Isnin, Jun 08, 2009
Kali ini ada cerita tanpa gambar.

I
Balik kampung kali ini emak menghidangkan saya rendang daging landak. Eksotik. Kelazatannya sehingga mampu membuat saya bukan saja menjilat jari tapi pinggan juga. Dan itulah pertama kali dalam sejarah hidup saya menjamahnya.


II
Abah kupas buah kuini yang masak ranum. Lalu dihidang di depan saya. Lazat dan manis. Rasanya baru hari itu saya sangat teringin, selepas terbaca cerita buah kuini di blog Tok Nabe. Alhamdulillah.

Buah kuini itu buat saya kembali menjeling zaman lampau.


III


Buah rambutan Gading Muar yang saya tanam berbuah lagi. Bagi kali ketiga, kalau tak silap saya. Belum masak sepenuhnya tapi saya petik, kupas dan kunyah juga. Buat pelepas gian. Manis semanis tukang tanamnya. Hahaha!


IV

Gambar ini macam kelabu-kelabu sedikit macam gambar dulu-dulu. Saya suka. Saya cemburu dengan dua kucing yang sedang bergurau senda itu sebenarnya.


V

Itu konon-kononnya kubur. Ditabur-tabur bunga dan disiram-siram air. Budak-budak sekarang dah terlebih tengok cerita hantu agaknya. Keliwon-lah, apa-lah. Itu salah satu permainan cuti sekolah Nurul Balqis, anak buah saya dan sepupunya yang juga anak saya, Nur Sabrina.

VI
Seminggu ini saya agak terkejar-kejar. KL-Muar-Nusajaya-Muar-Melaka-KL. Capek.


VII
Masa saya agak tersimpul. Jarang berkesempatan menyinggahi blog kawan-kawan.


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/08/2009 01:27:00 PTG. |


56 Ulasan


Isnin, Jun 08, 2009 2:07:00 PTG, Anonymous bluehikari

pernah dulu mkn kuini main gigit jerk dgn kulit2nya...ingatkan mempelam..pastu habis..berkudis mulut...

 

Isnin, Jun 08, 2009 2:32:00 PTG, Blogger .

kuat juga pengaruh keliwon ye

 

Isnin, Jun 08, 2009 2:56:00 PTG, Anonymous Water Lily

Keliwon heheehee..macam-macam budak sekarang ye. Siang main hantu-hantu,malam nak ke tandas dalam rumah pun berteman.

Ini anak-anak buah akak punya kes haha!

 

Isnin, Jun 08, 2009 2:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

'main kubur-kubur' tu permainan di kampung saja. dulu pun waktu di kampung itulah permainan saya selain masak2 :P

tinggal di bandar takde kawasan lapang macam tu (nak digali/dibuat kubur olok2 camtu). duduk pun rumah teres atau apartment aja :(

~Ibu Akil

 

Isnin, Jun 08, 2009 3:40:00 PTG, Blogger AyunasiA

errr sepupu kepada anak buah tu bukan anak buah juga ker???

 

Isnin, Jun 08, 2009 4:08:00 PTG, Blogger achik

uish, x penah la plak 'main kubur-kubur' dulu2..

 

Isnin, Jun 08, 2009 4:43:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rudy,
Kau makan kuini mentah eh, patutlah. Kau suka makan bacang?


Neeziee,
Yang 'keliwon' ramai orang tau. Yang 'legi', 'wagih', 'pon', orang tak tau. Kau tau?


Kak Mar,
Hehehe! Saya tak takut langsung tengok. Geli hati ada-lah. Tapi ada anak buah saya, umur tak sampai setahun, suka tengok tau. Hehehe!


Ibu Akil,
Cuba 'main kubur-kubur' di kubur bertul. Berani tak? Hehehe! Pernah 'main hantu-hantu' dengan telekung tak dulu-dulu? Hehehe!


Ayunasia,
Sama-lah tu. Itu permainan bahasa namanya. Hehehe!


achik,
'Main kawen-kawen' pernah? Hehehe!

 

Isnin, Jun 08, 2009 5:52:00 PTG, Blogger zino

kalau di kampong dulu macam2 jenis permainan boleh di lakukan semua tak payah bayar punya hehe..

 

Isnin, Jun 08, 2009 6:20:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Mana emak ko dapat landak tu? Aku pun pernah makan masa kecik dulu pergh.

Capek berulang alik takpe kalau projek masyuk hehehe

 

Isnin, Jun 08, 2009 9:14:00 PTG, Blogger aNIe

Salam BP...lama sungguh tak kemari...tuan punya blog pun sibuk ye...?

Akak pun suka rambutan yang setengah masak tu...sedap...kadang lebih hijau pun akak petik...kupas dengan pisau dan makan buahnya...sedapppp!!

Bebudak dulu2 suka main pengantin2...sekarang main kubur2 pulak ye...hehehhehe

 

Isnin, Jun 08, 2009 10:23:00 PTG, Blogger kucingorengemok

heh, kucing oren mmg comel! mcm mana ambik gambar style kelam gitu, ye?

 

Isnin, Jun 08, 2009 11:17:00 PTG, Anonymous nunn

perghh daging landak memang best... dah lama tak pergi buru landak...

 

Selasa, Jun 09, 2009 1:37:00 PG, Anonymous zara

Alahai... buat apa nak dicemburukan si kucing tu BP... si Nora awak kan ada... ajak ler dia duduk berposing kat tangga tu.

 

Selasa, Jun 09, 2009 8:07:00 PG, Blogger KAMATO

Saya dah lebih 20 tahun tak makan daging landak

 

Selasa, Jun 09, 2009 8:21:00 PG, Blogger Unknown

real seram kubur olok2 tu..

 

Selasa, Jun 09, 2009 8:42:00 PG, Anonymous izhal

Daging landak wow! Dah lama nak merasa tapi tak tau kat supermarket mana nak beli...

Tangan bp sejuk, tanam buah menjadi... Rambutan blakang rumah saya dah dua tahun dok besar tu juga...

 

Selasa, Jun 09, 2009 10:04:00 PG, Blogger muor76

landak..? aku pernah makan.. tapi bukan rendang.. panggang jerk.. mane ko dpt..? kat pt jamil ade lagi landak ker?

kuinin? sedap... mak mertua aku kalo wat jem kuinin memang ler sedap..suke aku makan ngan roti..tapi aritu kawan aku ade bagi bacang.. bini aku cakap tu buah kuinin..aku cakap bacang... kire bertelagah ler gak pasal bacang ngan kuinin.. heheheh

gading muor? heheh ade name muor siot.. aku panggil rambutan gading.. pelik bile org nogori panggil rambutan kuning.. yg merah pon ade gak kuning.. kalo lom masak betul ler..

kucing... kalo dpt kat anak-anak aku.. nescaye kucing tu akan menderite kejap... dan muke anak aku yg kecik tu kana penuh ngan bulu kucing

mase aku darjah bape tah.. kucing kesayangan aku mati.. siap balut ngan kain batik.. pastu wat kubur..siap buat nesan... cume tak tabur bunge jerk

lepak? sian ko.. kalo selalu buat mesti tak lepak..

mase tersimpul ok lagik.. jgn kene simpul biawak.. sakit siot... hehehhe

 

Selasa, Jun 09, 2009 11:13:00 PG, Blogger KaSiH

landak?! tak berkesempatan nk mkn..seram jugak nk rasa...tp kampung mmg best...saya suka amat..nusajaya itu dimana ye...nape saya seperti tak pernah dgr..?

 

Selasa, Jun 09, 2009 2:53:00 PTG, Blogger Pa'chik

landak... memang sedap amat oooo... wat daging beger okei kot...

 

Selasa, Jun 09, 2009 3:53:00 PTG, Blogger arianna adrizal

sempat gak singgah ye. hm..
apa beza rs daging landak dgn daging lembu??

 

Selasa, Jun 09, 2009 4:34:00 PTG, Anonymous jowopinter

Zino,
Itu-lah. Di kampong dulu-dulu ikut kreativiti masing-masing. Tin susu terbuang pun boleh buat permainan yang menyeronokkan. Hehehe!


YB,
Jiran kami yang kasi. Tutuk nama beliau. Berapa ekor entah beliau dapat. Tapi tanya pulak mana beliau dapat. Hehehe!

Masyuk apa-nya YB.... Hehehe!


Kak Lady,
Salam KL. Sibuk + buat-buat sibuk. Hehehe!

Tapi kalau dapat yang masak ranum, kupas, lepas itu simpan sekejap di dalam peti sejuk, pergh!

‘Main kubur-kubur berani’-lah dorang, cuba suruh main betul-betul di atas kubur.... Hehehe!


kucingorengemuk,
Itu menggunakan kamera spara rosak. Jadi, gambar pun macam itu-lah hasilnya. Hehehe!


nunn,
Hutan mana banyak landak ek? Tapi bukan dah jadi spesis yang dilindungi ke?


Zara,
Apa barang Nora.... Sastri kan ada... Hehehe!


Kamato,
Saya pun kebetulan.... rezeki balik kampung..... Alhamdulillah.

 

Selasa, Jun 09, 2009 4:59:00 PTG, Anonymous Jowopinter

Penoreh,
Nak lagi seram, bakar kemenyan... Hehehe!


izhal,
Ada jual kat supermarket ke Izhal daging landak?

Kena pilih klon yang ok Izhal. Saya dulu tanam 3 pokok, 2 rambutan & 1 pulasan, semua dah berbuah.


Muor76,
Jiran, Tutuk aku yang bagi. Banyak juga dia dapat. Mana entah dia dapat. Pt Jamil landak dah pupus kot, rimau akar ada-lah. Tapi tak taulah kawasan Bkt Mor tu. Hehehe!

Hehehe! Apa-lah bini kau. Bacang kan lain baunya. Hehehe! Aku tak suka sangat bacang....

Memang ada la klon Gading Muor. Yang warna kuning besor-besor tu Gading Muor la namanya......

Hehehe! Setiap kali aku balik kampong mesti ada anak kucing baru. Entah mana-mana kucing datang entah. Abah aku pulak jenis suka kucing, tapi bila berak-berak mengamuk pulak. Hehehe!

Kau bacakan talqin tak? Ada lagi ke kubur tu sekarang? Hehehe!

Nak hilang lepak. Apa lagi.....drive laju-laju la, apa lagi.... Hehehe!

Lama dah aku tak kena simpul biawak. Kali terakhir kena masa nak lari 110m lari pagar, kalau tak silap, masa kat U dulu. Kau kenal Ithnin Mahadi, senior aku dulu tu. Hehehe!


Kasih,
Apa nak seram. Bukan nak makan durinya. Hehehe!

Tak pernah dengar Nusajaya? Nusajaya yang dalam wilayah Iskandar itu-lah.


Pa’chik,
Dagingnya lembut. Banyak khasiat kata orang. Mula-mula saspen gak nak makan....

Buat sate pun ok aku rasa... Hehehe!


Arianna,
Sempat...sambil2...

Susah nak cerita. Kena rasa sendiri baru dapat rasa bezanya..... Tapi memang lain la.....

 

Selasa, Jun 09, 2009 4:59:00 PTG, Blogger farazdaq

salam Purp;

landak..uish..sedapnyer..w/pun ak x pernah rasa..tp pak cik ak sanggup ke restoran rimba d Sabak Bernam semata2 nak menjamah hidangan landak..syrpppp..:)

 

Selasa, Jun 09, 2009 5:16:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Aku dah lama dulu rasa makan landak. Tapi sekali tu sajalah.

 

Selasa, Jun 09, 2009 5:18:00 PTG, Blogger e.i.s.r.a.a

salam singgah.
dulu. duri landak dibuat 'penunjuk mengaji'. tapi dagingnya belum pernah rasa. oh... sudah bertahun saya tak makan rambutan, apatah lagi rambutan gading. ohhh...

 

Selasa, Jun 09, 2009 5:37:00 PTG, Blogger BuRuuj

1. sedap ke daging landak? rasernyer macam ape?

2. caner nk bezakan kuini dan bacang ek?

3. sekarang ade main kubor-kubor ek? hebat tol budak sekarang!

4. kucing? sukenyer...baru lepas kematian anak kucing. huhu...

 

Selasa, Jun 09, 2009 9:22:00 PTG, Blogger Kasawari

sibuk betul tu bro.. ermm suka tengok gambar kucing tu bro.. klasik tu.. kalau ada di nusajaya.. jangan lupa plak org kulaijaya..he he.. roger2 bro..

 

Rabu, Jun 10, 2009 9:57:00 PG, Blogger cikceriacorner

emm..sedapnya masakan emak..menjilat jari dan pinggan..heheh

 

Rabu, Jun 10, 2009 11:09:00 PG, Blogger sitinurulhawa

main kubur2 tu, anak buah saya pon main juga. dua tiga budak kenit bercangkung sekeliling timbunan pasir bernisan kayu buruk yg mereka anggap 'kubur' lalu berdialog

'ayah ko dah mati ke? kesiannn..'
budak kenit yang kononnya kematian ayah tu buat muka sebik. tabur bunga dan jirus air

- kemudian nyai mereka pulak bising sebab bunga2nya dipetik jadi 'hiasan' kuburan

 

Rabu, Jun 10, 2009 11:49:00 PG, Blogger DeeN

1.
Daging landak belom penah makan, kalo daging arnab, unta dan pelanduk, mmg kompom penah masuk dalam perut.

2.
Er.. mati2 ku ingat kuini tu buah mempelam. Bukan ek?

3.
Budak2 skang neh berani sgt. Karang diorang ingat saka tuh hewan peliharaan plak. Ah, sudah. Ekekekekee...!

4.
Selamat berlari berkejaran! Kalo tak larat, minum radik, mai secawan..! Ekekeke.. (fuyoo...baru perasan, ayat aku neh cam pantun plak..)

 

Rabu, Jun 10, 2009 11:57:00 PG, Blogger asuhara sue

kang, wes koyok wong bunian waeh kuwe yo
'KL-Muar-Nusajaya-Muar-Melaka-KL.'
hehehe, iki orak eneng opo2 kaitan karo cerito keliwon!

 

Rabu, Jun 10, 2009 4:40:00 PTG, Blogger Basuh Baju

Muar terbaik! aku suka ke sana rumah member aku..

naik beca. pusing2.. pergh..

 

Rabu, Jun 10, 2009 10:54:00 PTG, Blogger Rajuna

gak papa kok mas
okeh okeh aja deh!

kalau capek rasain djisamsoo(rokok indo) hahah

 

Khamis, Jun 11, 2009 12:25:00 PTG, Blogger addyaholix

jarang tengok cerita hantu. takut. haha!
tak cool kan? haha!

 

Khamis, Jun 11, 2009 2:27:00 PTG, Blogger Cik Keju

aduh.. rambutan nampak sungguh menggiurkan.

 

Sabtu, Jun 13, 2009 10:54:00 PG, Blogger tasekM

kuini? kat sini mahal betul....


.

 

Sabtu, Jun 13, 2009 10:20:00 PTG, Blogger TokNabe

Tak pernah lebih dan tak pernah kurang dengan angka 7. Buah epal tak pernah bermusim agaknya...

 

Ahad, Jun 14, 2009 1:02:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Tanpa gambar pun dapat saya gambarkan gambarnya di dalam benak - begitulah kehebatan kata-kata jika ditulis dengan tinta jiwa.

Gambar kucing itu - oh, saya tersentuh dan juga cemburu!

Salam BP :)

 

Selasa, Jun 16, 2009 9:04:00 PG, Anonymous Ratna

err... bukan ada gambar tu ke? :p

I. takleh bayang camana rupa daging landak... yang teringat daging napuh masa duduk dengan keluarga angkat dulu...

II. kuini sama tak dengan mangga? ke mempelam?

III. terima kasih kerana bawakkan hari tu... :)

IV. comelnyer kucen deting...

V. tak tengok cite keliwon... iklannya pun takmo tengok... huhu...

VI. memang capek kan? mesti badan pun sengal-sengal...

VII. sama laa kita... :)

 

Selasa, Jun 16, 2009 10:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kubur kucing ke tu? maksu sekarang http://ceritakosong.wordpress.com/

blogspot ada problemo ler

maksu ceritakosong

 

Selasa, Jun 16, 2009 3:19:00 PTG, Blogger m i n e r a l . . .

errr camner erk rasa daging landak... x pernah rasa.

 

Rabu, Jun 17, 2009 2:37:00 PTG, Blogger Masy

wah teringin pulak nk rasa daging landak. :)

btw, seramnye permainan. main kubur2. isk2

 

Khamis, Jun 18, 2009 11:50:00 PG, Blogger kad0k.

daging landak mmg best...dah lama x mkn. kamu pasti kubur mainan tu x berpenghuni ke bp? hahahahha

 

Sabtu, Jun 20, 2009 4:40:00 PTG, Blogger Shayna Rose

oh, rendang landak itu membuatkan saya menjadi lapar...isshh...

 

Sabtu, Jun 20, 2009 4:51:00 PTG, Anonymous Jowopinter

Farazdaq,
Salam.

O, di Sabak Bernam ada eh....


Pegawai,
Itulah pertama kali rasa. Entah bila dapat rasa lagi agaknya...


eisraa,
Salam.

Ha'ah. Sekarang pun ada lagi buat petunjuk mengaji, selain dari buat main cucuk-cucuk. Hehehe.


Buruuj,
Lazat. Susah nak kata macamana lazatnya. Kena rasa sendiri-lah.

Kuini & bacang berbeza rasa dan bau. Bacang baunya agak kuat dari kuini.

:D


Kasawari,
Biasa-lah bro, cari makan. Hehehe! Jom kita makan-makan di Restoran Lapan Kati. Hehehe!


ez,
Kalau boleh nak jilat kuali-kuali sekali. Hehehe!


sitinurulhawa,
Hehehe. Siap ada dialog yang tak tahan tu.... Ada baca-baca talqin sekali tak? Hehehe!

 

Sabtu, Jun 20, 2009 5:19:00 PTG, Anonymous Jowopinter

Deen,
1. Cuba-lah rasa kalau ada peluang. Memang berbeza betul lazatnya.

2. Bukan-lah. Mempelam, mempelam-lah. Kuini, kuini-lah. Macam rambutan vs pulasan, kan tak sama. :D

3. Ok-lah tu. Takut biar bertempat. Kan?

4. Kau agen jual kopi Radix eh..hehehe..


Asuhara,
Kuwi-lah. Angel tenan nggolek duet sa iki. Kapan-lah arek dhadi sugeh ki... Wes kesel awak'e merono merene saban minggu.... Hehehe!


Basuh Baju,
Tahniah! Sebab pernah menjejakkan kaki di Muar. Kira lengkap sudah-lah perjalanan hidup kau.. Hehehe!


Rajuna,
Bukan dirasain mas, tapi "disedut meneh....disedut menet...ayuh di sedut meneh..." Hahaha!


addyaholix,
Aku suka tengok sebab nak bergelak ketawa bukan nak menakut-nakutkan diri. Hahaha!


Kek Keju,
Rambutan dah banyak dijual di tepi-tepi jalan sekarang. Beli saja-lah. Hehehe!


tasikmerah,
Ye ke? Jarang nampak orang berjualan kuini di sini. Kalau mangga banyak-lah...

 

Sabtu, Jun 20, 2009 5:42:00 PTG, Anonymous Jowopinter

Tok Nabe,
Ya, angka 7 sangat sinonim dengan saya Tok. Hehehe!

Epal memang tak tak pernah bermusim di supermarket Tok..


B Rampai,
Kadang-kadang satu perkataan, berjuta maknanya, biar tanpa gambar.

Yang tersurat itulah dia. Yang tersirat barangkali lain ... :)

Salam BR...


Ratna,
Tapi kan memang 'ada yang tanpa gambar'..?

I. Rupanya tak jauh beza dari daging kambing kot, cuma mungkin lebih lembut dan lebih lazat....

II. Lain. Dari segi bau dan rasa. Lain sangat.....

III. Sama-sama. Hasil 'kerjatangan' tangan si jowopinter tu Hehehe.

IV. Kucing gelandangan yang akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga kami.... :)

V. Alah...itukan cuma cereka.....

VI. Bukan sengal-sengal lagi. Nak tercabut sendi-sendi pun ada ni...

VII. Huhuhu...



Mak Su,
Itu kubur tanpa jasad dan tanpa roh, dah tak ada elemen-elemn mistik.

Ok. Nanti saya kemas kini pautan di lajur sisi saya.


mineral,
Susah nak cerita. Kena rasa sendiri baru boleh cerita. :)


Ersis,
Trimas mas, sudi mencoret sesuatu di kotak ulasan ini.


johari,
Tak tahu-lah di mana jiran saya dapat landak itu. Kalau rajin menyelusup di hutan, ada-lah jumpa barangkali.... Kalau burung wak-wak itu kadang-kadang ada juga yang melintas-melintas di halaman rumah arwah atok saya.. Tersesat agaknya. Hehehe...

 

Sabtu, Jun 20, 2009 6:11:00 PTG, Anonymous Jowopinter

Masy,
Masalahnya, bukan nak senang jumpa daging landak sekarang...

Apa yang nak seramnya....


kadok,
Itulah. Kalau ada peluang nak rasa lagi.

Itu aku tak pasti...Hehehe!


Suhana,
Pernah makan eh daging landak?

 

Ahad, Jun 21, 2009 2:04:00 PG, Blogger khairyn

kucing-kucing itu sangat gumbira

Selamat Hari Bapa, bro!

 

Isnin, Jun 22, 2009 4:40:00 PTG, Blogger Pa'chik

err... ko tau apa lawan buah kuini tu???

orang sekarang dah tak pandang buah tu dude...

 

Selasa, Jun 23, 2009 3:50:00 PTG, Blogger Sya

Kak sya suka moktan yg lom masak betul cam dlm gambar tu sbb kalau dah masak sgt leceh nak makan.. air meleleh2

 

Khamis, Jun 25, 2009 2:00:00 PTG, Anonymous nonie aziz

entri ko kali ni buat aku kecur air liur!! daging landak mmg sedap!!! kuini sedap makan ngan sambal belacan!!!

 

Khamis, Jun 25, 2009 8:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ohh..dah ada kemajuan permainan 'pondok2' budak2 skrng ek..? dulu takat main masak2, kawin2 je..skrng dah masuk bab2 mistik..keliwon, mati2 segala..huiishhhh dasyat *gelak2 bayangkan anak2 buah BP main2 keliwon tu..gila comel!*

 

Ahad, Julai 05, 2009 9:35:00 PTG, Blogger shandye.

soalan tidak berkaitan:

nusajaya tu kat mana? almaklumlah... geografi saya dapat B je masa pmr dulu. hehe...

 

Selasa, Julai 07, 2009 12:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

khairyn,
Itulah. Yang gembira saja kita nampak, kan?


Pa’chik,
Tak tau.... Apa?
Itulah. Suatu hari nanti mungkin pupus, tengok gambar saja-lah nanti......


Kak Sya,
Tapi kalau belum betul2 masak, tak cukup manis...dan bergetah....kan?


Nonie,
Kecur lah sepuas hati. Bukan kena bayar pun, kan..... :D


meen,
Lepas ini agaknya ada main tanam-tanam jenazah pulak kot meen.. Isk!


shandye
Jawapan yang berkaitan:
Ia terletak di dalam Wilayah Iskandar, Johor.