Episod 3
Jalan pintas di pojok pusat pentadbiran kerajaan baru Hujung Madini itu agak tersembunyi. Kami berempat. Semuanya lelaki, memenuhi tempat duduk kenderaan pacuan empat roda Djalut Bagaskara itu. Kereta dia, dialah yang melayaknya memacu.
"Kalau kita berempat ini ok-lah, tapi kalau kau bawak sorang-sorang, aku tak galakkan kau lalu jalan ini." Saya.
"Kenapa?" Djalut.
"Bahaya, takut nanti kau kena rogol." Saya.
Serius. Saya tidak bergurau. Tiada lagi tempat yang betul-betul sempurna selamat di muka bumi ini. Di mana ada manusia, di situ tetap akan ada kejahatan. Di situlah, di jalan tersembunyi itulah, seorang gadis pernah menjadi mangsa rogol tak berapa lama dahulu.
Episod 4
Bosan juga kalau hari minggu tidak diisi dengan aktiviti yang boleh menyebabkan kami terhibur, sedikit sibuk atau terjauh dari rasa bosan. Jadi, Djalut Bagaskara membawa saya ke sebuah kedai RM2. Saya ikut masuk dan tengok-tengok juga.
Keluar dari kedai itu, di tangan Djalut Bagaskara ada sesuatu, buntalan kecil. Salah satunya membuat saya agak teruja.
Djalut Bagaskara membeli sesuatu, dam ular & tangga, mana tahu mungkin bisa menghalau kebosanan kami.
Hehehe.
Episod 5
Di kedai RM2 yang rata-ratanya Made in China itu juga Djalut Bagaskara juga membeli setin kecil WD40. Saya tidak bertanya apa tujuannya dia membeli material itu. Adalah barang-barang dia yang berkarat atau ketat agaknya.
Sampailah malam itu. Kami ingin keluar makan ke kota JB. Dengan kereta pacuan empat roda dia itulah. Di tempat duduk sebelah pemandu itu, lengan saya terasa berminyak semacam. Dan hidung saya dicucuk dengan bau yang kurang sedap. Macam bau minyak diesel pun ada, macam bau minyak tanah pun ada.
Djalut, Djalut. Kalau iya pun nak bagi kilat kau punya dashboard atau panel pintu kereta kau itu, kau kena pakai silikon bukan WD40.
"Ye ke?" Djalut Bagaskara.
Djalut, Djalut.
TTFN
Label: Djalut Bagaskara