Selasa, Mei 05, 2009
Muar.

Saya berseluar separas lutut dan bersinglet. Saya duduk di kerusi plastik. Saya mengadap meja makan kayu yang beralas plastik lutsinar yang sudah kusam. Nun di hujung sana, kipas angin berputar, berkeriut-keriut.

Di atas meja itu, empat biji pinggan porselin putih buatan China, yang bercorak bunga-bunga kecil seakan-akan spesis Clitoria ternatea var. pleniflora di pinggir-pinggirnya. Pinggan di dekat saya terisi nasi. Kemudian di sebelahnya pinggan yang terisi asam pedas kepala ikan mayong. Satu lagi terisi ikan mayong goreng. Dan pinggan yang terisi umbut kelapa muda masak lemak. Nampak macam ringkas dan biasa-biasa saja menu saya tapi khusyuk dan beria-ia sungguh saya menikmatinya. Tanpa sedar, saya menambah nasi di pinggan saya sampai tiga kali! Nasib baik tiada kelibat sambal tutuk. Kalau ada, boleh sampai empat lima enam pinggan agaknya.

Saya sedikit gusar. Bimbang juga kalau-kalau kesaktian masakan emak saya akan tambah menyukarkan saya untuk mengekalkan berat badan unggul dan kerampingan saya nanti.

[Saya impikan ketul-ketul yang terbina dari otot, bukan lemak jahat. Hehehe]

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/05/2009 05:27:00 PTG. |


51 Ulasan


Selasa, Mei 05, 2009 5:43:00 PTG, Blogger cikceriacorner

en BP...
adooiii..bile bace n3 kali ni terasa air liur daku seperti mau meleleh..heheh..pehh mak ditambah ngan sambal tutuk..pehhhhh...sedapnye...

xpe en BP..makan aje..belasah aje..masakan emak sukar dicariganti..heheh

 

Selasa, Mei 05, 2009 5:45:00 PTG, Blogger Cikgooden

makan la masa sihat..dah sakit hilang nikmat makan..aaa

 

Selasa, Mei 05, 2009 6:03:00 PTG, Blogger sitinurulhawa

tiba2 rasa lapar dan rasa nak balik kg huh!

 

Selasa, Mei 05, 2009 7:15:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

n3 ni buat saya terasa lapar. Ada tak tempat makan yg best mcm tu kat KL ni?

psst - bila nak pergi pekena teh tarik? Sila hubungi saya di yunus.badawi@gmail.com

 

Selasa, Mei 05, 2009 8:35:00 PTG, Blogger SHIMI

sah perut kau masa tu terburai-burai..

berat bandan unggul juga tuh
mempunyai satu ketul otot sahaja

 

Selasa, Mei 05, 2009 9:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

"Saya berseluar separas lutut dan bersinglet"

Singlet cap pagoda ke? Hahaha! Macam apek.

Kak Mar

 

Selasa, Mei 05, 2009 11:42:00 PTG, Blogger chekgu Bani Hassim

aku pon cam ko gak...
dalam dilema kalau dok ngn mak nih...
asyik kene pakse makan je...
susah2...

 

Rabu, Mei 06, 2009 12:24:00 PG, Blogger A t i Q a h

Alah. Bukan selalu dapat makan masakan emak. Hehe.

 

Rabu, Mei 06, 2009 1:24:00 PG, Blogger kingbinjai

oh saya kalau dapat ikan masin makin berselera makan

 

Rabu, Mei 06, 2009 8:14:00 PG, Blogger Unknown

awak buat saya hampir meleleh air liur. jgn sampai saya termimpi-mimpi asam pedas dan sambal tutuk sudah la...

 

Rabu, Mei 06, 2009 8:31:00 PG, Blogger Yumiko Yasuo

masakan emak memang takde sapa yang boleh lawan ... sedapnya dapat lauk pauk camtu. sambal tutuk tu kalo mak saya dipanggilnya sambal koret. entah apa maksud tak tau ler. mak saya jawa sri medan. masakan jawa + johor memang sedap dan dekat di hati saya

 

Rabu, Mei 06, 2009 9:35:00 PG, Blogger Kenanga Biru

masakan ibu memang terbaik.

muar.

pastikan disebut dengan loghat yang betul ya. heheheheh

 

Rabu, Mei 06, 2009 10:00:00 PG, Blogger BuRuuj

hurm...mak masak ape yang tak sedap? cube cakap. even bila dh kawen nnt pun teringat lagi masakan mak.

makanlah sepuasnya sebab akan smpi juga ketika awak tak lalu nak makan hatta masakan mak pun ditolak ke tepi;)

 

Rabu, Mei 06, 2009 10:04:00 PG, Blogger muor76

kalo ko ade lemak... lemak tu leh diubah menjadik ketul ketul yg menarik.. ermm kalo aku skang.. dedulu ade 6 ulas durian kat perut... tapi skang ade sebijik durian ler pulak.. sib baik durian tu belom diserkup ngan kuali...

aku rase dalam dunia nih.. makanan dari air tangan mak ler yg paling sedap...

 

Rabu, Mei 06, 2009 10:11:00 PG, Blogger asuhara sue

fuh sambal tutuk tu kalau makan dengan nasik panas jek pun dah kaw!

 

Rabu, Mei 06, 2009 10:39:00 PG, Blogger KaSiH

ikan mayong!! ya ampun sedapnyaaa...klu ada telur dia lg sodapp...saya ni nama je jawa...sambal tutuk baru tau cane rupanya...hehe..

 

Rabu, Mei 06, 2009 11:45:00 PG, Blogger Masy

malam td baru je mkn nasik putih + kicap dan lauk ikan kerisi goreng dgn sambal kuini. sedapnye terasa2 smpi sekarang.

mmg masakan kg la yg paling mmbuka selera. rugilah org putih x mkn pedas. hahahahah

 

Rabu, Mei 06, 2009 12:10:00 PTG, Blogger achik

sedapnya asam pedasssssss...
makin lapar plak jadinya lepas baca n3 ni.. ;)

 

Rabu, Mei 06, 2009 12:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ez,
Dah! Dah! Cepat lap air liur tu. Hehehe.

Belasah, belasah juga tapi kesihatan kena jaga. :D


Cikgooden,
Tapi kena beringat-ingat juga. Ingat sihat sebelum sakit ..... Kan?


sitinurulhawa,
Kalau naluri dah terasa nak balik, elok diikut naluri itu... :)


En YB,
Susah nak cari menu yang betul-betul citarasa kampong di KL rasanya YB. Kalau citasara Siam bersepah-lah. Kan?

Boleh. InsyaAllah. Bila senang nanti saya cari YB eh.


Shimi,
Nasib baik seluar pakai cerut getah. Dia automatik mengembang sendiri. Hahaha!

Hahaha.


Kak Mar,
Mana tau nih? Hahaha!


Chekgu,
Itulah. ‘Dipaksa’ makan itu satu. Satu lagi, masakan emak, ringkas macamana sekalipun tetap melazatkan.

 

Rabu, Mei 06, 2009 12:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Atiqah,
Yang sekali-sekali itu-lah kena kawal. Kalau tak, sekali balik kampong, berat terus naik sampai 7kg. Hehehe!


King,
Kalau dapat ikkan kapak. Pergh!


Nuril Azni,
Kalau meleleh-leleh pun tak apa, itu normal. Mimpi pun tak apa, jangan sampai mengigau dah-lah. Hehehe.


Senotip,
Itulah. Air tangan emak-lah katakan.

O. Sebab kena ‘koret’ kot. ‘Koret’ itu lebih-kurang macam korek-lah.

Bagi saya, masakan Jawa+ Johor juga yang terbaik untuk selera saya. Bagi saya-lah.


Nikotin,
Ya. Sangat setuju.

'Muor , maksud kau? Hehehe!


Buruuj,
Emak hidang nasi + ikan kering + sambal tumis pun dah sedap!

Tangki perut saya kecik. Takut pecah kalau diisi banyak-banyak. Hehehe.


Ijam Muor
Kena giat buat work out-lah kalau nak jadi ketul-ketul. Hehehe!

Hahaha. Nanti aku kira aku punya ada berapa ulas. 8 kalau tak silap. Hahaha!

Ha’ah.


[Pasal Vespa tu, nanti aku bawak kau jumpa dia sendiri-lah eh. hehehe!]

 

Rabu, Mei 06, 2009 1:04:00 PTG, Blogger arsaili

salam bro...tang 'berat unggul' yg tak tahan nak dengar tuh..ahaahaha

 

Rabu, Mei 06, 2009 3:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Asuhara,
Itulah. Berpeluh-peluh dibuatnya! Lazat! Wong Jowo ngomong, “mentuo liwat mburi pun ora perasan.” [liwat mburi memang-lah, jajal liwat ngarep...] Hahaha!


Kasih,
Jarang dapat jumpa telurnya kalau beli di pasar. Kalau ada pun mesti orang lain dah beli dulu. Larrr....


Masy,
Sambal kuini?

Tak payah orang putih. Orang melayu pun ada yang tak makan boleh pedas apa.......


Achik,
Sekejap tadi makan tengahari pun makan asam pedas lagi. Asam pedas ikan kembung pulak. Hehehe.


Arsaili,
Waalaikumusalam.
Nak check BMI-lah sekejap lagi..... hahaha!

 

Rabu, Mei 06, 2009 3:27:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Kalau mak masak mana ada lemak jahat.

 

Rabu, Mei 06, 2009 4:06:00 PTG, Blogger tasekM

masakan emak mmg terbaek!

 

Rabu, Mei 06, 2009 6:08:00 PTG, Blogger Cik Keju

kalau dah nasik berpinggan², lauk pulak berunsurkan santan, memang konfem 'otot²' lemak je la yang bakal muncul. ekekekek.

 

Rabu, Mei 06, 2009 9:24:00 PTG, Blogger addyaholix

aku juga sedang usaha keras bang. mak cakap kalau dari jauh aku dah serupa ayah. ciss!

 

Rabu, Mei 06, 2009 10:21:00 PTG, Blogger TokNabe

Alhamdulilah selera makan masih ada... nikmatilah ketika masih berselera. Cuma kena beringat juga agar yang berketul2 tidak timbul hanya di perut. :D

 

Rabu, Mei 06, 2009 10:52:00 PTG, Anonymous Sastri

samalah kita... cuma kat kampung ni, i yang masak sebab mak sibuk... hari tu masa mula sampai je mak masak sebab dia cuti... :)

 

Khamis, Mei 07, 2009 3:51:00 PG, Blogger zizie ali

sumber protin dari ikan lebih baik dari beburung dan mamalia.

 

Khamis, Mei 07, 2009 8:13:00 PG, Blogger KAMATO

baca entry je sudah telan air lior....

 

Khamis, Mei 07, 2009 8:19:00 PG, Anonymous en_me

bahasa yg chantekkk.. salam pagi kemis kang JP tewww..

 

Khamis, Mei 07, 2009 11:25:00 PG, Blogger Mak Su

susah nak sebut ya nama-nama bunga-bunga kecil di pinggan porcelin tu

 

Khamis, Mei 07, 2009 11:55:00 PG, Blogger artisticklytouch

kecur liur kang...lupa terus ketulan ittew haha

 

Khamis, Mei 07, 2009 4:28:00 PTG, Blogger ainzoo

Woooooooooooooohohoho...ngencesssssssssssssss...mak masak mmg sedap...uhuhuhu..nak balik kampongggggg

 

Khamis, Mei 07, 2009 5:20:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

bestnya mencicipi masakan emak...betul ker bahasa mokcik nie...

emak masak ikan masin saja pun dah cukup menyelerakan.

 

Khamis, Mei 07, 2009 8:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

masakan bonda..masak ikan rebus pun terasa sedap..huhu

 

Jumaat, Mei 08, 2009 3:39:00 PG, Blogger Unknown

ohh no sambal tutuk... cannot forget laa that sambal..

last week cadangnya aku nak menjamu asam pedas di ponorogo tu.. malangya tutup.. pekena mee bandung je laa lagi

 

Sabtu, Mei 09, 2009 11:03:00 PG, Blogger zino

dah terhidang depan mata apa nak kira balun je lah hehe

 

Sabtu, Mei 09, 2009 10:28:00 PTG, Blogger Rara

ko ni jawa pintar..hihiiihi..
nah jd teman blogku jg dong..dongky..

 

Ahad, Mei 10, 2009 5:11:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Oh,masakan emak. Patutlah, menjulang selera.
Alhamdulillah sayang emak mengalir dalam masakan itu.

Moga satu hari nanti ada gambar BP di sini dengan gaya hebat menayangkan ketul-ketul otot itu ;)

Salam BP :)

 

Rabu, Mei 13, 2009 12:16:00 PTG, Blogger kad0k.

aku ni sangat ketinggalan. ikan mayong pon aku x kenal. apa lagi menghayati masakan ibu kamu. haihhh. bukan orang bandar. orang kampung juga. cuma mungkin tidak biasa. hehehe

 

Rabu, Mei 13, 2009 5:32:00 PTG, Blogger zara aluwi

Makan sesekali berselera macam tu, tak akan boleh mendatangkan kegemukan. Tentu kamu ni rajin buat senaman kan? Nanti dapat la balik maintain keterampilan tu.

 

Rabu, Mei 13, 2009 8:51:00 PTG, Blogger Rajuna

kasi 'cuci' sikit dengan pecel lele!

 

Khamis, Mei 14, 2009 2:31:00 PTG, Blogger Unknown

kesaktian masakan mak mmg tiada tandingan, tapi kalau ada niat nk tambah sampai 4/5 pinggan, ko ada simpan anak naga dlm perut ke bro?

 

Jumaat, Mei 15, 2009 5:49:00 PTG, Blogger Mak Su

kuasa sakti emak de white witch akan tetap unggul dan berjaya

 

Sabtu, Mei 16, 2009 2:28:00 PG, Blogger aNIe

BP...umbut kelapa masak lemak tu susah nak dpt makan tu...sedapppp!!

 

Ahad, Mei 17, 2009 6:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pegawai khalwat,
Lemak kalau sikit-sikit ok, tapi kalau dah banyak-banyak, itu jadi 'jahat'. :D


Tasik,
Betul!


Kak Keju,
Cepat-cepat buat sit up & push up-lah....Ha ha ha!


Addyaholix,
Ikut kajian, kalau banyak sangat lemak berkumpul, kadar kekacakan boleh menurun sehingga 27%. Hahaha!


Tok Nabe,
Banyak penyakit zaman moden sekarang berpunca dari pemakanan. Itu yang kena beringat-ingat. Itulah, biasanya berkumpul di bahagian perut. Itu yang masalahnya Tok. :D


Sastri,
Kalau u yang masak, ada harapan dorang makan berpinggan-pinggan tu. U-kan pandai masak....Hehehe!


Zizie Ali,
Betul!

 

Ahad, Mei 17, 2009 7:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kamato,
Kemecer eh bang... :D


en me,
Trimas. Petang Ahad baru sempat jawap.... :)


Mak Su,
Nama saintifik memang macam tu Mak Su... berbelit. :D


Arts,
Makan tetap makan. Abaikan dulu pasal ketulan. Hahaha!


ainzoo,
Masakan emak-lah katakan.....


Mokcik Azwa,
Ini bukan mencicipi lagi mokcik... Hehehe..


meen,
Itulah. Tapi emak saya jarang pulak rebus ikan. Kalau goreng memang selalu-lah....Hehehe.

 

Ahad, Mei 17, 2009 7:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Penoreh,
Sambal klasik tu.. Ooo, mi bandung pun ok apa... [Kau sebut mi bandung, buat aku teringin nak makan mi bandung Muor pulak dah....]


Zino,
Balun tetap balun. Hehehe!


Rara,
Tak ada-lah pintar mana.. Hehehe! Sila-sila....


B Rampai,
Salam BR.

Kesaktian air tangan emak.... :)

Saya kan pemalu orangnya, mana mungkin boleh terpampang di sini otot-otot itu. Hehehe.


sitie bum2,
Erkkk.... Alhamdulillah.


Kadok,
Kau memang....... Apa-lah kau, nama saja orang Johor tapi tak kenal ikan mayong....Hehehe.


johari,
Eh....? Nanti aku cuba rasa....

Masakan emak. Siapa boleh lawan...

 

Ahad, Mei 17, 2009 7:20:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zara,
Ada-lah sikit angkat-angkat besi, buat sit up & push up. Hehehe.


Rajuna,
Pecel lele? Pergh!


Amora,
Boleh pecah perut aku agaknya kalau tambah 4/5 pinggan lagi..... Hehehe!

[Lama menyepi Amora...?]


Mak Su,
.....bagi memastikan anaknya sentiasa gagah dan perkasa. Hahaha!


Kak Lady,
Ha'ah. Susah nak dapat. Dapat sesekali makan. Pergh! Marvellous!