Rabu, September 02, 2009
Menceritakannya mungkin menggunakan gambar, melihatnya mungkin menggunakan mata, tapi mentafsirkannya mungkin menggunakan jiwa.

“You can take me out of Muor but you can’t take Muor out of me...”

Saya sengaja berdiri di pinggir jeti Sungai Muar di Stesen Bas Bentayan semata-mata teringin untuk melihat Jambatan Sultan Ismail. Terasa akrab sungguh jiwa ‘kemuaran’ saya bila melalui jambatan ini.

Menara Jam, Laman Maharani nampak macam baru saja dicat baru. Kalau tak salah saya ini salah satu tempat bersosial warga luar negara, Bangla dan Nepal misalnya, di hujung minggu.

Saya melencung sekejap ke Tanjung Ketapang . Jangan tanya saya apa yang tengah asyik dibuat oleh monyet-monyet itu pada saya eh. Comel-comel dan kelakar-kelakar sungguh monyet-monyet itu.

Saya menjejal-jejalkan diri di Bazar Ramadan di Dewan Jubli Intan yang belum ramai sangat manusia waktu itu, dari pangkal ke hujung jejeran gerai, yang berkesudahan saya membeli tiga bungkus cendol.

Saya bersolat Jumaat di masjid Al Ehsan, Parit Jawa. Dua tiga tahun yang sudah saya menunaikan zakat Fitrah saya di masjid inilah. Tahun ini belum tahu lagi.

Saya terjumpa teko porselin lama ini sewaktu saya meredah celah-celah tersorok di sudut halaman rumah peninggalan arwah atok. Sayang penutupnya entah di mana.

Untuk mencukupkan tujuh, saya selitkan gambar ini. Basikal kesayangan si Haikal, anak buah saya yang pernah saya ceritakan kekemarukannya berbasikal itu di sini tak lama dulu.




TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/02/2009 10:27:00 PG. |


34 Ulasan


Rabu, September 02, 2009 11:56:00 PG, Blogger kucingorengemok

teko tu sekarang harga mahal tau... dah in balik set² zaman tu

 

Rabu, September 02, 2009 11:58:00 PG, Blogger Yunus Badawi

Sekarang baru nak komen.

Kalau melihat jambatan tu teringat aku masa menghantar dua pupu aku yg berkahwin dgn org Muar lebih kurang 4 dekad lalu. Masa tu kena bayar tol huhuhu

 

Rabu, September 02, 2009 12:16:00 PTG, Blogger Masy

monyet2 tu tgh cari kutu buntut kot. hahahahahha

 

Rabu, September 02, 2009 12:44:00 PTG, Blogger muor76

eh cam gini yerk muor... ade jeti nelayan.. sebelah jambatan..
menare jam tu camner yerk nak gi? nak amek ler gambo kat situ...
mesti sedap eikk makanan kat bazaar ramadhan tu
tu masjid jamik muor ker?
kere tu comel ler.. banyak tak kere kat tempat tu? camner nak gi tempat kere tu.. kalo sampai muo leh gi tengok...

ehh.. ape lagi yg menarik kat muo?
kekekekkekekek

 

Rabu, September 02, 2009 1:03:00 PTG, Blogger Nunn

pernah pergi muo ni ...makan mee rebus..
monyet tu tengah buat ape ekk..

 

Rabu, September 02, 2009 1:52:00 PTG, Blogger addyaholix

“You can take me out of Muor but you can’t take Muor out of me...”

ayat atas ni sangat patriotik aku kira. tahniah buat kamu!

 

Rabu, September 02, 2009 1:55:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Teko tu boleh buat 'vase'...letak bunga, cantik!
Kami maci punya banyak pinggan mangkuk seangkatan teko tu....dulu dipakai sewaktu kenduri kendara.


"MADE IN CINA" kata aruah tok. (dia sebut MADE ikut ejaan Melayu!)

 

Rabu, September 02, 2009 1:58:00 PTG, Blogger tasekM

lamanya kamu tak hadpet bro.. :)

 

Rabu, September 02, 2009 3:20:00 PTG, Blogger Pa'chik

monyet tu buat apa pada ko dude?? :P

 

Rabu, September 02, 2009 7:01:00 PTG, Anonymous anis

rasanya kat dapor umah sy ada pinggan yg sama cap dgn teko 2... mak sy panggil 'pinggan cina'...sebab made in china or beli dr tokey cina.. hik..hik..

 

Rabu, September 02, 2009 9:12:00 PTG, Blogger PINATBATE

teko tu buat simpan benda kecik-kecik yg bersepah atas meja..kunci,sikat,syiling..

 

Rabu, September 02, 2009 9:26:00 PTG, Blogger cujern

terubat kerinduan kat bando muo

 

Khamis, September 03, 2009 2:41:00 PG, Anonymous Kak Mar

Salam

Wah..teko tuh kasi akak la Purp hehe..

Akak kan 'gila' kumpul benda macam tu. :D

 

Khamis, September 03, 2009 9:12:00 PG, Blogger asuhara sue

kawan saya pernah eksiden sebaik jek lepas jambatan tu dulu. dia kata letih daki jambatan muo, padahal bawak motor tuu....

 

Khamis, September 03, 2009 11:27:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

monyet macam kat Waterfall penang.

 

Khamis, September 03, 2009 1:34:00 PTG, Blogger elmaaniq

Kali terakhir aku ke Muar pada Nov 2005 --> http://delimasakti.blogspot.com/2005/11/khutbah_06.html

 

Jumaat, September 04, 2009 2:57:00 PTG, Blogger artisticklytouch

Muor...he he lama tak gi bandor

 

Jumaat, September 04, 2009 3:11:00 PTG, Blogger BuRuuj

1. err...comel ke monyet-monyet tue? uwekk...
2. hmmm...byk beli cendol? leh geng kite nie.
3. teko macam tue byk kt umah sy. tp dululah...skrg xde sbb dh pecah. pinggan je yg byk tinggal. fuh...kalau jual tue, kaya atok! hahaha....

 

Jumaat, September 04, 2009 4:45:00 PTG, Blogger TokNabe

Puasa tahun ini dan hari2 puasa tahun yang lepas tak sempat saya nak balik kampung berpuasa bersama ibu bapa di sana.

Suka balik kampung ni......

 

Sabtu, September 05, 2009 11:20:00 PG, Blogger arsaili

salam..seronoknya dapat berpuasa di kampung ye bro...

 

Sabtu, September 05, 2009 1:18:00 PTG, Blogger KAMATO

gambar monyet tu mahal....he he

 

Sabtu, September 05, 2009 5:08:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Kasihan teko itu!

 

Ahad, September 06, 2009 6:12:00 PG, Blogger ainzoo

Kang BP,
Dh lama jugak tak lepak kat Tanjung...Ni sy baru je balik dari Tanjung... Tak sure ar masa Kang BP dtg aritu dah naik banner ni atau lum.....`Program Pemindahan Monyet. Kenderaan Dilarang Masuk. Dilarang Memberi Makanan. Kerjasama Anda Diucapkan Terima Kasih. pesanan dari Majlis Perbandaran Muar`...eheh..yang lucunya, monyet2 tu sendri dah memindahkan diri...beramai2an kat padang golf kat sebelah...siap ada beg pastik makanan...;-)

 

Isnin, September 07, 2009 2:31:00 PTG, Blogger ♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥

salam kang....
kabarey...
opo jek gayye kueh ke (hehehhehhee)

waduh teko tu menggamit memory
teko tu serupa macam aruah mak ku sing duwwe
ono pinggan pun podo kan Black....
nak cari yang sedibik macam tu zaman sekarang payah loh
wes orak ketemon......

 

Selasa, September 08, 2009 4:06:00 PTG, Anonymous sil

mengenang memori2 lame..mmg sangat best..heheee..
nang muor mesti rame wong jowo..

 

Khamis, September 10, 2009 10:08:00 PTG, Blogger sutera putih bertukar pink,,,

ooooooooooo,,,,
ni lh dia muor,,,,,,,,,,

 

Sabtu, September 12, 2009 4:44:00 PG, Blogger NBK466

Punya laa lama tak melawat blog BP nie..masih lum tamat riwayat Balik Muar dia nie..he..he..he..

 

Ahad, September 13, 2009 9:17:00 PTG, Anonymous anis

Salam..Mekasih dtg merasmi :) .. x smpt mtak izin letak url awak kat blog sy.. ngopura yo..seng akeh2... mampir neh neng gon ku...

 

Isnin, September 14, 2009 1:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

En YB,
Tahniah!


Kucingorengemuk,
A’ah, kalau beli di kedai antik memang mahal.


En YB,
40 tahun dulu eh.. Lama betul tu... Aku pun tak lahir lagi....


Masy,
Buntut pun ada kutu eh...


Ijam,
Hehehe!
Kau raya nanti lama ke kat Muor Ijam... Ngeteh jom kat Parit Bakar!


Nunn,
Mi bandung kau tak makan sekali...?
Tengah bercanda kot...


Addyaholix,
Hidup Muor!

 

Isnin, September 14, 2009 1:32:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

CkLah,
Buat simpan duit syiling pun ok...
Seingat-ingat saya, emak masih ada simpan lagi pinggan mangkuk jenis macam tu......


Ttasikmerah,
Malas dah.... kurang bernafsu pun ia jugak...


Pa’chik,
Errr... tak ada buat apa-apa pun..... :p


anis,
Buatan China kan...


Pinatbate,
Ha’ah... Nampak berseni..


Cujen,
Rindu itu tandanya sayang...


King,
Berterawih kat mana king?

 

Isnin, September 14, 2009 1:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Mar,
Waalaikumusalam.
Boleh, hantarlah sebutharganya dulu..... :D


Asuhara,
Alah, bukan tinggi mana pun jambatan tu...


Pegawai,
Monyet di mana-mana pun sama...


Elmaaniq,
Owh.... Ok.


Arts,
Yok kite gi Tanjung...


Buruuj,
1. Comel itu subjektif...
2. Beli untuk sekeluarga kena banyaklah....
3. Kenapa bagi pecah? Sayang....


Tok Nabe,
Saya bulan puasa tahun ini puas juga bercuti di kampong Tok...

 

Isnin, September 14, 2009 1:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Arsaili,
Waalaikumusalam,
Berbuka dan bersahur bersama orang tua itu yang seronoknya......


Kamato,
Nasib baik monyet tak perasan gambarnya diambil... :D


Bunga Rampai,
Waalaikumsalam.
Zaman dah semakin jauh meninggalkan teko itu...


Ainzoo,
Ye ke? Tak perasan pulak. Nak dipindahkan ke mana tu ek?


dila,
Waalaikumusalam.
Tengah pilek sa iki....

Golek la nang ngedey dol-dolan barang amoh... aku pernah ketemu teko koyok kuwi tapi larang bangeti regane nek arek tuku.....



sil,
wong jowo seng tuo2 wis ora rame...tinggal seng enom-enom wae


sutera putih,
Itu di Bandar Maharani sebenarnya...


NBK,
Sampai siri ke 77 nanti baru berhenti kot.... :D


Anis,
Waalaikumusalam.
Yo podo-podo

 

Isnin, September 14, 2009 9:55:00 PTG, Blogger Saudagar Mimpi

Lama dah tak saya menjengah ke sini.
Apa pun, Muo dan Bangladesh tak dapat dipisahkan. Masih teringat adegan berpimpin tangan dan berkain sarong ditengah-tengah bandar Muar. Oh ye! Dulu2 selalu juga turun muo naik bas mini yang sesak bersama abang-abang bangla, nepal, indon dan segala macam manusia pada hari raya dan hari minggu.