Hari ini 7 haribulan 7. Mungkin sebab angka 7 itulah agaknya yang memanggil-manggil saya untuk cuba mengemaskini blog yang sudah sebulan saya anak-tirikan ini.....
2
Dua minggu lepas. Sabtu. Saya sentiasa menyedari sekejap-sekejap emak mengesat air matanya yang perlahan-lahan berlinangan di pipinya. Dan dalam diam saya turut cuba menyembunyikan air mata yang cuba menitis di balik kaca mata cokelat saya. Jiwa anak manalah tidak terusik melihat emak hiba begitu.
Hari ini, emak sudah sedikit-sedikit boleh menerima kenyataan yang anak bongsu dan anak kedua bongsunya sudah tiada lagi di rumah. Ya, kedua-dua adik paling bongsu saya memasuki kolej di ibukota dua minggu yang lepas. Kedua-duanya memang belum pernah berenggang dan berjauhan lama-lama dari emak sebelum ini.
Nanti-nanti saya tahu, dan emak juga abah tahu, tinggallah emak dan abah berdua di rumah yang paling tersorok di pojok kampong sunyi dan senyap itu.
3
“Aku Rindu Peristiwa Besar . Tapi...
Saya petik kata-kata itu dari halaman 303 buku Pergolakan Pemikiran Islam. Merupakan catatan harian yang dipetik dari buku tulis lusuh yang akhirnya terjilid. Catatan wartawan, budayawan dan pemikir Indonesia, Ahmad Wahib (1942-1973).
Baca-lah buku ini jika kamu berpeluang memilikinya.
4
Saya masih di luar kawasan. Sekejap-sekejap di dalam Kota. Sekejap-sekejap pulang ke ibu kota. Sekejap-sekejap pulang ke kampung.
Dan agak-agaknya selepas saya menerbitkan entri ini, blog ini dan Bukumuka saya juga barangkali, akan saya ketepikan lagi untuk entah berapa lama lagi. Mungkinlah. Entah! Tengoklah bagaimana nanti....
6
Saya tinggalkan entri ini dengan dua gambar objek ini. Simbol masa lalu yang semakin kita tinggalkan. Masa lalu yang kita sendiri mungkin tidak sempat melaluinya, atau tidak pernah sedar akan kewujudan dan kehadirannya.
T-T-F-N. Ini juga sebahagian dari entri kali ini.
Segalanya sempurna 7 bukan?
Selasa, Julai 07, 2009 2:37:00 PTG, muor76
1. 7 gunung, 7 rimba, 7 laut ku seberangi...
2. abg aku ke kangar.. bapak aku releks.. aku ke manjung bapak aku releks.. akak aku ke kota.. bapak aku releks.. adik aku ke kolo kangsar.. nitik air mate bapak aku..
3. aku ngah nak carik buku sejarah johor
4. no yang anda dail tidak dapat dihubungi.. terime kasih
5. eh ade orang anto mesej kat fb aku
6. merc.. perghhh..klasik siot.. aku minat nih... moto.. perghhh dedarah siot.. kalo ler aku dpt.. ermm ermmm letak dlm rumah wat tok pekong ( maknen tok pekong kat sini adelah buat perhiasan.. jgn salah anggap yerk)
7. ape tu? kekekek
Rabu, Julai 15, 2009 11:14:00 PG, jowopinter
Tok Nabe,
Waalaikumusalam Tok.
Nak cukupkan 77, panjang sangat nanti...... hehehe.
Rudy,
Samalah kau dengan ‘ironi’ kau.. Hehehe.
Asuhara,
Owh....
‘Diam’ dalam bahasa Jerman Timur ‘meneng’.. Hehe
CkLah,
Itulah.....
Terima kasih, tolonglah sesekali jenguk-jengukkan eh...
Achik,
Tiru oranglah tuuu....
Mokcik Azwa,
Tunggu 27 hb 7 baru update..
Barang antik memang menyimpan banyak nostalgia...
Muor76,
1. Kau komen entri aku pada 7hb 7 pada pukul 2:37.
2. Adik kau tu adik yang bongsu eh..
3. Hari itu aku jumpa banyak buku2 sejarah Johor di Pesta Buku Johor...
4. Lama dah kau tak sms aku.....
5. Terima kasih add aku. Hahaha!
6. Kau dah jumpa Vespa yang kau cari ke belum.....? Hari itu aku jumpa banyak, tapi kat mudah.com.my la..hehehe
7. Cuba kau google-kan..hehehe
Rabu, Julai 15, 2009 11:20:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Neeziee,
Tengku Mahk0ta J0h0r...
Kamato,
Nasib baik tak terlepas.....
Kucingorengemuk,
Di Dewan Negeri J0h0r, K0ta I5kandar.
Johari,
Klasik dan sentimental itu berjiwa.....
Deen,
Nak buat macamana.....hehehe
Yang baru jadi pelengkap yang lama....
Mineral,
Itulah...
Signifikan angka 7 dalam kehidupan pun banyak..
Arsaili,
Waalaikumusalam. Suatu hari nanti, kita akan melalui riwayat yang serupa...... ‘Ditinggalkan’ anak-anak....
Rabu, Julai 15, 2009 2:35:00 PTG, Pa'chik
err... yang motor tu... buleh riniu insurans dia tak? kikiki...
muor carik bespa... susah nak riniu insurans la sekarang nih.. orang tua kat kampung aku ni abis air liur nyumpahkan serikat insurans... dan bijan.. kikiki... sorang tu nasib baik dapat gak riniu... tapi mahal sesangat la... huhuhu.... :P
Khamis, Julai 16, 2009 11:44:00 PG, zara
Memang kesunyian apabila anak2 tiada disisi. Namun apakan daya, semua ibubapa mengerti erti renggang sementara itu. Semua ibubapa mengerti anak-anak semakin dewasa dan perlu menimba ilmu demi kejayaan masa depan. Semua ibubapa tahu bahawa anak-anak itu akan pulang apabila cuti semesta tiba. Maka terukirlah senyuman mereka.
Bagi anak-anak yang udah bekerja dan berkelana. Semua ibubapa mengerti bahawa anak-anak mereka berjauhan kerana mencari rezeki. Dari itu, sebagai anak haruslah mengerti perasaan emak dan ayah dan cubalah pulang dan jengok-jengok mereka apabila ada waktu terluang. Atau berhubung dengan mereka kerana teknologi semakin canggih.
Bagi anak-anak yang masih bujangan, carilah pasangan kerana semua ibubapa menantikan kehadiran cucu untuk mereka. Kehadiran cucu akan mengembirakan hati. Mananti kepulangan anak, menantu dan cucu itu akan membuatkan hati ibubapa senang dan gembira.
Aduss... menjela-jela pulak celoteh mak nenek ni... Im sorry...
Salam BP ...
Lama ambo tunggu entri tuan hamba.
Seperti biasa cukup 7, entri pun berhenti.