Ahad, Ogos 31, 2008
I
Bilik tidur yang dingin. Sunyi dan rasa keseorangan. Novel The Kite Runner karya Khaled Hosseini di tangan saya. Saya membayangkan Amir dan Hassan yang sedang mengejar layang-layang di bumi Afghanistan.

Musim budak-budak kampung bermain layang-layang. Saya pun teringin bermain layang-layang juga. Tapi saya tak pandai nak buat sendiri. Saya ke rumah Wak Paimin. Rumahnya di sebelah rumah atok saya saja. Saya minta Bayum buatkan saya layang-layang. Bayum tak banyak cerita. Bayum terus buatkan. Layang-layang dari buluh dan kertas surat khabar lama. Gamnya dari getah pokok rumbia.

Saya balik rumah. Saya tunjuk layang-layang itu pada abah. Abah tak cakap apa-apa. Tapi abah bagi saya duit dua puluh sen. Abah kata bagi pada Bayum buat upah.

Saya terlelap. Sekejap-sekejap dan terputus-putus.

Ada bunyi letupan di luar. Lelap saya terganggu. Ada bunyi bunga api, dari arah belakang rumah saya. Sudah tepat jam 12 tengah malam rupanya. Malam Hari Kebangsaan.

Di tangan saya The Kite Runner. Dan di malam yang agak dingin dan tubuh yang berbungkus dua lapis baju dan kain selimut, di malam warga kota berpesta di Dataran Merdeka, saya teringatkan abah. Saya teringatkan Bayum. Saya teringatkan Apis - adik perempuan Bayum.

II
Merdeka bukan sekadar retorika tetapi di minda dan jiwa.

III
Buat semua sobat [saya meminjam istilah bro’ Gayour. He he he!] Selamat berpuasa. Selamat bertarawikh. Semoga kita sama-sama dapat menghayati keberkatan Ramadhan dengan setulus-tulus penghayatan. Semoga Allah memberkati segala amalan kita. Ameen.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/31/2008 05:27:00 PTG. |


53 Ulasan


Ahad, Ogos 31, 2008 6:02:00 PTG, Blogger Sastri

err... camana plak Apis boleh tetiba menerpa ingatan ni... haaa... keskeskes... :p

selamat berpuasa dan selamat berterawih... :D

 

Ahad, Ogos 31, 2008 6:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam purp..

selamat berpuasa

 

Ahad, Ogos 31, 2008 6:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

selamat berpuasa juga wak!

 

Ahad, Ogos 31, 2008 7:45:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Adik perempuan. Tapi nama dia Apis? Ooo..

Selamat bertarawih encik JP. He he.

 

Ahad, Ogos 31, 2008 10:50:00 PTG, Blogger kawaii_desu

nostalgia...

selamat berpuasa jugak

 

Ahad, Ogos 31, 2008 11:50:00 PTG, Blogger TokNabe

Selamat berpuasa jp. selamatkanlah jugak duit2 yang mungkin bertaburan di pasar2 ramadan dek kerana mata yang melihat.

Puasa tetap sama tapi suasananya yang dah berlainan. SELAMAT MENEMPUH RAMADAN JP.

 

Isnin, September 01, 2008 12:44:00 PG, Blogger Kasawari

Selamat Menyambut bulan yang Mulia lagi barakah... Ramadhan Al Mubarak... bersahur apa nanti bro.. he he

 

Isnin, September 01, 2008 1:07:00 PG, Blogger jagoan

Selamat berpuasa.
Letak tajuk entri ni UMPA DI PINTU SYUGA.


:D

 

Isnin, September 01, 2008 4:08:00 PG, Blogger cikgooden

slamat berposa!


takde ralat!..

 

Isnin, September 01, 2008 5:38:00 PG, Blogger en_me

kang, poso lek karo ati sing ikhlas.. slamet slamet slamet

 

Isnin, September 01, 2008 7:16:00 PG, Blogger zino

selamat berpuasa.. amin..

 

Isnin, September 01, 2008 8:32:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam Ramadhan BP, selamat berpuasa.

*Layang-layang - saya juga suka main masa kecik-kecik tapi tak pernah pandai melayangkannya. Kesian layang-layang tak dapat bermain di angkasa :)) [bernostalgia]

 

Isnin, September 01, 2008 12:06:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Selamat menjalani ibadah puasa, mangan opo sore ki?

 

Isnin, September 01, 2008 12:45:00 PTG, Blogger DeeN

Salam Ramadhan.
Selamat berterawih juga.
Jaga makan.
Jaga mata.
Jaga lidah.
Jaga kaki.
Jaga tangan.
jaga hidung.
Jaga diri.
Hehe.

 

Isnin, September 01, 2008 1:31:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Selamat Berpuasa Purp!

Layang-layang? Ohh..Kak WL cuma suka melihat ia terliuk-liuk di udara. Sangat cantik :)

 

Isnin, September 01, 2008 2:16:00 PTG, Blogger Kaktiny

seketika kaktiny terasa diri seperti layang-layang terputus tali.. lemah longlai.. hilang liukan gagah di udara..

salam ramadhan..

 

Isnin, September 01, 2008 2:36:00 PTG, Blogger affendik?

wah...
teringat layang2 plastik dgn gambar ultraman..
ekornya warna oren terbuai2 ditiup angin..huhu

ramadhan kareem!

 

Isnin, September 01, 2008 5:42:00 PTG, Blogger me3n

selamat hari raya. eh silap selamat berpuasa ;p

 

Isnin, September 01, 2008 10:54:00 PTG, Blogger MsCinderella

Black, selamat berpuasa nyer....

 

Selasa, September 02, 2008 1:51:00 PG, Blogger alifmimyanun

bole letak tajuk;
cerite... khaled hosseni, layang-layang, apis, merdeka, gayour dan puasa.

kalau saye, begitulah yang akan saye letak.

 

Selasa, September 02, 2008 8:03:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Selamat berpuasa. Teringat bermain meriam buluh (kebait) semasa di kampong, selepas bertaraweh..

 

Selasa, September 02, 2008 8:47:00 PG, Blogger gayour

mengucapkan tanhiah, selamat datang ramadhan atau selamat berpuasa pada sobat2 adalah antara amalan yang digalakkan oleh agama kita.

lalu guapun mengucapkan selamat berpuasa pada encik wak. selamat menikmati pecal masa bukak puasa!

 

Selasa, September 02, 2008 9:42:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Sebab dia cucu Wak Paimin dan adik Bayum [bukan adik Bayum sebetulnya, adik saudara dia tapi Wak Paimin yang bela]. He he he!

Selamat membeli juadah di Bazar Ramadhan. Selamat menonton rancangan masak-masak. Selamat menonton Upin & Ipin. :D


Meen,
Waalaikumsalam Meen.

Selamat berpuasa untuk kamu juga.


Mudin,
Alhamdulillah. Allah izinkan kita berjumpa lagi Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi.


Atiqah,
Nama betul dia Hafizah. Kembar dia Hafidah. He he he!

Sama-sama selamat!


Kawaii,
Alhamdulillah.


Tok Nabe,
Sama-sama Tok. Insya-Allah.

Semoga segala amal ibadah kita di diberkati Allah.


Kasawari,
Selamat untuk kau juga bro'.

Biasa-lah. Dah beli tapau siap2, bangun pukul 5 pagi panaskan dalam microwave saja-lah. Hu hu hu!

 

Selasa, September 02, 2008 9:47:00 PG, Blogger arsaili

salam bro..selamat berpuasa ya..moga ramadhan kali ini membawa rahmat...adakah ramadhan terakhir keseorangan?..kahkahkah...

Kite runner novel yg ingin sy miliki..tetapi banyak pula yg menuntut untuk di baca...kena tangguh lagi dan lagi...tapi dgrnya memang novel yg amat bagus sekali...

 

Selasa, September 02, 2008 9:56:00 PG, Blogger Unknown

berbungkus bj 2 lapis dan selimut...BP, pasang heater la kat umah hik hik hik...

selamat berpuasa dan semoga ramadhan tahun ini kita dapat melakukan lebih amalan dan mendapt lebih keberkatan. insyaallah.

 

Selasa, September 02, 2008 9:57:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ah Tok,
Sama-sama.

'Syuga' itu apa? :D


Cikgooden,
Sama-sama.

Tahniah!


en me,
Tobat seng akeh-akeh. Ngawe amalan seng akeh-akeh jugak. Insya-Allah. :)


Zino,
Sama-sama Zino.


B Rampai,
Salam Ramadhan BR. Sama-sama.

* Sedih bila layang-layang terputus talinya. :)


SF,
Sama-sama.

Tuku sego tomato wae SF. Sore iki embuh. Nik sempet arek ndelok2 nang Bazar Ramadhan Tmn Melawati [nang mburi opis-ku wae] engko sore :D


Deen,
Salam Ramadhan.

Jaga jiwa. Jaga minda. Insya-Allah. :)

 

Selasa, September 02, 2008 10:00:00 PG, Blogger achik

salam ramadhan en BP.. :)

 

Selasa, September 02, 2008 10:01:00 PG, Blogger asuhara sue

selamat berpuasa kang!
wahh expert nya bayum eh, apa dia bikin skarang?

p/s: entah2 adik mu itu super duper junior ku! hbp ke?

 

Selasa, September 02, 2008 10:22:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Debik,
Salam ramadhan Debik. Jangan nakal-nakal. :D


Kak WL,
Sama-sama. :)

Cerita hiba novel TKR itu yang mengingatkan zaman bermain layang-layang saya. :)


Kak Tiny,
Semoga Tuhan memberi kekuatan kepada Kak Tiny. Insya-Allah.

Salam Ramadhan.


affendik?,
Suka layang-layang gambar rama-rama atau kupu-kupu atau harimau. Tak pun gambar Sinchan pun ok juga. :D

Salam Ramadhan.


ad3ck,
Selamat berpuasa, dengan sebenar-benar puasa. :)


Ms Cin.,
Selamat berpuasa :)


Alif,
Kau memang kreatif... Tahniah! :D

 

Selasa, September 02, 2008 10:42:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Di kampung saya dulu-dulu, semasa saya masih budak-budak, budak-budak besar main galah panjang di laman depan surau lepas berterawikh. Budak-budak kecil tengok saja-lah. :)


Bro' Gayour,
Alhamdulillah. Tuhan izinkan wak bernafas lagi Ramadhan tahun ini dan dapat mengucapkan salam dan selamat kepada semua sobat termasuk bro'.

[Terima kasih mengizinkan wak meminjam 'sobat' :D]

Isk! Kena cari pecal-lah pulak petang ini. He he he!


Arsaili,
Waalaikumusalam. Sama-sama. Ramadhan tahun ini pun dan berdua. Dengan adik. He he he!

Novel TKR memang cemerlang! Khaled Hosseini memang pencerita yang bagus. Novel dia yang satu lagi A Thousand Splendid Suns pun ramai yang kata bagus juga. Kena dapatkan selepas ini. :)


Amora,
Sejuk yang melampau sebab air cond. bilik tidur dah bengong. Tak boleh nak adjust suhu. Terset pulak yang paling sejuk. He he he!

Insya-Allah. Semoga segala amalan ibadah kita semua diberkati-Nya. Ameen.


Achik,
Salam Ramadhan juga untuk kamu dan keluarga kamu. :)


Asuhara,
Sama-sama.

Bayum sekarang berniaga. Jual mi goreng dan kue tiaw goreng.

p/s. Dia ambil kursus yang berkaitan dengan multimedia. :)

 

Selasa, September 02, 2008 12:25:00 PTG, Blogger ubilepih

Kite Runner..ha..ha..sudah berbulan dan berabok dia tapi gua masih belum khatam2 lgi itu buku...try ini bulan pose mau kasi abis..tapi itu cerita bgus bro kan...how i wish ada buku kita yang bagus2 gitu..da lama tak baca buku melayu...ha..ha.Selamat meraikan ramadhan

 

Selasa, September 02, 2008 12:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

The Kite Runner?

Emosi saya penat setelah buku itu saya habisi. marah pada Amir, memuncak kasih dan kasihan saya pada Hassan ...

... dan Bayum mengingatkan saya pada Hassan.

... Ayah yang suruh bagi Bayum 20 sen tu mengingatkan saya pada Bapa Amir ...

... Kamu itu .. seperti Amir sedikit

Ah ... entri ini membuatkan emosi saya sedikit terkocak .. (tambahan saya sedang mendengar lagu raya di Ramadhan ke 2 ini .. huhu) ...

 

Selasa, September 02, 2008 12:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tambahan catatan selepas terbaca komenmu ...

A Thousand Splendid Suns?

Membaca naskhah yang itu, saya menjadi geram dan geram kepada lelaki2 yang diceritakan.

dan .. membuatkan saya tertanya-tanya, apakah ada orang yang sebegitu malang seperti Maryam?

Mungkin cara kita menanggapi hidup kunci kepada cara kita menilai sama ada kehidupan kita malang atau bertuah ...

Saya menunggu related story spt Bayum vs TKR daripada kamu dengan A Thousand Splendid Suns itu ...

Kali ini, jadikan diri kamu seperti Tariq itu pulak ... :p

 

Selasa, September 02, 2008 1:44:00 PTG, Blogger muor76

kalo tak silap aku kat afghanistan pon ade gak buat benang kace cam bebudak sini buat...
aku pernah bace budak sane leher terkoyak sebab tersangkut benang kace nih.. bahaye siot.. mungkin dia pakai benang pengukur ketegakan pembinaan kot..

pose.. selamat berpose..
2 kegembiraan bagi org yg berpose di bulan ramadhan
1. ketike berbuka pose (bukan kegembiraan ketike berbelanje utk berbuke pose atau ketike dibelanja org berbuke pose)
2. ketike meyambut hari raye (tak termasuk org yg tak pose tanpe alasan, bukan kegembiraan ketike atau bagi duit raye)

 

Selasa, September 02, 2008 3:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Paradise,
The Kite Runner adalah novel yang paling lama untuk aku habiskan membaca.

Ha'ah. Memang Bagus. Banyak nilai kemanusiaan dalam cerita itu. Selepas ini aku nak tengok filemnya pula. :)


Picha,
Khaled Hosseini bijak menguji emosi pembaca TKR. Bukan kamu saja, saya juga dan pembaca2 yang lain juga saya rasa.

O, He he he.

Saya rasa antara Bayum, abah saya dan saya mungkin agak berbeza kaitannya dengan watak-watak di dalam TKR. Secara permukaannya mungkin sama tetapi latar-belakang, jiwa, persoalan dan pergolakan di dalam jiwa setiap watak-watak itu berbeza dengan watak-watak di dalam cerita saya. :)

Errr... Di dalam diri saya ada sedikit jiwa Amir, ada juga sedikit jiwa Hassan.... :)

Apa pun, TKR adalah salah satu novel yang ingin saya ulas kalau saya berkesempatan nanti, insya-Allah. :)


Picha lagi,
A Thousand Splendid Suns. Insya-Allah. Tunggu saya selesai membacanya dahulu ya. :)


Muor76,
Kalau ikut cerita dalam novel itu lebih-kurang macam itulah Muor.

Selamat berpuasa untuk kau juga Muor. Dan juga kepada keluarga kau.

Selamat bersahur, selamat berbuka, selamat bertarawikh, selamat bermoreh. :D

Meminjam kata-kata Prof Izi, 'Selamat beramal.....'

He he he!

 

Selasa, September 02, 2008 9:58:00 PTG, Blogger khairyn

Purp,

ada apa dengan Apis? (hehehe)

Ramadhan mubarak!

 

Selasa, September 02, 2008 10:06:00 PTG, Blogger Pa'chik

wa ske lagu layang-layang rahim ma'arop...

 

Rabu, September 03, 2008 12:34:00 PG, Blogger Rush Murad

Salam Ramadhan.... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lepas...insyaAllah....

Raya nanti nak singgah Muor ler.. :D

 

Rabu, September 03, 2008 11:58:00 PG, Blogger Masy

selamat berpuasa bro. klu awk tak cukup puasa sebulan, ermmmmm ahahahahaha tak paham tak paham :D

 

Rabu, September 03, 2008 12:58:00 PTG, Blogger Brader Black

Salam Ramadhan la bang.

Nanti poskan duit raya kat aku eh.

Kau kan abang. ha ha.

 

Rabu, September 03, 2008 1:32:00 PTG, Blogger Rajuna

selamat membeli belah dengan bijak!

 

Rabu, September 03, 2008 2:09:00 PTG, Blogger Sya

BP.. Sobat kak sya jugak.. kak sya nak ucapkan Selamat Berpuasa.. jangan ponteng2 tau

 

Rabu, September 03, 2008 2:16:00 PTG, Blogger NJ@Goboklama

salam Ramadhan.Selamat bershopping juga utk Putera & Puteri,eheh..

 

Khamis, September 04, 2008 8:49:00 PG, Blogger tasekM

selamat berpuasa bro... :)

 

Khamis, September 04, 2008 4:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Selamat Berpuasa jugakkk..

dah 4 Ramadhan dah pun. ihiks..

 

Jumaat, September 05, 2008 8:56:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Khairyn,
Tak ada apa-apa. Mana entah dia sekarang. Dengar-dengarnya sekarang duduk di Bangi. He he he!

Salam Ramadhan.


Pa'chik,
'Layang-layang terputus talinya' kau tak suka?

Sarang burung layang-layang mahal sungguh harganya ek....


Rush,
Salam Ramadhan Rush. Insya-Allah. :)

Sampai Muar nanti jangan lupa sms eh... :D


Masy,
Insya-Allah , penuh sebulan... :D


Si Kachak,
Salam Ramadhan.

Meh sini, bagi sampul surat beralamat sendiri dan bersetem! :D

Banyak-lah kau punya abang! Ha ha ha!


Rajuna,
Kalau tak perlu, tak payah-lah beli yang baru. :)


Kak Sya,
Trimas. sama-sama kak Sya. Sejak umur 7 tahun tak pernah ponteng puasa tau. :D

 

Jumaat, September 05, 2008 8:58:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Qist,
Salam Ramadhan.

:D


Tasik,
Sama-sama selamat :)


Zwit,
Salam Ramadhan :)


Cikin,
Sama-sama selamat. :)

 

Jumaat, September 05, 2008 11:08:00 PG, Blogger rudy bluehikari

kang, ojo kelalen ndelok fileme.

 

Jumaat, September 05, 2008 12:14:00 PTG, Blogger ubilepih

aslmkm!
Biasa wayang tak sebagus buku kesannya kan...tapi gua blum tengok kite runner the movie...andaian bedasar pengalaman yg lepas je...hi..hiii...anyway amacam buku yg lu dapat hadiah tu..gua suka gak ramlee punya buku..betapa gua harap gua pun ada bakat tulis-tulis novel ha..ha..ha..tapi tak pandai walau banyak cerita dalam kepala he..heee

 

Isnin, September 08, 2008 1:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rudy,
Wis tuku DVD-ne. Tapi orak ndelok maneh. :D


Ubilepih,
Waalaikumussalam,

DVD-nya dah beli cuma belum tenngok lagilah.

Buku Ramlee itu entah bilalah agaknya dapat baca. Banyak lagi buku beli masa KLIBF di PWTC hari itu tak habis-habis lagi baca. Kena ikut giliranlah nampaknya. :D

Tulislah sehari 1 muka surat, kalau sebulan dah 30 muka surat bro'. He he he!


aoc gold,
Nice. Thanks. :)