Selasa, April 21, 2009
I

Saya menerima khabar dari emak saya. Nenek saya, Atok Tuk sedang gering, muntah-muntah.

Semoga Atok Tuk terus sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Ameen.



II

Sempurna sudah permahsyuran K0ta I5kandar. Penat.

“Kau mengigau lagi. Macam selalu-selalunya, trademark kau. Merintih, macam orang meratap, menangis.“ Kata Amir.

Saya terlalu penat sangat agaknya. Isk!



III

Saya berdiskusi dengan KayKay petang kelmarin. Tentang itu. Tentang ini. Tentang budaya. Tentang pemikiran. Macam-macam. Petang ini dia berangkat ke Millan dan kemudian ke Zurich. Selamat jalan KayKay.

Berdiskusi itu juga semacam seni, bukan setakat kemahiran yang boleh dipelajari secara dogmatik.



IV

"Tidak ada sesuatu bangsa bisa dijajah oleh bangsa Iain tanpa bantuan bangsa itu sendiri." Saya meminjam [tanpa izin] kata-kata Chiang Kai-shek.



V

Saya bermain-main dengan istilah espalier, regional / climatological, cultivated ecology, capillary fringe, concentric circle dan multi-dimensi hari ini.

Lalu saya coret-coretkan setiapnya di helaian kertas, yang saya ikat menggunakan gelang logam yang saya beli di Kuchai Lama itu.



VI

KLIBF2009. PWTC.

Saya tidak ghairah sangat membeli buku kali ini. Cuma 2 buah. Buku tulisan Immanuel Kant yang sudah berumur lebih dua ratus tahun itu, yang nipis tapi sangat sarat isinya itu. Dan buku tulisan Syed Husin Ali [sempat juga bersembang sekejap dan mengecek tanda tangannya]

Selain dari itu, beberapa majalah dan beberapa album nasyid.



VII

Dan berikan saya sedikit jeda sebelum saya mahu bercerita lagi.

Panas. Terik. Terasa seperti ingin berlenggeng saja.



TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/21/2009 05:27:00 PTG. |


39 Ulasan


Selasa, April 21, 2009 6:18:00 PTG, Blogger TokNabe

7 cerita ringkas, tapi padat....... saya agak.

 

Selasa, April 21, 2009 6:59:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Ya....setuju dengan TokNabe...
7 perhentian yang berbekas...penuh jiwa dan rasa..

 

Selasa, April 21, 2009 8:37:00 PTG, Blogger snm | snm

teringat Nyai . . .
doakan yg terbaik utk mereka. . .

 

Selasa, April 21, 2009 8:42:00 PTG, Blogger Brader Black

Ah!
Aku sedang berfantasi kau sedang berlenggeng bang.

Manthap kah?

he he he.

 

Selasa, April 21, 2009 10:01:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Kota Selatan cuaca teramat panas akhir-akhir ini. Hmmm...

 

Selasa, April 21, 2009 10:59:00 PTG, Blogger zino

Kl pulak selalu hujan...

 

Rabu, April 22, 2009 8:20:00 PG, Blogger cikceriacorner

2mggu lepas atok sy(nenek) di johor telah meninggal dunia..tp sy x sempat jumpe..sedih sgt..cuma dpt jumpe masa dia sakit..pastu asyik bermimpi dan teringatkan arwah...

moga atok tuk en BP kembali sihat..

 

Rabu, April 22, 2009 8:50:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

Semoga kesihatan Atuk tok kembali baik.

Ko ni BP ngalahkan budak-budak kecik yang suka main tak hengat donia sampai mengigau-ngigau!!!hahahaha

 

Rabu, April 22, 2009 10:15:00 PG, Blogger BuRuuj

semoga kembali sihat atok kang BP..ameen....

KLIBF, hurmm...sy tak dpt hadir kali ini, tp berjaya mengirim 2buah buku dari sana melalui shbt baik. Best!

Pemasyhuran Kota Iskandar. Khamis lepas kan? Terasa seperti zaman Iskandar Zulkarnain muncul kembali. Insyaallah...

Penjajahan bangsa. Ah, kalau tidak, masakan simpulan bahasa "tali barut" itu timbul!

Cerita ke-V tue, puas sy fikirkan. Anda azimatkan sebagai gelangkah? atau gantung di dindingkah?

 

Rabu, April 22, 2009 10:51:00 PG, Blogger achik

panas sungguh skang ni kan..
ni pun dah rasa x berapa sihat..

 

Rabu, April 22, 2009 11:40:00 PG, Blogger benludin

semoga atuk kamu semakin sihat dan ceria..spt cucunya..aminn

 

Rabu, April 22, 2009 11:58:00 PG, Blogger MOKCIK AZWA

semoga atuk segera sihat, dan kembali ceria.

panas ker kat sana?? berlenggeng kat rumah tu biasa la, tapi jangan dibuat di pejabat kang ada yang kena hantar ke wad gila huhuhuhu

 

Rabu, April 22, 2009 12:01:00 PTG, Blogger Cik Keju

semoga atuk BP cepat sihat. amin.

berlenggeng tu camane? sama tak dengan berkemban? ekekekek

 

Rabu, April 22, 2009 5:13:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Ringkas-ringkas yang bermakna :) Imanuel Kant? Berapa harga. Mau pergi beli jugalah hehe..

 

Rabu, April 22, 2009 8:06:00 PTG, Blogger kingbinjai

dude, tahun depan join aku ngan tok mudin skali la ke pesta buku nak?

 

Khamis, April 23, 2009 2:25:00 PG, Blogger addyaholix

i
moga atok tuk lekas sembuh. ameen.

ii
saya syak malam semalam saya mengigau juga. mimpi perihal kerja. bosan gila.

iii
diskusi dengan teman-teman tentang mati siang tadi. dan saya yakin yang mati makin dekat dengan kita. juga saya sendiri. diskusi tentang mati juga seni bukan?

iv
selalu pinjam kata-kata sendiri.

v
saya jarang menulis. lebih mudah menaip.

vi
pesta buku. saya berjalan seorang diri hampir tiga jam. dan satu buku pon saya tak beli.

vii
sakit belakang datang. saya mula ingat tuhan. lumrah manusia ingat Dia cuma bila derita datang jengah kan?

 

Khamis, April 23, 2009 2:34:00 PTG, Anonymous mudin001

dude, tahun depan join aku ngan King Binjai skali la ke pesta buku nak?

:D

 

Khamis, April 23, 2009 3:49:00 PTG, Blogger sally

semoga atok Tuk kembali sihat. Berapa usianya?

Hmm dah sampai ke pesta buku rupanya..saya yg belum lagi.Mungkin hujung minggu ni?

 

Khamis, April 23, 2009 4:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP&JP,
Semoga Nenek nya bertambah sihat. Selamat maju jaya untuk anda, di KL pun bahangnya juga terasa. Tetapi kalau orang berumur yang berlenggeng, ada yang tertawa geli hati....hehehe..

 

Sabtu, April 25, 2009 11:34:00 PG, Blogger Kasawari

semoga Atok tuk cepat semboh...

tak smpat hari tu nak gi perasmian tu bro..

 

Sabtu, April 25, 2009 11:39:00 PG, Blogger tasekM

ramai betul manusia di KLIBF. haih~

 

Ahad, April 26, 2009 12:09:00 PG, Blogger kawaii_desu

semalam saya pergi KLIBF... ingat nak pergi lagi esok...
tadi saya ada di MPH, ternampak deretan buku2 SH Ali... hmmmm

Semoga nenek cepat sembuh ye

 

Isnin, April 27, 2009 10:07:00 PTG, Blogger HABIHA69

Salam Kang JP..moga atok tuk diparingi waras, cerita 7 yang pendek cukup menarik....mewakili 7 yang ganjil dan istimewa..lebih istimewa watak yang berada di dalam 7 hari itu kan...kan..dan 7 yang paling istimewa ialah Fatihah yang kita bacakan setiap hari di dalam solat....

 

Selasa, April 28, 2009 3:34:00 PTG, Blogger arsaili

salam bro apa kabar...moga atok nya cepat sembuh

 

Selasa, April 28, 2009 9:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP..moga nenek semakin sembuh. Amin

 

Rabu, April 29, 2009 8:43:00 PG, Anonymous Ratna Sari

I
semoga Atok Tuk segera sembuh dan semakin sihat serta dilindungi Allah... ameen...

II
ngigau ek... pastikan jangan ada benda-benda tajam atau merbahaya berdekatan... untuk keselamatan u juga amir... keskeskes...

III
bestnya dapat ke Millan dan Zurich.

IV
setuju dengan kata-kata Chiang Kai-shek.

V
gelang-gelang yang sama tetapi berwarna-warni boleh didapati di sebuah kedai jepang di ioi mall... :p

VI
i pun tak beli banyak buku hari tu... kalau tak, tak menang tangan kan nak bawak... :p

VII
jeda tu apa maksudnya? lelaki boleh la berlenggeng, perempuan? :p

 

Rabu, April 29, 2009 10:14:00 PG, Blogger Mak Su

saya doakan yang elok-elok untuk Atok Tuk.

 

Rabu, April 29, 2009 1:41:00 PTG, Blogger kad0k.

semoga atuk kamu cepat sembuh bro..:)

 

Rabu, April 29, 2009 4:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tok Nabe, 7 hari 7 malam pun tak habis kalau nak huraikan agaknya. :)


CikLah, 7 perhentian yang tiada penghujung. :)


snm, Semoga mereka sentiasa dirahmati Allah.


Si Kachak, Kau nampak jelas tak ketul-ketul otot dan 6 packs dalam fantasi kau tu.

Hahaha!


Tiqah, Pemanasan global. ‘Panas’ akhir zaman pun iya agaknya…..


Zino, Cuaca macam tak menentu sekarang kan….


ez,
Semoga roh nenek kamu dicucuri rahmat Allah. Ameen.

Ameen. Terima kasih atas doa.

 

Rabu, April 29, 2009 4:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Nonie,
Ameen. Terima kasih atas doa kau.

Aku memang budak kecil [sebab tu ada orang panggil aku baby. Hahaha!]


Buruuj,
Ameen. Trimas atas doa kamu.

Buku yang dibeli di KLIBF tahun lepas pun tak habis baca lagi Isk!

Memperlekehkan bahasa sendiri juga sebahagian penjajahan bangsa. Bukan begitu?

Cerita V. Jangan difikirkan mendalam sangat, nanti tersasar jauh. Itu cuma kertas-kertas terpakai yang saya kitar semula. Saya jilidkan kemudian saya jadikan buku conteng-conteng saya.


Achik,
Ha’ah. Sekejap hujan. Sekejap panas, panasnya membahang.


benludin
Ameen. Terima kasih bro’. Semoga kamu juga.


Mokcik Azwa,
Ameen. Terima kasih atas doa.

Saya jarang berlenggeng. Berlenggeng pun dalam bilik air saja. Hehehe!


Cikin,
Ameen. Terima aksih atas doa kamu.

Mana sama. Hehehe!


Kak Mar,
Pernah baca buku2 dia? Cuma RM20 sebelum diskaun. Hehehe!

 

Khamis, April 30, 2009 5:08:00 PTG, Blogger Masy

mmg panas pun. nk basuh kipaslah esok. hehehe

 

Khamis, April 30, 2009 5:32:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Walau pendek, padat berisi!

Salam BP :)

 

Khamis, April 30, 2009 5:54:00 PTG, Blogger aNIe

salam BP...lama akak tak singgah ke mari...sekali dpt baca 7 cerita yang padat dan berisi

 

Isnin, Mei 04, 2009 8:02:00 PTG, Blogger SATIRA + KACAU

Salam Sdr JP: Sudah lama menyepi. Senja ini Satira+Kacau datang membaca.

 

Selasa, Mei 05, 2009 8:36:00 PG, Blogger KAMATO

Kalau panas berlenggeng memang sedap

 

Selasa, Mei 05, 2009 10:43:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

King,
InsyaAllah. Boleh. Banyak kau borong buku kali ini?


Addyaholix,
i. Ameen. Terima kasih atas doa kamu.

ii. Kamu mengigau sebut nama boss kamu eh. Hahaha!

iii. Seni juga. Mati itu seni. Mempersiapkan bekalan untuk menghadapi mati dan pengisiannya juga satu seni.

iv. :)

v. kadang-kadang, ada perkara yang lebih melekat di jiwa jika ditulis tangan.

vi. Ilmu tidak semestinya datang dari buku. Berjalan-jalan juga.

vii. Tak juga. Kadang-kadang Tuhan member ujian dengan kesenangan, keselesaan. Kan?


Mudin,
Boleh. InsyaAllah. Banyak mana kau borong buku tahun ini Mudin?

:D


Sally,
Ameen. Terima kasih. Orang dulu-dulu tiada umur yang tepat. Dalam 80an agaknya.


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Ameen. Terima kasih atas doa itu. Selamat maju jaya juga untuk tuan.

Hehehe. Tak juga tuan. Arwah atok saya dulu suka berlenggeng masa berkebun.


Kasawari,
Ameen. Terima kasih atas doa.

Bila nak ngeteh bro? :D


Tasik,
Itulah. Siapa kata rakyat kita tak suka membaca [Err…mengunjungi pesta buku semestinya suka membaca buku ke?]

 

Selasa, Mei 05, 2009 10:53:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kawaii,
Saya membaca semua jenis buku. Selepas membaca baru nilaikan isinya. :)

Ameen. Terima kasih atas doa kamu.


Mineral,
Tak apa. Tahun depan ada lagi….


Kang Ustaz Habiha,
Waalaikumusalam kang ustaz. Ameen. Terima kasih ustaz.

Sihat kang ustaz? Lama sungguh tak nampak? Moga-moga kang ustaz sentiasa dilindungi Allah.

Betul ustaz. Angka 7 memang banyak rahsia dan ‘kesaktian’nya.


Arsaili,
Waalaikumusalam. Alhamdulillah.

Ameen. Terima kasih atas doa bro’


Meen,
Ameen. Terima kasih atas doa meen.


Sas,
I. Ameen. Terima kasih atas doa b.

II. Itulah. Hehehe.

III. Dia singgah di Venice juga katanya. Dah tengok gambar-gambar dia di sana. Cantik.

IV. Pemimpin kita pun kena faham betul-betul kata-kata CK-s itu. 

V. IOI Mall memanglah. Semua barang ada jual. Puchong-lah katakan. Hahaha. Khabarnya yang di IOI Mall itu yang terbesar di dunia ke di Asia, entah. Hehehe!

VI. Siapalah yang penat dan tak menang tangan nak tolong membawanya itu ek? Hehehe!

VII. Jeda itu berhenti sebentar. Atau rehat. Perempuan nak berlenggeng, berlenggenglah sorang-sorang dalam bilik. Hehehe!



Mak Su,
Ameen. Terima kasih atas doa Mak Su.

 

Selasa, Mei 05, 2009 11:03:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kadok,
Ameen. Terima kasih atas doa kau bro’. :)


Masy,
Dah berapa kati habuk kipas? :D


B Rampai,
Saya tengah mempraktikkan ringkasan karangan. :D

Waalaikumusalam BR.


Kak Lady,
Waalaikumusalam Kak. Saya pun dah lama juga tak merayau-rayau blog kawan-kawan. Agak tak berkesempatan kebelakangan ini.


Sdr Marsli NO,
Waalaukumusalam sdr. Mahu menyepi sesekali. Terima ksih masih sudi bertandang. :)


Kamato,
Tapi jangan buat di khalayak ramai. Hehehe.