Khamis, Mei 21, 2009
Untuk misi khas itu saya mencipta bermacam-macam alasan untuk meminjam kapcai C70 kelabu abah. Tapi saya kan anak kesayangan abah, mesti abah bagi pinjam punya.

Saya cuci motorsikal abah bersih-bersih. Bukan selalu saya cuci motorsikal abah pun, sesekali bila saya nak pinjam saja baru saya tolong cucikan. Abah bekerja di kebun Hevea brasiliensis. Jadi, motorsikal abah ada palang besi di tempat duduk belakangnya, tempat abah selalu meletak tong. Saya tanggalkan besi itu. Tak rugged-lah kalau ada besi.

Topi keledar abah tak cantik, comot, bercalar dan bergetah sana-sini. Berbau getah sekerap lagi. Tak sesuailah kalau saya pakai untuk misi khas itu, jadi saya pinjam topi keledar abang Hasim, anak Wak Jikan. Rumah dia tak jauh dari rumah atok. Topi keledar abang Hasim pun tak cantik juga tapi tidaklah seteruk topi keledar abah sebab abang Hasim kerja menyawit. Saya cuci topi keledar abang Hasim. Topi keledar abah pun saya tak pernah cucikan, topi keledar abang Hasim boleh pula saya cucikan. Misi khas punya pasal.

Kapcai sudah bersih. Topi keledar pun sudah cantik. Apa lagi. Lesen belakang kira. Kira hebatlah saya, tiada lesen tapi masih berani melalui jalan pekan. Destinasi saya tidaklah jauh sangat. Rumah Nora. Di Parit Pinang 1000, Jalan Temenggung Ahmad. Kalau dalam kelajuan 70km/j, kira-kira 27 minit saja sudah boleh sampai.

Sampai saja di depan rumah Nora, saya nampak ada kelibat lelaki tercegat di depan pintu. Argh! Buat rosak program betul si Azman, abang dia tu!

Itu cerita dulu-dulu. Masa mula-mula belajar berendut.

Hehehe!



TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/21/2009 05:27:00 PTG. |


42 Ulasan


Khamis, Mei 21, 2009 6:26:00 PTG, Blogger Sastri

amboi-amboi... bukan main lagi ek... sanggup segala untuk misi khas ke rumah nora... :p

 

Khamis, Mei 21, 2009 8:54:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Salam....
Wes suwi orak teko merene....



Errr..berapa tahun umur kau masa tu bro?
Dah pecah suara ke belum?
He...he...he...

 

Khamis, Mei 21, 2009 9:10:00 PTG, Blogger artisticklytouch

wakakakaka komen pertama tuh, jeles ker????

 

Khamis, Mei 21, 2009 9:14:00 PTG, Anonymous Water Lily

Akak syak waktu tu, masa kamu bergambar dengan Ujang(dengan muka inesen tu) hahaha!

Rindunya membaca entri kamu. Dalam gurau masih berjiwa!

 

Khamis, Mei 21, 2009 10:16:00 PTG, Blogger zara aluwi

kapcai, kapcai pun masih boleh digunakan. Tapi rasanya Nora tak kisah...

 

Khamis, Mei 21, 2009 10:38:00 PTG, Blogger addyaholix

nora sayang purp, jadi c70 pon nora tak kisah. sebab hati nora dah betul-betul untuk purp. bukan untuk black. bukan untuk red. bukan juga untuk lelaki kurus keding yang mirip pipiyapong blogger terkenal tu(tiru ayat kak waterlily). hati nora memang milik purp. itu yang nora janji dengan purp masa curi-curi jumpa belakang batu seberang sungai di hujung kampung dua minggu lepas.

tapi sanggup ke purp hadapi azman, abang nora yang bengis tu untuk nora?

haha. lama kamu hilang bang. mana?

 

Khamis, Mei 21, 2009 11:12:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

lama menghilang tapi masih berbisa!

nora dah kahwin ke sekarang? Kalau tak tentu pengomen pertama jeles hehehe

 

Khamis, Mei 21, 2009 11:25:00 PTG, Blogger ~tuah.rimbun~

ko buat betul2 aku suspen kah JP...
sanggup tempuhi halangan demi endut...
huhuhu

 

Jumaat, Mei 22, 2009 4:49:00 PG, Blogger PINATBATE

apa khabarlah nora sekarang agaknya..ehek..

 

Jumaat, Mei 22, 2009 7:46:00 PG, Anonymous Nonie Aziz

On behalf Sas...Nora tu dah kawin ke sekarang nih? hahahahaha

 

Jumaat, Mei 22, 2009 8:14:00 PG, Blogger TokNabe

Haha... terkenang semasa dulu. La ni kalau nak ngorat naik apa pulak ye?

 

Jumaat, Mei 22, 2009 8:23:00 PG, Blogger cikceriacorner

heheheh...bile ingat kisah dulu2 mesti kelakokan...heheh...

 

Jumaat, Mei 22, 2009 8:25:00 PG, Blogger MOKCIK AZWA

kenapa dengan si Azman tu? macam kisah tragedi oktober ker nie...cinta terhalang oleh si abang...

 

Jumaat, Mei 22, 2009 9:45:00 PG, Blogger asuhara sue

misi berendut!!!!
wah wah...lebih hebat dari cerita azura tu ek...

 

Jumaat, Mei 22, 2009 11:01:00 PG, Blogger Masy

geli je perkataan berendut tu. terbayang perut yg gendut. hahaha

 

Jumaat, Mei 22, 2009 11:03:00 PG, Blogger Sya

Nak berendut punya pasal leh jadi rajin ek?

 

Jumaat, Mei 22, 2009 2:20:00 PTG, Blogger DeeN

Salam,
Haha... nora, nora. Er.. apa jadik ngan nora skang..?

 

Jumaat, Mei 22, 2009 6:17:00 PTG, Blogger BuRuuj

eceh...teringat endot lame beb! hahaha...

di parit pinang 1000? biar betul? pinang sebatang penah la dengar.. tue tandanya, kang bp kene pinang dia 1001 kali, baru cik nora tue terima.

 

Jumaat, Mei 22, 2009 11:55:00 PTG, Blogger Cik Keju

haishh... mengimbau kenangan lama berendut pulak. kalau aku ni, memang ada yg kena cubit. hahhahahaha...

 

Sabtu, Mei 23, 2009 7:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Itu cerita zaman-zaman remaja dulu-lah.. Hehehe!


CkLah,
Salam, kesuwun sudi merene maneh. :D

Masa umur 17 tahun kalau tak silap... Janggut pun tak berapa nak tumbuh lagi masa tu. Hahaha!


Arts,
Hahaha!Tiada komen....


Kak Mar,
Bukan, masa dengan Ujang saya dah 24 tahun. Masa cerita ini saya 17 tahun. Hehehe!

Yang tersiratnya; bukan tentang Nora sebenarnya yang ingin saya ceritakan... :)


Zara,
Saya tak pernah membawa mana-mana perempuan dengan kapcai abah kecuali emak, nenek, adik perempuan dan makcik saya...... :)


Addyaholix,
Wah! Pandainya kau mencipta cerita eh..... Hahaha!

Kebelakangan ini masa aku agak tersimpul dengan tugasan. Itu yang terpaksa menyepi sekejap... :D


YB,
Dia dah kahwin. Kalau tak silap dah 3 orang. Hehehe!

 

Sabtu, Mei 23, 2009 8:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tuah,
Jiwa remaja-lah katakan....... Hehehe.


Pinatbate,
Dia dah kahwin dengan pilot bas. Dah 3 orang dah. Hehehe!


Nonie,
Sila rujuk jawapan kepada komen Pinatbate di atas. Hehehe!


Tok Nabe,
Sekarang tak nak mengurat dah. [Kalau orang yang mengurat ada-lah. Hahaha!] Lagipun dah ada endut dah Tok, tak payah nak mengurat-ngurat lagi dah. Hehehe!


ez,
Mengenang zaman dulu-dulu memang melucukan... :D


Mokcik Azwa,
Suspen-lah kalau abang dia nampak. Hahaha!


Asuhara,
Belum sempat nak berendut pun. Baru nak belajar2 masa itu. Hahaha!

 

Ahad, Mei 24, 2009 1:46:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Masy,
Hahaha! Ke situ pulak...Kak Sya,
Bukan sebab nak berendut kot, tapi lebih kepada nak melaram.. Hehehe!


Deen,
Salam,
Statusnya; cuba kamu rujuk jawapan2 komen di atas. Hehehe!


Buruuj,
Hahaha!

Memang ada la nama kampung itu di Muor....


Kek Keju,
Hahaha. Cemburu juga kau rupanya ek. Hahaha!

 

Ahad, Mei 24, 2009 4:48:00 PTG, Blogger muor76

hehehehhe...
aku dulu nak berendut.. dok pakai c70 bapak aku.. kaler marroon..
pastu bapak aku tuko moto.. pakai c70 cdi kaler biru.. pon pernah berendut pakai moto tu..
bese ler.. nak membentuk lawi kan.. takkan nak naik beskal.. naik beskal kalo aku nak berendut kat depan sekolah jerk..kekeke
memule aku kawin pon naik ex5 kaler ijo.. heheheh

nih semua leh jadik modal tok cite kat anak-anak nanti.. baru diaorang tau camner kesusahan time mak bapak dia berendut dulu... kekekek

 

Ahad, Mei 24, 2009 7:49:00 PTG, Blogger arsaili

salam..bro tu kisah lepas akil baligh yer..ahahaha

 

Ahad, Mei 24, 2009 11:15:00 PTG, Blogger ILA

laaaaaa...cerita lama kahhh???
jap!!'berendut' tu apa bnda BP??? bahasa daerah kahhh??

 

Isnin, Mei 25, 2009 9:00:00 PG, Anonymous en_me

ammvoiii abang ittewww..

 

Isnin, Mei 25, 2009 1:52:00 PTG, Blogger achik

pergh.. demi nak jumpa nora..
sanggup tu cuci helmet abg Hashim..

;p

 

Isnin, Mei 25, 2009 4:53:00 PTG, Blogger e.i.s.r.a.a

salam lama tak singgah.
cuba imejin, macam manalah dresing wak masa nak pegi berendut tu. rambut pula disisir bagaimana eh?
sudah berapa anak nora sekarang?
=)

 

Isnin, Mei 25, 2009 8:23:00 PTG, Blogger Pa'chik

apa hubungan wak jikan tu ngan sofi jikan dude???

 

Isnin, Mei 25, 2009 10:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hehe..itu nora punya pasal..pengomen no.1 punya pasal, misi khas apa la yg diguna pakai ek heheh..jgn marah aaaaaa...

 

Selasa, Mei 26, 2009 6:01:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

C70 pun kira pecah kepala punya hebat time tu ooo...

 

Selasa, Mei 26, 2009 10:26:00 PTG, Blogger Rajuna

apa barang berendot bawak c70?
rxs 100 takde ke bang?

haha

 

Rabu, Mei 27, 2009 8:22:00 PG, Blogger KAMATO

habis, si nora tu sempat ke membonceng naik c70

 

Khamis, Mei 28, 2009 9:07:00 PG, Blogger kad0k.

cehhh..ingat misi amik rambutan ka atau apa ka...hahaha..p..misi merendek rupanya...:P

 

Khamis, Mei 28, 2009 12:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

YB,
Akan tiba masanya, insyaAllah


Muor,
Hahaha!

Depan sekolah mana kau berendut Muor? Kau pakai basikal apa masa tu Basikal Jaguar yang ada palang & carrier kat belakang tu eh....... Hehehe!

Hehehe! Budak-budak sekarang nak berendut tak mencabar langsung kan......... Hehehe!


Arsaili,
Salam... Dah. Itu 5 tahun selepas bersunat. Hahaha!


Ila,
Lebih kurang berpacaran-lah kot :D


en me,
Hahaha!


White,
Kansel!!! misi.... :D


achik,
Kenal ke abg Hashim yang mana satu....? Hehehe!

 

Khamis, Mei 28, 2009 12:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

eisraa,
Salam. Ya, lama tak nampak kelibat kamu. Tapi sesekali wak masih singgah blog kamu.

Rugged. Rambut pakai jeli, tapi leper sebab pakai helmet. Hehehe!

Sudah 3 anaknya. :D


Pa’chik,
Sofi Jikan itu Melayu. Wak Jikan itu Jawa. Jadi, aku rasa tak ada apa-apa hubungan. Lagipun nama penuh wak Jikan itu Rajikan. Hehehe!


meen,
Saya membuat kajian awal jalan-jalan dan lorong-lorong ke rumahnya. Kemudian saya menjemputnya dengan ‘skyline’ ungu buruk saya di depan lobi lif. Hehehe!


Pegawai Khalwat,
Tak juga. Masa itu Honda Fame yang popular..... Hehehe!


Rajuna,
Ok-lah tu... dari naik bas Lian Ho warna kuning BP-Muar tu. Hahaha!


kamato,
Tak. Langsung tak sempat.....C70 itu kekal ‘suci’ sampai sekarang..... :D


Kadok,
Ambil rambutan nak buat apa cuci motor dan helmet bro? Hehehe!
Uits! Mana ada merendek. Kunjungan silaturahim tu namanya.... Hahaha!

 

Khamis, Mei 28, 2009 1:47:00 PTG, Blogger Mak Su

berendut tu xtvt gi beronggeng ker?

 

Khamis, Mei 28, 2009 6:59:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Hahaha! ... comelnya cerita kali ini.
Saya cuba membayangkan wajah hampa si Hero masa ternampak kelibat abang si Heroin! :D

Salam BP :)

 

Khamis, Mei 28, 2009 9:22:00 PTG, Blogger Rajuna

tapi rasanya hayat bas tu tak panjang lah bang
aku ingat sekarang dah ganti mayangsari

 

Jumaat, Mei 29, 2009 11:10:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mak Su,
Bukan-lah...... Jauh sangat perginya Mak Su nih...


B Rampai,
Salam BR.
Comel cerita atau penceritanya? Hahaha. Saya bergurau....

Hampa itu tak-lah.... Seram sejuk mungkin........ :D


Rajuna,
A’ah. Dah pupus bas Lian Ho sekarang..... Ada juga 1-2 karya seni aku di bangku belakang bas itu dulu-dulu... Hahaha!