Isnin, Mac 09, 2009
Saya menyempurnakan beberapa hari; hari minggu dan hari cuti saya dengan menziarahi bumi tempat saya dilahirkan, menelusuri jalan-jalan lama sehinggalah sampai ke daerah paling selatan. Namun tidak semua gambar-gambar mampu saya paparkan di sini. Hanya 7+2 gambar.

Ini sekolah rendah saya dahulu. Ditubuhkan pada 1943 kalau tak silap saya. Sayu menggigit jiwa dan perasaan saya sewaktu berdiri dan menatap bangunan sekolah ini. Saya tak punya kata-kata yang tepat untuk menjelaskan kenapa.

Memang kurang sempurna kalau kepulangan saya ke Parit Jawa tanpa menjamu masakan kesukaan saya. Kali ini di kedai asam pedas Mak Pon berhampiran jeti nelayan Parit Jawa. Apa lagi kalau bukan asam pedas ikan mayung! Makanan saya ditaja sepenuhnya oleh seorang tauke nurseri di Parit Jawa, hehehe. Saya tak mahu mengulas apa-apa. Kalau ingin tahu kelazatannya, sila datang dan cuba merasainya sendiri ya....

Inilah gerai apam balik Muor yang saya ceritakan hari itu. Lihatlah pelanggan-pelanggan yang berpusu-pusu, setia dan sabar menunggu itu. Sebahagian besarnya datang dari luar daerah Muar termasuk dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Antara bangunan klasik dan berjiwa di Bandar Maharani yang menjadi kesukaan saya. Saya sudah lama jatuh hati dengan seni bina dan seni reka bangunan ini. Bangunan ibu pejabat polis trafik daerah Muar.

Restoran Super Bariani Gam ini terletak di Taman Bukit Pasir, Batu Pahat. Saya dijamu oleh seorang kontraktor dan tuan punya sebuah nurseri di Batu Pahat. Pertama kali di dalam hayat, saya menyentuh beriani kambing. Pergh! Saya tidak segan-segan meminta nasi tambah!


Restoran ini saya panggil 'Restoran Kepala Lori' kerana dekorasi kepala lori terpakai di hadapan kedainya. Menarik. Terletak di pinggir jalan lama Batu Pahat - Yong Peng. Saya cuma berhenti sekejap, menatap, mengagumi kekreatifannya lalu mengabadikan gambarnya.

Hari hampir senja. Saya singgah sekejap di Ayer Hitam. Pusat seramik yang sudah lama terkenal di Johor. Saya melayan langkah kaki saya dari pangkal sampai ke hujung kemudian semula ke pangkal jejeran gerai-gerainya. Saya membeli 3 paket kerepek untuk saya kunyah sambil meneruskan pemanduan saya.

Saya menyinggahi gerai Jo Gulai Sembilang di Gelang Patah. Pilihan masakan asam pedas yang enak dan berjiwa. Gerai agak sarat dengan pencinta asam pedas sewaktu saya sampai. Selain asam pedas ikan sembilangnya, juga terkenal dengan asam pedas ikan merahnya.


Saya sempat singgah sekejap di Pameran & Festival Landskap di Hutan Bandar di Mutiara Rini, Skudai. Saya bergegas meninggalkan tapak itu bila titis-titis gerimis mula menimpa bumi. Antara yang membuat saya terpesona adalah Laman Melayu Johor dan Rumah Limasnya.


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/09/2009 04:27:00 PTG. |


54 Ulasan


Isnin, Mac 09, 2009 5:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

terjumpa sejenis kuih, seri gandus namanya...rupanya dan rasanya hampir sama dengan apam balik yang diceritakan dulu... cuma dia ada dua perisa... satu kacang merah, satu lagi nenas...

mam gak ek kambing? memgembek tak? :p

kerepek apa yang sedap kat ayer hitam?

merata gak u berjalan kan?

 

Isnin, Mac 09, 2009 5:40:00 PTG, Blogger Ajzie

huhuhu Bryani Gam.. Awat tak info saya atau Yus dtg ke BP kalau tidak boleh belanja makan beramai2 diBryani Gam Bukit Pasir tuh.

 

Isnin, Mac 09, 2009 6:06:00 PTG, Blogger TokNabe

lalu2 air hitam...kalau tau boleh singgah perkena teh toknabe pulak.

 

Isnin, Mac 09, 2009 6:37:00 PTG, Blogger chekgu Bani Hassim

byk eateries singgah dlm sehari...
banyaknye makan sana, makan sini...

johor mmg byk tempat besh especially nk makan2 ni kan???

 

Isnin, Mac 09, 2009 6:51:00 PTG, Blogger SHIMI

Layan bang jangan tak layan
Layan asam pedas
keliur aku beb

 

Isnin, Mac 09, 2009 7:41:00 PTG, Blogger ~tuah.rimbun~

Assalamualaikum saudara JP..

sedikit ulasanku drp gambar2 mu...

no.1
SK pt nawi tempat kamu menimba ilmu, seawal menghafal A,B dan C...
saya ada beberapa kenalan disana, yg mungkin dulu seangkatan dgn mu seperti Norazmi Bin Kassim & Cikgu Saibu...
Kini kakak ku berkhidmat di situ pula..
Sekolah bersebelahan dengan masjid & sekolah agama...

No.2
Bila terlihat gambar asam pedas parit jawa, aku tersenyum lebar kerana itu lambang kawasan kita bukan?. Menjadi suatu kebanggaan bukan?....
Gerai no 4 adalah gerai mak cik ku,
Asam Pedas Kampung Nelayan (4)..
walau bagaimana pun, asam pedas ibu ku menjadi pilihan utama ku..
Asam pedas OKU...

No.3
Apam balik belakang kedai buku Toko Manap..
bertahun-tahun lamanya daku tidak kesana..
terasa seolah2 berdosa...
dahulunya tempat aku mengalas perut ketika outing asrama..

No.4
berpusu-pusu manusia di situ sebelum keesokkan harinya waran tangkap
di keluarkan akibat kesalahan trafik.

No.5
Beryani batu pahat pilihan ku drp beryani mamak yg byk kandungan kolestrolnya..
Namin, pilhan kedai & gerai amat byk di batu pahat bukan??

Sesekali cubalah mee racun batu pahat..

no 6
Kepala lori itu mengingatkan ku cerita Ali Baba bujang lauk..
gerai itu belum lagi ku singgah, mungkin di suatu masa nanti..


no 7
singgah shopping ketika ke selatan

no 8.
belum lagi ku menjejakkan kaki

no 9,
belum juga ku kesana, tapi bukan ke namanya Mutiara Rini?
ataupun Mutia rini?

salam sahabat
~tuah.rimbun~

 

Isnin, Mac 09, 2009 7:50:00 PTG, Blogger addyaholix

saya dah lama tak balik kampung. masuk hari ini dah dekat tujuh bulan lamanya. macam tak percaya dah lebih setengah tahun saya tak balik. tapi mujur mak ayah faham. bukan sengaja, tapi saya ada sebab sendiri untuk tak balik. tapi 20 mac ni insyaallah saya balik. itupun sebab kakak sulung saya bakal bertunang. tapi kadang-kadang buat saya malas nak balik, saya risau soalan yang bakal saya kena nanti. soalan yang paling saya alergik. haha!

 

Isnin, Mac 09, 2009 8:25:00 PTG, Blogger zino

berapa kali berhenti ambik gambar ni hehe.. lama tak singgah air itam.. maklum lah bila ikut hiway tak lalu situ lagi .. kalau zaman dulu nak ke selatan jadual tetap mesti singgah air itam..

 

Isnin, Mac 09, 2009 8:55:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

wow..asam pedas!

 

Isnin, Mac 09, 2009 11:25:00 PTG, Blogger ainzoo

Asam pedas ......ngences....ikan pari, ikan sembilang, even selar kuning..asalkan namanya asam pedas, mmg terus aku jd histeria...terkadang, di kala mahu menbuang tabiat, kuahnyaku hirup di dalam cawan...ngeh ngeh ngeh...

 

Selasa, Mac 10, 2009 12:18:00 PG, Blogger A t i Q a h

Tiap hari makan asam pedas ke? Hehe.

 

Selasa, Mac 10, 2009 9:11:00 PG, Blogger Unknown

jauh berjalan nih..sampai ke ayer hitam dah tuh. 10 minit jer dari rumah saya...kalau datang lagi lehlah singgah...:)

cantik2 pulak gambar bandar maharani di blog BP, biasa saya tengok tak rasa apa sangat, tp di sini terasa lain pulak....:D

 

Selasa, Mac 10, 2009 10:20:00 PG, Blogger achik

ni betul2 jalan-jalan cari makan ni.. :D

 

Selasa, Mac 10, 2009 11:40:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Mungkin kuih yang sama, cuma nama yang lain kot. Asalkan no pork, no lard, halal, kan? Hehehe.

Kambing tak makan sangat, lamb makan-lah. :p

Macam-macam spesis kerepek ada. Yang pelik-pelik pun ada.

Itu bukan jalan dalam sehari, tapi 2-3 hari. :D


Ajzie,
Boleh. Lain kali bila saya nak pergi lagi, saya kasi tau dulu ya. Kita makan ramai-ramai, baru seronok. Hehehe.


Tok Nabe,
Boleh Tok, insyaAllah. Saya selalu juga lalu-lalu Spg Renggam Tok.


Chekgu,
Itu bukan dalam sehari chekgu, tapi 2-3 hari. Ada lagi tempat makan lain tapi tak sempat tangkap gambar. Hehehe.

Ha’ah. Banyak tempat-tempat makan yang menarik. Sesuai sangat bagi sesiapa yang suka makan. :D


Shimi,
Sementara Tuhan bagi selera makan, makan saja-lah. Hehehe. Tapi kena jaga juga makan. Tak jaga makan macam-macam penyakit pulak datang nanti. :D


Tuah,
Waalaikumusalam. Terima kasih ulasan2 itu.

1 – Ya, SKPN. Saya tak pasti Norazmi yang mana satu, tapi Cikgu Saibu itu saya kenal walaupun dia tak pernah mengajar saya. Guru besar semasa saya dulu Arwah cikgu Sahir, duduk di Pt Nawi juga.

2 – Ya, Pt Jawa memang terkenal dengan asam pedasnya. Sama-lah, asam pedas emak juga tetap sedap.

3 – Sekarang Toko Buku Manap dah tak ada lagi, dah jadi kedai cermin mata.

4 – Saya belum pernah masuk ke situ.

5 – Ya. Nasi beryani Md Shah Peserai juga. Belum pernah lagi merasa mi racun BP.....

6 – Saya pun nak mencuba makan di atas lori itu suatu hari nanti.

7 – Sesiapa yang nak naik pelamin eloklah ke sana, banyak barang yang relevan di situ. :D

8 – Agak jauh sedikit dari Bandar JB.

9 – Saya tersilap eja sebenarnya. Mutiara Rini. Trimas.

Salam.


Addyaholix,
7 bulan? Ingat lagi tak jalan balik kampung. Hehehe. Gurau bro’
Kakak bakal bertunang. Kau bila lagi? Hahaha!
Saya akan pastikan sekurang-kurangnya pun dua bulan sekali balik ke Muor.

 

Selasa, Mac 10, 2009 12:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Ada-lah 7-8 kali. Hehehe.
Ayer Hitam taklah jauh sangat dari plaza tol bang. Boleh lagi kalau nak singgah sekejap.


Pinat,
Pergh! Meneh nik entuk asem pedes endas iwak mayung Hehehe!


Ainzoo,
Saya paling suka asam pedas ikan mayung atau ikan merah. Tapi ikan lain pun ok juga. Tapi belum pernah cuba lagi hirup kuahnya dalam cawan. Hehehe!


Tiqah,
Tak ada-lah sampai setiap hari Tiqah. Tapi kalau pakcik saya, ya. Setiap hari makan mesti kena ada asam pedas. Dia dapat kuahnya pun jadilah. Hehehe!


Yus,
Meh bagi alamat rumah. Nanti saya singgah sebab saya memang akan kerap lalu-lalu situ. Hehehe!

Terasa syahdu ke? Hehehe


Achik,
Itu saya tak masukkan semua gambar2 makan tu. Mi bandung Muor, Mi rebus Muor, Sate Muor, Nasi ayam penyet JB, Mi goreng Wak Talip, bla..bla..bla...Hehehe!

 

Selasa, Mac 10, 2009 1:21:00 PTG, Blogger AyunasiA

Saya pon makan beriani super tuh ari sabtu lepas. Tah2 kiter makan dari periuk yang sama hehehe. Cuma, saya agak malu arrr nak mintak nasi tambah hihihi

 

Selasa, Mac 10, 2009 3:42:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Asam pedas mak pon...sedap eik...nantilah aku balik muor aku nak ajak baba la...

 

Selasa, Mac 10, 2009 3:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP, kau tak ingat ke ada satu kuih nama gandos(z) .. hmm bentuk semi bulatan (sbb bakar dalam acuan semi sfera) campuran tepung & kelapa.. cuba tanya kat mak.

cik ketumbar

 

Selasa, Mac 10, 2009 4:09:00 PTG, Blogger Mak Su

takkan beli kerepek jer kat Ayer Itam?

 

Selasa, Mac 10, 2009 4:14:00 PTG, Blogger Unknown

ooo boleh. Teratak tujuh belas, taman siswa jaya, belakang One Stop, area Pt Raja, dpn Sek.Keb Pintas Puding. Tak jauh dah dr Ayer Hitam tuh...hehe

yer kot..hihi

 

Selasa, Mac 10, 2009 4:54:00 PTG, Blogger muor76

aku kadang lupe ler sekolah pt nawi nih kat ner..

aritu umah mertua masak asam pedas ikan kurau.. perghh sampai menghirup kuahnyer.. bese ler kalo ikan fresh kuahnyer kan manis.. tu ler penangan ikan pt jawa.. pastu umah mak aku masak asam pedas ikan pari.. perghh hirup lagi kuah.. hehehehe

apam balik kat situ ler paling best... mase ko dtg tu kedai sate sebelah tu dah tutup ke?

balai polis trapik.. ade sekali tu kat depan balai tu..polis siap halang aku ngan kayu.. kengkononnyer aku nak lari ler.. ceh.. mende ler polis tu...

beriani kambing? pist time ko makan beriani kambing? alamak bro.. tak rock ler.. aku kalo makan beriani.. memang carik kambing.. lauk lain tak best.. tapi bese aku makan berinai md shah kat bwh jambatan batu pahat tu

restoran kepale lori? restoran vespa ko ade pasan tak? kekekek

air hitam... kalo ko nak beli pasu/seramik kat situ.. ko gi survey kat angkrok-angkrok yg bhgn dalam.. besenyer yg kat dlm murah sket..

asam pedas lagik? ikan semilang lak tu.. aku ikan semilang yg dimasak asam pedas jerk aku makan.. yg lain tak makan..

eh ko pernah main kude kepang tak? aku suke tengok yg naik naik syeh tu...

 

Selasa, Mac 10, 2009 7:47:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

isk asam pedas sana sini.
malam ni tido ngences la aku. hihihi..

 

Selasa, Mac 10, 2009 9:25:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Wah sekarang makan ramai yg berebut nak taja JP. Murah rezeki nampak.

 

Rabu, Mac 11, 2009 12:32:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Bro, saja tinggal jejak. Dah lama tak singgah sini.

:)

 

Rabu, Mac 11, 2009 8:43:00 PG, Blogger inna hayati

rumah abang kat air hitam.dah lama tak ke sana, berjalan2 di celah2 gerai.memerhati cina2 bermain kata dengan pelanggannya...haih...

 

Rabu, Mac 11, 2009 8:57:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ayunasia,
Makan lauk kambing juga ke? Hehehe.
Apa nak malu, kita bayar apa? [Tapi dalam kes saya, orang yang bayarkan, hahaha].


Nonie,
Banyak kedai asam pedas kat Jeti tu. Semua ok. Aku biasa ke kedai Mak Ngah. Gerai yang pernah masuk TV3 itu pun kat situ juga. Jangan lupa ajak aku sekali. Hehehe!


Cik Ketumbar,
Macam pernah dengar. Ingat kot, cuma tak ingat yang mana satu. Itulah, lama sangat duduk ‘luar negeri’, banyak yang dah lupa. Hehehe.


Mak Su,
Dah saya cuma singgah gerai kerepek, saya beli kerepek saja-lah. Hehehe!


Yus,
Itu alamat betul ke tu Yus. Uniknya nama sekolah. Nanti saya cari. Hehehe.
[Saya rasa tak jauhlah dari rumah Wak Haji Pitoq tu. Hehehe]


Ijam Muor,
Sek Keb Parit Nawi dekat Parit Nawi-lah. Hehehe. Kalau ikut jalan nak ke Parit Yusof, masuk ikut simpang selepas Parit Ibrahim, dekat-dekat Parit Karjani dan Parit Kacau, sebelum Parit Bulat tu. Kalau ikut jalan dalam, ikut Parit Pali atau Parit Lintang. [Lama tak sebut nama2 kampung tu, rasa macam kelakar-lah pulak. Hehehe!]

Asam pedas belut kau pernah makan tak? Hehehe!

Err...ada kedai sate eh sebelah tu, tak perasan-lah pulak.

Apasal polis tu nak halang kau? Berani betul Polis itu ek? Dia tak kenal ke kau anak siapa? Polis yang mana satu? Besar ke kayu yang dia pakai tu? Kau ada buat apa-apa salah ke? Hehehe!

Kalau beryani gam, daging kambing kira first time la. Selalu ayam dengan lembu. Sedap rupanya ek. Rugi aku dah 27 ++ tahun baru nak merasa beryani kambing. Hahaha! Kau makan ‘berinai’? Setahu aku kat bawah jambatan tu air, mana ada kedai makan…. Kalau kat tebingnya ada-lah. Hehehe.

Hehehe. Tak habis-habis dengan Vespa kau.

Ooo… Ye keKat situ ada jual bundle tak? Hehehe

Aku tak makan sangat ikan sembilang. Dulu-dulu ada-lah makan. Itu pun yang ikan sembilang salai masak lemak.

Masa aku budak-budak dulu ada-lah juga main kuda kepang olok-olok. Kat kampung aku dulu memang ada kumpulan kuda kepang. Yang pakai pawang punya tu. Wak Samad nama pawang tu. Wak Jikan dengan anak2 dia, Husin Bengkok, Roni dengan Hasim yang aku selalu pinjam topi keledar dia itu pun ada main sekali. Ada sekali tu kuda kepang mengamuk kejar abah aku, abah aku pakai kain pelikat jer masa tu. Isk! Ngeri sungguh!

[Penat aku jawap komen kau Muor. Hehehe!]


Cikin,
Masak asam pedas sendiri la Cikin. Yang segera punya kan ada. Hehehe.


En YB,
Alhamdulillah. Bila En YB nak taja saya pulak? Hehehe.


Mudin,
Terima kasih Mudin. Lama juga tak nampak kelibat kau. :)


Inna,
Dulu tempat itu Cuma jual barang2 seramik. Sekarang segala macam benda ada kan... :D

 

Rabu, Mac 11, 2009 9:51:00 PG, Blogger cikceriacorner

Dulu sy n famili suka sgt pegi Tanjung Emas mkn mee bandung muor..best..mkn mee bandung muor,kalo mkn kat tempat lain x sama..mesti mkn kat muor..baru ummpphhh..

 

Rabu, Mac 11, 2009 10:02:00 PG, Blogger arianna adrizal

aduh. lama betul tak pekena asam pedas.. meleleh ayaq liuq ;p

 

Rabu, Mac 11, 2009 10:53:00 PG, Blogger BuRuuj

baca cerita awak. terasa seperti awak dekat je dengan kiter. sebab, dari cerita awak tue, mungkin kita berselisih di tengah jalan. cuma kita tak kenal antara satu sama lain.huhu...bilalah jodoh kiter untuk ketemu ek? walauapepun, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain...tak gitu?

 

Rabu, Mac 11, 2009 2:23:00 PTG, Blogger kad0k.

kenapa2 gambar2 tu seme mcm aku x penah pegi atau lalu ehh? haihhhh

 

Rabu, Mac 11, 2009 3:20:00 PTG, Blogger AyunasiA

seblom duduk kena tanya, kambing ada lagi? kalo takde kambing, saya dah carik kedai lain.

 

Rabu, Mac 11, 2009 3:34:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

haha.. biler Muor citer pasal kuda kepang, teringat masa kecik2 dulu, bila ada keja kawin, mesti ada show kuda kepang & barongan di sebelah malam.
pernah le sekali tu kena kejar dek kuda kepang yg naik syeh.. apelagi..dalam gelap2 tu..terjun tiruk le dalam parit..sib baik parit tu tak berair . cuma rumput rampai jer..
oppsss... sori BP, hijack kau punya blog pulak.. !! hehehe

Cik Ketumbar

 

Rabu, Mac 11, 2009 4:55:00 PTG, Blogger aNIe

BP...dalam entri ni banyak disebut perkataan asam pedas...jadi lapar pulak akak ni...kat dapur tu...gulai asam pedas ikan patin dengan daun kesum & bunga kantan menanti....adoiiii....lapar ni....

 

Rabu, Mac 11, 2009 7:02:00 PTG, Blogger sitinurulhawa

umah limas batu pahat la plg best, siap ada gelongsor gi :D

kalo dpt sebijik letak kat umah pergghh..

 

Rabu, Mac 11, 2009 8:05:00 PTG, Blogger Pa'chik

sedap woh beriani kamben... nanti belanja aku ye... kikiki...

 

Rabu, Mac 11, 2009 8:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam jowopinter ...

harap belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari lahir yg ke 27 .. tarikh lahir kita sama , tapi saya dilewat 7 tahun dari kamu ...

 

Rabu, Mac 11, 2009 9:27:00 PTG, Blogger Zhafharina Sabri

terlalu ramai yang bg response..
^_~ terima kasih atas lawatan saudara ke blog saya..

 

Rabu, Mac 11, 2009 9:29:00 PTG, Blogger Zhafharina Sabri

^_~ lawatan saudara ke blog saya amatlah dihargai..
terima kasih.

 

Rabu, Mac 11, 2009 9:47:00 PTG, Blogger Kasawari

wah bro.. seronok ler jalan2 cari makan..
kat batu pahat dan muor tu.. memang hebat dengan juadah makanan..
selalu ker batu pahat pekena baryani md shah he he..

ko ada kat JB ker.. no hset ari tu masih sama kan?

 

Rabu, Mac 11, 2009 9:58:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Wah...kakang wes balik.....



Suwi orak metu entri ne....

 

Khamis, Mac 12, 2009 2:46:00 PG, Blogger Unknown

pergghh bila leh trn johor layan briani gam ni..

 

Khamis, Mac 12, 2009 12:02:00 PTG, Blogger tasekM

jalan-jalan cari makan nih... :)


.

 

Khamis, Mac 12, 2009 1:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ez,
Mi bandung memang kena makan di Muor. Kalau makan di luar Muar bukan mi bandung Muor namanya. Hehehe!


Anne,
Asam pedas Parit Jawa memang kelas! Tak melawat kampung Parit Jamil ke? Hehehe!


Buruuj,
Err... Kebarangkalian kita berselisih jalan 1/7000 rasanya kot. Sebab saya hiper-pemalu, jarang muncul di khalayak. Hahaha!


Kadok,
Isk! Tak patut. Kau ni orang Johor ke bukan? Marah Tuanku nanti. Hehehe!


Ayu,
Saya tanya kambing apa dulu. Kalau kambing bandot, saya tak makan. Hahaha!


Cik Ketumbar,
Sekarang ini dah susah nak cari orang main kuda kepang yang asli macam tu. Mungkin sebab orang sekarang dah sedar, tak main lagi benda-benda yang bercampur unsur2 tak islamik tu. Kalau ada pun sekarang cuma kuda kepang yang tarian tu, tak kuda yang ada mengamuk2.


Kak Lady,
Saya tak makan ikan patin. Walaupun dimasak asam pedas. Hehehe! Tapi asam pedas yang kak Lady masak stail Melaka punya kan..?


Siti Nurul Hawa,
Semua rumah seni bina Johor kira best- lah. Saya suka reban ayam di rumah yang di dalam gambar di atas tu. Comel. Hehehe.


Pa’chik,
Datang sinilah wey... Jangankan beryani kambing, beryani rusa pun aku boleh belanja kau. Hehehe!


Tanpa Nama,
Waalaikumusalam.
Terima kasih [walaupun saya tidak kenal siapa kamu...] Dan selamat hari lahir yang ke 20[?] buat kamu juga. Saya tahu ada beberapa orang yang saya kenal menyambutnya pada 27hb Februari juga, tapi berlainan tatuh. :D


Zhafharina,
Sama-sama. Saya menjejaki blog kamu dari Extreme Tracker saya.


Zhafharina,
Terima kasih kembali.


Kasawari,
Makan, apa yang tak seronok bro’. Lagi-lagi kalau gratis. Hehehe!
Ya, ya, baryani Md Shah kat Peserai itu pun power.

Aku pakai nombor yang lama itu-lah bro’. :D


Cik Lah,
Wes suwi balik... Hehehe. Tapi sa iki pun seminggu sekali waey sempet ngawe entri .. hehehe


Kelambu,
Kau kena cari mentua dari Johor, nanti selalu dapat makan nasi baryani. Hehehe!


Tasik,
Biasa-lah. Rezeki yang ditolak... hehehe!

 

Khamis, Mac 12, 2009 3:18:00 PTG, Blogger Rush Murad

eermm.... dah lama tak merasa asam pedas ikan sembilang yang sedap!.... dan dah lama jugak tak menjenguk rumah di Mutiara Rini tuuu... dah bersawang2 agaknya...

 

Khamis, Mac 12, 2009 11:10:00 PTG, Blogger m i n e r a l . . .

wahhhhh andai kata ku berpeluang kesana, pasti cuba cari gerai apam dan asam pedas tu... terliur plak nih

 

Jumaat, Mac 13, 2009 11:05:00 PTG, Blogger Rajuna

dewan jubli intan tak ada kah?

aduh kuciwa.

 

Sabtu, Mac 14, 2009 3:58:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam kenal,mas (jowo)
Senang bisa berkunjung ke blog awak ni. Saya Alris dari Jakarta. Berkunjunglah ke blog saya http://alrisblog.wordpress.com

 

Sabtu, Mac 14, 2009 11:26:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

wahh rindunyer rase..arek mangan mee bandong muor..wes sui orak mangan mee bandong muor..kapanlah arek lungo kono..heehehe..sak iki susah arek ketemu wong jowo especially seng belia remaja...kabeh wes ora iso ngomong jowo (even paham pon tidak)..finally jumpe jugak blog yang menyatukan orang JAWA..teruskan usaha anda blackpurple..sekurang2nyer dapat asah balik bhse jawa saya...tibe2 rse teringat arwah embah lanang n embah wedok..selalu ckp jawa so xde pilihan lain kami cucu2 mereka perlu paham ckp jawa..JAWA is da BEST..trademark jawa ada di mana2..makanan juga adalah TERBAIK..HIDUP JAWA!!!!

 

Ahad, Mac 15, 2009 2:36:00 PTG, Blogger sinaganaga

gambar high school tal amek?

 

Isnin, Mac 16, 2009 9:36:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rush,
Dekat sana tak ada asam pedas eh...
O, kau ada rumah kat Mutiara Rini rupanya....


Mineral,
Kalau dah ke Johor, memang wajib singgah dan mencuba. Kalau tak, tak sempurna. :D


Rajuna,
Banyak-banyak tempat, Dewan Jubli Intan yang kau sebut. Ada kenangan lampau kat sana ke? Hehehe!


Airis,
Ya, salam kenal juga.
Trimas singgah sini. Nanti saya singgahi blog kamu bila ada kelapangan.


Yana,
Nak makan mi bandung Muor, wajib kena datang Muor, baru 100% rasa dan keasliannya. :D

Alhamdulillah. Sitik-sitik iso la ngomong Jowo. Kuwi pun wis campur-campur Jowo ne, Yo-lah wis suwi manggon KL, jarang ngomong Jowo. Tapi kuwi-lah, nik ngaku wong Jowo tapi ora iso ngomong Jowo, rugi la. Urip Jowo! :D.

Blog Jowo-ku ---> MONGGO MAMPIR


Sinaganaga,
Dah pernah-lah. Kat Balik Muor Siri 4. Hehehe!

 

Isnin, Mac 23, 2009 3:33:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Seperti biasa Siri Balik Muor dengan gambar-gambar yang berjiwa :)

 

Selasa, Mac 24, 2009 8:16:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

B Rampai,
Berjiwa bagi yang merasa.
Terima kasih BR. :)

 

Ahad, Mei 02, 2010 6:42:00 PTG, Blogger Unknown

BP,
sy juga dr SKPN.. kite satu sek tp mgkn lain tahun dan juga parit nya..
saya kenal azmi kassim, walaupun azmi x mengenali sy.. hahaha.. kawan sekelas abang sy, sy ingat arwah cikgu saibu dan juga arwah cikgu shahir..

 

Ahad, Oktober 26, 2014 4:10:00 PTG, Blogger Unknown

ASSALAMUALAIKUM.
Saya anak kepada arwah cikgu Saibu. Saya terbaca beberapa ulasan menyebut nama bapa saya dan saya mengucapkan terima kasih bagi yang masih mengingati beliau. bersama-sama kita sedekahkan alfatihah....