Rabu, April 01, 2009
Episod 3

Jalan pintas di pojok pusat pentadbiran kerajaan baru Hujung Madini itu agak tersembunyi. Kami berempat. Semuanya lelaki, memenuhi tempat duduk kenderaan pacuan empat roda Djalut Bagaskara itu. Kereta dia, dialah yang melayaknya memacu.

"Kalau kita berempat ini ok-lah, tapi kalau kau bawak sorang-sorang, aku tak galakkan kau lalu jalan ini." Saya.

"Kenapa?" Djalut.

"Bahaya, takut nanti kau kena rogol." Saya.

Serius. Saya tidak bergurau. Tiada lagi tempat yang betul-betul sempurna selamat di muka bumi ini. Di mana ada manusia, di situ tetap akan ada kejahatan. Di situlah, di jalan tersembunyi itulah, seorang gadis pernah menjadi mangsa rogol tak berapa lama dahulu.



Episod 4

Bosan juga kalau hari minggu tidak diisi dengan aktiviti yang boleh menyebabkan kami terhibur, sedikit sibuk atau terjauh dari rasa bosan. Jadi, Djalut Bagaskara membawa saya ke sebuah kedai RM2. Saya ikut masuk dan tengok-tengok juga.

Keluar dari kedai itu, di tangan Djalut Bagaskara ada sesuatu, buntalan kecil. Salah satunya membuat saya agak teruja.

Djalut Bagaskara membeli sesuatu, dam ular & tangga, mana tahu mungkin bisa menghalau kebosanan kami.

Hehehe.


Episod 5

Di kedai RM2 yang rata-ratanya Made in China itu juga Djalut Bagaskara juga membeli setin kecil WD40. Saya tidak bertanya apa tujuannya dia membeli material itu. Adalah barang-barang dia yang berkarat atau ketat agaknya.

Sampailah malam itu. Kami ingin keluar makan ke kota JB. Dengan kereta pacuan empat roda dia itulah. Di tempat duduk sebelah pemandu itu, lengan saya terasa berminyak semacam. Dan hidung saya dicucuk dengan bau yang kurang sedap. Macam bau minyak diesel pun ada, macam bau minyak tanah pun ada.

Djalut, Djalut. Kalau iya pun nak bagi kilat kau punya dashboard atau panel pintu kereta kau itu, kau kena pakai silikon bukan WD40.

"Ye ke?" Djalut Bagaskara.

Djalut, Djalut.


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/01/2009 08:27:00 PG. |


34 Ulasan


Rabu, April 01, 2009 9:53:00 PG, Blogger ~tuah.rimbun~

assalamualaikum..

ooo Djalut Bagaskara,
kau membuatkan aku tersengih sendirian bila WD40 kau salah guna..
baca ke tak manual kat tin tu..

walau apap pun..
aku terhibur seketika pagi ini..
terima kasih..

JP, kapan arek ngeteh karo aku??

 

Rabu, April 01, 2009 10:11:00 PG, Blogger KaSiH

hehe..org laki pun buleh dirogol ek skrg ni...

 

Rabu, April 01, 2009 10:35:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Zaman mutahir ini,sesungguh jenayah juga macam peperangan.Ia tidak memilih bulu untuk memangsakan sesiapa pun. Lelaki,anak-anak, yang menutup aurat pun dibelit mati dengan tudung sendiri.

Kejam kan?


Kak Mar

 

Rabu, April 01, 2009 10:53:00 PG, Blogger benludin

lama tak main dam haji...

 

Rabu, April 01, 2009 11:22:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Kakek, main la Saidina atau nak versi murah belilah Millionaire. Lagi tak boring berbanding dam ulor.

 

Rabu, April 01, 2009 11:42:00 PG, Blogger kad0k.

huh..guna wd40 utk kilat/wax dashboard?hahaha..sungguh djalut si djalut tu..:p

 

Rabu, April 01, 2009 12:08:00 PTG, Anonymous Sastri

episod 3:
uih... tak mengira mangsa betul kan dowang ni...

episod 4:
beli la scrabble, baru la mencabar sikit... dan boleh menambahkan lagi vocab... :p

episod 5:
isk isk... djalut nih... i pun tau wd40 tu kegunaannya untuk apa... keskeskes...

 

Rabu, April 01, 2009 1:14:00 PTG, Blogger muor76

zam skang nih bukan cam zaman dulu.. zaman skang kene byk berhati-hati..

main dam ulor? pesal ko tak main konda kondi ker, gasing ker, baling selipor ker, getah ker (jgn lupe wat gunduk)... hehehe

water displacer 40? selalu aku gune untuk...
buang karat... pastu kalo nak kasik kilat barang chrome dan nak elakkan ia cepat berkarat.. nak tanggalkan sticker.. kilatkan cermin pon boleh.. (tapi kene lap sket arr).. spray kat brg perak untuk elakkan ia udam.. bersihkan tali gitar.. tanggalkan tar yg lekat kat kete.. buang kotoran/daki kat sinki.. spray kat gunting.. spray kat mete gegaji/cangkul/ketam/sabit.. tak nak bagi karat.. spray sket kat umpum umpum bagi berkilat bile dlm air (utk mancing).. nak kilatkan tayar.. nak tanggalkan lumut kat pasu.. kilatkan helmet... spray kat boot (untuk elak dari calor)... kalor zip ketat/susah nak bukak.. spray ler sket kat zip tu..
ermmm ape lagi? eh byk ler pulak kegunaan water displacer 40 bagi aku... heheheheh

ermmm djalut? atau jalut? teringat mase kekecik... tengok cumi dan ciki.. wazata zin ade ajor camner wat jalut.. tapi aku tak pandai.. last-last akak aku yg ajor wat jalut.. itu ler kenangan aku bersame jalut.. punye ler suke dapat wat jalut mase tu..

 

Rabu, April 01, 2009 3:03:00 PTG, Blogger cikceriacorner

en..BP..hehheheh...ape2 pon djalut memang menghiburkan...hehehe..kelako la..
keadaan zaman skrg lelaki ke pompuan memang x selamat kan..kes rogol x kenal sape pon..baik laki or pompuan..emmm...kene hati2..

 

Rabu, April 01, 2009 4:51:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

Jangankan orang lelaki, kucing atau kambing pun boleh kena rogol sekarang nie. Org pompuan toksah cakap la...lagii bahaya..

dam ular katanya...hahaha..tu boring tahap gaban ler tu ek...

waduhh...djalut ini ada2 sajerr...

 

Rabu, April 01, 2009 5:03:00 PTG, Blogger aNIe

Nampaknya hanya dengan djalutlah tempat Bp menghilangkan rasa bosan...hujung minggu pun ngan djalut...heheheh...

Dam ular tu...sekarang ni bebudak dah tak main lagik kan?

Hehehe...ade ke kasi kilat dashboard dengan WD 40...biar betul di djalut ni...

 

Rabu, April 01, 2009 5:29:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

kecik-kecik dulu...asal main dam ular mesti berakhir dengan tangisan....kena tipu je dengan abang-abang aku 4 orang tu...

Pssst: CkLah baru buat entri berbahasa JAWA. Buleh dak? Geh...geh....geh...9gelak sembrono!)

 

Rabu, April 01, 2009 7:31:00 PTG, Blogger chekgu Bani Hassim

ape daa...
nak kilat dashboard kasi spray itu wd40 watpe...
makin licin ade laa...huhu

 

Rabu, April 01, 2009 11:06:00 PTG, Blogger TokNabe

Emm.... cerita ni ada berapa episod sebenarnya?

 

Khamis, April 02, 2009 12:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tuah,
Waalaikumusalam.
Rasanya dia tau kegunaannya tapi dia cuma nak buat eksperimen agaknya....

Mengko-mengkolah yo, aku ijek ‘out station’ meneh ki.


Kasih,
Sekarang ini dah tak mengira jantina. Huhuhu.


kak Mar,
Itulah. Dunia dah nak sampai di hujung-hujung umurnya kak.


benludin,
Aku pun...


Pegawai,
Saidina main 2 orang mana seronok. Kali terakhir main Saidina pinjam Haleeda punya [masa itu dia belum kahwin dengan Azman Adnan lagi....] Hahaha!


Kadok,
Djalut memang suka cipta kelainan. Hehehe!


Sas,
Tahniah jadi pengulas ke-7! :p

Ep. 3 – Dah nama pun nafsu.....
Ep. 4 – Main Scrabble nanti makin takut tensi pulak. Lagipun kedai RM2 itu tak ada jual Scrabble. Hehehe!
Ep. 5 – Djalut memang. Dia sengaja menguji kekreatifannya agaknya. Hehehe!

 

Khamis, April 02, 2009 1:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ijam Muor,
Itulah. Sekarang rumah sebelah Balai Polis pun belum tentu selamat.

Hehehe. Laman sekangkang kera macamana nak main semua itu Muor.

Banyak juga kegunaannya ek.Hehehe. Aku punya dari dulu sampai sekarang tak habis-habis pun. Tapi yang Djalut beli itu tiruan punyalah aku rasa. Semacam baunya. Hehehe.

Hehehe, Djalut ini kawan aku sejak tingkatan satu. Dia budak Sri Menanti. Lepas SRP, pindah sekolah pun satu sekolah juga sampailah SPM. Lepas itu masuk Matrikulasi pun satu tempat juga, pergi daftar pun sekali, siap satu bilik asrama lagi. Ambil degree pun satu kursus juga. Lepas itu kerja pun satu bidang juga. Sekarang dah ditakdirkan Tuhan, out station, duduk sementara pun satu rumah juga. Hehehe!


Ez,
Tengok muka dia pun nak menggelikan hati. Hehehe.

Itulah dia.....


Azwa,
Belum pernah dengar pulak orang rogol kucing atu kambing....
Seronok apa sesekali main dam ular... Hehehe..


Kak Lady,
Tak adalah setiap hujung minggu. Hujung minggu yang itu saja dengan dia kak Lady. Hehehe.

Ada juga hari itu saya nampak budak-budak main. Tapi kalau dijadikan game komputer tentu best kan... Hehehe.

Nama pun Djalut..... :D


Ck lah,
Main dam ular mengelat baru seronok. Hehehe.

Dah baca dah. Dah Jawa memang hebat nak buat macamana... Hehehe!


Chekgu,
Makin licin itu kira ok-lah juga. Tapi berminyak dan baunya yang tahan.... :D


TokNabe,
Kalau nanti ada lagi cerita unik pasal dia, adalah episod seterusnya kot. :D

 

Khamis, April 02, 2009 2:10:00 PTG, Blogger asuhara sue

dah cuba kopi cham kat rumah limas danga bay blum?
Gila best!

 

Khamis, April 02, 2009 3:34:00 PTG, Anonymous rudy bluehikari

hahahaahahaha~ djalut mmg pandai gunakan apa yg ada dan MURAH!

 

Khamis, April 02, 2009 10:56:00 PTG, Anonymous DeeN

Aku selalu geram bila dah nak sampai penamat, terjumpa tangga yg turun ke bawah semula. Menyampah! Er... tp skang rindu plak nak main. Tak dak ka dam ular & tangga dlm versi online punya? ekekekeee..!!

 

Jumaat, April 03, 2009 10:49:00 PG, Blogger BuRuuj

yang kalut di fikiran. hahahaha...

 

Jumaat, April 03, 2009 12:26:00 PTG, Anonymous sIPuTsEDuT

hahaha...ketawa besar sy bc entry kali nie.pandai sungguh sahabat en BP tu buat lawak ek?tp, kdg2...perkara2 cmni lah yg buat kita lebih rapat kan?

 

Jumaat, April 03, 2009 3:43:00 PTG, Blogger tasekM

djaluuttttttt.... djaluuuuutttt....

 

Jumaat, April 03, 2009 11:01:00 PTG, Blogger addyaholix

djalut djalut!
kamu betul-betul bikin kalut!

 

Jumaat, April 03, 2009 11:15:00 PTG, Blogger farazdaq

Purp;

oooo...trimas, baru aku tau wd40 tu ape benda..kalo x mungkin aku spt djalut..

 

Ahad, April 05, 2009 1:04:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

salam wak purp,

kalau episod 3 tu bukan fiksyen, kat mana terletaknya jalan ayng dimaksudkan tu?

 

Ahad, April 05, 2009 11:03:00 PG, Blogger Kasawari

satu pembaharuan guna wd40 utk kilatkan dashboard.. he he

p/s: bro. naper tak jwp sms saya.. no hp dah tukar ek..

 

Ahad, April 05, 2009 8:21:00 PTG, Blogger arsaili

salam..ada lagi dam ular tu ya..salah satu dam fav masa kecik ehehe

 

Isnin, April 06, 2009 5:15:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Asuhara,
Belum. Best sangat ke? Kena cuba nih.>


Rudy,
Itulah kreativiti namanya. Hahaha!


Deen,
Kamu kena mengelat sikit baru senang menang. Hahaha!


Buruuj,
Kalut tak apa, jangan gelojoh. Hahaha!


Siput,
Dia memang punya bakat melawak semulajadi. Hehehe!


Tasik,
Hahaha!


Addyaholix,
Aku rasa cerita pasal dia kalau nak diceritakan semua, berpuluh-puluh episod agaknya.


Farazdaq,
Tak tahu dan mengaku tak tahu itu sifat yang sangat terpuji. Tahniah!


Kerp,
Waalaikumusalam,
Semua cerita itu cerita benar.
Yang itu terletak di dalam Nusajaya, tak jauh dari Glg Patah. :)


Kasawari,
Tak ada rotan, akar pun boleh jadi. Hehehe!

p/s. No yang saya sms tadi itu nombor yang terkini. :D


Arsaili,
Waalaikumusalam.
Ada, banyak lagi di jual di sini. Hehehe!

 

Selasa, April 07, 2009 5:06:00 PG, Blogger A t i Q a h

Jalan ke Gelang Patah dari Mutiara Rini tu pun macam sunyi semacam.

 

Selasa, April 07, 2009 12:55:00 PTG, Blogger Rajuna

oh
i tak rela diperkosa
jangankan diperkosa tubuhku
malah diperkosa akal ku jua tak bisa

auw!

 

Rabu, April 08, 2009 12:30:00 PTG, Blogger Mak Su

episod 3, lelaki pun ? takutnya... iya, mungkin juga. kejahatan sekarang ; tidak bermata.

 

Khamis, April 09, 2009 8:46:00 PG, Anonymous Jowpinter

Tiqah,
Ha'ah. Tempat itu memang sunyi dan suram semacam.


Rajuna,
Penjajahan minda, penyekatan kebebasan berfikir dan meluahkan pandangan dan ekspresi jiwa itu secara halusnya juga ditafsirkan sebagai perkosaan akal. Kan?


Mak Su,
Kejahatan sebenarnya punya mata, hati manusia yang kadang-kadang buta.

 

Isnin, April 13, 2009 8:28:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Saya rasa Djalut ni seorang yang menarik dan lucu. Tak heran BP rapat dengannya. Eh, kirim salam pada Djalut ;)

 

Isnin, April 20, 2009 5:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

BR,Waalaikumusalam BR.

Memang. Djalut kawan saya sejak tingkatan 1 lagi. Sentiasa bersama dari zaman sekolah, matrikulasi sampai-lah universiti. :)

InsyaAllah. :D