Jumaat, Mei 29, 2009
I
Saya masih menjauh, di luar kawasan.

Malam kelmarin saya dan Amir sempat singgah ke Pesta Buku J0h0r [atau menjejakkan kaki ke beberapa gerainya, tapi tak semua gerai]. Hmmm. Saya sedikit kecewa. Amir pun sama menyerapi kekecewaan yang saya rasai. Mungkin saya sudah terbiasa dengan skala, suasana dan kemeriahan pesta buku di PWTC barangkali.

Saya sempat membeli 3 buah buku. U-Turn Ke Jalan Lurus [Zul Ramli M. Razali], Penawar Bagi Hati [Abdul Aziz Ismail] dan novel Musafir Cinta [Taufiqurrahman Al-Azizy]


II
“Sentiasalah buat benda betul, betul-betul dan ingat bahawa musuh ketat bagi terbaik adalah baik.”

Saya petik dari halaman 49 buku U-Turn Ke Jalan Lurus itu. Kata-kata itu sedang memukul jiwa dan minda saya. Sekurang-kurangnya di saat saya menulis catatan ini.


III
Sebuah kesilapan yang sempurna, mengurung dan menyeksa. Tapi sudah saya ulangi, sejujurnya, lagi dan lagi, itu bukan saya rancang. Bukan saya maksudkannya. Bukan saya sengajakan. Tiada sekelumit pun niat saya begitu, biar sehalus kuman pun. Tuhan saksinya.

Maafkan saya.

[Saya sedang berbicara dengan jiwa sendiri]


TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/29/2009 10:27:00 PG. |


24 Ulasan


Jumaat, Mei 29, 2009 12:28:00 PTG, Blogger cikceriacorner

salam en Bp..
emm..dalam maksudnya..hanya Allah sahaja yg tau isi hati kitakan..

 

Jumaat, Mei 29, 2009 4:07:00 PTG, Blogger kucingorengemok

salam... jap nak tanya soalan ketinggalan zaman: apa jadi kat nora pt pinang seribu tu skrg? dah kawin? dah beranak pinak? hehe :)

 

Jumaat, Mei 29, 2009 4:57:00 PTG, Blogger chekgu Bani Hassim

jadi, kenalah sentiasa nak jadi yang terbaik la nih ek??
huhu...susah tu..

 

Jumaat, Mei 29, 2009 5:49:00 PTG, Blogger (¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯)

uii.. puas nak fikir maksud tue?? betapa susahnya nak jadi yg terbaik.. kan kan.. kan..

Zassssssssssss

 

Jumaat, Mei 29, 2009 6:05:00 PTG, Blogger Pa'chik

wak jikan tu nama rajikan??? ada kaitan dak ngan rajnikanth? :P

 

Sabtu, Mei 30, 2009 12:27:00 PG, Anonymous zara

Tiada kesilapan yang sempurna kalau dah mengurung dan menyeksa. Walaupun kesilapan itu bukan dari niat hati. Silap tetap silap.

Memang bukan mudah untuk menjadi yang terbaik kerana untuk ke tahap itu anda terpaksa melangkaui keterbatasan baik. Justru, terbaik itu musuhnya adalah baik.

 

Sabtu, Mei 30, 2009 1:06:00 PG, Blogger A t i Q a h

Hummm, moga dapat penyelesaian yang terbaik.

 

Sabtu, Mei 30, 2009 12:50:00 PTG, Blogger Masy

saye maafkan. heheheh :D

 

Sabtu, Mei 30, 2009 9:45:00 PTG, Blogger zino

sentiasa berusaha memperbaiki sebarang kekurangan inshaallah akan berjaya juga akhir nya..

 

Sabtu, Mei 30, 2009 10:18:00 PTG, Anonymous Sari Ratna Sastri

I.
kita pegi pesta buku kat min.es plak nak?

II.
setuju dengan kata-kata itu...

III.
memang kita manusia tidak akan pernah tidak buat kesilapan... tapi darinya kita belajar untuk perbaiki diri... usaha serta kesungguhan adalah perlu bagi memastikannya konsisten...

 

Ahad, Mei 31, 2009 12:39:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ez,
Salam ez
Ya. :)


kucingorengemok,
Salam. Dah. 3 orang anaknya. :D


Chekgu,
Sekurang-kurangnya mencuba-lah menjadi yang terbaik.... :)


kasutsaiz 4,
Tapi kalau kita fikir tak susah, ia akan jadi senang ot....


Pa'chik,
Si Rajnikanth itu Jawa ke? Kau peminat cerita tamil eh? Hehehe!


Deen,
Trimas. Selamat untuk kamu juga!


Zara,
Saya maksudkan 'sempurna' itu sebenar-benar kesilapan, bukan disengajakan, atau dibuat-buat. :)

Bagi yang lekas berpuas-hati, 'baik' itu mungkin sudah yang 'terbaik'. Kan?

 

Ahad, Mei 31, 2009 12:52:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tiqah,
InsyaAllah.......... :)


Masy,
Terima kasih. :D


Zino,
Ya, kalau ada niat dan usaha untuk berubah jadi lebih baik dalam apa sekali pun, insyaAllah, Allah akan permudahkan....


Sas,
I. Boleh, kalau masa tak tersimpul-lah.... :)

II. Kata-kata yang baik, kena fikir-fikirkan, kena renung-renungkan, dan ambil iktibar.... Kan?

III. Betul. :)

 

Ahad, Mei 31, 2009 2:08:00 PG, Blogger Pa'chik

tak tau pulak... kiki... mana tau mak pak dia merantau jauh ke india sana...

 

Ahad, Mei 31, 2009 10:50:00 PG, Blogger arsaili

salam..kecewa dengan jumlah gerai atau jumlah pengunjung atau kedua2 nyer?

 

Isnin, Jun 01, 2009 9:16:00 PG, Anonymous rudy bluehikari

saya maafkan awak...iskk..aku pulak yg menjawab ngeeeeeee ahahahaa

 

Isnin, Jun 01, 2009 11:40:00 PG, Blogger addyaholix

i
saya baru khatam satu buku. ada lagi 13 buah. haha!

ii
kita manusia. selalu buat silap. tapi peluang selalu ada kan?

iii
dia minta maaf pada saya pagi tadi. tapi saya abaikan. sebab hati dah terlalu sakit. biarlah!

 

Isnin, Jun 01, 2009 3:48:00 PTG, Blogger asuhara sue

maafkan sajalah, akan terasa kenikmatannya nanti

 

Rabu, Jun 03, 2009 3:13:00 PTG, Anonymous Jowopinter

Pa’chik,
Hahaha! Kau nih......


Arsaili,
Salam. Kedua-duanya kot....


Rudy,
Terima kasih kerana maafkan saya. Awak memang pemaaf orangnya kan... Hahaha!


Addyaholix,
i. Kalau di ofis aku curi2 masa aku baca e-book.... Hehehe!

ii. Ha’ah. Cuma takut peluang atau ruang untuk diberi kemaafan tak ada....

ii. Selagi kau tak memaafkan, selagi itulah jiwa kau terseksa... Itu aku yang kata, bukan orang kata...


Butaseni,
Sesekali kena over haul jiwa kita..........


Asuhara,
Bukan semua manusia pemaaf, atau mudah memaafkan.....

 

Khamis, Jun 04, 2009 3:29:00 PTG, Blogger KAMATO

biasakan kita tidak mangatakan kita yang terbaik

 

Isnin, Jun 08, 2009 1:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kamato,
Ya, saya setuju. 'Terbaik' bagi kita mungkin 'terburuk' bagi orang lain.

 

Ahad, Jun 14, 2009 1:05:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Aneh, berblog dengan kawan-kawan yang tidak berwajah tapi terasa amat dekat di hati!

Salam BP :)

 

Sabtu, Jun 20, 2009 6:41:00 PTG, Anonymous Jowopinter

B Rampai,
Mungkin ada kisah kita mempunyai jiwa yang sama, lalu kita sama-sama turut sama menjiwainya, buat kita terasa dekat di hati.....

Salam BR. :)