Khamis, Ogos 21, 2008
Saya masih belum sihat sepenuhnya. Bisa-bisa seperti menikam-nikam segenap inci tubuh saya. Terasa lesu dan lemah semacam. Saya sepatutnya berbaring saja memanjakan diri atau sekurang-kurangnya berehat saja, tapi mana mungkin saya boleh duduk diam saja, rimas! Saya lalu merayau-rayau ke tempat-tempat yang melekat di jiwa saya.

7 + 2 imej yang entah apa-apa.

Perahu-perahu nelayan berlabuh di jeti Parit Jawa. Saya nampak bendera-bendera parti-parti politik berkibaran di hampir setiap perahu. Sampai ke Parit Jawa rupanya kempen PRK Permatang Pauh ya.....

Salah satu gerai asam pedas yang tersohor di Parit Jawa. Gerainya nampak macam biasa-biasa saja tetapi selalu sarat dengan manusia yang mahu menjamu selera. Pengunjungnya dari seluruh negara, juga dari Singapura.

Inilah kedai gunting rambut tempat abah saya selalu bawa saya menggunting rambut saya semasa saya kecil dahulu. Dua orang tukang guntingnya masih orang yang sama. Mereka mungkin dah tak kenal saya lagi, tapi saya tetap akan kenal dia sampai bila-bila.

Saya ternampak kereta antik ini sewaktu sedang melewati jalan di celah-celah jejeran bangunan lama di pekan Parit Jawa. Entah kereta siapalah agaknya…….

Saya sempat mengunjungi Wak Nah melalui jalan ini. Sunyi dan nostalgik. Dulu jalan inilah saya berbasikal di atasnya untuk ke sekolah rendah. Dulu cuma bertanah merah, berlubang sana-sini, becak bila hujan, sekarang sudah bertar.

Saya beli ikan mayong di pasar Parit Jawa. Kemudian saya kata pada emak saya, tak jumpa asam pedas ikan mayong di KL. Emak saya terus masakkan. Pergh! Asam pedas ikan mayong memang best! Tak percaya, cuba tanya Muor76. He he he!


Semasa saya menyelongkar gerobok lama, saya terjumpa kitab-kitab ini. Kitab-kitab semasa bersekolah agama kerajaan negeri Johor dahulu. Saya cari juga kitab Muta’al-badrin, tapi tak jumpa. Mata pelajaran kesukaan saya Munakahat. Mata pelajaran paling meletihkan saya, Bahasa Arab. He he he.

Eleh! Gambar buah ciku pun nak ambil. Suka hati saya-lah! Inikan blog saya. He he he! Pergh! Manis gila ciku ini!

“Nak bawak balik sambal tumis tak? Nanti emak buatkan” tanya emak.
“Boleh jugak,” kata saya. Dalam diam, terasa macam nak menangis pun ada. Hu hu hu!


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/21/2008 06:07:00 PTG. |


84 Ulasan


Khamis, Ogos 21, 2008 6:49:00 PTG, Blogger Sastri

waaa... banyak juga tangkap gambar semasa di kampung ekkk...

ikan mayong tu, patutnya ambik gambar dia sebelum digulaikan jadi asam pedas... teringin nak tahu rupanya... tak pernah jumpa la ikan ni... merasanya jauh sekali... huhuhu...

ciku... salah satu buah-buahan tempatan kegemaran i... gemuk-gemuk lak tu... sama macam yang kat pokok belakang rumah nenek... kat pasaraya kebanyakan cikunya kurus dan lonjong... macam pelik sikit i tengok... :p

sambal tumis... ahhh... bila mak bekalkan makanan untuk dibawa balik ke KL, memang akan terasa macam nak nanges kan? sambal tumis buatannya hampir sama rasanya dengan buatan nenek... err... stail Jawa kot ek?

pergh... panjang lak komen... cam wat entri plak... keskeskes...

 

Khamis, Ogos 21, 2008 7:15:00 PTG, Blogger AL-BIMA SAKTI

CUBO EKOU TANYO, DIORANG NAK JUAL TAK KERETO ANTIK TU?

 

Khamis, Ogos 21, 2008 7:37:00 PTG, Blogger Sastri

waaa... rumah baru... cantik dan bersih dan neat... i love it... :D

lagu kegemaran i So Lonely tu versi live takde ke?

tak jumpa sampai sudah cd Loudness yang i cari tu... huhuhu...

 

Khamis, Ogos 21, 2008 10:25:00 PTG, Blogger shahliza94

hui...simpan lagi kitab2 tu? saya punya tak tahu dah mana pegi. tu kitab darjah khas eh? takpun darjah 5/6.
mm subjek munakahat siapa yg tak suka...selemah2 seorang pelajar pun mesti boleh score subjek tu. ekekeke

sekarang kitab2 x pasti samada masih digunakan ataupun dah ditukar.

 

Khamis, Ogos 21, 2008 10:30:00 PTG, Blogger Pa'chik

haa.. lenkali jangan lupa bawak balik asam pedas ikan mayong tu ke kolumpo ye....
[aku tulung pesan je... ekekeke...]

ada orang parit jawa gi ngundi kot nanti... ekekek...

 

Khamis, Ogos 21, 2008 10:37:00 PTG, Blogger zino

asam pedas tu nampak sodap la hehe

 

Khamis, Ogos 21, 2008 10:57:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam.

Ehee..sekadar nak kata asam pedas itu sangat enak.( dan baju belang biru itu sangat cantik ehemmm!) :D

 

Khamis, Ogos 21, 2008 11:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Cuba 'google'kan ikan mayong itu. Mesti ada gambarnya.

Ciku Parit Jawa memang unik sikit. He he he!

Itu sambal tumis Jawa kot. Menangis terharu ada, menangis kesedapan pun ada. He he he!


Al-Bima,
Tauke kedai di depan itu punya agaknya. Dah 2 hari nampak kereta itu parking di situ.


Sas,
Nak menyambut Raya tak lama lagi, rumah kenalah cat baru. :D

Versi secara langsung, di Youtube ada-lah kot.


Shahliza,
Tak pasti. Kitab Darjah Khas kot, kalau tak salah-lah.

Langsung tak sempat nak mengantuk belajar Munakahat. He he he!


Pa'chik,
He he he. Nak makan kena datang ke Parit Jawa sendiri-lah.

He he he!


Zino,
Itu baru tengok gambar. Belum di depan mata lagi Zino. He he he!


Kak WL,
Waalaikumusalam.

Memang sangat-sangat-sangat enak. Err...Kak WL pernah rasa ke?

Nampak cantik sebab si pemakainya kacak barangkali. Ha ha ha! [Mesti si Kachak tu jeles gila ek. He he he!]

 

Khamis, Ogos 21, 2008 11:47:00 PTG, Blogger TokNabe

cukup 7 ulasan baru BP jawab. Dah senonim dengan angka 7.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 12:44:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

salam wak Purp!

seronok tengok gambar2 tu. tapi gambar kedai mak ngah tu paling menarik perhatian. tak payah sebut pon dah boleh agak, asam pedas mak ngah mesti first class. begitu juga nampaknya dgn asam pedas mak saudara...

esok pagi2 nak mintak mak buat asam pedas ikan kembung.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 2:08:00 PG, Blogger Unknown

asam pedas tu wat aku berahi saja.. lama siot tak makan.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 6:44:00 PG, Blogger A t i Q a h

Eh. Ada ek ikan mayong masam asam pedas? Oooo.. tak da pernah dengar pulak saya.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 8:36:00 PG, Blogger muor76

ikan mayong asam pedas.. perghhh! mesti sampai abes aku hirup kuah nyer.. aku suke tang kepale.. sedap siottt.. nih dah meleleh air lior.. tapi ade org tak kenal ikan mayong... yer ler ikan cap ayam.. mane org kenal.. kekekek

kedai mak ngah tu dah bape kali dah aku mkn kat situ... eh merdeka nih ko balik tak? jom p makan situ... kekekekek

kedai gunting rambut.ade sekali tu aku nak gunting rambut kat situ.. pastu tak jadik arr..

umah aku ade lagi mut'al-badrin.. ko nih bab munakahat jer ker peberet ko.. satu soalan.. bile nak mengamalkan ape yg dipelajari dalam bab munakahat itu? kekekek

base arab cam bese arr.. jawab ngan menyalin soalan semula.. dpt markah tulisan... kekekekek

eh black kat umah ko ade buah kemang tak? mak ko tau tak buat jeruk kemang... ermm rindu arr kat jerok kemang arwah atok tine aku...

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 8:36:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

bp,asam podas tu memikat betul...memang feberet mama..nak2 masa peknen ni,bb dlm perut ni asik nak makan asam pedas ajo...hahaha...

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 8:38:00 PG, Blogger Masy

cikuuuu nyam2 hehehehe

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 8:45:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

BP..cepat² la kawen. aku nk makan asam pedas parit jawa yang best itu! pelisssss....

*lawa la layout baru ni. putih suci murni. heheh.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 8:46:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

apesal selaluuuuu sangat jumpa org yg suka munakahat? jarang-jarangggggg yg suka muamalat?

p/s: subject pilihan & yg meletihkan tu sama dgn saya! siap ponteng kelas lagi!heh!

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 9:29:00 PG, Blogger Hambali ®

syukurlah bro
masih ada lagi mak

aku dah tadak mak
dan aku rindu sgt masakan mak aku
:|

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 9:31:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

happening gile kampung lu kan bro,asal balik ja mesti ada gambar best best.ikan mayong?ada nama lain tak selain tu?tak pernah dengar pun(mungkin aku ni butaikan)

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 9:47:00 PG, Blogger jagoan

JP,

wo! ada lagi kau simpan kitab-kitab tu ye. Tu kitab darjah 6 ye.

Aku pun tengah cari kita matla'al badrain aku. Entah mana aku letak. Nanti kalau kau jumpa, maklum pada aku ye.


:D

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 9:54:00 PG, Blogger Brader Black

Eksotik sungguh pekan Muor tu ek?

Leleh plak air liur mengenangkan asam pedas,,, dan munakahat.


ha ha.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 10:33:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Waduhhh ... dah lama saya tak balik muar ni ... hehehe, sejak2 kereta meragam, malas betul nak balik. Apa2 hal pun, sebelum ada gerai makngah tu, ada lagi gerai asam pedas dan ikan bakar yang sedap tu. Tapi takpa, sebab orang rumah dan mak mentua saya orang muar, jadi takda hal bab2 asam pedas ni ... hehehe

kapan arek ngombe ki?

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 11:48:00 PG, Blogger Mummy Rizq

masih menggunting rambut disana tak???

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 12:55:00 PTG, Blogger Mak Su

syahdu tengok suasana kampung

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 1:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tok Nabe,
Jawap ulasan pun tujuh-tujuh. He he he.


Kerp,
Waalaikumusalam bro'

Asam pedas Parit Jawa memang best. Siapa yang belum pernah merasa, orang kata macam tak lengkap hidup. He he he.

Ya, ya, ya. Selain ikan mayong, asam pedas ikan kembung atau ikan pari pun best!


kel@mbu,
Setakat ini payah nak cari asam pedas yang memberahikan aku di KL ini.


Atiqah,
Eh! Ikan mayong-lah sedap buat asam pedas..... Tapi di tempat lain mungkin susah nak jumpa kot ikan ini.


Muor,
Aku pun. Bab meratah kepala ikan mayong itu yang paling mengasyikkan. Dengan mata-mata dengan gigi ikan itu sekali aku ratah. He he he! Ikan mayong itu eksklusif kat Muor jer kot. He he he!

Aku pergi ke gerai Mak Ngah itu pun cuma nak tangkap gambar jer Muor. He he he!. Nanti kalau aku balik, aku sms kau.

Aku ingat lagi, masa aku kecik dulu, Cina tukang gunting itu pakai basikal, sekarang dah pakai kereta kot. Aku terpaksa gunting rambut kat situ, aku tak suka sebetulnya, dah abah aku bawak, aku ikut saja-lah, potongan rambut entah apa-apa. Langsung nampak gonjeng. He he he. Kau kenal arwah Wak Bejo yang dulu ada kedai gunting rambut di Bukit Mor itu tak Muor?

Selain Munakahat aku suka juga Tarikh, Jenayat, hmmm...apa lagi ek.. He he he.. Dulu, masa Bahasa Arab, kami pergi menyorok dalam masjid Parit Nawi. He he he.

Buah Kemang yang mana satu ek? Buah nadir tu. Cubalah cari kat Teluk Kemang Muor.... he he he!


MR,
Baby ke MR yang mengidam... He he he!


Di PD, gerai / restoran mana ada asam pedas yang best ek?


Masy,
Dah tak termakan dah ciku..... He he he.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 1:37:00 PTG, Blogger ManjLara

alahai anak emak... sebut je apa, semua mak boleh buatkan ye? :)

saya pun blum sihat sepenuhnya, tapi suka curi2 buat keje rumah bila org di rumah takde, nak tunggu 44 hari lama woo...

ikan mayong tu, kalau ada telurnya sekali terlebihlah enak rasanya kan?

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 1:57:00 PTG, Blogger Unknown

waduhh..asam pedas ikan mayong, faveret saya juga tuh..dan satu lagi buah ciku, tgh musim ker kat sana?? Kenapa saya tak jumpa orang jual di sini yer, teringin pulak...

p/s: lama juga saya tak tinggal komen di sini. Harap BP sihat2 saja, macam baru baik dari sakit yang panjang jer...

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 2:25:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

bisa2 tu selalu ke? kalau nak aku bagi penawar. koe ym nyong.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 2:29:00 PTG, Blogger achik

comel kete tu..

sedapnya ciku.. buah kegemaran tu.. :D

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 3:19:00 PTG, Blogger Unknown

ohh aku cuma sering ke kedai asam pedas yang berdinding papan biru di seberang kuala itu..

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 3:41:00 PTG, Blogger arsaili

salam..asam pedas alwas my fav..ada cam asam pedas melaka ker?

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 3:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikin,
Cheh! Apa kena mengena kawen dengan asam pedas Pt. Jawa pulak nih... He he he!


Asuhara,
Sebab Munakahat senang score kot. Agaknya-lah. :D

p/s Menyesal tak belajar Bah Arab betul-betul dulu. Dari Drj. 1 sampai Drj. Khas belajar, pun tak pandai-pandai jugak...He he he!


Hambali,
Alhamdulillah :)

Tersentuh baca ulasan kau bro'.... Semoga roh Allahyarhamah emak kau sentiasa dicucuri rahmat Allah. Ameen.


Butaseni,
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berkubang bro'. :D

Gambarnya di SINI . Aku ambil gambar itu di internet. Itu yang besar punya. Yang selalu di buat asam pedas yang kecil punya.


Ah Tok,
Aku tak ingat, itu kitab darjah berapa. Mungkin Drj 6, mungkin Drj Khas. Entah.

Aku ingat aku nak belilah Muta'al badrin tu, kalau ada jual di mana-manalah. Boleh buat ulang-kaji. :D


Si Kachak,
Itu bukan pekan Muor-lah. Itu pekan Parit Jawa. :D

Senang-senang datang-lah Parit Jawa, aku belanja kau asam pedas Mak Ngah. Nak? He he he.


SF,
Saya pun tak pernah makan di gerai-gerai yang ada di situ. Datang cuma tangkap gambar saja. He he he!

Kapan-kapan pun keneng. Kue nang Wangsamaju kan? Wangsamaju karo Melawati cepak wae... He he he...

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 4:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

MR,
Tak. Sekarang lebih suka gunting rambut sendiri. :D


Mak Su,
Itulah dia.

Ewah ewah! Kelakat tengok avatar Mak Su. Nyorok-nyorok balik pokok-lah pulak ek... :D


Manjlara,
Dah di KL susah nak cari, minta emak saja-lah masakkan. He he he.

Baby sihat? Buat kerja yang ringan-ringan tak apa, menulis novel baru misalnya :)

Ya, ya, betul!


Yus,
Tak tahu-lah tengah musim ke tak. Tapi pokok ciku di tepi rumah di kampung itu tengah berbuah sekarang. Lebat, sampai tak ada siapa nak makan. Manis.......

p/s. sesekali ada juga saya senyap-senyap singgah di blog Yus. Saya ok-ok saja. Alhamdulillah :)


Rudy,
Loro sitik-sitik wae mas. Bioso-lah, umure wis makin tuo.... Awak'e wis ora kuat koyok enom-enom bien. Nik eneng opo-opo mengko aku YM kue....Kesuwun mas :)


Achik,
Kalau tuannya pandai make-up lebih comel tu. :D

Kalau nak, saya boleh pos... He he he..


Penoreh,
Gerai berdinding papan biru?

Di kawasan pantai Pt Jawa itu memang banyak gerai asam pedas. Tapi hari itu, masa aku singgah, kedai Mak Ngah itu yang tengah penuh sesak. Itu yang aku terus tangkap gammbar tu.. :D


Arsaili,
Waalaikumusalam bro'

Asam pedas Melaka agak lain sikit ramuannya kot. Rasanya pun agak lain sikit.

 

Jumaat, Ogos 22, 2008 4:49:00 PTG, Blogger Rozlan Mohamed Noor (RMN)

Paling tak tahan gelora nafsu bila melihat foto sambal ikan bilis. Husss.. membuka selera. kalau ada lebih, bak mai ler kita kongsi2.

Nampak terselit ijau2 cam ada biji petai jerk... kalau ada, adusss...lagi terangkat!

 

Sabtu, Ogos 23, 2008 12:26:00 PG, Blogger Pa'chik

aku syak, ko balik kali ni pun... tak leh gak nak jentik idung si sekak tu kan...

ishh... kena hayer lain esasin la nih...

 

Sabtu, Ogos 23, 2008 12:58:00 PG, Blogger khairyn

buku-buku agama tu rasanya ada lagi. yep bab munakahat paling ditunggu hahaha.. oh aku fail bahasa arab lalala

mak pun suka buat asam pedas, kepala ikan mayong. sambal ikan bilis petainya memang tip top. huhuhu. nak masuk ramadhan. bestnya mak masak untuk buka... adeh

 

Sabtu, Ogos 23, 2008 4:10:00 PTG, Blogger tasekM

isshh.... lapar la pulak.. haih~

 

Sabtu, Ogos 23, 2008 6:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

RMN,
Makan dengan roti pun sedap. Nyum! Nyum! Nyum!

Ada lagi ni kalau nak rasa. Meh sini datang Puchong. He he he!

Tak ada petai dalam tu. Yang nampak macam hijau-hijau tu badan bilis :D


Pa'chik,
Nak jentik apanya Pa'chik. Dah setahun dia tak balik kampung. Rumah emak dia buat kenduri pun dia tak nampak batang hidungnya. Kalau dia balik, jangankan jentik hidung, kepala dia pun aku nak jotos cukup-cukup.

He he he!


Khairyn,
Bah. Arab. Aku tak ada-lah sampai fail. Cuma cukup-cukup makan saja-lah. He he he.

Mana boleh lawan masakan emak sendiri.......


King,
Sesekali King. :)


Tasik,
Yuk! minum petang. Roti makan dengan sambal tumis bilis pun sedap. He he he!

 

Sabtu, Ogos 23, 2008 6:40:00 PTG, Blogger en_me

kang, sambal tumis emak tewww memang mancongkam.. kannns

 

Sabtu, Ogos 23, 2008 7:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Kereta tu telah ada sejak pertengahan tahun 70an agaknya kan?
Ibu akan masih melayan anak sebaiknya walau telah berkahwin, kekadang tu sampai dah bercucu, masih menerima layanan seperti dahulu juga.

 

Ahad, Ogos 24, 2008 1:02:00 PG, Blogger alifmimyanun

munakahat ?
err, bukankah itu matasubjek kegemaran seluruh kelas ?

faraid ?
aiyo..

 

Ahad, Ogos 24, 2008 4:03:00 PG, Blogger Sir Mute Key Chicks

dude,
aku cuma belajar ilmu agama di rumah.abah aku ajar.silap sikit...piap!!!

melekat line adidas kat belakang aku.haha

 

Ahad, Ogos 24, 2008 7:58:00 PG, Blogger Ku Keng

Kampung yang cantik.

 

Ahad, Ogos 24, 2008 10:12:00 PG, Blogger NJ@Goboklama

dekat kl ikan mayong tak laku,sbb tu murah. Carikle kat pasar borong,mesti ada. Kat Johor jgn citer la,pantang ada,mesti sekejap je dh ilang! Asam pedas mayong mmg sedappp!!!

 

Ahad, Ogos 24, 2008 11:42:00 PG, Blogger ckLah @xiiinam

Girangnya hati mak tu, bila anak bujangnya balik!

Saya ada 10 beradik yang bertaburan dalam dan luar negeri, saya satu2nya anak yang sedaerah dgn mak. Saya selalu lihat wjh sukanya bila anak2 bertandang balik, dan wajah dukanya bila anak dirindu tak kunjung datang!

Bab munakahat tu dah form six baru saya belajar betul2 sebab ambik paper Syariah! Score'A' wooo !Alhamdulillah, buat bekalan kehidupan sekarang!

 

Ahad, Ogos 24, 2008 11:00:00 PTG, Blogger rohaizan

Oklah, lepas ni aku balik muor aku gi merayap kat parit jowo.
walaupun kampungku kat sarang boyo dekat ngan parit jowo, tapi aku jarang2 sangat gi parit jowo.
mungkin sebab nama pekan tu ngingatkan aku pada identiti sebenar aku :)

 

Isnin, Ogos 25, 2008 7:27:00 PG, Blogger silversarina

salam ,

gambar2 yang penuh kenangan dan sambal tumis tu , nampak pun dah sedap ...semoga rehat sepenuhnya dan sembuh segera.

 

Isnin, Ogos 25, 2008 8:49:00 PG, Blogger Kasawari

wah. balik parit jawa ek.. asam pedas tu macam pernah nampak jer gerainya.. tapi tak sempat nak singgah.. selalu ke parit sulung jer pekena asam pedas..

 

Isnin, Ogos 25, 2008 10:13:00 PG, Blogger me3n

ah rindunya nak balik kampung! huhu

 

Isnin, Ogos 25, 2008 3:46:00 PTG, Blogger Jie

tak teringin asam pedas..tak indam kereta antik..yang ku idam..sambal tumis ituuuu saja!

 

Isnin, Ogos 25, 2008 3:50:00 PTG, Blogger DeeN

*tunggu*
Kot2 sampai bungkusan asam pedas kat opis. Wakakakaaa!!

Semoga cepat sembuh.
Semoga dilindungiNYA!

 

Isnin, Ogos 25, 2008 4:30:00 PTG, Blogger PINATBATE

salam Blek..semuga diparingi waras..

cerahnya cat rumah baru ni...silau bijik mata..

 

Isnin, Ogos 25, 2008 4:39:00 PTG, Blogger kad0k.

jeti tu cun la bro..amik gambo masa sunset kat situ sure gempak...ada aku singgah next week ni amik gambo kat situ...tp jeti tu kat mana ekkk?

 

Isnin, Ogos 25, 2008 9:19:00 PTG, Blogger Unknown

erk, asam pedas ikan mayong tu kat KL ada tau. Tapi eksklusif juga. Eksklusif kat umah saya jer. Tapi saya masak tang kepala je tau. hehe.

 

Isnin, Ogos 25, 2008 11:55:00 PTG, Blogger Sri Diah

Huwaaa... tiba-tiba akak rasa mengidam pulak nak makan ikan mayong asam pedas, letak terung bulat.... hujung minggu ni mesti masak, siap kau mayong!

 

Selasa, Ogos 26, 2008 2:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

weii... bila masa rayap parit jawa nih.. knapa x singgah rumah.. rumah akak dekat jer dgn warung asam pedas tu...hehehe

ahh...sapa tak kenal Wak Bejo..rumah kat ujung bukit mor tu..!

muka ikan mayong tu ala2 ikan keli, cuma mayong ada 3 sesungut.. keli cuma ada 2 jer..

~cik ketumbar @ chuq ~

 

Selasa, Ogos 26, 2008 4:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

selalu ke Bukit Mor mencari sayur je. kalau ke muar lagi singgahlah ke kedai sayur RM1 kat parit perupok, jalan abdul rahman.

 

Selasa, Ogos 26, 2008 5:40:00 PTG, Blogger Unknown

kasih ibu sepanjang masa tiada sempadan..SAYANGI DAN HARGILAH IBU ANDA...MCM IKLAN KAT TV KAN HEHE

munakahatttt yeeee banggg? bila lagi nih? hehe

 

Selasa, Ogos 26, 2008 9:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam purp..

bestnya balik kampung..macam familiar plak kedengarannya nama2 tempat yg disebut2 tu..hiks

belajar bab munakahat di zaman persekolahan..budak lelaki cerah bijik mata..budak perempuan tersipu2 malu hihi *sambil tutup2 muka*

 

Rabu, Ogos 27, 2008 9:58:00 PG, Blogger ayu_mkay

diceruk dunia mana sekalipun, masakan mak tetap no1. walau hanya sambal tempe bakar.. nyummmy.

buah ciku tu takde ke belen2 bro.. geram tengok.. gebuss betul.

 

Rabu, Ogos 27, 2008 10:22:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

en me,
Makan dengan lempeng pun sedap. :D


Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Mungkin juga. Terlalu jarang dapat tengok kereta jenis itu yang masih elok sekarang.

Begitulah kasih sayang seorang ibu...... :)


alif,
Faraid itu umpama matematik tambahan. :D


Semut,
Ok-lah tu Semut. Kerana 'piap' abak kau itu-lah, kau jadi manusia berguna sekarang... He he he!


Keng,
Kalau diberi pilihan antara kampung dan bandar. Saya tetap akan memilih kampung. :)


Gobok,
Itulah dia. Di Johor pun bukan selalu boleh jumpa ikan Mayong. Ada musim-musimnya juga kadang-kadang. Di KL kalau ada pun, tak reti nak masak asam pedas....... :D


xiiinam751,
He he he!

Sebagai anak, kalau boleh nak juga balik kampung jengok abah & emak selalu tapi itulah. Banyak sangat aral.......

Tahniah! :)

 

Rabu, Ogos 27, 2008 10:46:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rohaizan,
Singgah, jangan tak singgah. Bukan jauh pun Sarang Buaya dengan Parit Jawa. :D


Kak Sarina,
Waalaikumusalam.

Kenangan semasa di kampung akan tetap sentiasa di hati. :)

Terima kasih.


Kasawari,
Kalau pernah ke pantai parit Jawa mesti pernah nampak kedai itu punya bro'. Tak apa, lain kali boleh rasa Parit Sulung punya. :D


ad3ck,
Bulan puasa nanti balik la ...


Kak Jie,
Kak Jie boleh buat sendiri apa.... :D


Deen,
Kau terlambat, dah habis! He he he!

Ameen.
Terima kasih.


Pinat,
Kesuwun. Alhamdulillah.

Cerah ek :D

 

Rabu, Ogos 27, 2008 11:00:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kadOk,
Jeti itu dekat-dekat dengan Medan Asam Pedas itu-lah Kadok. Kau masuk situ terus boleh jumpa.


Ainin,
Kalau ada lebih-lebih hantar-lah ke rumah saya ye. Memang-lah kepalanya yang orang cari, badannya tak mencabar. He he he!


Kak Sri Diah,
He he he. Terung yang bulat kecil-kecil itu kan? Susah juga nak cari terung itu sekarang. Tempat saya panggil apa entah, tak ingat.......


Cik Ketumbar,
O, dekat ek. Rumah mana satu ek? Kalau tau hari tu singgah....... He he he..

Dah orang Parit Jawa, mestilah kenal Wak Bejo. :D

Kalau tak salah, ikan Belukang pun lebih kurang macam ikan mayong kan bentuknya?


Qama,
Insya-Allah. Kalau ada kereta sukan warna ungu singgah beli sayur, bukan orang lain-lah tu. :D


Amora,
Semasa masih mereka ada ini-lah kena jengok selalu. Bukan begitu? :)

Bila apanya? He he he!


meen,
Waalaikumusalam.

Ooo, macam familiar ek... :D

'Tutup-tutup muka' ada banyak maksud. He he he!


ayu mkay,
Masakan emak sendiri memang sakti. :)

Ada lagi. Sampai bonyok-bonyok. Bawa balik ke KL pun tak sempat nak makan. :D

 

Rabu, Ogos 27, 2008 11:29:00 PG, Blogger ain fadzal

pau tanjung agas sedap, kan?

lagi satu, mee bandung muor...

pergh... menyelerakan.

 

Rabu, Ogos 27, 2008 11:55:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ok apa bahasa arab... jumjumatun, bro! hahaha

 

Rabu, Ogos 27, 2008 12:37:00 PTG, Blogger pB

lain kali .....


buah tangan dari kampung tu lebih lebih sikit...

pas tu hantar kat puchong perdana ...


ada boleh ker???

 

Rabu, Ogos 27, 2008 12:43:00 PTG, Blogger zwitterion

baru nak tanya ikan mayong tu ikan apa, dah ada yg tanya..

sedapnya asam pedas tu..:)

 

Rabu, Ogos 27, 2008 2:37:00 PTG, Blogger benludin

wow...!

peberet wa sambal petai tu...perghhh..tangkap leleh siot

 

Rabu, Ogos 27, 2008 3:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ain,
Ye ke? Tak pernah rasa lagi pau Tjg Agas. Nak kena cuba nanti nih :D

Mi bandung Muor memang tak boleh lawan-lah. :D


lee lin,
Jumjumatun, roksun, ainun...itu Bahasa Arab darjah satu tu. He he he!


pb,
Boleh. Kalau buah dari kampung memang selalu bawa lebih. Tapi segan-lah nak hantar. Gantung dekat pintu pagar boleh? He he he!


Zwit,
Orang kata, kalau tak pernah makan asam pedas Pt Jawa, macam tak lengkap hidup. Itu orang katalah.. He he he.


benludin,
Lagi-lagi kalau makan dengan jemput-jemput dengan kopi 434. Pergh!

 

Rabu, Ogos 27, 2008 6:12:00 PTG, Blogger Sya

Kerana BP lah kak sya kena cari ikan mayong buat masak asam pedas.. pernah makan telur ikan mayong goreng tak?

 

Khamis, Ogos 28, 2008 9:10:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Sya,
Dah masak ke belum? He he he.

Setakat ini rasanya belum pernah lagi makan telur ikan mayong goreng. Sedap eh...

 

Khamis, Ogos 28, 2008 10:30:00 PG, Blogger Alpha

Masa aku sekolah agama dulu...subjek kegemaran aku ialah Tawarikh dan subjek letih aku sama dengan ko...bahasa Arab!

p.s. Apa keadaan 'N' sekarang? Dah berapa anak dia? Hahaha

 

Khamis, Ogos 28, 2008 6:33:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP & lee lin
wlpn tu bahasa arab darjah 1 tapi jumjumatun tu ler yang diingatnya sampai sekarang.. hehehe

klasik sungguh

~cik ketumbar @ chuq~

 

Jumaat, Ogos 29, 2008 2:20:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Seperti selalu, gambar-gambar yang berjiwa dan meredup hati kala menatapnya :)

 

Jumaat, Ogos 29, 2008 10:37:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Alpha,
Aku pun suka, terutama bab-bab sejarah tokoh-tokoh dan pahlawan perang Islam. Tapi tengok cikgu yang mengajarnya juga. Kalau setakat membaca dari kitab bosan juga. He he he.

p.s 'N'? 'N' mana yang kau maksudkan ek?


Cik Ketumbar,
Ya betul! Melekat sampai sekarang. He he he!


B Rampai,
Waalaikumusalam BR.

Terima kasih.

Melihat yang tersurat dengan mata, membaca yang tersirat dengan jiwa dan minda. :)

 

Jumaat, Ogos 29, 2008 10:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Oh ... Inche BP bdk SMAKJ ye?

Saya ada gak 2-3 org kawan dari sekolah itu ... Agaknya kamu kenal ke tidak dgn mereka ya?

Hmmm ... sambal tu cam besh je ...

Tapi, apa yg bonda masak memanglah teramat sedap ...

 

Ahad, Ogos 31, 2008 6:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

picha,
SMAKJ? Bukan. Saya bekas penuntut STM dan SMSM.

Sekolah agama kerajaan Johor yang saya maksudkan dalam cerita saya itu sekolah agama selepas habis sesi sekolah kebangsaan atau sekolah menengah. Diwajibkan bagi semua pelajar negeri Johor.

:)

 

Selasa, September 02, 2008 12:16:00 PTG, Blogger ubilepih

waduh..waduh tegok lu punye photo sambel n lauk pauk bikin kecur airliur gua bro..ha..ha..pose-pose ni kacau..ha..ha

 

Selasa, September 02, 2008 12:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Alamak, sudah salah la saya?

Arkk .. termalu kejap. Tapi x pe, kini saya tahu sudah ada 2 jenis SKA Kerajaan Johor itu ...

Ermmm .. selamat berbuka puasa.

 

Selasa, September 02, 2008 2:46:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

paradise,
Jangan ditengok lama-lama. He he he!


Picha,
Tak apa. Bukan kena denda pun. He he he!

Selamat!

 

Rabu, September 03, 2008 6:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

SAKJ tak wajib lah bro. Ada juga mak ayah yang tak hantar mereka ke sana.

Biasanya anak orang yang berkereta besar, katanya biar anaknya jadi doktor dengan kelas guru berbayar bulanan.

Kan? Ada kan?

 

Jumaat, September 05, 2008 9:13:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sang Pelangi,
Masa kami dulu dianggap wajib. Maklumlah kami orang-orang kampung. :)

Ha'ah. Memang ada orang macam itu. :)

 

Jumaat, Oktober 03, 2008 1:15:00 PG, Blogger chemad

kereta antik tu milik nyonya salon, kedai kurus badan kat parit jawa tu. tak jauh dari kedai suratkhabar Arwah Wak Biran.