Cerita. Tujuh dalam satu.
II
Usai berdiskusi dengan pegawai-pegawai kanan bank yang telah dikomersialkan itu, Hj J membawa kami ke Restoran MZ Darul Naim, berhampiran Kampung Baru, KL.
Ya, pertama kali dalam hidup saya, saya makan budu bercili dan jeruk maman – saya pernah terbaca tentang jeruk ini di entri Abdullah Jones tak lama dahulu. Itupun setelah dipujuk rayu oleh Hj J. Tewas juga selera jawa saya.
Dan terus-terang saya katakan, saya tak pernah menyesal menjamahnya. Saya berjanji akan datang lagi nanti!
III
Ain baru membeli motorsikal. Beberapa hari sebelum Hari Raya, hari itu, Ain ke Kompleks Sogo. Dengan motorsikal barunya itulah.
Usai membeli-belah persiapan Raya, Ain pun mahu baliklah. Ain tercari-cari motorsikalnya. Malang. Motorsikalnya sudah hilang. Biasalah, KL.
“Brengsek!” Ain menyumpah.
Kasihan Ain. Belum sempat dia nak merempit puas-puas dengan motorsikal barunya itu.
IV
Saya nampak Emi membeli syampu. Syampu badan. Botol besar. Tak pernah-pernah Emi membeli syampo badan. Musykil juga saya. Jenis relaxing and moisturishing pula. Wah! Selalu Emi pakai sabun mandi buku saja.
Tapi Emi tak menyimpan syampunya itu di dalam bilik air tapi di tepi rak kasut, bersebelahan tempat dia meletak motorsikal barunya, yang dirantai dengan mangga besar di jeriji pintu.
V
UH [Sekarang UMMC]. Saya di sini. Memerhati, dalam diam dan senyap. Tangan-tangan bertopang, tubuh berkerusi roda, kaki-kaki berbungkus. Wajah-wajah pasrah dan mengharap.
Saya, dalam diam, dalam senyap. Mengharap. Agar Tuhan menghapus segala kesakitan-kesakitan manusia, yang panjang.
Pengharapan itu milik manusia. Penentuannya masih milik Tuhan.
VI
"Jika aku sudah memilihmu, yang lain sudah tidak bermakna apa-apa lagi bagiku. Aku maksudkannya.
U, Kalaulah aku boleh tulis namamu di sini."
VII
"Di dadamu yang bersih. Aku lakarkan warna-warna. Agar k....."
Lakaran itu belum bernoktah di situ.
TTFN
Rabu, Oktober 22, 2008 11:19:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Nonie,
Ye ke? Yang mana satu payah nak faham Nonie? :D
Nonie,
Kau nak hadiah apa? Rempah soto Adami? :D
Ms Cind,
O, ada bau ke. Tak perasan pulak hari itu. Tapi rasa dia memang pelik sikit la, kan...
Tasik,
Saya 7 kali ganda penat. :)
En. Penyu,
Silakan.... tapi jangan sampai melanggar akta hasutan :D
Kak Mar,
Hmmm. Ada yang selapis, ada yang berlapis-lapis maknanya. :)
Sihat itu agak subjektif juga sifatnya, kan?
ps: sekarang sudah tak tersalah sms lagi ek. :p
Pa’chik,
Kau mesti peminat Teacher’s Pet nih, kan. Mana pergi Maman sekarang ek?
Rabu, Oktober 22, 2008 12:57:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kak Sya,
Kehidupan selalunya begitulah kak Sya. Kita faham apa yang kita nak faham dan apa yang kita mampu faham sajalah. Takpun kita buat-buat faham sajalah. :)
Si Kachak,
Mula-mula aku ingat nak buat 27 dalam 1 cerita, takut nanti orang kata aku syok sendiri pulak. Ha ha ha!
Cerita kehidupan manusia, bersegi-segi, dan berlapis-lapis. Kau boleh tafsir dari sudut mana yang kau suka, atau lapisan mana yang kau kupas.
Kalau kau nak lebih faham, jangan malu-malu sms aku. :D
Tanpa nama,
Nak manja-manjakan motorsikal baru. :D
Zizie Ali,
Aku pun dah lupa macamana rasanya....
Cikin,
Tak apa. Kau baca dan fahamkan permukaannya saja pun dah ok. Aku sendiri pun dah tak faham apa aku nak cerita sebenarnya. :D
Ameen.
Kadok,
A'ah. Ada insuran, tapi banyaklah prosedurnya. Leceh!
Kak Anie,
Kehidupan manusia di dunia memang pendek, dan sarat dengan rahsia kak Anie. :)
Kita sama-samalah doakan. Ameen.
Rabu, Oktober 22, 2008 12:57:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
En Yunus,
Saya paling suka ayam percik kampungnya. Lauk yang lain-lain pun macam ngam dengan selera saya. :D
Saya tak perasan pula. Tapi memang orang Indialah. Hj J hulur resit makan di restoran itu, terus India itu bagi parking percuma. Hehehe!
Bayu,
Sesat tafsir cerita tak berdosa sdr. Bukan nak tafsir ayat A-Quran atau Hadith pun. :)
Tiqah,
Pandangan manusia kan tak sama. Kalau nak buat interpretasi lain-lain pun tak salah. Perbezaan pendapat itu bukan satu dosa. Kan?
Azwa,
Saya cuba-cuba rasa saja hari itu. Hehehe!
Tak apa. Dapat insuran nanti dia boleh keluar motor baru.
Tok Nabe,
Macamanalah agaknya rasanya ek. Boleh cuba tu Tok :D
Arts,
Terpulanglah pada tafsiran kau. Hehehe!
Rabu, Oktober 22, 2008 5:01:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Believeincinta,
Cuba googlekan. Banyak gambar-gambar ada. :D
ad3ck,
Kau fikir lain eh. Kotornya otak kau. :D
masy,
Dua cerita yang terakhir itu agak abstraks. Tentang kerjaya. Keterujaan. Dan keberserahan dalam membuat pilihan dan keputusan dalam kerjaya, kondisi berserah diri, beristikharah. :)
Cuba googlekan 'jeruk maman'. Banyak gambar-gambarnya di internet.
wear,
Budu dengan durian?
Kau googlekanlah....
Mdm Zend,
Cerita II? Yang pasal budu dan jeruk maman itu ke?
Errr.... Saya tak faham. Tak boleh baca secara literal cerita itu MZ. Nanti jadi lain maksudnya.
Insya-Allah. Doa-doakanlah :D
Zabs,
Waalaikumusalam tuan.
Sesuatu yang tidak kena? Tak adalah tuan. Saya cuma bermain dengan bahasa. [Rujuk jawapan komen saya untuk Masy di atas]
Khamis, Oktober 23, 2008 4:23:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Amora,
Err.... Apa yang 'awat'nya?
Rujuk jawapan aku untuk komen Masy. :)
Addy,
Kumpul jadi satu senang. :D
Si Kachak,
Itu aku baru jentik sikit, kau dah dihantui dengan tanda-tanya... Tak ada apa-apalah entri itu. Aku yang gatal, mengada-ngada bermain dengan bahasa.
Cuba kau baca jawapan aku untuk komen Masy ...
Eleh! Sikit-sikit nak mengadu sama Kak Mar.... Aku jotos karang baru kau tau.... :p
Pinat,
Jangan dikorek-korek, nanti jadi semakin dalam....... :D
Zwit,
Kau dah tengok gambarnya di blog Pa'chik, kan?
Ameen. Kau juga. :)
Arsaili,
Waalaikumusalam
O, tak pernah rasa juga eh...?
Jeruk maman...Hmmm.. tak reti nak terangkan. Cuba googlekan...
Kemat,
Lain kali, jom kita pergi makan sama-sama... :D
Jumaat, Oktober 24, 2008 9:12:00 PG, muor76
I.7? 7 petale langit 7 petale gunung, 7 hari seminggu 7 gunung 7 langit 7 rimba.. hehehe
II.budu? errmm tak bape minat
III. takde rejeki
IV. basuh moto kot
V. mudah-mudahan
VI. tak akan goyah
VII. harap harapan menjadik kenyataan..
blek.. ko amek mase 11 hari... lame gak tu.. tapi ade sorang kawan dah 27 hari.. masih lagi tak nampak dia..
mane dia yerk? harap dia sihat.. selalunye dia pertame.. semoge diri kengkawan aku dilindungi Allah..
Jumaat, Oktober 24, 2008 12:37:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mak Su,
Terima kasih :)
Poyo,
Mesti ada hikmah yang tersembunyi....
Muor,
Aku tambah. Dalam 7 perkara ada 7 perkara. 7 lapis langit, 7 bintang, 7 warna pelangi. 7 lapis bumi, 7 lautan. 7 aras neraka, 7 pintu. 7 surah yang panjang, 7 ayat faatihatul-kitaab. 7 anggota badan dan 7 peribadatan. 7 peringkat umur manusia, 7 kalimah. 7 negeri yang besar, 7 hari seminggu. :)
Dia kurang sihat Muor, sebab itu dia tidak memunculkan diri. Semoga dia, kau dan kita semua dilindungi Allah. :)
Al-Fatihah buat Allahyarham Samad Lefthanded.
ubilepih,
Ya, ya. Kalaulah semua manusia berfikiran positif dan boleh membaca hikmah yang tersembunyi, macam kau....
Nanti aku cuba...
Isk! Ke situ pulak kau...
PERGHHHH..penuh makna yang tersirat...agak payah aku memahaminya...