Menziarahi Dino Trek di Petrosains. Ada seekor dinosaur tengah gelak sampai tergolek-golek bila saya datang. Entah apa yang kelakar sangat entah. Tapi memang comel sungguh.
Oh ya. Saya juga berkesempatan bertegur sapa dengan Pak A. Samad Said, idola saya di Kinokuniya, KLCC sewaktu beliau sedang asyik memilih buku.
Malam [27+1]hb Februari 2009. Konsert Alam Muzik M Nasir. Istana Budaya, KL. Konsert yang saya tunggu-tunggu sekian lama. Sememangnya saya jarang ketinggalan menyaksikan konsert-konsert Sifu sebelum ini. Apa lagi yang mampu saya katakan. Saya tak punya kata-kata untuk menghuraikan segalanya. Konsert yang penuh berjiwa. Hebat dan mengasyikkan. Biarpun saya kunjungi Istana Budaya malam itu dalam situasi yang agak kurang selesa pada mulanya bila diduga dengan mukus cair yang semacam enggan berhenti mengalir dari rongga hidung saya dan batuk-batuk nakal yang sesekali menyengat, tapi melihat kelibat Sifu segalanya itu bagai terusir jauh. Ya, saya cukup puas. Persembahan yang nyata mewarnai cakrawala pemikiran saya, membius jiwa saya. Saya tenggelam dalam getar-getar keasyikan. Dan malam itu terasakan begitu cepat berlalu. Terima kasih Sifu. Terima kasih Puteri Kraton yang sudi menghadiahkan pas masuk X27 yang eksklusif itu. Saya sayang kamu Sifu. Kamu menjadikan tarikh 27hb Februari 2009 saya penuh jiwa. Sarat dengan makna. Sesungguhnya.
TTFN
Selasa, Mac 03, 2009 10:26:00 PG,
Addyaholix,
Kebahagiaan itu sangat subjektif. Bukan cuma terpancar di mata tapi juga dari dalam dada. Dan datang dalam pelbagai bentuk dan wajah. InsyaAllah, akan sampai juga masanya buat kamu.
Malu tapi mahu. Hahaha!
Kamu minat siapa? Siti Nurhaliza? Hahaha!
Achik,
Kamu peminat tegar Tomok kan? Hehehe!
nickmenza,
Ha’ah. Sold out.
Seri,
Suara hebat. Lagu dan lirik berjiwa. Hidup Sifu!
Ez,
Terima kasih. Kek ada lagi kalau nak. Meh alamat. Hahaha!
Hidup Sifu!
Kadok,
Terima kasih Kadok. Ameen. :)
Masy,
Terima kasih Masy :)
Selasa, Mac 03, 2009 10:31:00 PG,
Asuhara,
Saya kalau boleh nak datang tengok ketiga-tiga malam. Baru puas.
Saya suka kesemua lagunya. Tapi paling terusik dengan lagu Sentuhan Listrikmu dan Suatu Masa itu-lah. :D
Azwa,
Hehehe.
Sifu memang hebat!
Nonie,
Kau salah kira tu Nonie. 49 yang betulnya. Hahaha!
Oklah, aku jemput kau. Tapi aku tak nak Ferrari. Aku nak Nissan Skyline GTR-35 yang terbaru tu. Boleh? Hahaha!
Kak Lady,
Terima kasih kak lady.
Owh. Cik Abang ada di Malaya, patutlah. Hehehe.
Zino,
Malu tapi mahu. Hehehe!
Kak Mar,
Mug jer? Hehehe!
Tiqah,
Masa post semalam petak itu memang kecil, lama-lama jadi besar. Mengembang kot. Hehehe!
Picha,
Terima kasih. :)
Ameen.
Rabu, Mac 04, 2009 2:07:00 PTG,
i. asek kek yang sama, kita ubah selera la plak kan? :p
ii. sambal belacannya memang sejibik macam arwah moyang wat (dah dia pun memang orang sunda) :)
iii. tak puas la tengok dinosaur kat situ... sikit sangat... takde pun pterodactyl... :p
iv. konsert yang sangat menghiburkan... :D
v. err... kalau ole-olenya m nasir sendiri, saya pun nak... keskeskes... :p
Rabu, Mac 04, 2009 5:59:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nonie,
Model pun model-lah. Tapi yang skala 1:24 tau. :p
Sas,
i. Pun sungguh sedap kek itu, asalkan berasaskan coklat, ok-lah. :D
ii. Asal no pork, no lard dan halal, ok-lah. :p
iii. Tp dinosur tergolek itu juga yang paling cute. Hehehe.
iv. Konsert bernyawa dan berjiwa. :)
v. :p
Amora,
Terima kasih Amora. InsyaAllah.
SAYA TAK MAKAN NASI MINYAK, KOLESTEROL. Nasi ambeng boleh? Hahaha!
Buruuj,
Terima kasih Buruuj,
Ameen.
Ameen.
Ameen.
Ameen.
Bertemu saya? Saya bukan selebriti. Hahaha!
Khamis, Mac 05, 2009 5:36:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kel@mbu,
Owh. Aku simpati yang amat. Aku faham perasaan kau.
Terima kasih Kel@mbu. Senang-senang jumpa lagi di Maskara. Ahaks!
Kang Ustaz Habiha,
Waalaikumusalam kang ustaz,
Terima kasih kang.
Janggut pun malu-malu juga nak tumbuh kang. Hehehe!
B Rampai,
Mana tau manis? Hehehe!Terima kasih....
InsyaAllah. :)
Waalaikumusalam BR...
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.
Terima kasih tuan. Ameen. Doa saya untuk tuan sekeluarga juga. :)
Kerp,
Waalaikumusalam....
Terima kasih ingat lagi untuk singgah ke sini bro’. :)
Hehehe! Kak Dalilah dah berjumpa, bro’ bila lagi agaknya ek? Hehehe!
Fiq,
Terima kasih.
Butaseni,
Terima kasih bro’
Aku simpati.... Tak apa lain kali [entah berapa tahun lagi-lah agaknya ya] ada lagi....
Butaseni lagi,
Ameen. :D
Mak Su,
Terima kasih Mak Su :)
Khamis, Mac 05, 2009 11:43:00 PTG, DeeN
Er..
Aku tak nak cakap banyak, sebab aku jaki melihat mug itu. Walopun aku bukan peminat tegar sifu, tp mug itu tetap menjadi pojaan hatiku! Keskeskes!
Er..
Kalo tiada tampalan putih di bahagian muka, tentu aku dah kenal siapa jejaka pemalu itu yg berusia 27 tahun itu. Selamat menyambut tahun kelahiran yang seterusnya (maksudnya panjang umur lah tu!)
Jumaat, Mac 06, 2009 5:20:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Meen,
Terima kasih. Apa yang ‘baru’ itu Meen? Hehehe.
Pegawai,
Aku faham. Aku mungkin 77 kali tensi agaknya kalau tak dapat tengok hari itu.....
Deen,
Ada mug lagi kalau kau nak. Tapi mug gambar lain-lah. Hehehe!
Aku kan sangat pemalu. Kena-lah tutup muka. Hahaha.
Ameen.
Azram,
Terima kasih Azram. Hadiah yang paling berharga [sangat tak ternilai sebenarnya], paling bermakna dan paling berjiwa ---> Pas masuk eksklusif ke konsert Sifu. :)
InsyaAllah. Doa-doakan... :)
Cikin,
Hahaha! Percaya jangan tak percaya. Hahaha!
:p
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.