Sabtu, Mac 21, 2009
Minggu lepas. Sepanjang saya menyempurnakan tugasan saya di Hujung Madini, saya menumpang di rumah sahabat baik saya. Djalut Bagaskara namanya.

Episod I
Sahabat saya ini tak suka menggosok baju kemeja. Malas dan leceh katanya. Tapi masih mahu nampak smart dan bergaya.

Hari itu dia mencapai seterika. Tapi sekejap betul dia menggosok kemejanya. Kagum juga saya dengan kepantasannya menggosok baju itu.

"Aku gosok sebelah depan jer. Sebelah belakang tak payah, orang selalu tengok depan jer, lagipun nanti bila duduk dalam kereta, sebelah belakang renyuk juga..."

Bijak juga idea sahabat saya ini kan? Hehehe!


Episod II
Saya menemani Djalut Bagaskara mencari seluar jeans Levi’s.

Mula-mula kami ke gedung Levi’s di JB City Square. Semua potongan sudah dicuba. Tapi tak jumpa saiz. Dia semacam sudah berputus asa dan mahu membeli jeans jenama lain pula.

"Kau kena beli Levi’s jugak. Kalau kau pakai jeans lain samalah macam kau tak pakai seluar langsung." Saya memperdaya sahabat saya itu.

"Hahaha." Sahabat saya itu gelak. Entah betul-betul, entah dibuat-buat.

"Aku kalau pakai jeans lain, gatal-gatal punggung aku, tapi pakai Levi’s ke, Guess ke, ok pulak." Hahaha. Saya cuba memperdaya dia lagi. Saya bergurau saja sebenarnya.

Kemudian kami ke Aeon Tebrau City pula. Ke gedung Levi’s juga. Gedung sudah hampir mahu tutup. Kali ini ada saiz tapi macam kelakar-lah pula. Maklumlah dari segi tinggi dan saiz kaki, dia memang lebih kurang sama saja dengan saya. Cuma ada anatomi tubuhnya yang sangat begitu ketara menonjolnya. Kalau tengok dari belakang tak perasan sangat, tapi kalau tengok dari depan atau tepi memang jelas. Hehehe.

"Cuma dua pilihan saja yang kau ada. Samada kau sedut dulu lemak kat perut kau tu atau kau suruh kilang Levis’s buatkan saiz khas untuk kau."

"Hahaha."

Bijak kan idea saya ini? Hehehe!


Nota: Djalut Bagaskata itu itu bukan nama sebenar. Kalau saya taruh nama sebenar, takut nanti bila dia google-kan nama dia, terjumpa pula blog ini. Habislah saya kalau dia tahu. Hehehe.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/21/2009 07:27:00 PTG. |


40 Ulasan


Sabtu, Mac 21, 2009 8:20:00 PTG, Blogger Sastri

keskeskes... namanya semacam nama penyanyi yang lagunya saya suka itu... keskeskes...

episod i:
i pun kadang gosok baju macam itu juga, menggunakan rasional yang sama dengannya... keskeskes... tapi kalau keronyoknya obvious sangat, takleh la buat macam tu...

episod ii:
amboiiii... takleh pakai cap ayam la nih... :p

 

Sabtu, Mac 21, 2009 8:48:00 PTG, Blogger TokNabe

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Sabtu, Mac 21, 2009 8:49:00 PTG, Blogger TokNabe

Haha... minta JP bawa dia pi rantau panjang, kelantan... mungkin saiz seluar levi's untuk dirinya ada di sana.. haha.

 

Sabtu, Mac 21, 2009 9:11:00 PTG, Blogger Najmuddin Yusoff

Tak apalah. Kau kirim sajalah salamku untuk Jalut Batukarang tu. Ops.. betul ke nama tu?

:D

 

Sabtu, Mac 21, 2009 9:33:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ingatkan dia adik katon... kikiki...

carik kat bandel je laaaaaa... hikhik...

 

Sabtu, Mac 21, 2009 10:39:00 PTG, Blogger zino

kesian dia.. kena tempah le jawab nya... hehe..lepas tu letak le cop levi's tu hehe

 

Ahad, Mac 22, 2009 12:00:00 PG, Blogger Lily Abdullah

Glemer betul nama dia. Kalah Encik Qusnan Munazarif tu ya hahaha!
Nak bekenalan dengan dia boleh haha!

 

Ahad, Mac 22, 2009 12:47:00 PG, Blogger SHIMI

bijak...bijak
kita minum dulu

 

Ahad, Mac 22, 2009 2:23:00 PG, Blogger ~tuah.rimbun~

JP...
kue ki klasik banget..
jeneng wong seng orak pernah aku kerungu...

kapan arek balik puchong??

 

Ahad, Mac 22, 2009 8:58:00 PG, Blogger A t i Q a h

Ada orang perempuan pulak, kena pakai aksesori emas saja. Kalau bukan emas, gatal2 badan nanti. Haha.

 

Ahad, Mac 22, 2009 12:50:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

i . kalau la semua baju bleh digosok seperti itu kannn...

ii. kena tempah la klu takder saiz sesuai...kesian jalut itu...

 

Ahad, Mac 22, 2009 2:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP@JP,
Mungkin takda orang nama egitu dalam dunia ni agaknya.
i. Tentang gosok pakaian ni saya takda kompromi. Kalau isteri gosok tak licin pun, saya akan gosok semula. Side seluar pula mesti nampak tajam... Hehehe.
ii. Kalau dah takda saiz, Levi's memang tak mahu orang terlebih dipinggang memakai jeansnya lah tu..

 

Ahad, Mac 22, 2009 7:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hehe..bijak..bijak. Dua-dua pun bijak

 

Ahad, Mac 22, 2009 9:08:00 PTG, Blogger aNIe

Hehehe....namanya begitu klasik...

Dulu kalau nak cepat...akak gosok baju kurung...kainnya digosok bahagian bawah aje...masa malas ler tu...

...pandai menggoreng orang ye...hangus digorengnya...

 

Isnin, Mac 23, 2009 8:55:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

errrr klu dtg mood malas, sy pun mcm tu laa sket2. cuma bezanya sy gosok belah bawah je heheh (baju kurunglah). klu komot sgt xleh laa malas2 sgt huhu

 

Isnin, Mac 23, 2009 9:57:00 PG, Blogger BuRuuj

ish...ish...ish...bagus gak idea tue. tp kalau praktik kn kt askar. abes badan calar+lebam-lebam (guling-guling lap padang kawad) huhu....

 

Isnin, Mac 23, 2009 10:56:00 PG, Blogger muor76

wah! hujung madini... hehehe

gosok baju? dedulu mase aku ade mase byk... baju bundle pon aku gosok...

levi's? carik ler yg kepale kain dan vintage.. mesti ngam nyer... kalo tak ngam pon org yg tau menilai akan memandang ngan mate yg tidak berkelip nyer... dan akan berkate.. wah! seluor levis vintage kepale kain siottt... mesti mahal nyer..

heheheheheh

 

Isnin, Mac 23, 2009 12:48:00 PTG, Blogger asuhara sue

err..bukankah jenama2 yg disebut diatas tu termasuk senarai barang2 boikot. kue orak milu mboikot yo kang?

 

Isnin, Mac 23, 2009 3:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Ooo, Katon Bagaskara itu eh. Apa entah nama lagunya. Dah lupa. Hehehe!

i – Tengok jenis kain juga-lah kan. Kalau kain yang jenis anti-renyuk ok-lah, tak gosok pun tak nampak sangat. :D
ii – Mana ada jeans cap ayam. Cap unta ada-lah. Hehehe.


Tok Nabe,
Siam mari ke Tok? Hehehe.


Mudin,
InsyaAllah. Esok lusa aku sampaikan salam kau. Jalut itu memang nama manja dia. :D


Pac’hik,
Kau pun minat Katon Bagaskara ek. Hehehe!
O, kat kedai bundle ada eh. Mana kau tau? Nanti aku tanya Muor76. Hehehe!


Zino,
Kena cari gedung Levi’s kat KL kot baru ada jual saiz dia. Hehehe!


Kak Mar,
Nama betul dia lebih unik sebenarnya. Hehehe!
Boleh. Tapi abang tak marah ke nanti? Hahaha!


Shimi,
Boleh. Jom!

 

Isnin, Mac 23, 2009 3:30:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Uiih, ingatkan tadi cerita purba dari Pulau Jawa! :P
Dan nama Djalut Bagaskara sangant menarik - tampankah dia? ;)
Kalian berdua sama bijak :)

Salam BP :)

 

Isnin, Mac 23, 2009 4:07:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tuah,
Payah arek ketemu jeneng seng apik koyok kuwi sa iki. Hehehe.
nyapo? Arek ngajak aku ngombe yo?


Tiqah,
Kalau emas Zhulian? Hahaha!


Azwa,
i. Tapi kalau di luarnya pakai jaket atau kot, tak payah gosok langsung pun taka pa. Hehehe.
ii. Jenama lain ada saiz, tapi kalau Levi’s kena pandai cari...


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.
Entah tuan. Tapi nama Djalut dan Bagaskara setahu saya memang ada. Cuma gabungan nama keduanya itu saya tak pasti ....

i. Sama-lah macam saya. Kena betul-betul perfect!. Kadang-kadang sehelai kemeja pun boleh sampai setengah jam gosok. Hehehe!
ii. Kena rampingkan sedikit pinggang-lah nampaknya tuan.


meen,
Bijak itu subjektif. Hehehe!


Kak Lady,
Hehehe.

Kain tak apa. Sebelah atas bukannya nampak pun. Kan?

Gurau-gurau kak Lady. :D


Masy,
Oklah tu. Janji gosok. Hehehe.

 

Isnin, Mac 23, 2009 4:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

erk, aku kalau gosok kain baju kurung, slalu gosok separuh je. sebab yg separuh tu terlindung dengan baju. hahaha.

 

Isnin, Mac 23, 2009 4:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Buruuj,
Askar kalau operasi dalam hutan pun kena gosok uniform juga eh.....


Ijam Muor,
Kau-kan cikgu sejarah aku. Hehehe.

Aku baju T-shirt pun aku gosok Muor. Dah terbiasa. Hehehe.

Vintage itu aku tahu-lah. Kepala kain itu yang mana satu? Isk! Setahu aku semua pakai kain. Mana ada pakai plastik atau besi. Hehehe. Nampaknya aku kena berguru dengan kau pasal seluar jeans Levi’s ni. Hehehe!


Asuhara,
Saya boikot cara lain. :D


Bunga Rampai,
:D

Dia memang tampan. Tapi mana boleh lawan tampan si pencerita. Hahaha! [Gurau saja BR]

Terima kasih. :)

Salam BR.


Cikin,
Wah! Kau pun bijak rupanya. Tak sangka.

:D

 

Selasa, Mac 24, 2009 9:22:00 PG, Blogger cikceriacorner

heheheh..kreatif sungguh kwn en BP...

 

Selasa, Mac 24, 2009 3:09:00 PTG, Blogger tasekM

aku pun sama. lebih rela basuh baju dr menggosok. bosan. ha ha.

.

 

Selasa, Mac 24, 2009 3:14:00 PTG, Blogger achik

saya plak slalu jadi tukang gosok baju semua orang time raya.. err sebenarnya nak bgtau saya rajin menggosok.. hahaha.. ;p

 

Selasa, Mac 24, 2009 5:52:00 PTG, Blogger p_kadok

kalau sudah beristeri..aku kira itu biasa..kalau belom..tu sudah luarbiasa...hahahahha

 

Selasa, Mac 24, 2009 7:43:00 PTG, Blogger ~tuah.rimbun~

arek ngombe sekali, rai'mu (muka kau) orak aku kenali..
no telepon pun orang eneng..
seneng2 telepon aku ek..
012-645 8118

 

Selasa, Mac 24, 2009 8:15:00 PTG, Blogger kingbinjai

aku pun tak suka gosok baju

 

Rabu, Mac 25, 2009 9:20:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ez,
Kreatif? Hehehe.


Tasik,
Baju baju pakai mesin basuh boleh-lah. Cuba kalau kamu basuh pakai tangan.... hahaha!


achik,
Boleh percaya ke ni? Entah-entah baju kerja pun emak yang gosokkan. Hehehe.


Kadok,
Hahaha!


Tuah,
Mengko nik rajen aku telepon koe lah yo. Aku wis simpen no. telepon koe..


King,
Aku pun tak suka, tapi dah memang nak kena gosok, nak buat macamana...... Huhuhu.

 

Rabu, Mac 25, 2009 4:53:00 PTG, Blogger Rajuna

tak sangat bang JP suka mengata di belakang perihal yang depan2 ha ha ha

 

Khamis, Mac 26, 2009 12:20:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

aku kalau gosok baju baba guna teknik Djalut ni harus kena sedas...tapi idea Djalut ni mmg bagus...aku pun tak terfikir pasal ni..

 

Khamis, Mac 26, 2009 10:07:00 PTG, Blogger addyaholix

baca djalut bagaskara saja sudah buat saya senyum. menarik sekali namanya. haha!

saya masih pada levis saya, cuma risau kalau nanti-nanti dah tak padan. sebab tu kena jaga makan.

 

Khamis, Mac 26, 2009 10:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Suka nama Djalut Bagaskara hampir-hampir nama Katon Bagaskara tu. Tip top idea dia bila gosok pakaian tu. Jimat letrik. Sian dier, tak ada saiz... betul lah kena sedut lemak dulu.

 

Jumaat, Mac 27, 2009 1:11:00 PTG, Blogger Mak Su

idea menggosok baju tu sangat hebat, nanti saya nak ajar kat suami saya.

tapi idea sedut lemak tu payah skit, huhuhu.

 

Ahad, Mac 29, 2009 5:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rajuna,
Tak sangat? Ke tak sangka? Hahaha!


Nonie,
Kalau kau guna teknik Djalut, sah kau pemalas. Hahaha!


Addyaholix,
Salah satu dari dua perkataan itu memang nama dia. Tapi nama manjalah. Serius.

Levis kalau kena gayanya sampai 7 tahun pun ok lagi pakai. Tapi kena maintain saiz pinggang-lah. Hehehe.


Zara,
Sedut lenak pun bahaya juga. Kan ada kes perempuan mati sebab buat sedut lemak baru-baru ini. Hehehe.


Mak Su,
Ajar, jangan tak ajar Mak Su...

Huhuhu!

 

Khamis, April 02, 2009 3:51:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

wah wah wah mentang2la ko slim pewuttttt

 

Ahad, April 05, 2009 11:05:00 PG, Blogger Kasawari

aduhai... gi CS gi Tebrau City.. naper tak roger2 aku.. aduahi..

 

Selasa, April 21, 2009 10:47:00 PG, Anonymous jowopinter

Rudy, Gurau-gurau Rudy. Hahaha!


Kasawari, Lagi kali kalau aku 'ter'ke sana lagi aku cari kau eh. :D

 

Jumaat, Julai 24, 2009 7:40:00 PTG, Anonymous Nasheed

Nice blog keep it up.