Dia mengagumi ilmu Egyptology [Mesirologi?]. Dan di situ, kebetulan pula, di jejeran para paling hadapan, di satu pojoknya, saya menemui sebuah buku, atau mungkin lebih sempurna kalau saya sebut ensaiklopedia, Ancient Egypt, yang semacam terbiar. Isinya segala-galanya tentang Mesir. Sejarahnya, ketamadunannya, kemisteriannya, dan entah apa-apa lagi. Memang menarik juga. Kalau saya yang jarang terpikat dengan 'Mesirologi' itu pun bagai dipaku-paku mata saya menyoroti setiap helaiannya, apatah lagi dia yang memang agak mentaksubi bidang itu.
Kulit luar ensaiklopedia itu mengelupas sedikit di satu sudut di bahagian atasnya. Tapi tidak mencacatkan langsung keperibadian buku itu saya rasa, apatah lagi meluakkan ilmu di dalamnya. Tapi seingat-ingat saya, dia amat mementingkan kesempurnaan sesebuah buku, bukan sahaja isinya tetapi kulitnya juga. Saya tahu itu. Sebab bukan sehari saya kenal dia.
Saya mendekati kaunter pusat perkhidmatan pelanggan. Seorang gadis yang agak manis juga melayan saya. Gadis itu melayan saya begitu baik dan mesra sekali. Bagus kemahiran perhubungan awamnya. Tak sia-sialah MPH mengambil dia sebagai pekerja. Kerana pengelupasan kulit buku yang tak seberapa itu, dan tiada lagi buku serupa itu ditemui ketika itu, di para yang sepatutnya itu, saya ditawarkan diskaun 10% untuk buku itu. Ok-lah kalau macam itu. Cuma satu saja agaknya yang buat saya berkecil hati sedikit. Segan pula untuk saya ceritakan di sini. Hehehe. Begini, adakah patut dia panggil saya ‘pakcik’. Sampai hati sungguh. Kalau rasa malu sangat nak panggil ‘abang’ [hahaha!] panggil sajalah ‘encik’ atau ‘saudara’. Hehehe!
Sejak hari itu saya sedar dan insaf, saya dah tua rupanya. Hahaha!
TTFN
Isnin, Mac 16, 2009 12:56:00 PTG,
keskeskes... terima kasih atas hadiah itu... sangat suka dan puas hati dengan isi kandungannya yang berwarna-warni dan sangat menarik... cuma yelah, kulit luarnya agak sedikit kurang sempurna tapi tak mengapa... yang penting, pemberian tanda ingatan... :)
biasanya bangga kan, dikatakan muda dari usia sebenar... keskeskes... jadi apalah sangat sekali yang itu dipanggil pakcik... keskeskes... ke janggut tu buat nampak tua ek? :p
Isnin, Mac 16, 2009 2:34:00 PTG, BuRuuj
paman bp, hak..hak..;P
ape nk heran, tanpa kita sedari, kita mmg dh tua walaupun usia muda sebab kekadang tue, tua sebab pangkat.
sy masih muda lg, tp dh jadi atok kepada anak sedare punya anak. camana tue???
lagi satu, ade sesetgh org lbh suka di panggil pakcik berbanding abang melainkan org johor. sikit-sikit abang. sikit-sikit abang. nyampah!!!
kalau paman nk org panggil abang, duduk la johor. hahaha...blk kg;)
Isnin, Mac 16, 2009 5:34:00 PTG,
Kak Mar,
Ya, ya. Pakcik sangat gembira. Hehehe.
Ps: Apa-lah sangat pada gelaran. Yang penting jiwa sentiasa muda. Kan? Hehehe!
Ratna Sari,
Sama-sama. Yang penting no pork, no lard. Hehehe!
Gadis itu malu-malu nak panggil abang sebenarnya. [jeleslah tu. Hehehe]
Kalau ikut kajian, janggut itu mampu meningkatkanlagi 27% kekacakan sebenarnya. Hahaha!
Zino,
Kalau dia panggil atok, kansel terus beli buku itu. Hehehe.
Tok Nabe,
Tapi saya rasa panggil ‘wak’ lagi macho banding ‘pakcik’ Tok. Hehehe!
CkLah,
Hehehe! :p
Zara,
Waalaikumusalam.
Saya tak kisah, nak panggil apapun. Gurau saja cerita itu. :D
Saya klik blog makcik dari peti jerit blog Jawa saya. Nanti bila saya senang, saya terjemahkan. InsyaAllah.
Inna,
Itulah. Kalau tidak, memanjang asyik perasan masih remaja. Hehehe!
Isnin, Mac 16, 2009 5:40:00 PTG,
Buruuj,
Owh, atok Buruuj.Hahaha. Contoh lain, Tok Rimau misalnya. Hahaha!
Di kampung, budak-budak panggil saya kakang. Hahaha!
ez,
Itulah. Lagipun kalau panggil abang macam gedik sikit bunyinya. Hehehe!
Arts,
Betul! Setuju!
Achik,
Hehehe! Habis kalau dah memang 27 nak buat macamana? Hahaha!
Asuhara,
Saya tak makan nasi minyak. Kolestrol! Hehehe!
Nonie,
Tak manis kau gelak guling-guling. Kalau orang nampak tak manis. Hahaha!
Kau tolong cari + tempahkan boleh? :p
Cikin,
Cheh! Kau memang nak kena nih!
Pinat,
Bener ngomong mu kuwi bik Pinat :D
Azwa,
Tak cukup 10% itu. Sepatutnya 70% terus :D
Masy,
Memang ada yang tak kena-lah gadis itu kalau panggil saya makcik. Hehehe!
Rabu, Mac 18, 2009 10:43:00 PG, muor76
pakcik... ooo pakcik... hehehhe
dia panggil pakcik tu bukannyer ape.. mesti dia ingat ko dah kawin.. kekeke sebab tu panggil pakcik...
panggilan abang hanye sesuai bagi yg bujang jerk.. cam aku.. bujang lagi 3... kekekekek
so kalo ko nak dipanggil abang.. ko dapatkan ler title bujang lagi 3.. kekekekke
Jumaat, Mac 20, 2009 4:43:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Tuah,
Waras, Alhamdulillah.
Itu nama lain Jowopinter :D
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.
Saya bergurau saja dalam cerita di atas itu tuan.
Itulah, memang segan juga kalau budak-budak panggil kita abang.
Chekgu,
Hahaha!
Kita tak boleh nak halang proses penuaan [melambatkan mungkin boleh-lah]. Tapi yang penting jiwa biar sentiasa tetap muda.
Hahaha!
Addyaholix,
Itulah dia. Kena pandai menjaga diri-lah. Hahaha!
Kamato,
Hehehe!
Mudin,
Errr.......
Memang ok. Hehehe!
Tiqah,
Mungkin juga ek. Hehehe!
Jumaat, Mac 20, 2009 4:47:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Tasik,
Baiklah makcik.... :D
Farazdaq,
Waalaikumusalam.
Panggilan ‘wak’ rasanya lebih macho dari ‘pakcik’ kot. Hahaha!
Ijam Muor,
Cheh!
Masa aku jumpa kau kat Parit Bakar hari itu, aku nyaris-nyaris terpanggil kau pakcik. Hahaha!
Kerp,
Owhh. Macam itu. Sdr. tentu banyak tahu pasal 'Mesirologi' kan.... :)
Asuhara,
Kalau jemput orang makan nasi ambeng boleh tak?
Semoga 'pakcik' gembira dengan gelaran itu hehehe..
Makcik Mar
ps:umur dah hampir 40. Elok juga panggil makcik kan. Kamu yang muda dipanggil 'pakcik'. Ape kes hahaha!