Khamis, Oktober 09, 2008
I
Dia sedang beradu. Lena. Dalam senyap dan diam saya pandang wajahnya. Cantik. Redup dan sayu. Di wajahnya tersembunyi seribu cerita. Suka, duka.

Saya kucup di dekat keningnya. Saya belai pipinya. Dalam senyap dan diam. Saya tak ingin mengganggu mimpinya.

"Aku ingin kamu tahu, jika Tuhan mengizinkan, aku sebenarnya tak ingin jauh dari kamu, aku ingin selalu dekat dengan kamu."



II
Selama beberapa hari, rumah berdinding dan berlantai papan dan beratap zink itu tak pernah sunyi dari keriuhan. Sabrina [9], Balqis [8], Haikal [6], Hakim [4] dan Haziq [3]. Lima orang cucu emak dan abah itu sudah cukup membuat rumah peninggalan atok itu bergegar, tunggang langgang dan bagai mahu roboh jadinya. Kalaulah rumah itu boleh bersuara, sudah meronta-ronta dan menjerit-jerit kesakitan agaknya.

Suara-suara, jeritan, ketawa dan tangisan bersilih ganti. [Itu belum lagi tangisan Qaisara, 3 bulan]. Anak-anak kucing juga terseksa dikerjakan kelima-lima mereka. Anak ayam itupun kalaulah tidak kerana kegarangan ibunya, pun habis dikerjakan mereka juga. Manalah emak dan abah tak pening kepala.

Tapi itu semua hiburan bagi saya. Melihat keletah dan kenakalan anak-anak buah membuat saya bisa tersenyum semula, dan kabur sekejap keserabutan otak saya.

Petang ahad itu sewaktu kami adik-beradik sedang berkemas untuk balik ke kota semula, emak duduk diam di sofa, dan abah senyap menyandar di tiang pintu. Memerhatikan kami memuatkan beg-beg kami ke dalam kereta-kereta kami. Dengan pandangan yang sayu dan hiba.

“Nanti bila semua dah balik, sunyi balik rumah ini,“ kata emak, perlahan. Dan saya lihat matanya sudah mula berkaca-kaca.

Empat dari enam cucu-cucu emak dan abah



TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/09/2008 05:27:00 PTG. |


59 Ulasan


Khamis, Oktober 09, 2008 6:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Pengomen pertama tegar, Sas, gagal menjadi pengomen pertama kali ini kerana masih di kampung, bukan beraya sakan tapi kurang sihat.

Harap maklum. He he he!

 

Khamis, Oktober 09, 2008 6:40:00 PTG, Blogger Roti Kacang Merah

“Nanti bila semua dah balik, sunyi balik rumah ini,“ kata emak, perlahan.

Dulu, Ma (my nenek) used to say that bila kami nak berangkat dari Kubang Kerian balik ke KL. Tercebik-cebik sudut bibir Ma menahan sebak. Bila kami salam tangan Ma, mencucur-cucur air mata Ma.

Sekarang, my Umi pula cakap macam tu. Walaupun duduk hanya 40mins drive away, Umi masih terasa sepinya. Setiap kali keluar dari rumah Umi, Umi akan lambai kami sampai hilang dari pandangan.

Aku pasti esok-esok aku akan jadi macam tu juga dengan anak-anak aku.

 

Khamis, Oktober 09, 2008 10:06:00 PTG, Blogger PINATBATE

Memang setiap nenek dan datuk begitu agaknya .. hiba berpisah dengan anak cucu...Emak saya pun macam tu..walaupun sebenarnya hampir setiap hari bertalipon..

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 1:34:00 PG, Blogger AL-BIMA SAKTI

orang kata, nenek lebih sayangkan cucu dari anaknya sendiri. betul ke?

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 1:54:00 PG, Blogger A t i Q a h

Sian kat nenek. Tapi apa boleh buat. Hmm...

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 2:15:00 PG, Blogger aNIe

Orang2 tua bila berkumpul dengan anak2 cucu...bagi mereka itulah saat paling gembira...tu sebab mereka sentiasa menanti hari raya untuk bersama mereka yang tersayang...

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 6:14:00 PG, Blogger Pa'chik

memula sekali aku nak kata.... lama betul blog ko coti raya... rasanya ko orang terakhir yang hapdet blog lepas raya nih... hahahah... [yang aku lawat je la...]

kedua nak tanya... ko jentik tidak idung si sekak tuh kali nih? kalau tak... nanti kalau jumpa dia... suh dia tengok eklan raya telikom tuh...

errr... ketiga... ko tak leh ke pindah bes ko balik ke johor dude?

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 9:12:00 PG, Blogger muor76

bebudak ade kat umah memang ler riuh.. aritu umah bapak aku ade 11 org budak dengan bermacam perangai.. memang ler bising umah tu.. skang dah sunyi.. paling kuat pon budak sebelah umah yg borak ngan bapak aku...

eh black ape kate ko menganugerahkan lagik cucu kepade org tua ko.. at least.. kalo ko balik terubat ler sket kerinduan yg melanda mereka...

eh black.. aku ingat ko gumuk.. rerupenye... kekekek

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 12:10:00 PTG, Blogger Brader Black

Abg Nan kan anak yg baik, nanti tetiap ujung bulan die balik umah.

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 12:18:00 PTG, Blogger Hambali ®

Suasana yang sama.

Pak dgn Mak mentua aku di Segamat aku pun sedih bila kami semua anak menantu (5 keluarga anak/menantu dengan 13 cucu) nak balik haritu.

Best beraya di Johor. Jalan2 ziarah sambil makan nasik beriyani, lodeh, laksa johoq, pulut dalam periuk kera. Wahhaha.

Cuma pelik pasaipa org johoq (suma keluarga/sedara mara) yang aku p melawat jamu ayaq tin/ayaq kotak. Paling koman pun ayaq menet. Perisa Sarsaparilla/Krim Soda. Tak jumpa langsung yang buat sirap bancuh.

Mungkin konklusi yang aku buat tak meliputi semua org johoq tapi tu la, setakat semua sedara mara yang aku p, suma musti jamu ayaq botoi/ayaq kotak.

Tak takut kencing manis ke huhuhu.

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 1:52:00 PTG, Blogger achik

sama la.. sekali semua berkumpul, 13 org cucu mak saya menggamatkan rumah.. tetiba semua dah balik, sunyi semula..

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 2:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Sama la jugak dengan mak ayah aku. Mujur adik beradik balik kl berperingkat. 3 orang balik hari Sabtu, 3 orang lagi balik hari Ahad. So, takde la terasa kosong tiba². *

*Isk, rasa macam nak balik kampung lagi je weekend ni.
Kesiannyer sis sas. Moga cepat sembuh.

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 2:07:00 PTG, Blogger Kaktiny

Jemput Datang Beraya Rumah kaktiny pada 18.10.08 yer...

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 3:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Roti,
Ya, sampai masanya nanti, kalau umur kita dipanjangkan Tuhan, kita semua juga pasti akan melalui detik-detik seperti itu. Kan?


Pinat,
Pautan jiwa datuk/nenek dengan cucu-cucu memang seni, unik. :)


Al-bima,
Hmmm...Susah juga nak kata. Tunggulah kita sendiri melaluinya detik-detik itu nanti. Insya-Allah.


Tiqah,
Menitis air mata atok@embah saya masa bersalaman dan cium pipi dia pagi raya hari tu. Hu hu hu.


Kak Anie,
Itulah. Masa-masa bersama anak cucu itulah yang selalu ditunggu-tunggu setiap atok/nenek.


Pa'chik,
Satu - Aku tak sempat nak update la. Lainlah macam kau, sempat tetiap hari. He he he!

Dua - Maafkan aku Pa'chik. Aku gagal lagi jentik hidung dia. Batang hidung dia pun tak nampak, sebab dia tak balik Raya! Huh!

Tiga - Tunggulah ladang cili atau projek kambing aku menjadi, baru aku bertapak di Johor. Ha ha ha!


Muor,
Sekurang-kurangnya rumah emak ayah kau dekat dengan bandar Muor. Bosan-bosan mereka boleh jalan-jalan Tanjung. He he he!

He he he! Tungguuuuuu!

Gemuk? He he he!

Cheh! Badan sasa dan tegap macam ini kau kata 'sekeping.' [Aku merujuk entri blog kau tu] He he he!

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 3:46:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Si Kachak,
Terima kasih. Terharu dan sebak sungguh aku rasa bila kau kata macam itu Kachak.

:p


Hambali,
Ya, begitulah.

Datanglah rumah emak/abah aku. Ada pilihan. Samada nak air sirap, air botol atau air panas. Nak 'air jarang' pun boleh. :D


Achik,
5-6 orang cucu pun dah cukup gamat, 13 orang lagilah. Mahu roboh terus rumah atok agaknya :D


Cikin,
Kalau ada peluang, baliklah Cikin. Tak semestinya Hari Raya je kan. Tapi kalau kau balik bawa cucu untuk dorang lagi lebih bermakna. :D

SMSlah dia....


Kak Tiny,
Saya ada terima emel jemputan dari Kak Tiny. Terima kasih menjemput saya. Insya-Allah kalau saya tak malu, saya datanglah... :D

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 4:22:00 PTG, Blogger TokNabe

Begitulah resam dunia barangkali bp. Masa kecil ibu bapa sukar nak meninggalkan kita sendirian. Bila kita dewasa dan bekerja...nak tak hendak kita terpaksa meninggalkan mereka berdua w'pun hati sendiri suka nak duduk lama2 kat kampung.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BP.

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 4:25:00 PTG, Blogger Mdm.Zend

Itulah putaran dan lumrah kehidupan.....
saya pernah jadi anak yg meningalkan ayahbonda selepas kumpul raya dan sekarang telah menjadi bonda dan nenek yg sayu kerana ditinggalkan selepas kumpul raya.. walaupun kediaman kami semua sekitar 30 minit perjalanan je..hehehe...tapi saya memang sentiasa dakap dan cium cucu, anak-anak dan menantu...kerana sesungguhnya saya amat menyayangi mereka..walaupun mereka dah kertu dan besar gajah....hehehehe

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 4:42:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

mak pak aku pun selalu ckp..bila kami semua mula membungkus semua mcm barang..."lepas ni..sunyilah balik rumah ni..takde lagi suara danish dan nisha jugak mak bapak derang..."...mereka punya pemikiran yg sama lah bp..hehehe

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 5:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bela lembu lah dude... ko buat daging lembu kampung prozen...

aku kena hapdet hehari pasal nanti aku rasa tak seronok la pulak kalau tak hapdet... hahahah...

 

Jumaat, Oktober 10, 2008 11:11:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

JP - Selamat kembali ke hiruk pikuk bandar.
Raya tahun ni kami tak dapat balik kampung isteri saya sbb dia masih dlm hari. Mertua saya sekarang tinggal 2 org aje kat kpg kerana semua anak mereka yg 6 org dah berkeluarga dan xtinggal bersama mereka lagi.Yg bongsu pula bekerja jauh dari kpg. Kemeriahan raya tak sama jika anak cucu takde semuanya.

 

Sabtu, Oktober 11, 2008 12:55:00 PG, Blogger ckLah @xiiinam

meriah ya!
Rene lah ndelok entry royo ckLah..ada 37 cucu dari 10 anak...memang macam tsunami rumah bapak tu. Tapi, sekarang tinggal berdua balik, dengan kucing, ayam,itik dan lembu....dan sebagai satu2nya anak yang tinggal sedaerah, air mata turut menitis waktu melihat air mata mak menitis saat melambai tangan satu kereta demi satu kereta meninggalkan dia..

 

Sabtu, Oktober 11, 2008 1:44:00 PTG, Blogger ubilepih

ha..ha..ha..kucup bro..kucupkan kasih syg..buat dia..sementara masih ada kemsepatan....iringkaan doa sekali...

 

Sabtu, Oktober 11, 2008 2:18:00 PTG, Blogger tasekM

mungkin kita akan merasai perkara sama bila tiba masanya...



.

 

Sabtu, Oktober 11, 2008 2:44:00 PTG, Blogger KTS

bila sampai masanya, kita pun akan merasa...

-hola- :D

 

Sabtu, Oktober 11, 2008 4:52:00 PTG, Blogger hakim dirani

saya juga, baru ni hati rasa benar2 sedih. tapi bila melihat telatah kanak2 yang ada, terasa lega juga.

 

Ahad, Oktober 12, 2008 5:53:00 PG, Blogger e.i.s.r.a.a

salam idulfitri ke12.
boleh jumpa tiap2 bulan pun 'rasa sunyi sepi'. keluarga saya yang tak pernah jumpa saya bertahun2 ni tak tahulah derang rasa apa.

 

Ahad, Oktober 12, 2008 5:46:00 PTG, Blogger Rajuna

aku adik beradik 2 orang.
sunyi tak bley cakap la.
boleh buat jadi depress.

 

Isnin, Oktober 13, 2008 10:03:00 PG, Blogger Unknown

itu laa lumrah lebaran.. selamat hari raya

 

Isnin, Oktober 13, 2008 11:56:00 PG, Blogger Lan Rambai

ko telah mematikan anggapan aku yg ko berkenduri kawen tanpa menjemput aku dengan kenyataan sastri masih di kampung dalam komen pertama entri ini.

 

Isnin, Oktober 13, 2008 12:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Betul..betul..betul.. Mungkin itulah sebabnya mak saya nak saya kerja dekat-dekat je. Sunyi bila usia dah lewat begitu.

 

Isnin, Oktober 13, 2008 12:54:00 PTG, Blogger Monster Mom

Setiap yg mula mesti berakhir...

Apa yg datang mesti kan pergi..

Bila kita dah tua dan bercucu, perkara yg sama kan berulang.

Allahuakbar..

 

Isnin, Oktober 13, 2008 1:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tok Nabe,
Nak buat macamana tok. Kadang-kadang tuntutan kerjaya. Macam Tok juga. Dari Pasir Mas ke Simpang Renggam.

Tapi kalau saya menetap di kampung pun, mungkin berdekatan dengan keluarga, tapi peluang kerjaya pula tak begitu ada di sana.

Buat rumah terbuka tahun ini tok? :)


Mdm Zend,
Macamana agaknya perasaan orang yang sudah bercucu ya? Hehehe.

Tak apa MZ. Biar jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. :)


Kadok,
Semua orang tua berperasaan serupa. Nanti kita dah tua-tua dan bercucu macam itu juga agaknya Kadok. :)


Pa'chik,
Bagus juga idea kau tu Pa'chik. Hehehe.

Kau memang. Tak ada entri pun update juga. Lepas itu letak no entry. He he he!


En Yunus,
Tahniah En YB kerana mendapat orang baru dalam keluarga. Alhamdulillah.

Itulah. Hari Raya bagi mereka masa untuk mereka berkumpul dengan semua anak-cucu.


xiiinam751,
37 putu? Nek omah wong tuo ku ramei koyok kuwi, wis ambruk gak'e omahe. Hehehe!

Macam itulah. Biasanya anak-anak yang tua akan merantau ke kota selepas habis belajar. Tinggal yang kecil-kecil. Sampai masa nanti, yang kecil-kecil pun ikut berhijrah. Memang tinggal berdualah emak abah.


ubi,
Hehehe! Menatap wajah yang sedang lena tidur, dan kucupan di kening, orang kata sangat berjiwa dan membawa tafsiran yang sangat dalam bro'.

Cubalah kau buat, contohnya masa emak kau sedang lena tidur.... :)

 

Isnin, Oktober 13, 2008 1:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tasik,
Ya, Masa kita akan sampai juga nanti. :)


Ku tak sempurna,
Dengan izin Tuhan. Kalau Tuhan panjangkan umur.


Hakim,
Itulah. Melihat kenakalan mereka, satu hiburan, kelakar ada, tapi kadang-kadang tensi pun ada. Hehehe!


Eisra,
Salam aidulfitri. Macamana Raya di Mesir?

Diaorang mesti selalu ingat kamu tu....Kamu kan anak yang baik...


Rajuna,
Ya, sunyi, kadang-kadang indah, tapi selalunya gundahlah. :)


Penoreh,
Itulah dia. Selamat Hari Raya untuk kau juga.


Lan,
Ha ha ha!

Bila nak ngeteh lagi Lan? Hehehe! Buat rumah terbuka jangan lupa pulak jemput aku eh!


Nurul,
Kadang-kadang tuntutan masa depan dan kerjaya, terpaksa berjauhan dengan mereka. Kalau perempuan pulak lagilah, kena ikut suami. Nak buat macamana.......


MM,
Ya,ya ya. Kalau sanggup menghadapi pertemuan, kena sanggup juga hadapi perpisahanlah.

Allahukbar.......

 

Isnin, Oktober 13, 2008 2:53:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

cucu mak aku 10 org,lagi macam tsunami.

ayat yang sama mak aku kata sebelum kakak dan abang abang aku balik huhuhu

 

Isnin, Oktober 13, 2008 2:58:00 PTG, Blogger Masy

cucu mak saye adelah dlm 23 orang - perempuan 4 org je, yg selebihnya mestilah kaum Adam hehe.

sibbaik 9 drpdnya mmg tinggal dgn mak (tak tmasuk mak apaknyelah kan, klu campur dah 11). tak pernahnya sunyi rumah tu melainkan kalau semua tido hehehe

 

Isnin, Oktober 13, 2008 5:01:00 PTG, Blogger t.a.t.a

Dulu masa saya kecik², setiap kali along saya balik perkara pertama saya tanya adalah bila dia akan balik ke rumah dia semula? bila saya tau biler dia balik, saya akan sediakan diri saya utk tgk dia pergi dan sediakan diri utk jumpa dia lagi dlm masa beberapa bulan akan datang. masa tu sayu sangat rasanya.

skang ni pun bila dah besar kakak² balik raya kat kg, saya masih lagi sediakan diri utk ketibaan hari mereka pulang semula ke rumah masing². sebab saya tau apa pun berlaku hidup mesti diteruskan.

 

Isnin, Oktober 13, 2008 5:50:00 PTG, Blogger me3n

dulu cucu2 (termasuk aku) dalam 20 org bising2 kat rumah nenek, nenek marah. sekarang, baru 5 org anak buah kat umah dorang bising2 ku da tak tahan ehehe.

 

Isnin, Oktober 13, 2008 5:52:00 PTG, Blogger addyaholix

Hati ibu kan.
Mak aku jarang tunjukkan sayangnya.
tapi bila dah jauh aku mula rasa kasih mak.
Malah aku rindu mak marah !

 

Isnin, Oktober 13, 2008 6:55:00 PTG, Blogger Rush Murad

mak aku cool jer bila hantar aku pi airport hari tu... tak rindu n sayang kat aku kah?..hahahaaaa... hati orang tua, mana kita mampu selami....

 

Selasa, Oktober 14, 2008 5:00:00 PG, Blogger zino

bila ada kelapangan balik le jangan tunggu raya ye baru nak balik..hehe..

 

Selasa, Oktober 14, 2008 9:35:00 PG, Blogger ILA

Salam BP??
2 prtanyaan ingin saya tuju di sini.
1) PASCA= lebih m'bawa maksud apa??
2) Endi Princess???
(gabungan 2 bahasa)

ohhhh...Abah Saya akan meminggir tidur tgharinya di atas umah & mguncikan dirinya.Oleh kerna tmpat bersemayamnya di hadapan TV,telah di ganggu cucunya.
Tapi Bonda sgat suka mereka..sebab cucunya bley di pergunakan utk myiram pokok2 bunga...:p

 

Selasa, Oktober 14, 2008 4:24:00 PTG, Blogger Unknown

kene balik kg at least once a month. gembirakan hati ke2 org tua...sementara mereka ada...

selamat hari raya

 

Selasa, Oktober 14, 2008 6:04:00 PTG, Blogger Mak Su

begitulah ..... kita jugak esok2, kot

 

Rabu, Oktober 15, 2008 12:18:00 PG, Blogger izinni

mak dah takde ... tahun ni beraya pertama di rumah mertua. raya dengan separuh hati je.

 

Rabu, Oktober 15, 2008 8:12:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Orang tua memang macam tu la.

 

Rabu, Oktober 15, 2008 12:21:00 PTG, Blogger en_me

en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k

 

Rabu, Oktober 15, 2008 1:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

begitulah en.JP, disamping sedih ditinggal anak2 dan cucu2 mereka juga sedih dengan bil api dan air yang ditinggalkan, basikal rosak, reban ayam senget, kolah air tilenya pecah, kipas angin rosak, spanner dah hilang, kain belunggun tak basuh, kopiah hilang....dan segala macam lagi...kesian.

 

Khamis, Oktober 16, 2008 5:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Alon2 angger kelakon, nek mbah-e karo putu2 memang koyo kui ... hehehe karo anak-e, piyeh?

 

Khamis, Oktober 16, 2008 11:44:00 PTG, Blogger Nunn

selamat hari raya bro ....mesti rindu dengan anak dan cucu nye kan orang tua le katakan kalau boleh semua nak ada depan mata dia

 

Jumaat, Oktober 17, 2008 5:48:00 PG, Blogger silversarina

Tak pe , ada cuti nanti anak dan cucu akan kembali ke kampung lagi dan hilanglah rindu dan sunyi ibubapa, InsyaAllah .

 

Jumaat, Oktober 17, 2008 8:30:00 PG, Blogger bluecherry @ fai

tak dpat jengah selalu lar kol.. ibu mana yg tak rindukan anak2nya.

 

Sabtu, Oktober 18, 2008 10:09:00 PG, Blogger debikdebuk

orang tua kan, makin lama makin sessitf. agaknya aku pun gitu nanti...

 

Sabtu, Oktober 18, 2008 2:41:00 PTG, Blogger TedungS

aku igt nnt aku tua pun camtu gak kot..

 

Ahad, Oktober 19, 2008 6:09:00 PG, Blogger arsaili

salam..hati ibu yg sayu..hati ayah pun begitu..cuma tak terluah

 

Ahad, Oktober 19, 2008 11:05:00 PTG, Blogger kawaii_desu

sayu je...

dah la kat rumah kita tu warga2 tua je yg tinggal

semoga sastri cepat sembuh

 

Selasa, Oktober 21, 2008 12:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Butaseni,
Itu belum lagi kau menambah cucu untuk mereka lagi tu kan? :D


Masy,
Nasib baik mereka tidur. Kalau tak tidur mesti riuh 24 jam ek.


t.a.t.a,
Itulah. Pertemuan memang seronok, nak berpisah itulah yang beratnya.


ad3ck,
Kau memang. :D


addyaholix,
Itulah kesaktian seorang ibu.
Mak marah-marah itupun sebab sayang. Kan…?


Rush,
Nampak saja cool tu Rush. Dalam hati dan fikian dia, cuma dia dan Tuhan yang tahu. :)


Zino,
Itulah. Saya kalau boleh setiap bulan nak balik kampung.

Kalau duduk sekali dengan emak/abah, takut nanti diaorang jemu pulak setiap hari nampak muka. Bila berjauhan ada rindu-rindu baru best. :D

 

Selasa, Oktober 21, 2008 12:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ila,
Salam. 

1.Pasca Raya – sesudah Raya
2.Hiatus

Ya, ya, ya. Masa inilah nak mempergunakan cucu. :D


Amora,
Betul. Sementara mereka masih ada. Jenguk-jenguklah mereka. :)



Mak Su,
Giliran kita memang akan sampai juga nanti, insya-Allah. :)


Izzini,
Terharu baca komen kamu. Semoga roh ibu kamu sentiasa dicucuri rahmat Allah.


Pegawai,
Kita esok-esok bila dah tua, pun macam itu juga.


en me,
Sama-sama :)


thelope,
He he he!

Penangan cucu-cucu balik kampung......

 

Selasa, Oktober 21, 2008 12:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Serunai Faqir aka SF
Wis entuk putu, anak-anak wis dhadi nombor loro. Hehehe!

Boco cerpen-mu nang MM ngahad lepas.
:)


Nunn,
Salam Aidilfitri.

Karenah cucu-cucu. Bila dekat memeningkan kepala. Bila jauh dirindu-rindu.... :)


Kak Sarina,
Insya-Allah.

Nasib baik di Malaysia banyak cuti umum. Cuti sekolah lagi, kan? :)


Blue_cherry,
Mereka lebih rindukan cucu kot. :)


Debikdebuk,
Kita semua akan rasa begitu nanti... Tunggu saja tiba masanya.. :)


TedungS,
Kalau kita sempat tua, insha-Allah kita macam itu juga nanti... :)


Arsaili,
Salam

Ya, betul kata kamu... :)


Kawaii,
Kehidupan, begitulah....

Ameen.

 

Selasa, Disember 09, 2008 2:18:00 PTG, Blogger Unknown

sayu bila dengar mak abah kita cakap mcm tu. rasa macam xnk tinggalkan diaorang. tapi, memasing ada tanggungjawab....