Isnin, September 14, 2009
Penghujung dua pertiga malam. Sewaktu adik Kakang mengetuk pintu kamar Kakang itu, Kakang memang sudah terjaga [atau memang sudah berjaga sebab dia memang belum langsung melelapkan mata]. Wah! Adik Kakang menghidangkan nasi goreng untuk bersahur. Kurang pasti pula nasi goreng apa, tetapi di celah-celah butiran nasi itu ada bebiji jagung, kacang pis dan sosej yang diracik halus-halus. Rajin sungguh adik Kakang memasak pagi-pagi sebuta itu [sebenarnya adik Kakang cuma menghangatkan saja nasi goreng malam tadi punya di dalam ketuhar mikro]. [Selalu-selalunya Kakang bersahur dengan kurma, Quaker cokelat dengan roti gandum saja].

Sesudah bersahur, Kakang membaca surah Yassin dan menyempurnakan solat-solat sunat seadanya. Belajar-belajar mencari pahala di sepuluh malam Ramadan yang terakhirlah katakan. Kemudian, sambil-sambil menunggu masuknya waktu subuh, Kakang berbaring-baring sekejap di birai katil, sambil merenung petak-petak di dada lelangit, sambil mengarang angan-angan.

Kemudian, entah pukul berapa entah, nada dering di telefon bimbit Kakang yang terkepit di hujung bantal berkontur itu berlagu, lembut tetapi itupun sudah cukup untuk mencubit gegendang telinga Kakang dan mengejutkannya dari alam luar sedar. Kakang terkebil-kebil, bukan disebabkan pesanan ringkas dari konsultan itu tapi terkebil-kebil bila dia melihat sudah ada bilah-bilah semacam cahaya menyelit-nyelit di celah-celah langsir kamar tidurnya.

“Laa.. he he, solat sunat Kakang buat, wajib pulak terlepas.. hehe.. lawak la Kakang ni..” Semacam ada suara halus entah muncul dari mana entah berbisik sewaktu Kakang baru berkira-kira untuk ‘menggajahkan’ solat subuhnya itu.


SALAM IDUL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.


TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/14/2009 02:27:00 PTG. |


33 Ulasan


Isnin, September 14, 2009 4:15:00 PTG, Blogger muor76

hehehhe... ok lagi tu.... bukan sengaje kan...?
lagi baik aku rase dari sahur tapi tak subuh..
atau buke kat mesjid tapi tak magrib....

eh... nanti ngeteh kat pt bakor lagi nak? hehehhehe

 

Isnin, September 14, 2009 4:17:00 PTG, Blogger Pa'chik

kakang ni kawan ngan kaka dak? :P

 

Isnin, September 14, 2009 5:12:00 PTG, Blogger SHIMI

salam ramadhan bro. Ramadhan selalu memberi kita pelbagai cerita dalam hidup

 

Isnin, September 14, 2009 5:42:00 PTG, Blogger asuhara sue

hehehe...nasib baik gajah tu bukan dinasour, kalau dinasour tinggal tunggu buka beberapa minit jek lah!

 

Isnin, September 14, 2009 7:43:00 PTG, Anonymous pinatbate

terlajak perahu boleh diundur..
terlajak subuh mata tertidur...
huhu..

 

Selasa, September 15, 2009 8:12:00 PG, Blogger Yunus Badawi

Howalah kakang. Kalau dah nak Subuh elok jgn tidur. Kalau tak inilah jadinya. hehehe

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin.

 

Selasa, September 15, 2009 1:50:00 PTG, Anonymous NJ@Goboklama

Tolong sampaikan salam sayang & rindu utk adik Puteri, entah kenapa akak tak dpt invitation utk berziarah ke blognya.

Selamat Hari Raya utk JP & keluarga, selamat bersuka-ria di Muor. :)

 

Selasa, September 15, 2009 2:57:00 PTG, Anonymous seri

Salam Ramadhan Al Mubarak...

 

Selasa, September 15, 2009 5:59:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

'Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap jalok ngapuro seng akeh-akeh lah yo....'

Assalamualaikum...
Menjawab ucapan di atas dalam blog saya..

'Podo-podo...kulo pun arek badan iki...kluputan kulo sing akeh... jalok ngapuro kabeh...'

 

Rabu, September 16, 2009 4:42:00 PG, Blogger Izhal

janji yang wajib tu diganti heheh...

slamat hari raya dan maaf zahir batinn wak purple :D

 

Rabu, September 16, 2009 10:09:00 PG, Blogger addyaholix

selamat semuanya buat kakang!

 

Khamis, September 17, 2009 9:14:00 PG, Blogger Ku Keng

Salam.

Selamat menyambut Syawal dan jangan lupa 6 pada Syawal. Semoga ibadah Ramadhan diberkati Allah SWT.

 

Jumaat, September 18, 2009 7:34:00 PG, Blogger Rajuna

hua lah hua lah....piye ki toh kang?

ha ha ha

 

Sabtu, September 19, 2009 1:57:00 PG, Blogger NBK466

Salam Aidilfitri buat BP & ehem2. Have I missed you 'kenduri nasi minyak' yet???

 

Sabtu, September 19, 2009 5:29:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Berapa hari ko kat kampung beraya?

 

Ahad, September 20, 2009 9:18:00 PTG, Blogger Pyanhabib

`berapa hari ko kat kampung beraya?' bukan gua punya `komen'. itu komen sudah salah masuk gua punya nama. itu `selamat hari raya' ya, dari gua. tk

 

Isnin, September 21, 2009 3:43:00 PTG, Blogger Pa'chik

pyan bro... lu silap tengok laaa...
komennya kat bawah nama... bukan kat atas... kikiki..

 

Sabtu, September 26, 2009 2:42:00 PTG, Blogger ♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥

salam kakang
ono nang umah porra iki
arek melebu riyoyo...arep ngumpul duet Royo iki loh kang (ahak)

 

Isnin, September 28, 2009 7:28:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam Aidilfitri BP, maaf zahir batin.

 

Isnin, September 28, 2009 3:47:00 PTG, Anonymous halogamora

'menggajahkan' dah lama x dgr perkataan ni.

btw, selamat hari raya bro :)

 

Isnin, September 28, 2009 4:25:00 PTG, Blogger BuRuuj

kang, selamat royo njaluk ngapuro ;)

 

Selasa, September 29, 2009 1:14:00 PTG, Blogger violet

kakang ni mmg lawak laa...haha

 

Selasa, September 29, 2009 2:20:00 PTG, Blogger tasekM

hihihi... kakang mmg kelakar...

 

Khamis, Oktober 01, 2009 2:19:00 PTG, Blogger Masy

ckp dgn Kakang, klu ade umur lg thn dpn, jgn tdo lps sahur.. hehehe lepas solat subuh, leh layan tdo blk :)

 

Rabu, Oktober 07, 2009 2:46:00 PTG, Anonymous meen

salam aidilfitri BP,camana raya?

just nak inform yg meen dah privatekan blog, kalau masih sudi untuk membaca, boleh emailkan ur address ke bz_meen@yahoo.com

thanks

 

Jumaat, Oktober 09, 2009 11:15:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Soalan cepu emas..siapakah Kakang dalam cerita ini hehe

Kak Mar

 

Khamis, Oktober 22, 2009 8:58:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kawan-kawan,
Tak berkesempatan nak jawap semua komen-lah. Masa sangat tersimpul.