Isnin, Ogos 11, 2008
Tempoh sebulan dua ini adalah satu jeda masa yang sangat menduga bagi dirinya. Tempoh yang sangat meresahkan. Tapi dia seorang yang masih yakin pada kehidupan, masih teguh jiwa, semangat dan impiannya.

“Kalau sudah sampai ajal, tak mengira, di mana dan sebab apa pun, tetap akan mati juga,” kata dia tempohari, sambil tersenyum.

Dia belum jemu mencari penawar sakitnya. Secara moden, juga secara tradisional. Dalam sebulan ini, dia menggagahkan dirinya berulang-alik dari KL ke Skudai, JB menjalani rawatan secara alternatif dari seorang doktor di sana.

Esok, dia akan menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di KL. Semoga pembedahannya berjalan lancar. Semoga segalanya dipermudahkan Tuhan.

Tuhan, sembuhkanlah dia, kasihanilah dia, dan ampuni juga segala dosa-dosanya. Ameen.


TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/11/2008 11:27:00 PG. |


46 Ulasan


Isnin, Ogos 11, 2008 12:11:00 PTG, Blogger Sastri

selamat kembali dari rumpang b... :p

cepat betul cik mudin kite... terkalah i... :p

betul katanya itu, kalau sudah sampai ajal, macamana pun tetap akan mati juga... yang penting, usaha kena ada... jangan berputus asa...

i doakan semoga dia selamat menjalani pembedahan, dan semoga cepat sembuh... ameen...

 

Isnin, Ogos 11, 2008 12:35:00 PTG, Blogger DeeN

Moga dimakbulkanNYA, Amin!

 

Isnin, Ogos 11, 2008 1:02:00 PTG, Blogger Brader Black

Siapa?
Sakit apa?

Smuga yg terbaik akan slalu bersamanya.

dan Slamat Kembali, Qusnan Munazarif.

 

Isnin, Ogos 11, 2008 1:06:00 PTG, Blogger cakapaje

Salam,

Mencari penawar atau ubat untuk penyakit merupakan satu usaha yang harus dilakukan. Seandainya dia ingin mencuba acupunture oleh Dr Nasir, DUN Kota Damansara, nyatakan pada saya dan akan saya cuba hububngi Doktor itu. Cuma, Dr mengkhaskan hari Isnin sahaja untuk rawatan di kliniknya di Pandan Jaya - hari lain tugas sibuk dengan tugas wakil rakyat.

 

Isnin, Ogos 11, 2008 1:09:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Selamat kembali. Ameen untuk doa anda itu. Semua penykit ada ubatnya, cuma kita yang serba kekurangan ini tidak menjumpai nya lagi. Semua usaha diteruskan dan InsyaAllah berjumpa.

 

Isnin, Ogos 11, 2008 1:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

amin..semoga die akan cepat sembuh dari penyakitnya...

 

Isnin, Ogos 11, 2008 2:14:00 PTG, Blogger achik

Semoga pembedahannya berjalan lancar. Semoga segalanya dipermudahkan Tuhan. Amin..

 

Isnin, Ogos 11, 2008 2:33:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Amin. Semoga semuanya dipermudahkan olehNya.

Err..kalau datang Skudai lagi, jemputlah ke Pondok Selatan. Eheh.

 

Isnin, Ogos 11, 2008 3:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

erk.. sape yang sakit?
Apepun saya doakan moga dia cepat sembuh. Amin.

 

Isnin, Ogos 11, 2008 3:41:00 PTG, Blogger me3n

dengan izin Tuhan insyaAllah. amin.

 

Isnin, Ogos 11, 2008 3:42:00 PTG, Blogger Pa'chik

semuga Allah memberinya kesembuhan...

err.. ni cerita kak raden ke???

 

Isnin, Ogos 11, 2008 3:50:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Ya. Semoga Tuhan sembuhkan dia. Tidak kira apa sakitnya dan siapa pun dia. AMIN.

Selamat kembali Purp. Rasa bertahun kamu pergi. (:

 

Isnin, Ogos 11, 2008 4:19:00 PTG, Blogger jagoan

semua turut mendoakan.

saya tidak terkecuali.

 

Isnin, Ogos 11, 2008 6:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

semoga segala2nya berjalan lancar..dipermudahkan..amin

 

Isnin, Ogos 11, 2008 10:53:00 PTG, Blogger SHIMI

Moga dia ketemu apa yang dihajati dan terus diberi kekuatan dan rahmatNya

 

Selasa, Ogos 12, 2008 1:19:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

semoga semuanya berjalan dgn selamat!

 

Selasa, Ogos 12, 2008 11:05:00 PG, Blogger Unknown

semoga Allah selamatkan dia dari sebarang bahaya dan malapetaka.. semoga selamat segalanya

 

Selasa, Ogos 12, 2008 11:13:00 PG, Blogger Sya

Semuga Allah kabulkan permintaanya.. memang betul katanya.. kalau dah tiba masanya di mana dan ketika apa juga.. sesaat pun tak akan ditangguh

 

Selasa, Ogos 12, 2008 11:33:00 PG, Blogger TokNabe

Walaupun siapa dia.... semoga berjaya mencari penawar sakit tu. Nikmatnya sihat boleh dirasai ketika merasa sakit. Semoga dalam lindungan Allah sentiasa.

 

Selasa, Ogos 12, 2008 1:08:00 PTG, Blogger ayu_mkay

aminn. mudah2an operasi itu berjaya dan dia akan kembali ceria seperti dulu.

wes balik yoo. waras ke ?

:)

 

Selasa, Ogos 12, 2008 2:00:00 PTG, Blogger Kaktiny

walau siapa juga dia..

kaktiny turut doakan...

"Tuhan, sembuhkanlah dia, kasihanilah dia, dan ampuni juga segala dosa-dosanya. Ameen."

 

Selasa, Ogos 12, 2008 2:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

amin...

 

Selasa, Ogos 12, 2008 2:09:00 PTG, Blogger Mak Su

insyallah, semoga semuanya berjalan lancar

 

Selasa, Ogos 12, 2008 3:42:00 PTG, Blogger PINATBATE

Allah Maha Pengasih,Maha Mendengar, Maha Pemberi..mudah-mudahan yang terbaik untuknya.Amin.

 

Selasa, Ogos 12, 2008 4:05:00 PTG, Blogger NBK466

Mudah2an..dgn berkat doa2 semua termasuk blogger disini biarpun tidak kenal rupa..

 

Selasa, Ogos 12, 2008 4:09:00 PTG, Blogger tasekM

semuga sembuh. semuga tabah juga.

 

Selasa, Ogos 12, 2008 10:05:00 PTG, Blogger asuhara sue

sopo pun dae kuwi, mugo apik2 kabehan!Aminnn

 

Selasa, Ogos 12, 2008 10:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

amin..
walau siapapun dia..moga selamat segala..

 

Selasa, Ogos 12, 2008 11:20:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

ameen.semoga dia cepat sembuh

 

Rabu, Ogos 13, 2008 2:17:00 PG, Blogger Abang Long

Aku juga berserah pada ketentuan-Nya.

 

Rabu, Ogos 13, 2008 9:08:00 PG, Blogger zizie ali

amin!
tugas manusia hanya beriktiar. ajal maut sudah ditentukanNya.

 

Rabu, Ogos 13, 2008 11:35:00 PG, Blogger Masy

siapa dia?

apepon moga cepat sembuh..

 

Rabu, Ogos 13, 2008 12:57:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Amin.

Berdoa itu senjata Mukmin.

Moga yang baik-baik saja untuk dia.

Salam BP.

 

Rabu, Ogos 13, 2008 1:34:00 PTG, Blogger muor76

Bile kite susah.. atau sakit.. jgn mengeluh.. jgn mengaduh.. kite kene sebab Allah masih sayangkan kite.. yer ler.. kalo sakit/susah manusia akan ingat tuhan (bagi mereka yg menyembah Allah) tapi kalo org tu berkiblatkan raje kertas.. belum tentu org tu akan ingat tuhan..

ape-ape hal.. semoga semua org islam yang beriman di dunia ini dilindungi Allah

 

Rabu, Ogos 13, 2008 7:57:00 PTG, Blogger zino

semuga di permudahkan utk dia.. amin..

 

Rabu, Ogos 13, 2008 10:44:00 PTG, Blogger saudagar gaRAM..

semoga urusan dia dipermudahkan hendaknya..

aminnnnnn.....

 

Khamis, Ogos 14, 2008 8:19:00 PG, Blogger KAMATO

moga selalanya berjalan lancar dan selamat pembedahan itu

 

Khamis, Ogos 14, 2008 9:44:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

hmmmm selagi hidup selagi tu kena usaha.
siapa bro?

 

Khamis, Ogos 14, 2008 10:37:00 PG, Blogger Rush Murad

walau siapa pun dia.... semoga Allah mengasihi hambanya ini, makbulkan doa2 nya.... dan sembuhkan penyakitnya.... setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan yang pasti ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Nya....

 

Khamis, Ogos 14, 2008 11:49:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada semua sahabat yang mengulas. Saya bagi pihak 'dia' mengucapkan terima-kasih atas ucapan selamat dan doa-doa kalian.

Pembedahannya ditangguhkan ke 26hb Ogos. Buat masa ini dia masih berulang-alik 2-3 kali seminggu ke JB membuat rawatan secara perubatan alternatif.

Dia nampak ok, walaupun agak cengkung sedikit. Masih tegar menggodek-godek komputer dan internet lagi. Petang ini siap boleh pergi main golf lagi!

Wassalam

 

Khamis, Ogos 14, 2008 12:06:00 PTG, Blogger TedungS

aku pun mendoakan 'dia' tu sihat sembuh

 

Khamis, Ogos 14, 2008 12:37:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

semoga pembedahan 26 ogos nanti berjaya dah selamat!!