Jumaat, September 26, 2008
I

Hari Raya tak lama lagi. Mael Keding dah ada seluar jean baru. Johan dan Camik pun. Asri juga. Cuma saya yang belum ada lagi.

Saya tanya emak, boleh tak saya beli seluar jean. Emak kata, emak tak ada duit. Emak kata lagi, pakai sajalah seluar yang ada. Tapi takkanlah saya nak pakai seluar panjang sekolah yang warna hijau itu untuk pergi beraya. Malulah saya dengan kawan-kawan nanti.

Saya tanya pula pada abah. Abah kata, abah pun tak ada duit, abah belum jual getah lagi. Lagipun upah menoreh getah berapalah sangat. Tak payah beli seluar baru, pakai saja seluar yang ada, kata abah. Macam emak cakap juga. Saya hampa.

Hari itu saya berkecil hati. Sangat berkecil hati. Walaupun saya tahu emak dan abah memang tak mampu membelikan saya seluar jean baru. Bukan sengaja tak mahu membelikannya untuk saya. Saya yang sengaja tak mahu faham. Seharian itu saya tidak balik ke rumah. Saya merajuk. Saya duduk menyepi dan menyendiri di tepi jalan. Saya menelusuri lorong laluan lori dan gerabak kelapa sawit yang gelap dan sunyi di hujung kampung.

Malam itu saya tak berkata sepatah perkataan pun sewaktu berbuka. Saya tidak mahu bangun bersahur. Saya benar-benar berkecil hati.

Keesokan harinya, emak mendekati saya. Emak menghulur RM20 kepada saya. Saya tak bertanya pun dari mana emak mendapat duit itu. RM20 bagi orang susah seperti kami sudah terlalu besar nilainya waktu itu. Dengan RM20 itulah saya berbasikal ke pasar lambak di pekan Parit Jawa. Saya membeli sehelai seluar jean. Saya masih ingat lagi, seluar jean jenama Texan, berwarna hitam. Itulah seluar jean pertama saya.

Ah! Kenangan itu. Kalau diingat-ingat bisa menggugurkan air mata.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

II

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI kepada semua peminat [Ha ha ha!] dan semua sahabat blogger BLACKPURPLE @ JOWOPINTER.

MAAF ZAHIR & BATIN.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/26/2008 12:27:00 PTG. |


63 Ulasan


Jumaat, September 26, 2008 2:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Pengorbanan orang tua memang tiada nilainya… Sebab itu jangan sekali-kali derhaka dan menyakiti hati keduanya… Sebab itu juga I amat marah bila anak-anak bersikap tak pedulikan orang tuanya semasa hayat mereka masih ada…

Uih… Kecik-kecik dah tere merajuk ek… I pun tak merajuk sampai macam tu, keskeskes… :p

Padan la bila dah besar dan berkemampuan ni, kalau nak raya jer, nak beli jeans baru ek… :p

Lama tak tengok baju batik jawa tu… Baju dan blangkon tu sekali je ke pakainya? Keskeskes… Kat kampung i, adik lelaki dan sepupu2 memang pakai blangkon ni untuk raya pun…

Selamat hari raya buat u dan keluarga… Semoga bahagia di hari yang mulia itu nanti… Berhati-hati semasa dalam perjalanan pulang… Jangan lupa had laju yang telah kita persetujui… :D

 

Jumaat, September 26, 2008 3:03:00 PTG, Blogger Deo

Selamat hari raya, maaf lahir dan batin bro.

 

Jumaat, September 26, 2008 3:04:00 PTG, Blogger Unknown

smart beraya dgn belankon tu.. ala2 retro jawa gitu.. aku pun punya satu.. cenderahati dari teman..

psst.. jean tu berbelang sendat tak? berkasut aliph sekali.. hahaha teringan kugiran racun (poison) tu

 

Jumaat, September 26, 2008 3:16:00 PTG, Blogger cujern

seluar jean pertama saya berjenama jagger...huhu

 

Jumaat, September 26, 2008 4:11:00 PTG, Blogger muor76

kire ok ape dpt beli jeans sendiri.. walaupon tak bape mahal..
aku dulu pakai wrangler.. boot cut.. org bagi siot...sepupu aku bagi, dia dah tak muat.. tapi memang dah cukup ranggi arr aku rase.. mungkin sebab tu aku suke bundle kot..

2 perasaan.. 1- perasaan gembire kerna dpt ape yg dikehendaki (walaupon sebelum tu mulutnye moncong) ke2- perasaan gembire kerna dpt menggembirekan perasaan yg tak gembire...
begitu ler kasih org tua pade anaknyer.. cube memenuhi permintaan anak dia.. dan yg pasti mak bapak akan gembire tak terhingga bile dpt menggembirekan anaknyer.. (cam aku dptkan teddy bear tok anak aku kat funfair.. gembire siott)

black.. mak bapak ko pernah menggembirekan ko.. ko pon mesti pernah menggembirekan mereka.. tapi bile ko nak menggembirekan sesorang dengan mendapatkan teddy bear kat funfair? kekekekekek atau seseorang menggembirekan ko dengan menghadiahkan sesorang utk ko gembirekan?

 

Jumaat, September 26, 2008 5:04:00 PTG, Blogger Pa'chik

ko macam anak sedara aku yang lapan bulan tu lah... kena marah ngan mak dia... terus merajuk... gi nangis kat tepi dinding sensorang.. panggil pun wat tak tau...
:)

samat ari raya dude... jumpa sekak, ko siforkan je dia...

 

Jumaat, September 26, 2008 5:38:00 PTG, Blogger Mdm.Zend

Saya percaya kamu anak yang baik kerana kamu sedar...

juga saya percaya..kamu hensom...

 

Jumaat, September 26, 2008 6:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Kasih sayang emak dan abah. Susah macamanapun akan cuba juga penuhi kemahuan anaknya. Anak emak dan abahlah katakan. Hehehe!

Merajuk bertempat tak apa. :D

Baju batik dan blangkon itu pakai pun untuk sesi bergambar saja. Nak pakai untuk berjalan-jalan, macam nampak telalu kejawaan sangatlah pulak :D

Sama-sama. Moga-moga. O, kelajuan tak lebih 170km/j itu kan. Ha ha ha!


Deoughtred,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk kau sekeluarga juga. Maaf zahir & batin. :)


Penoreh,
Aku tengah mencari saat yang paling sesuai untuk pakai blangkon itu di tempat awam. :D

Jean itu aku ketatkan kat bahagian peha dan betis. He he he!


Flip,
Oklah tu. Janji seluar jean. :D


Muor,
Aku pun tak tau seluar jean yang aku beli tu original ke yang tipu punya. He he he! Tapi bangga dan riak gila bila pakai!

Aku, sampai sekarang pun. Kalau aku nakkan sesuatu, apa-apa sajalah, aku akan cuba dapatkan. Dan aku jarang gagal. :)

Macamana emak dan abah aku dah gembirakan aku masa aku kecil dulu [walaupun dengan segala kepayahan dan air-mata], macam itulah aku nak gembirakan diaorang semasa diaorang masih ada lagi. Insya-Allah. :)

Aku tak mainlah fun fair Muor. Dulu-dulu pergi fun fair pun sebab nak tengok konsert jer. He he he!


Pa'chik,
He he he!

Selamat Hari Raya Pa'chik. Aku macam dah boleh agak yang si Sekak tu tak akan balik kampung juga tahun ini. Kesian Wak Nah.


Mdm Zend,
Dulu mungkin kurang sedar. Maklumlah jiwa remaja. Sekarang, alhamdulillah. :)

Yang itu saya pun percaya. He he he!

 

Jumaat, September 26, 2008 8:12:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Wah..dapat gak eh jeans baru di hari raya. :)


Selamat hari raya bro!

 

Jumaat, September 26, 2008 9:47:00 PTG, Blogger kad0k.

slmt hari raya en bp...bwk kete elok2 kalau pulang ke muo tu..:)

 

Jumaat, September 26, 2008 11:12:00 PTG, Blogger jagoan

Selamat Hari Raya :D
Maaf Zahir BAtin

 

Jumaat, September 26, 2008 11:29:00 PTG, Blogger Unknown

selamat ari raya bro! yahuu...!!

 

Jumaat, September 26, 2008 11:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Aku, sebelum berkahwin, malah sejak dari sekolah menengah lagi... tidak pernah ambil kisah baju apa yang hendak dipakai pada hari raya. Yang mana ada, itulah yang dipakai.

Tapi sejak tiga tahun bergelar suami, setiap tahun dipaksa membeli baju baru oleh Ummu Adam. Kononnya mahu pakai sedondon. Tapi tahun ini, aku berkeras tidak mahu beli baju baru. Baju majlis sambut menantu ketika kahwin dulu masih elok dan cantik. Boleh dikira dengan jari satu tangan kekerapan aku memakainya setelah tiga tahun berlalu.

Tapi perempuan... hrmm..

Heh! :D

 

Sabtu, September 27, 2008 12:43:00 PG, Blogger addyaholix

Banyak kenangan waktu dulu.
Selalu mintak itu ini.
Ayah selalu marah.
Aku kerapkali merajuk.
Tapi bila ayah balik, mesti ada sesuatu untuk aku.
Mak pon sama.
Memang mak suka berleter entah apa-apa.
Tapi aku tahu kasih mak dan sayangnya ayah pada aku.
Hati terdetik entah bila mampu aku balas semuanya.

Salam idulfitri ayah mak !

 

Sabtu, September 27, 2008 1:02:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.

 

Sabtu, September 27, 2008 2:07:00 PG, Blogger kawaii_desu

dulu kecik2 kita tak faham erti susah, ertipengorbanan... bila dah tua2 ni lah nak balasjasa...
tupun ada yg lupa terus...

 

Sabtu, September 27, 2008 5:12:00 PG, Blogger ckLah @xiiinam

Anak bujang aku tu...entah apa yang dinaknyatiba-tiba je ngambek....pening kepala aku...
Takkan dia nak seluar jean Texas gak kot...

Dah ada anak ni, baru ku tahu langit tu tinggi rendah....Dulu dalam bab buat2 tak faham dengan kesusahan mak yang ada 10 anak tu...aku ada juga 'terrrrbuat'. Maaaaaaak. Hu..hu..Lagi memaluuukan. Cis,buduh sungguh!!

 

Sabtu, September 27, 2008 6:19:00 PG, Blogger zino

zaman zino kanak kanak dulu seluar baju di tempah di kedai cina kat pekan berhampiran kampong tu..tempah awal berbulan sebelum raya..

baju melayu sepasang baju kemeja dengan seluar pun di tempah.. lepas tu ayah boleh bayar ansur kat kedai tu..10 inggit ke.. 20 inggit ke yg penting bila time tak ambil baju tu semua bayaran ayah dah settle kan..

ada satu masa dulu kasut pun ayah tempah.. masa tu tempah dengan kedai buat kasut askar kat PD..ingat lagi masa tu darjah tiga tokei tu minta zino pijak atas kertas dia pun lukis ikut kaki zino hehe.. sampai darjah 6 zino pakai kasut yg sama hehe

 

Sabtu, September 27, 2008 10:37:00 PG, Blogger tasekM

bila masa kecik2 dulu asyik tak dapat apa yang dihajati, aku cenderung untuk memberikan apa sahaja kepada anak aku. aku tak mahu dia rasa apa yang aku rasa.

tapi sebenarnya aku tau, cara aku juga tak bagus...

 

Sabtu, September 27, 2008 10:58:00 PG, Blogger TokNabe

Selamat Hariraya Aidilfitri BP. Hati2 memandu balik muor, cukuplah dgn hadlaju 170km/h tu.

 

Sabtu, September 27, 2008 11:17:00 PG, Blogger Brader Black

Kalau aku mintak nomor telpon ko,
dan ko xmo bagi,
pastu aku merajok sebagaimana ko merajok,
adekah ko akan berlembut hati ntuk bagi aku nomor telpon ko?


Selamat Hari Raya bro.
Kem salam sama keluarga ko nanti.

dan, dan,

Don't Drink n Drive.

 

Sabtu, September 27, 2008 8:21:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Sabtu, September 27, 2008 8:22:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

bp,

Godog kupat nang ngisor ondo;
Godong nipa digawe atep,
Salah silapku jalok ngapuro;
Ketemu meneh nang taun ngarep.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

Ahad, September 28, 2008 6:13:00 PG, Blogger silversarina

salam,

kisah yang buat akak sebak...

SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR BATIN.

Wah, kalau bp pakai baju jawa ni pasti jadi tak pemalu dah , lelaki jawa terakhir ... hehehe.

 

Ahad, September 28, 2008 11:46:00 PG, Blogger MOKCIK AZWA

Budak2, tahunya merajuk saja kalau kehendaknya tidak dipenuhi hahahaha

Gambar memakai baju Jawa tu memang kacak sekali muahahaha...

Selamat hari raya aidil fitri, maaf jika ada terlanjur perkataan, terkasar bahasa dari akak untuk BP. Semoga bergembira beraya dengan seluar jean hhehehehe

 

Ahad, September 28, 2008 12:10:00 PTG, Blogger ubilepih

ha..ha..ha..gua penah ada pengalaman berayer dgn seluar sekolah ijau n tshirt Fruit of looms jer bro..ha..ha...klu teringat sah2 leleh airmata..tambah sahdu bila emak wa dah arwah ni..isk..isk..
Selamat Hariraya Bro...maaf klu ada silap bahasa gua sepanjang blogging.

 

Ahad, September 28, 2008 7:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Erm ... saya pertama kali pakai jeans masa terlepas ke matrikulasi pada umur 18 tahun ... sebelum tu tidak dibenarkan pakai oleh mak saudara yang menjaga (alasannya ada sangkut-paut dgn rasa kewanitaan) ...

dan jeans itu adalah berian seseorang ... kalernya huduh .. tapi, sebab dia sebuah berian, ia tetap menjadi kesayangan saya ...

Dasat ye orang kalau kecik ati ni? Hmmm ...

Encik BP,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Aidilfitri ini menjadi sebeanr keraian untuk usaha Ramadhan kita.

Kullu 'aam wa antum bikhair.

P/s: Kawan jawa saya ajar, kalau nak cakap ucap raya .. cakap "Salam Dino bodoh ..." errr ... betul ke ajarannya tu?

 

Ahad, September 28, 2008 11:07:00 PTG, Blogger me3n

selamat hari raya. maaf dzohir batin. selamt bercutiiiiiiii! esok ku kerja lagi huhuhu.

 

Ahad, September 28, 2008 11:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

selamat hari raya. maaf zahir batin.

 

Isnin, September 29, 2008 12:58:00 PG, Blogger gayour

salam aidil fitri buat wak. moga selamat dan bebahagia di aidil fitri. taun ni masih solo, mungkin taun depan beraya kat kampung/rumah mentua plak. heh!

maaf zahir dan batin atas salah dan silap.

 

Isnin, September 29, 2008 6:38:00 PG, Blogger de_kerinchi

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya sekeluarga...

semoga diberkati Allah s.w.t

 

Isnin, September 29, 2008 7:20:00 PG, Blogger 13may

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

 

Isnin, September 29, 2008 8:18:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

itulahkan kasih ibubapa dekat anak2..

 

Isnin, September 29, 2008 1:12:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

kenangan lama sebagai pengajaran wak.

saya ambik kesempatan ni untuk mengucapkan selamat hari raya buat wak purp sekeluarga. maaf zahir dan batin. lepas2 raya ni kalau ada nampak saya kat mana2, tegur je wak, jgn malu. saya nak cam muka wak pun macammana, tau2 lah...hehehe...

drive safely, brother.

 

Isnin, September 29, 2008 1:56:00 PTG, Blogger Unknown

itu la namanya kasih ibu ayah pada anak. kalau boleh nk d tunaikan segala permintaan....bila dah besar mcm ni teringat kisah tu mmg skang jugak nk balik kg....

selamat hari raya maaf zahir dan batin...

 

Selasa, September 30, 2008 7:51:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam Aidilfitri BP,

Semoga kenangan Ramadhan dan Syawal mengajar kita menjadi manusia yang lebih berjiwa murni.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin :)

 

Selasa, September 30, 2008 10:01:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

bro,walau pun gua tak pernah alami macam cerita lu ni,tp bila baca memang berlenang air mata gua.
slamat hari raya bro.jasa diorang jangan dilupa.

 

Selasa, September 30, 2008 10:13:00 PG, Blogger Hasrul Halid

kang Mas, Selamat Hari Raya.... Keskeskeskes!

 

Selasa, September 30, 2008 4:19:00 PTG, Blogger cakapaje

Salam Aidil Fitri JP,

Semoga selamat perjalanan. Maaf Zahir dan Batin.

 

Selasa, September 30, 2008 4:25:00 PTG, Blogger artisticklytouch

selamat hari raya....maaf zahir dan batin

 

Selasa, September 30, 2008 10:16:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Semoga ceria bersama keluarga.

 

Rabu, Oktober 01, 2008 11:59:00 PG, Blogger hakim dirani

Saudara, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

memang benar cerita anda buat saya juga tersentuh.

 

Jumaat, Oktober 03, 2008 6:50:00 PTG, Blogger sinaganaga

My 1st jeans = Texan juga. HA HA.

 

Ahad, Oktober 05, 2008 7:11:00 PG, Blogger BaYu SenJa

Selamat Hari Lebaran.
minal A'idiin wal Faizin..
Kullu Am wa Antum bi Khair.
Maaf Zahir dan Batin.

 

Isnin, Oktober 06, 2008 2:06:00 PG, Blogger akirasuri

Selamat Hari Raya Bro..
Maaf zahir batin.. :)

 

Isnin, Oktober 06, 2008 12:16:00 PTG, Blogger t.a.t.a

hamba yg baca ni pun bisa saja gugur air mata nya..

apapun itu semua adalah kenangan. kenangan yang tiada tukar ganti dan tiada nilainya. huhu.

*aku emo!

 

Isnin, Oktober 06, 2008 1:03:00 PTG, Blogger Mak Su

hhhmmm, budak2, mmg tak paham, nanti pakat2 merasaler perasaan parents bila kita-kita ni dah ada anak pula.

take care, selamat hari raya, maaf zahir batin jika ada terkecilkan hati kamu ruangan komen/blog.

 

Isnin, Oktober 06, 2008 1:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam BP :)

kenangan kesusahan masa lalu memang bisa menggugurkan airmata.

selamat hari raya. maaf zahir batin.

* balik beraya sorang lagi ke tahun ni? ;P

 

Isnin, Oktober 06, 2008 4:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

selamat hari raya & maaf zahir batin, dah besor ni takyah nak merajuk² lagi ye, hehe... takde gambar² raya kat kampung ke?

 

Isnin, Oktober 06, 2008 4:29:00 PTG, Blogger en_me

kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapak tiada tolok bandingnya..

kang, ngapuro seng akeh2, mugo2 diparengi waras, murahke rejeki, ojo lali karo bater2.. salammmz

 

Selasa, Oktober 07, 2008 12:45:00 PTG, Blogger KAMATO

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

 

Selasa, Oktober 07, 2008 3:27:00 PTG, Blogger achik

selamat hari raya en BP.. maaf kalai ada tersalah kata masa mengomen.. :)

masih cuti lagi ek?

 

Selasa, Oktober 07, 2008 3:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Samalah kita BP asal dari keluarga yang susah, Am dulu kalau dapat baju melayu dah mewah dah itu pun kalau tak silap 2-3 tahun sekali ganti, apa org kata tu, pakai sampai hancur. Seluar jean tu pun Am tak kenal lagi apa bendanya heheeh

Rasanya masih sempat ucap selamat hari raya dan maaf jika ada tersilap dalam meberi komen ya

PS: hensem BP ni ya, kurang sikit dari Am aja hehehe

 

Rabu, Oktober 08, 2008 3:18:00 PTG, Blogger Sya

Macam kes kak sya meminta skirt ngan mak aje.

Selamat Hari Raya BP...

kacak ke tidak BP ni.. kena tanya org tu lah

 

Rabu, Oktober 08, 2008 3:58:00 PTG, Blogger Rush Murad

masih cuti beraya ke? anyway, Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.....

Cerita2 raya Jowopinter di kampung pasti mengujakan...eeekkk?

 

Rabu, Oktober 08, 2008 9:17:00 PTG, Blogger asuhara sue

aku pun pernah kang,tapi udhu bodho la cerito neh. nang skolah aneng rombongan, abahku orak eneng dhuit, aku ngedrek arek lungo jugak...mbengi neh, mak ku kek ei dhuit.nek kilingan sedih dadi neh...susah payah eh wong tuo kito...

so, sempeno bodho ki, jaluk ngapuro seng akeh yo kang.

p/s: errr..dhuit royo ne eneng kang?ehehehhe

 

Khamis, Oktober 09, 2008 8:07:00 PG, Blogger Kak Long

adik saya bertahun beraya pakai seluar sekolah, pegi kenduri pakai seluar sekolah....tapi dia tak pernah komplen. tak tahu saya apa isihati dia waktu tu. sebabnya saya sibuk melayan perasaan sendiri as anak sulong, banyak bende nak pikir, camana nak baiki hidup kami sekeluarga bla...bla...Tapi kini saya tau, semua tu yang jadi kekuatan kami adik beradik dan kejayaan hari ini adalah kerana motivasi zaman kecik2dulu, hidup susah tu satu motivasi!

 

Khamis, Oktober 09, 2008 11:22:00 PG, Blogger Nonchalantly anxious

Boleh tak aku termenangis baca entry ini?

Bab toreh getah dan kesusahan tu sinonim jugak dgn zaman kanak-kanak aku.

Selamat hari raya anyway

 

Khamis, Oktober 09, 2008 3:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Hm... Dulu kecik-kecik kita suka bila raya. Bukan pasal apa, time tu baru dapat makan ayam dan daging puas-puas..

Sekarang raya ni bolehlah...ada suka ada duka... he he ...

Selamat hari raya yer... Hati-hati dijalan raya

 

Khamis, Oktober 09, 2008 4:04:00 PTG, Blogger benludin

bro,
bila mau update blog. Raya sakan nampak..hehe

 

Khamis, Oktober 09, 2008 5:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam bro..selamat hari raya maaf zahir batin..jalan terus...:)meorpestajiwa

 

Khamis, Oktober 09, 2008 6:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Assalamualaikum.

Salam Syawal. Kepada semua sahabat yang sudi mengulas dan mengucap Selamat Hari Raya di kotak ulasan ini, terima kasih yang tidak terhingga saya untuk kalian.

Semoga ikatan ukhwah dan persahabatan kita berkekalan.

Maaf Zahir & Batin.

:)