Ubi rebus dan kelapa itu. Dan udaranya. Suasana sebegitu seperti bertutur dengan jelas kepada saya. Atau zaman yang sudah tertinggal itu bagai memanggil-manggil semula. Dalam diam saya menyerapi suasananya. Ia seumpama kebiasaan yang sangat ketara yang pernah saya lalui di zaman cilik saya dahulu. Zaman kepayahan saya dahulu. Kehidupan yang pernah saya rasakan tak bermaya itu menjadi sesuatu yang teramat mahal dan berjiwa pada hari ini. Kerana kepayahan itulah saya mampu hidup pada hari ini.
Kalaulah. Kalaulah, ia suatu objek yang zahir, ingin saya genggam kejap dan dakap erat-erat. Bukan untuk saya, tapi untuk saya hadiahkan kepada abah dan emak saya yang ‘menghidupkan’ saya.
Sebenarnya, bukan tentang ubi rebus itu sangat. Itu cuma pencetusnya, barangkali. Selebihnya, saat ini saya bagai merindukan zaman-zaman kepayahan itu lebih dari selalu-selalunya.
TTFN
Khamis, April 09, 2009 10:38:00 PG, Yunus Badawi
Kekadang kita mendambakan berada di zaman kesusahan kita masa kecil bila melihatkan 'kemewahan' sekarang seperti kurang memberi makna kepada kehidupan seharian.
Ada projek ke di Kota Singa tu? Kali terakhir saya ke sana saya berpeluang makan malam di Geyland dan makan tghari berhampiran Masjid Sultan.
Khamis, April 09, 2009 11:00:00 PG, Ratna Sari
geylang kopitiam... memang menunya nampak sedap-sedap belaka... ambience nya pun klasik... masa pergi ke situ bersama L, mam nasi ayam penyet nya juga lempeng pisang... nasi yaam penyet nya biasa-biasa aja... tapi lempeng pisangnya, memang sedappp...
hmmm... nak cuba gak la nanti ubi rebusnya... mam dengan sambal ikan bilis... bila nak p ni? :p
untuk pengetahuan saudara Tuah, kopitiam tu berlokasi di Shah Alam... :)
Jumaat, April 10, 2009 5:00:00 PTG,
Ubi rebus cicah ngan manisan pon sodap. Tok aku slalu buat. Satu lagi ubi kemiling (yg kecik2 tuh). Yg tu lagi heaven. Tak tahu la kalo tempat len dipanggil apa. Hehe..
Apapun, tanpa dulu tiada sekarang. Tu pasal kena selalu kenang walaupon di mana kita berada dan siapa kita! Kan, kan, kan... :)
- DeeN -
Sabtu, April 11, 2009 6:58:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
En YB,
Tahniah! Hehehe!
Tuah,
Bukan sdr Tuah, saya di K0ta Iskandar. Kopitiam itu di TTDI Jaya.
Anak kampung, mestilah ada pengalaman sebegitu.Dulu-dulu masa budak-budak-lah, waktu sama-sama mengikut atok, abah dan emak 'memerun,' 'memancah' dan 'memarit' kebun. :)
En YB,
Itulah. Sekurang-kurangnya kita masih tak lupa 'akar' kita. :)
Saya sedang bergulat menyiapkan tugasan di KOta Iskandar en YB.
Ratna Sari,
Baru tiga kali ke tempat itu. Baru mencuba 2-3 menunya. Lain kali nak datang lagi-lah menikmati suasananya. Ada lempeng pisang eh. Tak perasan.....
Boleh. Nanti-nanti-lah bila berkesempatan kita singgah... :)
Achik,
Makan dengan sambal bilis pun best. Tak pun makan dengan ikan kering. Panas-panas. Hehehe.
Kang Ustaz Habiha,
Waalaikumusalam kang ustaz. Wis suwi ora ketok koe sa iki. Kabare kang ustaz? Sibuk yo.
Aku dhuhu nang Singapuro kang. Kopitiam kuwi jenenge wae Geylang tapi nang TTDI Jaya kono. Cepak karo enggon-mu. :)
Aku sa iki sibuk ndelok-ndelok projek nang njohor kang ustaz.
ez,
Lama tak makan getok ubi. Dulu selalu juga beli dari gerai di Taman Melawati tu.
Sabtu, April 11, 2009 7:12:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.
Itulah. Tapi payah juga nak cari ubi rebus di KL sekarang. Hari itu kami makan ubi rebus di Aseana KLCC [kalau tak salah saya], punya-lah mahal tuan. Dah jadi makanan mewah pula bila sampai KLCC ya... :)
Tasik,
Ubi rebus banyak menyimpan nostalgia. Kalau ditanya atok-nenek yang hidup di zaman Jepun dulu, lagi-lah banyak nostalgia di sebalik ubi rebus itu agaknya. :)
Kak Mar,
Itulah. Ketulan ubi rebus itu nampak biasa-biasa saja. Atau mungkin tak ada apa-apa makna bagi sesetengah orang. Bagi yang pernah melaluinya saja dapat memyelami tafsirannya, barangkali. :)
Trimas Kak Mar. Semoga Tuhan melindungi Kak Mar dan suami. Ameen.
Pa'chik,
Hahaha! Pandai-lah kau..... Hahaha!
Asuhara,
O, kamu membesar di sana rupanya. Itulah, tempat jatuh lagikan dikenang..... :)
Kak Sya,
Ubi kayu goreng pun sedap juga kak Sya. Lagi kalau digoreng garing-garing....
Meen,
O, kat situ ada eh. Baru 2 minggu lepas gi Naili's Sentul. Hehehe!
Sabtu, April 11, 2009 7:22:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Buruj,
Di kampung saya pun dah tak ramai yang tanam ubi. Ubi Gajah ada-lah buat landskap di depan rumah. Huhuhu!
Deen
Ubi kemiling? Tak pernah dengar pun... Boleh dikomersialkan tu. Hehehe!
Betul-lah tu.. :D
Tiqah,
Orang dulu-dulu kreatif. Ubi kayu pun boleh dibuat macam-macam panganan kan... :D
King,
Jom cari ubi rebus!
Kak Lady,
Itulah. Di kampung pun dah jarang orang tanam ubi kayu. Nak beli kena tunggu pasar tani baru ada, itu pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.
Zara,
Ya. Ubi rebus itu cuma simbol. :)
CkLah,
Bukan senang nak cabut ubi kayu kan. Silap2 boleh terpeleot pinggang. Hehehe.
Ubi godok...oh ubi godok.... tutuk karo sambel tumis.... Pergh! Hehehe
Sabtu, April 11, 2009 10:11:00 PTG, gayour
ubi rebus bukannye sedappun. sama gak dengan pisang rebus. sedap pasal makan dengan sambal tumis, gula, ikan masin, kelapa parut. kalo ada pilihan, memang tak nak makan. tapi pasal mak yang buat/siapkan, semua yang mak buat jadi sedap. kalo tak mesti komplin punyer!
sekarang ni bila cakap pasal ubi rebus, mula la teliur, mula la ingat kat mak yang susah2 siapkannya sebagai sarapan nak pegi sekolah dulu. mula la nak makan ubi rebus. blah la!
kenapa manusia begitu. kenapa tengok ubi rebus, pisang rebus baru rindu, baru teringat kat mak bapak? sedih la kononnye.
HIPOKRIT!
bukan marah ni wak, nasihat.
heh!
Khamis, April 16, 2009 2:21:00 PG, addyaholix
ubi kayu buat saya ingat mak.
dulu mak hidup susah.
yang itulah makan pagi.
yang itu juga santapan mak balik sekolah.
dan lepas balik mengaji al-quran dirumah imam, ubi kayu juga menu mak.
kalau tengah malam mak lapar, itu jugalah yang mak telan.
hidup mak sebati dengan ubi kayu.
nekad nak bawa mak makan tempat mahal-mahal.
mak boleh makan apa mak mahu.
mak cuma perlu pilih. dan makan. sampai kenyang.
tapi mak selalu bising, membazir katanya.
mak oo mak!
Selasa, April 21, 2009 9:30:00 PG, blackpurple @ jowopinter
BR,
Sama-sama BR. Kenangan yang berjiwa elok dikongsi bersama.
Salam :)
Kasawari,
Di TTDI Jaya, Shah Alam. Jom! Kat Kulai tak ada ke bro’? Hehehe!
Rajuna,
Nek entuk ubi godok seng empuk yo enak, nek entok seng atos, colplok mengko untu ne. Hehehe
Lukmanw,
Waalaikumusalam sdr.
Ok. Trimas.
Bisnis,Salam kenal. Trimas.
ubilepih,
Waalaikumusalam bro.’ Sibuk sikit-lah bro.’ Tugas di K0ta I5kandar tak sudah-sudah lagi.
Hahaha! Bro suka dengar Klasik fm eh.
Bangsari,
Salam kenal.
Ya, ada perkataan2 yang tidak serupa.
p/s Saya juga sesekali suka menikmati sastera Indonesia.
Selasa, April 21, 2009 9:39:00 PG, blackpurple @ jowopinter
manjlara,
Kalau nak tau sedap ke tak, kena cuba dulu. Hehehe.
O. Sudah lasak dia sekarang eh. Saya ke sana Sabtu lepas. Seperti tahun-tahun sudah, sesak dan memenatkan.
Masy,
Memang pun........
Addyaholix,Ubi kayu. Memang banyak tafsiran dan cerita tersembunyi di sebaliknya. Bergantung siapa yang mentafsirkannya :)
[Tak tahu di mana silapnya, penanaman ubi kayu dah semakin jarang sekarang]
Izham,
Lepat ubi, nangka ubi? Pergh! Lama dah tak makan beb!
johari,
Bergantung.... Makan ubi kayu tak semestinya orang susah. :)
Mak Su,
Sangat tak ternilai...... :)
yeah first!