Khamis, Ogos 14, 2008
Little Penang. Mid Valley. Hujung minggu.

Ruang itu dijejali tubuh-tubuh manusia. Beratus, atau mungkin beribu pasang kaki manusia mundar-mandir melewati ruang siar kaki bersebelahan, di dekat jejantas menuju ke The Gardens itu.

Rongga masa menunggu nasi lemak dan kuew tiew kami sampai tidak saya biarkan melopong begitu sahaja. Mulut saya mengunyah-ngunyah rojak buah, sambil bebola mata pula merayap-rayap ke sana ke mari. Saat itulah mata saya tertangkap sesuatu.

Meja itu di penjuru kiri, betul-betul di hadapan meja kami. Ada sepasang perempuan Melayu di bangkunya. Seorang gadis remaja, seorang lagi sudah berusia. Mata saya tertancap pada satu permukaan yang tidak rata, berbintik-bintik, berbintat-bintat. Bekas gigitan spesis serangga jahat, parut jerawat atau kudis agaknya. Milik gadis remaja itu.

Saya selalu jadi musykil. Kalau kulit di kawasan persekitaran punggung tidak cemerlang, berparut atau berkarat misalnya, kenapa masih mahu berbangga dan mahu ditayang-tayang. Kalau putih melepak dan halus mulus lainlah, mungkin saya tidak musykil sangat.

Ah! Saya ini macamlah bagus-bagus sangat. Maafkan saya, saya cuma bercerita apa yang saya ternampak, itu sahaja. Saya belum layak berbicara tentang itu apatah lagi tentang moral atau ranah masyarakat yang rapuh, resah dan celaru. Mata saya yang sebenarnya nakal dan berdosa.

Petang itu, di saat-saat syaitan terus terkinja-kinja sambil bertepuk-tepuk tangan kerana berjaya menggoda mata saya, senyap-senyap saya merogoh kocek seluar jean saya, saya capai telefon bimbit saya, saya pilih menu catatan, kemudian saya karang draf cerita ini.......

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/14/2008 12:27:00 PTG. |


62 Ulasan


Khamis, Ogos 14, 2008 12:45:00 PTG, Blogger Sastri

eyyy... nakal betul mata tu... hmppfff.... keskeskes...

bukan u je, i pun sama tertanya-tanya soalan yang sama... kalau i, malu rasanya... dan i pun bukannya baik ngat... huhuhu...

 

Khamis, Ogos 14, 2008 12:53:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude... lu amek telipon tu... tulis draf ke... amek gambar??? ekekekek....

 

Khamis, Ogos 14, 2008 12:59:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

ala aku ingat ko amik gambar....ekekeke kempunan dah ekekekeekeke

 

Khamis, Ogos 14, 2008 1:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bila rasa malu sudah tiada...begitu la jadinya.

 

Khamis, Ogos 14, 2008 3:00:00 PTG, Blogger zabs

Salam BP,
Menjelang bulan Ramadhan ini, perlu dilatih mata itu berpuasa, juga panca indera yang lain juga.

 

Khamis, Ogos 14, 2008 3:14:00 PTG, Blogger dugongsenyum

Betul tu. Kok ye pun nak tayang biarlah strap atau thong yang cantik berjenama.

Ni dah lah getah sepender berserabai, lurah pulak itam. Tak sesyuuwaiii...

Haha

 

Khamis, Ogos 14, 2008 3:32:00 PTG, Blogger Masy

patutnye tak payah tayanglah.. tak selera nak tgk, walau dalam apa jua warna sekalipun...

weeekkkk!!~

 

Khamis, Ogos 14, 2008 3:52:00 PTG, Blogger pB

sudah menjadi lumrah benda itu ditayang tayang ....

 

Khamis, Ogos 14, 2008 4:14:00 PTG, Blogger el-Maaniq

tak semua makanan yang orang belanja kita itu sedap.

tak semua XXXXXX yang orang tayang itu memberahikan.

 

Khamis, Ogos 14, 2008 4:21:00 PTG, Blogger DeeN

Hmm.. selalu juga di tempat2 publik ternampak yg tak patut ditengok. Tak tengok, dah nampak pun. Kalo dah nampak tuh mesti tengok jugak. Dan bila dah tengok tuh memang suka sgt nak mengutuk. Dah memang betul apa yg dikutuk tuh. Aku sependapatlah dgn kamu, PuRP - part kutuk2 tuh! ;)

 

Khamis, Ogos 14, 2008 4:28:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kadang2x terpikir gak,x malu ke dorang ni tunjuk suar dlm tu...?pelik kan..?kalo kite,selagi boleh tutup,nak tutup habis...mcm2 ragam kan!?

 

Khamis, Ogos 14, 2008 4:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aganyer dia fikir camni.."kalau sexy camni mesti orang tengok aku banyak kali".. wlpn sbnrnyer orang tgk banyak kali sebab 'ketidaksempurnaan' itu. huhuh

 

Khamis, Ogos 14, 2008 4:45:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Orang tua-tua kata, nakal tak apa, jangan jahat. He he he!

Bukan apa, kasihan pada mata-mata yang tertengok. Takut terus tak lalu nak makan nanti... He he he!


Pa'chik,
Isk! Kau nih! Lain kali kalau aku terjumpa permukaan macam itu lagi aku ambil gambar, aku MMS kat kau ek... He he he!


rudy,
Tak sampai hati aku nak ambil gambarnya. Ndelok pun terus ilang selero arek mangan. He he he!


tanpa nama,
Ha'ah.

Ah! Tak malu sungguh saya. Tapi dah tertengok, nak buat macamana....


atiqah,
Isk! Buat apa nak tutup muka. Tutup punggunglah.


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.

Betul tuan. Dan elok juga kalau dapat dielakkan dari merayau-rayau ke tempat-tempat mencabar seperti itu. Memang sangat menduga keimanan lelaki-lelaki normal.


Basri,
Ha ha ha!

Itulah dia. Ada seorang kawan aku, tapi lelakilah, spender dah macam roti jala pun masih nak dipakai lagi. Klasik, katanya. Awek dia belikan kot. Ha ha ha!

Bab mengutuk kau memang pandai!

 

Khamis, Ogos 14, 2008 4:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

masy,
Fesyen, kata anak-anak dara urban sekarang. He he he!


pb,
Mula-mula tak biasa, lepas itu dibiasa-biasakan, kemudian jadi lumrah. Takut nanti lama-lama jadi budaya... :)


el-maaniq,
Dua kemungkinan. Kalau tak memberahikan, menjijikkan!


Deen,
Kalau bukan kita yang nak mengutuk, siapa lagi. He he he!

Errr... Aku kutuk kenakalan mata aku juga sebenarnya.


MR,
Tunjuk seluar dalam kira ok lagi MR. Ini tunjuk alur yang berkarat. Isk!


Cikin,
Seksi bagi dia. Tapi seksa bagi yang 'tertengok'. Nak-nak lagi kalau tengah makan. Langsung boleh mengakibatkan putus selera tau.

 

Khamis, Ogos 14, 2008 5:06:00 PTG, Blogger muor76

kawan aku pernah pesan kat aku...
bior rupe buruk jgn perangai burok cam berok bongkok bongok isap rokok atas pokok..

lagi satu pesan dia..
kalo tak malu dengan tuhan malu ler ngan manusia

 

Khamis, Ogos 14, 2008 5:44:00 PTG, Blogger gayour

dari kerana mata yang mempunyai kuasa
oh! aku tergoda
aku tergoda terkechewa
dari kerana mata yang mempunyai kuasa...

evil eyes

 

Khamis, Ogos 14, 2008 6:02:00 PTG, Blogger TedungS

Aku igt kau keluarkan hp tu pasal nak tkp gamber awek sireh tu kehkeh...
Thx 4 d wish bro, bila lagi?

 

Khamis, Ogos 14, 2008 7:11:00 PTG, Blogger SHIMI

eee nakalnya mata itu.

 

Khamis, Ogos 14, 2008 7:13:00 PTG, Blogger AL-BIMA SAKTI

ada yg tak perasan yg 'kawasan' dia tu berkarat... hehehe..

 

Khamis, Ogos 14, 2008 7:40:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

kehkehkeh.....
aku dapat bayangkan.....
kehkehkeh.....

wakakakaakakakakaka...
tak tahan aku dengan bayangan aku nih.
wakakakaakakakakaka...

Ampeh lu jowo...
telah tercetus imaginasiku yang hampir berkarat nih.

 

Khamis, Ogos 14, 2008 10:41:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Tak apa mata itu sesekali nakal, asalkan nakal bertempat dan membawa musykil. Musykil itu pencetus fikir :)

 

Khamis, Ogos 14, 2008 11:40:00 PTG, Blogger shahliza94

hahahaha...biasalah mata....
yang terlarang itu godaan...
lagi dilarang, lagi tergoda...

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 7:55:00 PG, Blogger zwitterion

dah dia tunjuk, mau orang tak tengok, termasuk la penulis blog ni..:)

Budak tu dah tak segan silu lagi..

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 10:02:00 PG, Blogger tasekM

bro dugong tu dah biasa tengok la tu... he he...

nasib la bro.. rezeki mu hanya dapat lihat yang berkarat sahaja... :p

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 10:53:00 PG, Blogger Kaktiny

teringin pulak nak sedekahkan pashmina kaktiny kat budak pompuan tu.. takleh tutp kepala, dpt tutup 'bahagian permukaan yang tidak rata' tu pun jadilah...

(sekurang2nya dapat selamatkan mata org lain yang 'terpaksa' rela menanggung dosa...)

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 11:56:00 PG, Blogger Titicaca

kalo kat sini, waktu exam memang banyak insiden nampah lurah *tut...esp. tak larat nak tegur. beria pakai sweater dlm dewan sbb sejuk..tapi part tu x cover pulak..x sejuk kot part tu hahhaa..
tapi alhamdulillah, setakat ni belum nampak budak muslim cam tu..

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 12:09:00 PTG, Blogger Unknown

orang kata.. sekali pandang tak dosa.. tatau laa kau berkelip-kelip pandang.. wallahualam

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 12:54:00 PTG, Blogger Unknown

Ini bukan citer baru bro. sampai skang aku masih x faham. mungkin d rumah mrk mrk itu tidak ada cermin.

itu dosa mata (tiada kaitan dgn sakit mata hehe)....masa amik air sembahyang niat minta d ampunkan dosaaaa mata itteeewwwww.

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 3:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

erm.. sejak keje kat sini.. dah lali.. walau tak nak tgk.. tp takkan nak berjalan tutup mata.. yg sedih bila anak melayu pun nak jadikan ikutan

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 4:12:00 PTG, Blogger Rajuna

mid valley boleh dikatakan tempat aku mengenal erti kehidupan dan membesar di kuala lumpur kerana jaraknya hanya sekangkang kera dengan rumah sewa aku.


namun,corak pakaian sebegitu juga sudah lali dari pandangan mata aku. pada hemah aku, adanya wanita sebegitu kerana mereka gah dengan nama jenama pakaian dalam mereka. kalau jenama murah, tak brani mereka menayangkannya.

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 5:00:00 PTG, Blogger achik

nak ikut trend punya pasal.. x kira dah kawasan persekitaran punggung x cemerlang.. tetap nak tayang.. haih!!!

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 7:30:00 PTG, Blogger PINATBATE

Ikutkan rasa hati memang nak join kutuk kaw kaw manusia jenis tak tau malu ni..tapi bila ingatkan ...diri sendiri pun ada ramai anak perempuan..hhmm...Astagfirullah...mudah-mudahan jangan lah ada anak cucu ku yang ikut perbuatan tak bermaruah gitu dan mohon janganlah diuji dengan ujian yang tak tertanggung begini..malu agama, malu keturunan!!

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 10:17:00 PTG, Blogger zino

dah lama tak ke midvelly ni...

 

Jumaat, Ogos 15, 2008 11:26:00 PTG, Blogger alifmimyanun

selalu ye ke mid valley?
lepak mane ye?
lain kali mungkin boleh ketemu.

 

Sabtu, Ogos 16, 2008 12:12:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

nasib baik Little Penang.

Kalau hang mai Penang tak habaq kat aku, aku tak mengaku kawan.

 

Sabtu, Ogos 16, 2008 4:08:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Macam mana ya BP,hari-hari aku berhadapan dengan anak-anak gadis begini di sekolah...bila ditegur,mak bapa marah kita balik..mak dara-mak dara tu pulak bila dipanggil ke sekolah nak bincang hal anak...kostumnya mengalahkan si anak..cikgu yang berbaju kurung dan bertudung bawal ni...huh...kolot benar pada mrk. Sbg org yang dkt dgn remaja2 ni,aku memang sedih kerana ramai yang telah tercabut akar umbinya!

 

Sabtu, Ogos 16, 2008 10:58:00 PTG, Blogger bluecherry @ fai

hmm, buat mcm mana..

Pi pahang ari tuh pun,, lagi dasyat, pakai pendek pastu saje tayang peha kat orang..

 

Ahad, Ogos 17, 2008 2:54:00 PG, Blogger Abang Long

Ada ketikanya rasa segan bila perempuan China pakai baju kurung dan kelihatan bersopan.

 

Ahad, Ogos 17, 2008 9:07:00 PG, Blogger MOKCIK AZWA

Ish...ish...ish...saspen jer...ingatkan BP nak amek gambor tadi..

tu ler zaman sekarang nie...manusia semakin hilang rasa segan nak menayang2kan benda2 yang tidak sepatutnya dipertontonkan. Semoga Allah memelihara kita dari kejahatan sedemikian rupa..InsyaAllah

 

Isnin, Ogos 18, 2008 1:13:00 PG, Blogger kawaii_desu

betul, sastri... sapalah yg suruh mata nakal tu nengok??

tapi... apa yg saya tau, melayu kita lupa yg depa ni melayu, Islam...

 

Isnin, Ogos 18, 2008 12:34:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

saya pernah tengok yg lbh 'hebat' lg. perempuan melayu pakai seluar pendek atas paha menayangkan pahanya yg tak seberapa mulus. pakai tank top. makan kat gerai haji wahid angsana.

berkali-kali saya tengok dan dengar percakapannya. sah melayu!!

 

Isnin, Ogos 18, 2008 3:04:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

hehehe dari kerana matta.xpe pandang sekali yg lama,jangan dua kali.mungkin budak tu rasa parut parut tu seksi kot

 

Isnin, Ogos 18, 2008 4:52:00 PTG, Blogger Ted

hehe, bro ted lagi teruk dr bro, coz kalau tgk bende macam tu, laju je mulut ni mengata..hahaha

pepun, kalau cun n putih melepak takde parut...ted tengok gak arr, cuci mata..

skang tgk org angkat berat lagi best.haha

 

Selasa, Ogos 19, 2008 1:30:00 PG, Blogger Sir Mute Key Chicks

dan minggu lepas.aku juga ternampak apa yg kau nampak masa tgh makan char koey teow.aku rasa orang penang memang suka tunjuk lurah mereka laa.

 

Selasa, Ogos 19, 2008 9:54:00 PG, Blogger Brader Black

Ko sure ke yg ko tgk tu lurah dendam?
Bukan tapak kaki?

 

Selasa, Ogos 19, 2008 9:33:00 PTG, Blogger aNIe

Hahahah...mata BP memang nakal... :P

 

Rabu, Ogos 20, 2008 10:45:00 PTG, Blogger Jie

loya tekak nak bercerita tetang hal ini..huwaa....pernah mengalami masa bersama anak² melawat zoo..tapi yang pasti dia bukan penduduk tetap zoo

 

Khamis, Ogos 21, 2008 8:13:00 PG, Blogger en_me

satu bekas ker
dua bekas ker
tiga bekas ker.. ammvoiii

 

Khamis, Ogos 21, 2008 12:20:00 PTG, Blogger Sya

Eh BP buka u aje.. kak sya sendiri pun selalu nampak.. bukan takat kulit aje yg penuh parut ingin di tayang.. lemak perut dan perut tanda merkah merkah mengandung pun tak malu ditunjuk.. itu baru bab kulit.. ini yg tali panty dah serabut pun nak gak ditunjuk.. rasa nak menangis melihatnya .. mereka selamba aje

 

Khamis, Ogos 21, 2008 1:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

muor,
Berok tak apalah Muor, dah tentu-tentu tak pandai guna otak…… .He he he!

Dunia akhir zaman, manusia dah tak malu dan kasihan pada diri sendiri Muor…….

Err….Kawan kau yang mana satu pesan tu Muor…


Bro Gayour,
He he he! Memang lagu itulah yang terngiang-ngiang di telinga wak semasa tengah menaip tajuk cerita ini……..


TedungS,
Isk! Buat kotor telefon aku saja tangkap gambar punggung minah itu….He he he!

Sama-sama. Selamat berumrah bro’.


Shimi,
Mata nakal tak apa, jangan jahat. He he he!


Al-Bima,
Kalau tak berkarat pun, tak payahlah nak tunjuk-tunjuk pada semua orang………

Batul, jangan tengok buku berdasarkan kepada kulitnya, tapi kalau kulit buku dah rosak, nak baca pun tak ada semangat dah.


Semut. [Wah! Dah jadi jurulatih-lah pulak]
Sampai tak tahan? Isk! Apa yang kau imaginasikan tu semut? He he he!


B Rampai,
Waalaikumusalam BR

Ya. Betul.

Tapi kadang-kadang musykil yang tak rasional boleh mengundang emosional, buat kita berfikir sudut-sudut yang negatif dan buruk sangka. :)

 

Khamis, Ogos 21, 2008 1:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

shahliza,
Biasalah manusia. Benda-benda yang dilarang Tuhan itulah yang manusia paling suka buat. Contoh lain, maksiat dan rasuah misalnya :D


Zwit,
Errr… Penulis blog ini tertengoklah, bukan sengaja nak tengok…


Tasik,
Basri itu memang berpengalaman dalam soal-soal macam ini. :D

Tertengok yang tak berkarat tak payahlah saya cerita. Ha ha ha!


Kak Tiny,
Bagus juga kak Tiny. Saya pun nak berbaik sangka sajalah. Agaknya dia tak perasan kot alur punggung dia terdedah…. Kasihan…….


Titicaca,
Alur itu sengaja dibuka luas-luas jadi tempat laluan keluar-masuk udara kot. He he he!


Penoreh,
Kalau pemandangan jelek macam itu ada yang boleh sampai berkelip-kelip memandangnya, tak tahulah nak kata…. :D


Amora,
Itulah. Alur-alur itu kan sebahagian dari kemaluan, bukan perhiasan. Kalau cantik, tak apalah juga. He he he! Tapi kasihan emak ayah mereka, kan?

 

Khamis, Ogos 21, 2008 1:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mak Su,
Hu hu hu!


tempe,
Pemandangan biasa di KL. Ikut belakang nampak lurah punggung. Berselisih dari depan nampak lurah dada. Menduga iman sungguh!


Rajuna,
Aku pun dah lali. Aku cuma musykil, yang punggung penuh kudis pun nak tayang, nak buat apa. Tak malu ke.. Isk! Aku rasa di mana-mana pusat membeli belah di KL ini lebih-kurang sama ’pemandangannya.’

Lelaki pun pakai spender berjenama juga. Tak adapun nak tunjuk-tunjuk. Kan?


achik,
Kamu tak berhajat nak ikut trend macam itu ke Achik? :D


Pinat,
Itulah. Kita minta dan doakan yang baik-baik saja. :)


Zino,
Dah semakin sesak di MV sekarang.. :)


alif,
Tempat yang tak pernah miss kalau ke situ, MPH-lah, mana lagi.

Boleh. Tak ada masalah. :)

 

Khamis, Ogos 21, 2008 2:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pegawai,
Di Penang ada Little Penang tak?

Sampai Penang nanti, aku cari kau. Belanja aku nasi candu boleh? :D


xiinam751,
Kui-lah. Bocah-bocah sa iki koyok ngono-lah. Dikandane, nesu. Diseneni sitik, ngadu karo mak bapak. Mak bapak pulak ora terimo. Opo arek dhadi aga'e bocah-bocah sa iki....


Blue,
Emak dorang tak marah ke ek...?


Abg Long,
Itulah dia.


azwa,
Dah macam fesyen zaman batu dulu kan....

Insya-Allah.


Kawaii,
'Ter'tengok-lah, bukan sengaja.... :D

Kurang ilmu agama agaknya. Agaknyalah...


neni,
Isk! Mesti terbeliak mata Hj Wahid itu ek...

Kamu pasti Melayu? Bukan Jawa? :D

 

Khamis, Ogos 21, 2008 2:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Butaseni,
Dia ingat parut itu sebahagian dari seni kot..


Ted,
Kalau cun, putih melepak tak berparut, tengok diam-diam sajalah. :D

Angkat berat?


Semut,
Mana kau tau dia orang Penang?


Si Kachak,
Aku rasa tapak kaki dia lebih mulus kot. Ha ha ha!


Kak Lady,
Dah tertengok Kak Lady. Tak boleh buat apa dah.... :D


Jie,
Penghuni tetap zoo pun malu nak tengok kot...


en me,
Tak sempat nak kira. Lebih dari 7 bekas rasanya...


Sya,
Musykil...musykil..... Tak malu sungguh kan...

 

Khamis, Ogos 21, 2008 2:28:00 PTG, Blogger Rush Murad

bekas jerawat di punggung ker? berkali2 membaca entry ini untuk lebih faham..... errrr... sesekali mata menjadi jahat, asal jangan hati jugak ikut jahat..... ingatkan menekan punat telefon untuk call si Dia... ingin menanyakan 'di situ ada bekas jerawat?'.... :D

 

Khamis, Ogos 21, 2008 7:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rush,
Kata orang, dari mata turun ke hati. Tapi bukan dalam kes inilah. :D

Mata. Memang sukar sungguh dikawal rayapannya ek. :D

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 12:45:00 PTG, Blogger Adexx Boxx

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
Hanya berbual makan angin kembung perut mual…
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang…
Bangau dah pulang… suara sumbang..

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Chorus
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman, bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya, muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Chorus
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut

Chorus
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hatimu, hatimu puisi
Malu hatiku, malu hatiku

 

Sabtu, Ogos 23, 2008 6:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Perempuan kalis perluru,
Mentera Beradu.

Ya, sifu belum pernah mengecewakan saya.

 

Khamis, Ogos 28, 2008 10:37:00 PG, Blogger Alpha

BP...yang terlarang itu godaan! Ah, anak gadis sekarang....

Err dah dah la dapat dosa...pemandangan tak indah pulak tu ye tak?

 

Jumaat, Ogos 29, 2008 10:45:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Alpha,
Itulah. Yang Tuhan tak suka kita buat itu-lah yang kadang-kadang [atau mungkin juga selalu]kita suka buat.

Menduga iman.