Adik-adik saya. Itu gambar lama. Tahun berapa entah. Tak ingat.
Mie. Dia aktif orangnya. Pernah terpilih mewakili negara ke sukan SEA. Kacak macam abangnya juga. Hahaha! Dulu-dulu, di minggu-minggu awal saya berjauhan dari keluarga, mengikuti matrikulasi di KL, Mie tak henti-henti menangis, sampai demam-demam. Dipegang-pegang dan dicium-ciumnya baju saya sepanjang masa. Baju saya jugalah jadi selimut tidur malamnya.
Di USM. Mie sangat rajin menghantar sms kepada saya. Bertanya khabarlah kononnya. Tapi setiap kali mesejnya lebih-kurang sama. Kalau saya tak baca pun saya dah tahu apa yang ditulisnya. “Assalamualaikum. Abang XXX, Mie tengah pokai, nak pakai duit sikit. Duit studio, presentasi, minyak motor, bla bla bla. Sekian. Terima kasih.”
Ifa lain pula. Dia sangat pemalu orangnya. Pun macam abangnya juga. Hahaha! Semasa enam tahun, Ifa tak nak ke Tadika. Tak nak sungguh! Dia meronta-ronta, menangis-nangis. Entah apa yang ditakutkan di Tadika itu entah! Setiap kali emak hantar, Ifa akan ikut emak balik rumah semula. Sekali, emak hilang sabar. Emak celup kepala Ifa ke dalam tempayan. Tercungap-cungap Ifa dibuatnya. Kasihan Ifa.
Saya harap jangan-lah Mie dan Ifa terjumpa blog ini.
He he he!
II
Kelmarin saya menerima sepucuk surat berdaftar. Saya ingatkan surat saman. Rupanya dari Presiden Kelab Peminat Novel ALAF 21, Abang Long. Dia mengirimkan novel Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid [RAM]. Terkejut juga saya kerana saya tak pernah memesannya dan saya bukan ahli kelab itu. Saya terus menelefonnya. Itu percuma, katanya. Terima kasih banyak-banyak Abang Long. Saya sangat menghargainya.
Sejujurnya, saya belum pernah membaca novel-novel terbitan Alaf 21 dan karya RAM sendiri. Bila sudah ada yang sudi memberi, saya juga akan sudi menerima dan membacanya. Terima kasih sekali lagi Abang Long.
III
Oh ya! Anugerah ini juga untuk semua sobat yang singgah di blog ini. Ambil-lah. Jangan malu-malu pulak.
TTFN
Label: Buku, Retrospektif
Khamis, Ogos 28, 2008 10:29:00 PG, muor76
pendidikan yg baik dan penggunaan aqal yang baik (sile gunekan otak kanan dan kiri)akan membuatkan seseorang itu menghargai bende atau seseorang yg berade disekeliling nyer.. cume kadang kale.. nafsu atau perasaan akan menafikan penghargaan itu..
eh bile ko nak cite pasal anak lak? jgn lak cite pasal anak tekak atau anak mate atau anak sedare... kekekek
novel? aku tak bape minat novel.. novel yg aku bace pon cite pasal pejuang, perang, komunis, sejarah dan yg memenuhi citerase.. kat umah byk novel.. bini aku nyer.. aku ingat nak jual arr nanti... padan muke bini aku.. pastu mesti bini aku ngarok tak ingat nyer..
anugerah? anugerah nih best kalo dikongsi kegembiraan nyer ngan org lain.. yer ler.. kalo dpt anugerah seorang isteri kene ler jempot kengkawan.. nanti dpt lagik byk anugerah.. kalo dpt anak pon kene bagitau kengkawan.. nanti anak tu dpt gak anugerah..
sesuatu anugerah tu tak bermakne kalo kite tak hargai... camner nak hargai.. seperti bese.. gune otak kanan dan kiri.. heheheheh
Khamis, Ogos 28, 2008 3:42:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mudin,
1. Basikal itu cuma tinggal kenangan. Bangkainya pun entah di mana. :)
2. He he he! Masa aku dulu langsung tak mampu nak pakai telefon bimbit.
Si Kachak,
Yang pasti bukan acara bina badan. He he he!
Aku tak ikut karya RAM, jadi aku tak tahu perkembangannya. Nnati aku baca dulu. Kau nak pinjam boleh. Kirimkan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri. Ha ha ha!
Crazy beau,
Waalaikumusalam.
Memang klasik. :)
Nonie,
Kau belum tengok gambar aku lagi tu. He he he!
Muor,
Kau ni mengulas ke buat entri. He he he!
Aku pembaca novel yang hampir-hampir tegar. Tapi tak semua novel aku baca. Kira selektif-lah juga. Banyak novel yang tengah menunggu giliran untuk dibaca. Sekarang tengah baca The Kite Runner. Bini kau baca novel macamana ek? Buat apa nak jual. Bagi aku jer-lah. He he he!
Apa cerita Ferri Anugerah Makmur sekarang ek? He he he!
MR,
Memang. Lagi-lagi gambar kandid. :D
Achik,
Blook 'Gangguan Teksual' itu pun saya dah sorok jauh-jauh. He he he.
Khamis, Ogos 28, 2008 4:00:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kel@mbu,
Silap-silap emak aku boleh kena dakwa sebab mendera agaknya. [Maaf mak, orang gurau la.... He he he]
Cikin,
Nasib baik tak lemas ek. Aku tak kena, sebab aku suka pergi Tadika masa itu. Sikit pun tak nangis. He he he!
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.
Saya pun dah bekerja tuan. Boleh-lah bantu mana yang termampu. :)
Semua blogger briliant tuan. Kalau tak briliant, tak kan boleh tulis dalam blog. :D
Atiqah,
1. Pantang dengar kacak... Lelaki kacak biasanya dah berpunya. Ha ha ha! Tak apa, nanti saya tanya-tanyakan.
2. O, ada yang pertama dan kedua ek.
3. Sekejap musim tag, sekejap musim anugerah.
Tasik,
Tak apa. Kalau gigih lagi boleh masuk Olimpik. Kalau dapat emas boleh dapat RM1 juta. Dapat pencen seumur hidup. Dapat gelaan Datuk lagi. He he he!
Cikliah,
Salam kembali.
Buku itu bila berkesempatan akan saya baca juga nanti. Insya-Allah. Banyak lagi novel tengah menunggu giliran untuk dibaca. :D
Jumaat, Ogos 29, 2008 9:50:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Tak. Main bola dot dot dot. :D
Kak WL,
Alhamdulillah. Kami semua 7 beradik. Rezeki saya agaknya sahabat2 bermurah hati nak hantar buku secara gratis. :)
Syyy....Jangan cakap kuat-kuat, nanti si Kachak tu dengar. He he he!
Rajuna,
Selagi bernama manusia bro'. Rambut sekarang pun dah tak berwarna hitam, dah berwarna warni, inikan pula hati.
Kesilapan. Mana ada manusia yang sempurna. Satu jari menunjuk kepada orang lain, 3 lagi jari menunjuk kepada diri sendiri. Kan? :)
[Errr.. Kita cerita pasal apa ni ek? :D]
xiiinam751,
Saya anak sulung, tak ada abang atau kakak nak pau. He he he.
B Rampai,
Waalaikumusalam BR.
Gambar itu nampak satu. Tapi ada beribu-ribu kisah yang tak nampak di sebaliknya. Sama-sama. :)
Kawaii,
Ha'ah.
O, saya tak pernah jejak kaki pun. :D
Sabtu, Ogos 30, 2008 5:40:00 PTG, aNIe
Aduuuuhhhh!!! Rindunya pada blog BP...lama akak tak dpt meluangkan masa ke mari...alhamdulillah...akhirnya dpt juga membaca coretan BP hari ni...
Terus skroll ke gambar2 ketika balik ke Muar tu...spt selalu akak suka tgk gambar2 kat blog BP...banyak yang mengundang kenangan silam...
Ikan mayong tu ikan aper eh?
Kalau BP adik yang sms mintak duit...akak ni anak pulak...asalkan sms aje...dah tau dah apa hajat dia...hehehe...
Semoga BP dah sihat...manja2kan lah diri tu...kita kan dah nak puasa...semoga sihat walafiat menyambut Ramadhan nanti...
SELAMAT BERPUASA Dari akak....
Ahad, Ogos 31, 2008 6:51:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Amora,
Macam-macam yang kita rasa bila diingat2 balik cerita lama-lama :)
Sobat = sahabat. Pinjam istilah bro' Gayour. He he he.
Trimas!
nbk,
Tak boleh letak nama betul. Takut nanti adik-adik aku 'google'kan, terjumpa pulak blog ini. He he he!
KadOk,
Minggu pertama saja Ifa liat ke Tadika. Lama-lama dia ok. :D
Penoreh,
Waalaikumusalam.
Mana pergi biasiswa / loan kau? Kau buat joli eh...He he he!
Benludin,
Banyak prosedurnya:
1. Muat turun MP3 lagu yang kau suka.
2. Kau kena convert lagu itu ke format WMA menggunakan MP3 ---> WMA converter. [Muat turun mana-mana converter percuma di internet]
3. Kemudian muat naik ke file hosting contohnya filefreak.com dan tukarkan ke bentuk tag [IMG]
4. Salin dan tampal link dalam bentuk tag [IMG] itu ke skrip HTML pemain MP3 [yang macam di side bar aku ini] atau kau boleh guna mana-mana Music Code Generator.
5. Letakkan di side bar blog kau.
Memang leceh sikit. Selamat mencuba!
Buruuj,
Waras. Alhamdulillah.
Embuh2 sedulur. :D
Mak Su,
Isk! Tauke balak pun boleh bankrap kalau macam nih.
Ahad, Ogos 31, 2008 7:16:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Flush,
Itu gambar yang asli. Aku cuci semula negatifnya, jadi macam itu pulak warnanya.
Sesekali kau-lah pulak pau dia. He he he!
Arts,
Owh. Aku memang tak pernah baca novel2 dia. Novel2 Alaf 21 pun belum pernah baca.
en-me,
Aku rajen boco novel. Pirang2 novel nang omahku. Saban bengi arek turu boco novel ndisek. Tapi novel2 seng aku sukak wae la.
ad3ck,
Ambil, jangan tak ambil. Jangan lupa kasi tau emak kau sekali ye. He he he!
Yok terawih!
Kak Lady,
Rindu pada blog tak apa, jangan rindu pada orangnya. He he he!
Ikan Mayong. Kak Sya kenal kalau tak salah. Hari itu dia kata dia pun nak masak asam pedas ikan mayong. He he he. Cuba klik SINI. Mamat itu bukan saya. Saya cuplik gambar itu di internet.
He he he. Biasa-lah.
Alhamdulillah. Saya ok. Selamat berpuasa juga buat Kak Lady sekeluarga.
Eisraa,
Salam kembali.
Gambar biru itu gambar laut ek He he he!
Banyaknya soalan. Nak kena jawap ke ni? He he he!
Keng,
Waalaikumusalam.
Selamat berpuasa. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan 1429 ini diberkati Allah. Ameen.
Rudy,
Kebetulan aku dah bekerja Rudy. Boleh-lah bantu mana yang mampu.
Beruntung adik-adik aku. Aku dulu pun susah. Aku pun anak sulung, nak minta-minta pada emak dan abah, diaorang pun bukan berduit. Upah menoreh berapalah sangat.
Azzam,
Entah dia. Suka makan tempe kot. He he he!
1. Aku suka gambar kat atas tu. Klasik.
2. Cerita adik kamu Mie sama dengan cerita adik aku Sepol ( bukan Sepol si Ponggong Bernanah). Bezanya, adik kamu lebih berduit dari adik aku. Sepol, SMS pun tak mampu. Misscall saja. Itupun guna henfon kawan. Haha!