Nak kena ubah jugak ker? Mana aci. Huh! Malas dok kl. Baik aku masuk hutan. pastu pasang streamyx. Beshhhh!! Hahaha!!

 

Selasa, Julai 22, 2008 8:17:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Ha ha ha.... cap ayam kalu, cuma sardin saja yang mahal.

 

Selasa, Julai 22, 2008 12:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

nasib baik beli, kalau tidak panas sahaja tokey tu

Salah satu nak berjimat ialah kita tukar kereta guna kereta mercedes hehehe

 

Selasa, Julai 22, 2008 2:41:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

aku rasa jenama butterfly ni antara jenama termos yg terkenal woooo....

 

Selasa, Julai 22, 2008 2:51:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

ya bro,mungkin kita ni tak dibenarkan untuk hidup senang kot,kena susah.mungkin itu kot yang kita disuruh :D.sebab tu aku sokong barangan tiruan hahahaha

 

Selasa, Julai 22, 2008 7:33:00 PTG, Blogger aNIe

BP...tertelah air liur tokeh kedai yang dari awal dah target mesti belian ribu riban tu...hahahah...sekali beli cerek tu aje...tak aci betol tau...

 

Selasa, Julai 22, 2008 11:20:00 PTG, Blogger me3n

care lain nak ubah gaya hidup ialah beli kereta eletrik yang hanye beberape otang kat Malaysia mampu. huhuhu.

 

Rabu, Julai 23, 2008 2:12:00 PG, Blogger JBM8141

ish nasib baik la 4 orang tu beli cerek. kalau pusing cam nak rak tapi beli fius je...

 

Rabu, Julai 23, 2008 4:27:00 PG, Blogger e.i.s.r.a.a

salam singgah.
saya rasa PM wak tu terlupa promot 1 perkara. 'hidup zuhud seperti imam al ghazali'. barangkali.
bonda saya ada dapur cap rama2. dapur tu keluar setahun 2 kali saja sebab nak buat biskut raya.
=)

 

Rabu, Julai 23, 2008 1:42:00 PTG, Blogger NBK466

Bukan itew sebenar masuk ayatnya pasal ubah gaya hidup tuh...maksud kalau dulu BUJANG...kena lah KAHWIN copek..ha..ha.ha..

p/s : Bagus rakyat dengar cakap pemimpin... Pemimpin dengar tak luahan rakyat agaknyer???

 

Rabu, Julai 23, 2008 4:08:00 PTG, Blogger Masy

siap mintak diskaun lg. klu sy, sy tanya - "ada free gift tak?".

kompem bengang lite2 dorang hehe

 

Rabu, Julai 23, 2008 5:26:00 PTG, Blogger Mak Su

rama-rama pun bagus gaks

 

Rabu, Julai 23, 2008 6:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

MR,
‘Mereka’ itu lainlah MR. Beli stokin pun boleh claim. :D

Muor,
Ha ha ha!

Berkorban ape saje untuk pemimpin le bagus Muor. Ha ha ha! Contohnya, member aku ni. Dia kontraktor besor, kelas A. Orang Muor gak. Dengor-dengornya dia baik dengan kawan engko, si Razali tu, dah kaye raye sekarang dia Muor. Pakai Bimmer 5 series, baru-baru ni adik aku cakap dia dah beli Alphard pulak. Memang betul-betul berubah gaye hidup dia sejak berkawan dengan geng-geng amnu tuh. Ha ha ha!

Pak cik Kassim mane pulak engko cerite ni Muor?


Pa’chik,
Aku tau, aku tau. Oven jenis yang pakai minyak tanah [ada orang panggil minyak gas] itu kan?


Kemat,
Itu 'situasi menang-menang' namanya. He he he!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan,

Kalau beras pun cuma mampu beli beras jenis hancur, kalau diminta ubah gaya hidup, golongan tak mampu kena makan ubi kayu pulaklah agaknya tuan.


Shimi,
Kadang-kadang jenama yang buat barang jadi gah. Dari segi kualiti, kadang-kadang lebih kurang serupa saja.


Zino,
Barang murah, kalau nak tahan lama, jangan selalu guna, atau pakai sekali-sekali sajalah. He he he.


kadok,
Bukan dapur gaslah Kadok. Dapur minyak tanah. :D


kel@mbu,
Nokia pun dah made in China sekarang. He he he!


Kak WL,
Waalaikumusalam.

Tiba masanya ubah pemimpin. 

Tapi ada benda yang susah untuk diubah, tabiat suka tidur misalnya. He he he.

En Kadok itu mengigau agaknya!

 

Rabu, Julai 23, 2008 6:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amiene,
Kalau tahap kepanasan jemuran itu mencapai 100 darjah celcius, apa salahnya. :D


tasik,
Ha’ah. Oven klasik tu.

Kasihan rakyat......... Tak sudah-sudah dipergula-gulakan.


xiiinam751,
Waalaikumusalam.

He he he. ‘Ditanamnya sendiri?’ Yelah tu!. Kui ngapusi wong urip-urip jenenge. He he he.


Si Semut,
Buat apa susah-susah beli kerusi pengurut Semut. Pergilah rumah urut. He he he!


Atiqah,
Daftar pun RM20? Isk! Kejamnya. Kalau seludup senyap-senyap tak boleh...?


TedungS,
Skyline kan dah keluar model GTR-35. Jadi, GTR-34 kira dah buruklah. Ha ha ha!

Tahniah! Kita sejiwa rupanya.


En Penyu,
Ya. Apa barang pakai Perdana V6! Sepatutnya bukan tukar ke E200 Kompressor, tukar ke CLS terus, baru betul-betul ubah gaya hidup. Ha ha ha!


Bunga Rampai,
Waalaikumusalam BR.

Ya. Asal boleh berfungsi. 

Butterfly, salah satu haiwan kesukaan saya selain anak harimau dan kunang-kunang :)


xrajunax,
Ubah kerajaan-Lah kot!

Lama betul aku tak makan getok ubi. Kau buat aku kemecer.
Aku teringat lagi, tak lama dulu, ada menteri buat kempen tanam padi atas bumbung. Ha ha ha!


Rio,
Salam. Nasib baiklah cuci mata itu percuma. :D

 

Rabu, Julai 23, 2008 6:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Abang Long,
Dalam konteks negara Bolehland, begitulah agaknya.


Zwit,
Itulah dia. Hu hu hu.

Nak jerang pakai apa Zwit? Pakai kayu api? :D


achik,
Ahli lembaga pengarah KSB sentiasa bersatu-padu dan mengamalkan budaya bermusyawarah. Ha ha ha!


Si Kachak,
'Makan dalam' bagi yang makan cili-lah. Ha ha ha!

KSB = KXXXXXXX Sdn. Bhd. Alah..yang dalam kad nama aku bagi kau itulah. He he he!


Titicaca,
Ada jual lagi tak ek oven macam itu?


Kaktiny,
Pakai Mercedes lebih jimat banding pakai Perdana V6 dari jangka masa panjang Kak Tiny. Apa barang pakai Perdana V6. Ha ha ha!

Nak dekat-dekat pilihanraya, yang berubah partai pun ramai... :D


Amora,
Bagus cadangan kau itu. Nanti aku cuba jumpa dia-Lah. Itupun kalau dia senang dan tak tidur-Lah....


arsaili,
Waalaikumusalam. Berjimat cermat. Pakai kereta sukan buruk sajalah. He he he!


Mazudi,
Jenama tak penting. Asalkan air boleh capai tahap didih, kemudian boleh bancuh air kopi merah Tongkat Ali hangat, sambil-sambil blogging, kira OK-lah. Memang menjimatkan! He he he!


nur@,
Ubah KERAjaan!

Pasang streamyx pun mahal. Nak percuma pergi surfing di Starbuck-lah. He he he!

 

Rabu, Julai 23, 2008 6:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pegawai,
Lama dah tak makan Nasi Goreng Sardin Nailis. He he he!


Am,
He he he!

Ya, ya, ya, tukar ke Mercedes E200 kompressor misalnya. He he he.


Bluehikari
Ha’ah. Kalau tak silap, emak aku di kampung pakai termos Butterfly. Yang besi itu kan... ?


Butaseni,
Kita kan rakyat. Rakyat yang bertanggungjawap kena berkorban. Rakyat susah tak apa, jangan ‘mereka’ susah. Ha ha ha!

Barangan tiruan apa bro'? Kasilah contoh. He he he.


Kak Lady,
Ok-lah tu Kak Lady. Dari tak beli langsung. He he he!


ad3ck,
Naik LRT la, elektrik juga namanya... :D


Bad,
Zaman gawat Bad. He he he!


eisraa,
Salam,

Isk! Malulah nak mengaku PM saya.

Owh! Ada jual lagi rupanya dapur Rama2 itu ya. :)


nbk,
Ha ha ha!

p/s. 'Mereka' dengar luahan rakyat. Tapi masa kempen PRU sajalah. :)


Masy,
Bertambah bengkeklah tauke itu nanti. He he he!


mak su,
Saya suka rama-rama. Kupu-kupu pun saya suka juga. :D

 

Rabu, Julai 23, 2008 9:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

wah..sahut seruan KERAjaan..

syabas..syabaaaasss...hihi

 

Rabu, Disember 03, 2008 3:36:00 PTG, Blogger Ms. SS

haha.. kelakar citer ni.. orang kedai tu sure ingat dia leh buat sale besar since 2 orang datang dgn kete merc.. i wonder what their comments were after you guys left! :-)