Saya ingin mengemaskini blog ini dengan cerita-cerita saya seperti dulu tapi dalam waktu terdekat ini saya jarang berkesempatan menyinggahi blog ini apatah lagi menyinggahi blog rakan-rakan semua. Kalau ada pun secara senyap-senyap dan tanpa jejak.
Tugas yang sangat menyita waktu saya. Ruang-ruang lompong sangat terbatas. Ruang-ruang masa sering disarati dengan diskusi, presentasi dan mesyuarat yang berat dan memenatkan. Kalau ada pun ruang lompong untuk saya, adalah masa untuk saya merehatkan minda sambil melayan kebisuan di sekeliling, atau menyempurnakan lelap dan mimpi yang semakin pendek durasinya.
Kadang-kadang saya sangat rindu untuk memblog seperti waktu dulu. Perasaan itu kadang-kala datang, membius dan menyayat jiwa.
Tapi begitulah. Saya cuba akur dengan kenyataan. Memetik kata-kata Lintang Sugianto, "Manusia yang baik adalah manusia yang patuh pada kenyataan."
Yang pasti, saya sedang cuba untuk belajar mengenal cahaya yang polos tanpa rahsia.
TTFN
Jumaat, Januari 30, 2009 5:05:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Bukan luar biasa, tapi luar jangka. Hehehe
Lama dah habis baca, tahun lepas dalam bulan Nov. kalau tak silap… Itulah, nak habiskan buku The White Tiger itu pun tak sempat-sempat lagi… Huhuhu…
Lan,
Tak nak-lah. Tak pasal-pasal aku pulak kena saman nanti. Hahaha!
Cik Lah,
Hmmm…. Mungkin juga. :)
Cikgu Yusof,
Salam. Terima kasih cikgu.
Ayu Mkay,
Waalaikumusalam. Yo-lah. Alon-alon angger klakon. Tapi ojo alon bangeti :D
Addyaholix,
Indah? Terima kasih. Hmmm…. Biasa-biasa saja aku rasa.
Seram sejuk aku, kalau kau rindukan aku. Hahaha!
Benludin,
Syukur, Alhamdulillah. Rezeki dari Tuhan. :)
Cikin,
Trimas kau sempat singgah blog aku dan mengomen. :D
En YB,
InsyaAllah En YB.
Owh. En YB bakal mahu bekerja sendiri. Semoga sukses!
Ustaz Habiha,
Sampek bulan papat, agak sebuk banget kang. Wis jenenge kerjo, nggolek rejeki, koyok ngono-lah.
InsyaAllah. Kalau sempat nanti, bolehlah curi2 masa bercerita lagi. :)
Stok kopi 434 dah habis-lah ustaz. Stok yang ada dah keras sebab masuk angin. Hehehe.
Meen,
Macam itulah nampaknya Meen….
Arts,
Semakin kurang tak apa Arts, jangan lenyap dan pupus terus…. :D
Tasik,
Tak juga kadang-kadang…Ada yang tak masyuk, buat-buat sibuk atau menyibuk misalnya. :D
Azhar,
3 bulan bercuti eh. Untunglah jadi pensyarah…..
Muor76,
Hahaha. Itu-lah. Hari itu aku ajak kau malu-malu konon. Hahaha!
Cheh!
Tak beli mi siput & telur pindang. Tak sempat. Hehehe!
Nasi ayam berlada kat mana yang sedap weh?
Hehehe
Chekgu,
Tak adalah puitis dan dalam sangat Chekgu. Cuma agak berselirat mungkin... :)
Kadok,
Ok-lah tu Kadok, sekurang-kurangnya ada projek. Kalau langsung tak ada projek? Hehehe!
Penoreh,
Ora keneg alon-alon kang. Nek ngawe alon-alon, ora sempet mengko. Hehehe.
Arsaili,
Waalaikumusalam. Itulah. Masa tetap ada 24 jam sehari. Kena pandai-pandai-lah bahagikan. :)
Deen,
Jadi boss susah. Jadi ‘kulikutif’ lagi senang kot. Hujung bulan gaji masuk. Hujung tahun dapat bonus. Huhuhu!
Pa’chik,
Hehehe. Aku cuba komen entri kau semalam petang, tak boleh-lah. Betul…. Aku tak tipu!
ez,
Alhamdulillah. Cool tetap cool, happy tetap happy. Redha saja apa yang Tuhan dah tentukan. Tak payah serabutkan otak sangat. :D
Asuhara,
Itu satu. Satu lagi, komplikated juga berurusan dengan orang-orang besar nih. Banyak mahunya.
Itulah. Alhamdulillah.
Rajuna,
Nanti kalau sempat, abang BP singgah blog kau. [Abang BP tuh Hahaha]
Mak Su,
Terima kasih. InsyaAllah. Mak Su juga.
Jinggo,
Tengok tempat juga jinggo. Kalau naik bukit kena-lah kayuh kuat-kuat. Kalau tanah datar, kayuh biasa-biasa saja. Tapi kalau turun bukit tak perlu kayuh dah. Itu kalau kayuh basikal-lah. :D
Selasa, Februari 10, 2009 9:35:00 PG,
Buruuj,
Saya mahu ia menjadi kebiasaan tapi tak nak sampai melalaikan dan menjauhkan saya dari melakukan kegemaran dan kesukaan saya. Hidup dan fikiran perlukan keseimbangan, untuk Tuhan, untuk keluarga, untuk orang yang kita sayang, untuk masyarakat, dan untuk diri sendiri juga. Kan?
Zino,
Betul, keutamaan. Jangan biarkan yang bukan keutamaan menakluki hidup dan jiwa kita.
Terima kasih Zino.
Butaseni,
Waalaikumusalam. Waras kang.
Kita sama-sama sedang ’paralisis’. Harap-harap cuma sementara.
Harap kau sihat bahagia juga. :D
Kak Jie,
Ghairah masih ada cuma kesempatan agak tidak menyebelahi. :D
maza,
InsyaAllah. Terima kasih masih sudi bertandang. :)
B Rampai,
Ameen. Terima kasih atas doa BR. Doa saya untuk BR juga. :)
Tiqah,
Sudah habis tenang ni. Trimas. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan kamu juga. :)
King,
Amen. Semoga kita sama-sama berjaya.
Johari,
Ya. Betul kata kamu.
Kamato,
Ameen. Moga kita semua sama-sama diberi keberkatan. InsyaAllah.
Izhal,
Itulah. Kenyataan kadang-kadang menyakitkan. Redha dalam menerima kenyataan yang menyakitkan adalah satu dugaan yang paling berat di dalam hidup. Selagi tidak redha selagi itulah rasa terus terbeban dan serabut. Kan?
p/s Rasanya dah lama juga tak nampak kau Izhal. :)
Masy,
.......tapi tak ada-lah sampai gila. Huhuhu!
Ubilepih,
Itulah dia. Cahaya apa entah! Hehehe!
Alhamdulillah, sihat. Nanti-nanti bila senggang, aku singgah pawagam kau. Hehehe.
Kau turun tak konsert M Nasir di Istana Budaya nanti? :D
inna,
Harap-harap macam itulah.
Terima kasih baca tulisan yang entah apa-apa tu... :D
Pegawai,
Aku cuba untuk kembali...
Kembali menjawap komen..... :D
Amora,
Kehidupan, begitulah. Semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan kau. :)
Faradzaq,
Waalaikumusalam,
Pergh! Lagi bz kamu ek....
Kawai,
Begitulah. Ada musim-musimnya kot memblog nih.
InsyaAllah. :)
kesibukan yang luar biasa... tapi alah bisa, tegal biasa... lambat-laun pasti boleh adapt keadaan sebegitu...
dah habis baca buku Lintang? pasti masa untuk membaca juga agak terhad kan?