Khamis, Januari 15, 2009
Malam tadi.

Di daerah yang terasing dan tersembunyi ini, kami, bertiga, lelaki-lelaki yang kejemuan, dahagakan hiburan. Kami dipagari pekan usang, belantara, lautan dan selat. Manusia di sekeliling kami kebanyakannya adalah lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Vietnam yang bersidai di tepi kaki-kaki lima bangunan dan berkeliaran di jalanan.

Kedai Makanan dan Minuman Wang Seng. Meja dan kerusi restoran di susun rapat-rapat, di petak-petak tempat letak kereta dan di tepi-tepi jalan [Ya, penguasa majlis berkuasa tempatan di daerah ini sangat bertimbang-rasa agaknya]. Kami memesan 100 Plus. Kami bersembang panjang-panjang. Objektif kami cuma satu. Mengusir kebosanan. Bukan menggatal dengan GRO separuh umur berseluar pendek dan bersinglet, atau menghirup air kencing syaitan.

Suasana bingit. Bunyi muzik berbaur dengan perbualan manusia di sekeliling yang kami langsung tidak faham pangkal dan hujungnya.

Malam tadi artis jemputan restoran itu adalah Coco. Jangan tanya saya siapa Coco, apa lagu popularnya, atau sudah berapa banyak albumnya di pasaran. Saya tak tahu. Saya pun tak mahu ambil tahu. Saya cuma mengetahui namanya dari kain sepanduk yang tergantung di bangsal pentas karaoke itu. Seusai menyanyi, pelanggan-pelanggan restoran itu yang rata-ratanya apek-apek dan nyonya-nyonya beria-ia bertepuk-tepuk tangan, gembira. Persembahan Coco diselangi nyanyian apek-apek dan nyonya-nyonya. Entah lagu bahasa apa entah. Bahasa Vietnam mungkin.

Kasihan sungguh kami.

Ha ha ha!

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/15/2009 01:27:00 PTG. |


43 Ulasan


Khamis, Januari 15, 2009 2:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

err.. takde tempat nak beli ole-ole ke?

kedai makanan dan minuman tu pun ada gro ek? macam kelab malam plak bunyiknyer...

 

Khamis, Januari 15, 2009 2:31:00 PTG, Blogger PINATBATE

Salam kang Blekk...
patut lah lama tak nampak..pi Vietnam rupanya..njalok jajan neyy.

 

Khamis, Januari 15, 2009 2:36:00 PTG, Blogger HABIHA69

larr..kang JP kat maner tu? mana lar tempat Kang JP gi ngelencer nih..apa pun pandai-pandailah jaga diri ye....jaga kesihatan tu...

 

Khamis, Januari 15, 2009 2:43:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Kurang2 ko pegi 3 org - ada jugak kawan nak ajak bercakap. Dulu saya kadang2 pegi ke tempat orang sorang2. Lagi bosan huhuhu.

 

Khamis, Januari 15, 2009 4:12:00 PTG, Blogger muor76

coco? coco jumbo? air coco? coconut? kekekkekekek
ape kate ko bajor cakap vietnam? ok gak tu... releks ler bro.. nanti aku pasti ko akan berjumpe ngan org nepal atau myanmar lak.. heheheheh ke ko nak jumpe org muor?

releks bang... kalo bosan ko gi ler mancing ker.. tangkap ketam ker.. tangkap udang ker... atau ko bace ler al-quran... atau cube ko carik ade tak lagik yang 'comot comot' kat sane? wakakakakak

 

Khamis, Januari 15, 2009 4:13:00 PTG, Blogger addyaholix

sekurang-kurangnya hidup kamu bertiga, lelaki-lelaki yang kejemuan, dahagakan hiburan masih ada isinya. daripada kosong langsung. setidak-tidaknya masih ada cerita walaupun tak seindah yang diharapkan. tak gitu purp?

 

Khamis, Januari 15, 2009 5:34:00 PTG, Blogger Pa'chik

coco lee ke? comei tuh.... :P

 

Khamis, Januari 15, 2009 6:48:00 PTG, Blogger cikceriacorner

pengalaman kat tmpat org sgt bermakna..tp xsama ngan tempat sendiri.kan..heheh

 

Khamis, Januari 15, 2009 9:01:00 PTG, Blogger snm | snm

di saigon ya? banyaaaaakkkk ole2 blh dibeli utk si puteri :)

klu betul la di saigon, fesyen wanita yg up-to-date sggttt laa byk :p

blh check kt cni www.honganh.com

saigon sgt best >> klu utk wanita laa :p

 

Khamis, Januari 15, 2009 10:34:00 PTG, Blogger zino

hujan emas di negara orang hutan batu di negara sendiri.. pilih la yg mana nak hehe

 

Jumaat, Januari 16, 2009 1:11:00 PG, Blogger ainzoo

Atau..Koko Jelly eheh..(best nyee coklat tu..ada jual lagik ke skarang nih?)..bestkan tgok gelagat orang2 keliling...kadang2 wat kita tersenyum sndri...apa pulak jadiknya kalau gelagat kita diperhatikan orang? kita memerhati dan kita diperhati...eheh

Agree with ez & zino:
walopun ujan emas kat tempat org, aku lg suke ujan & banjir kat muor (tapi yang xsmpi mragut nyawa org le)..best woo banjir..bukan takat randuk air, siap ble main rakit batang pisang..ble celen sapa yg menang.. :-P

 

Jumaat, Januari 16, 2009 8:14:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Coco? Kucing kak Mar tu hahahah!

 

Jumaat, Januari 16, 2009 8:36:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Ada. Ole-ole yang macamana nak? He he he!
Itu kelab malam terbuka namanya. He he he!


Pinatbate,
Salam kak Pinat.
Jajan? Sopo seng ngomong aku nang Vietnam. Hehehe.


Ustaz Habiha,
Masih ada di bumi Allah ini juga kang ustaz. Hehehe. Dhudu ngelencer-lah kang.

InsyaAllah. Kang ustaz juga, semoga sentiasa dilindungi Tuhan. :)


En YB,
Itulah. Kalau seorang diri boleh mati kebosanan agaknya En YB. :D


Rajuna,
Isk! Langsung tak menyelerakan kau tau!


Muor76,
Ha ha ha! Kau nih. Rasanya, memang ada juga orang Nepal dan Myanmar yang cari makan kat sini pun. Bangsa diaorang kat mana-mana ceruk pun ada Muor. Hehehe!

Masa kau datang dulu tahun berapa Muor. Sekarang mana ada lagi yang ‚comot-comot’. Semua dah moden-moden, dah berani daring-daring. Hehehe!


Addyaholix,
Macam itulah. Mujur juga bertiga. Kalau seorang diri, boleh mati kejemuan agaknya aku di sini. Huhuhu.

 

Jumaat, Januari 16, 2009 8:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa’chik,
Kalau Coco Lee-lah, mahu agaknya tiap-tiap malam aku datang. Ha ha ha!


Arts,
Bukanlah..... :D


ez,
Itulah. Banyak berjalan, banyaklah pengalaman, tapi dalam masa yang sama ada yang terpaksa dikorbankan....


snm,
Owh. Pernah ke Saigon ek?

Semak otak-lah tengok gelagat dan fesyen diaorang.

He he he.



Zino,
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, kan best kalau hujan emas itu di negara sendiri... He he he.


Ainzoo,
Hehehe! Koko jelly tu yang mana satu ek.

Seribu manusia, seribu gelagatnya. Menghiburkan, tapi merimas juga. :D

Ya, ya. Teringat masa kecil-kecil dulu, main banjir. Tapi banjir yang paras buku lali itu-lah.


Tanpa Nama,
Ini kak Mar kan?
Ada daftar di Jbtn Pendaftaran tak kak? Hehehe!

 

Jumaat, Januari 16, 2009 11:43:00 PG, Blogger sally

Di daerah asing dan tersembunyi..

Kat mana ek???

eh heh..lupa bagi salam.

 

Jumaat, Januari 16, 2009 1:31:00 PTG, Blogger Unknown

ini negara mana nih? o/station lagi ka?

 

Jumaat, Januari 16, 2009 1:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam BP. 'Artis' tu Coco Lee ke Coco Jelly? hahahaha.

 

Jumaat, Januari 16, 2009 1:53:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Saya nak jajan jugak! Hehe.

100 plus. Automatik saya baca, seratus plas? Apakah. 0.5 saat lepas tu baru dapat tangkap. Hahah.

 

Jumaat, Januari 16, 2009 4:01:00 PTG, Blogger Mak Su

sesekali layan lagu dorang pun best gaks kot :)

 

Jumaat, Januari 16, 2009 4:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Coco? Teringat kumpulan Coklat. Hahahaaa..
Berada di tempat orang, dgn suasana yg asing, bahasa yg asing, makan minum yg asing (x termasuk 100+), takkah terasa diri macam makhluk asing? Keskeskeskes... semoga selamat di perantauan, bro Purp!

 

Jumaat, Januari 16, 2009 5:07:00 PTG, Blogger snm | snm

blm pernah jejak. tp Saigon dkt di hati kami sekeluarga. Abah saya kerap ke sana. Bisnes tepi2an :p dan Mama saya akan ikut Abah saya ke sana bila hampir Ramadhan, shopping di sana :)

*tiket ke sana murah sbb Abah saya masih lagi kuli di syarikat belon itu. maka, Mama saya menggunakan benefit tsebut dgn cemerlangnya. hehehe :p

 

Jumaat, Januari 16, 2009 5:09:00 PTG, Blogger snm | snm

utk kakak Sas, sila lah pesan pelbagai ole-ole, embroidery stuff: handbag, kasut, baju kurung/kebaya/semi jubah/tudung. hehe :)

 

Isnin, Januari 19, 2009 4:45:00 PG, Blogger Pa'chik

koko jeli kalau bahse dak itm jengka... chek ponti tuh...

 

Selasa, Januari 20, 2009 9:17:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

coco penyanyi yg agak2 glemer tu ke? ke coco versi lain? hahaha

 

Selasa, Januari 20, 2009 4:09:00 PTG, Blogger tasekM

coco tu bukan nama kucing kak lily ke?

hehehehe....

 

Selasa, Januari 20, 2009 4:15:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sally,
Masih di bumi Tuhan juga :D
Waalaikumusalam...


Amora,
Cuba teka. Hehehe.


Cikin,
Waalaikumusalam Cikin.

Ha ha ha.


Tiqah,
Tak ada jajan yang menarik la kat sini....
Oklah tu. 0.5 saat kira cepat apa. Ha ha ha.


Mak Su,
Best apanya. Hehehe.


Deen,
Di Malaysia pun ada kumpulan Coco. Yang nyanyi lagu 'Mengintai Langit’ tu.

Sekarang ini di bumi sendiri pun dah terasa macam di bumi asing. Mana taknya, sarat dengan Mamat Indon, Bangla, Myanmar, bla..bla.... Isk!


snm,
Owh macam tu. Bisnis tepi2an?

* Kalau kawan-kawan boleh tumpang benefit sekali tak? Hahaha.

snm lagi,
Alah... Setakat beg tangan, baju semua tu baik beli di KL. Lagi banyak pilihan. :D

 

Selasa, Januari 20, 2009 4:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Johari,
Itulah dia. :)

Pa’chik,
Ooo..... Ye ke? Baru tau. Hehehe!


Kadok,
Coco versi lain-lah. Hehehe!


Tasik,
Memang. Nama kucing dia-lah tu. :D

 

Rabu, Januari 21, 2009 1:53:00 PTG, Blogger Unknown

i likee coco jelly...

tak enjoy ke kang? ngk pemandangan indah separa usia.. hehehe

 

Rabu, Januari 21, 2009 3:49:00 PTG, Blogger BuRuuj

sonoknyer merantau tmpt org walau seketika. di situ kita akan menilai kebaikan tmpt sendiri walau tmpt sendiri pn dh hilang budaya ketimurannyer..

err...kang jowo tak tau ke koko jelly tue yg mane satu? ala...yg luarnyer coklat, dalam ade kacang atau kismis. best tau..huhu...

 

Khamis, Januari 22, 2009 8:53:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Kawan aku pernah termakan sup katak waktu kerja di Vietnam.

 

Khamis, Januari 22, 2009 10:19:00 PG, Blogger snm | snm

Bisnes kecik2 je. beli barg2 sana, jual kt cni dgn kwn2 yg kirim & org atas org yg tahu: raket, telekung, beg2, baju kurung. klu bab mkn, kne jaga2. sbb abah saya ddk hospital hmpir sebulan (lps berulang Saigon-KL hampir stp mggu). sakit hepatitis B @ A, x ingt dah :p sbb cuaca, makanan, air. klu mama & abah dtg sana, bw bekal makanan siap2. jarg mkn di luar.

 

Khamis, Januari 22, 2009 10:21:00 PG, Blogger snm | snm

* benefit tu, saya pun dh x dpt guna skrg :( sbb dh lebih umur. huuu ~~ tp klu dibuat scr underground, msh lg valid utk digunakan benefit tsbut :p

 

Khamis, Januari 22, 2009 4:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Am pun tumpang kesihan juga BP hehehe
Bp ok juga ada teman, Am kalai pertama pergi meeting di penang sorang, lagi mati kutu, segalanya sorang2 hehehe

 

Khamis, Januari 22, 2009 10:25:00 PTG, Blogger ubilepih

kira retro malaya di tahun 50an lah kut enviromentnya...ha..ha..CoCo tu kalau kat Malaya jadi KOKOK,,,

 

Jumaat, Januari 23, 2009 1:44:00 PTG, Blogger silversarina

Salam buat bp di rantauan.

Sekali-sekala di bumi asing dan persekitaran asing bagus untuk kita muhasabah diri.. enjoy jugak jangan tak enjoy, layan je si Coco tu nyanyi..hehehe.

 

Sabtu, Januari 24, 2009 5:35:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

urong balik yo pak de....tukokke jajan yo....

 

Isnin, Januari 26, 2009 11:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam ziarah,infonyer best...erm ingin mngetahui info best lagi,sila jnguk blog sye ni http://sabtu-day.blogspot.com ...n linkkan skali yer,ok thanks n bye

 

Rabu, Januari 28, 2009 10:16:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Penoreh,
Enjoy tapi tak sampai hati nak tengok lama-lama. Hehehe!


Buruuj,
Kebaikan dan kejahatan sentiasa ada di mana-mana. Yang paling dekat di dalam diri sendiri. Kan?
Owh. Mungkin tau kot, cuma tak perasan.


Pegawai,
‘Ter’makan tak apa..... Orang kata, sup katak baik untuk kesihatan eh..


snm,
Owh. Telekung pun ada ek..
KL juga yang best. Nak makan sebut saja, semua ada....


snm lagi,
Owh. Underground ke underwater? :D


Am,
Terima kasih. Hehehe.
Itulah. Dah-lah sebatang kara. :D


ubilepih,
Lebih kurang macam itu-lah. Lagu pun klasik giler
Hahaha!


Kak Sarina,
Betul. Muhasabah diri.
Hehehe!


CikLah,
Wis. Ora tuku opo-opo. Ora eneng jajan seng enak nang kene. Hehehe.


MAWI,
Salam. Trimas singgah sini. InsyaAllah.

 

Rabu, Januari 28, 2009 1:45:00 PTG, Blogger gayour

kenapa wak tak rakamkan nyanyian coco tu. bleh kita layan sama2.

 

Khamis, Januari 29, 2009 12:09:00 PTG, Blogger achik

dah balik dari bumi asing? :)

 

Khamis, Januari 29, 2009 3:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Gayour,
Alah, wak tak sempat nak rakamkan-lah pulak. Tapi yang wak menyanyi ada-lah wak rakamkan. Nak dengar? Hahaha!


achik,
Dah...dah... :D