Jumaat, Oktober 23, 2009
Dua pertiga malam. Dato’ Jamlus bangun. Kemudian, senyap-senyap beliau menuju ke tingkat bawah, ke kamar di sebelah hujung, merayap ke katil Sunarti, orang gajinya yang baru mencecah 21 tahun, yang bertubuh montok dan berpayu dara subur itu, dan meratahnya sepuas-puas hatinya. Sunarti diam-diam, malu-malu tapi mahu, seperti selalu-selalunya.

"Dan jika kamu berjunub maka bersucilah." Dato’ Jamlus mengulang ucap petikan dari surah al-Maidah 5 : 6 itu sambil tersengih-sengih.

Sesudah menyempurnakan hadas besar, Dato' Jamlus mengenakan baju Cekak Musang putih bersih, kain pelikat Gajah Duduk warna biru kotak-kotak cokelat kehitaman dan kopiah putih. Beliau menuju ke masjid berdekatan.

Di lokasi satu lagi, Datin Zaniah, isteri Dato’ Jamlus sedang tercungap-cungap, kelemasan, dalam pelukan seorang gigolo muda, di atas katil, di sebuah suite mewah, di sebuah hotel lima bintang, tempat beliau membentangkan ceramah motivasi bertajuk “Kerukunan Rumahtangga” itu.

Dan syaitan pun bertepuk-tepuk tangan.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/23/2009 08:27:00 PG. | 27 Ulasan
Khamis, Julai 03, 2008
Semua orang di taman perumahan itu mengenali dia sebagai Suraya. Suraya Hani binti Sadikin. Dia cantik. Dia seksi. Seakan-akan Sophia Latjuba potongan badan dan wajahnya. Bikin hati lelaki yang memandang dan terpandang jadi tak karuan. Tapi dia sudah berpunya. Dia isteri Kasman bin Supandi.

Suraya itu sangat cemburu orangnya. Cemburunya pada Kasman melampaui tahap keraguan yang munasabah. Setiap hari, tujuh dari seminggu, dua puluh empat jam, Suraya pantau setiap panggilan dan sms di telefon bimbit dan telefon pejabat Kasman. Dia juga menyaring setiap emel Kasman. Setiap dua puluh tujuh minit sekali dia akan menelefon Kasman. Malah dengan senyap-senyap, Suraya sudah mengupah Krisnamoorty a/l Kurappan, kerani di pejabat Kasman itu sebanyak Ringgit Malaysia tujuh ratus sebulan menjadi mata dan telinga dia.

Setiap hari juga, Suraya mewajibkan Kasman melaporkan diri di rumah tepat jam tujuh petang. Kemudian Suraya akan membelek-belek dan mencium setiap inci tubuh Kasman. Juga baju, seluar, stokin, sepatu, malah seluar dalam yang dipakai Kasman. Dia mahu pastikan tiada bau-bau atau calit-calit yang mencurigakan. Bila-bila dia suka, dia akan membuat pemeriksaan mengejut pada beg, dompet, dairi, rak, laci, komputer, komputer riba, bonet kereta, enjin kereta, dan segala-segalanya milik Kasman. Tak cukup dengan itu, Suraya juga memasang kamera litar tertutup di setiap lokasi strategik di dalam rumah, termasuk di dalam bilik air juga.

Suraya betul-betul mahu pastikan Kasman tidak dapat menyorokkan apa-apa rahsia biar sehalus hama pun dari dia. Suraya tak nak Kasman curang di belakang dia. Dia mahu Kasman setia pada dia seorang sahaja. Dia haramkan Kasman punya sebarang hubungan dengan perempuan lain. Jangankan berbual, Kasman terjeling perempuan lain pun sudah menjadi satu dosa yang sangat besar. Perempuan lain pun, janganlah cuba-cuba menegur Kasman. Buruk padahnya. Pernah sekali, Suraya menempeleng dan menerajang Sunatri binti Wagiman, orang gaji jiran sebelah rumah sehingga koma hanya kerana amah itu mengucap selamat pagi kepada Kasman.

"Melampau sangat dia control laki dia macam tu."

"Dah tahap cemburu gila babi perempuan tu, babi pun tidak cemburu gila macam tu."

Macam-macam umpatan orang sekeliling. Katalah apa sahaja, dia gila, dia melampau, dia psiko, apa sahaja. Dia memang tak akan pernah mempedulikan cakap-cakap orang. Dia kata dia terlalu sayang dan cintakan Kasman. Sebab itu dia buat begitu. Dia juga percaya Kasman juga terlalu sayang dan cintakan dia. Cemburu itu kan tanda sayang dan cinta, kata dia.

Pagi kelmarin, kira-kira pukul tujuh pagi, kawasan kejiranan itu menjadi kecoh, tidak sesunyi selalu. Sangat kecoh. Kecoh tentang berita Suraya menjumpai tubuh Kasman, yang cuma berseluar dalam, terlentang dan terkangkang, sudah tidak bernyawa, di dalam bilik stor rumahnya. Lidah Kasman terjulur keluar, matanya terbeliak. Kelengkang dan seluar dalamnya dibasahi darah pekat. Kemaluannya terkulai berlumuran darah bersebelahan sebilah pisau pemotong daging di atas lantai. Di sebelah mayat Kasman itu satu salinan cakera padat video bertanda X, dan sekeping nota bertulis dengan dakwat merah. “Aku tak tahan lagi. Aku tak sanggup lagi kamu terus-terusan perlakukan aku sebegini. Aku tak akan pernah sesekali memaafkan kamu. Aku rela mati dalam sesat dari terus hidup dalam songsang. Aku tunggu kamu di pintu neraka. Noktah!”

Suraya tak menyangka sesadis itu pengakhirannya. Dia menangis, menangis, dan terus menangis. Air mata darah mengguyur pipinya. Dia meraung sekuat-kuat hatinya sambil memarahi dan memaki-maki Tuhan. Dia rasa kecewa kerana Kasman sudah mati. Dia rasa menyesal yang amat sangat kerana terlupa memasang kamera litar tertutup di dalam bilik setor itu – kalau tidak tentu dia dapat menghalang Kasman dari mengambil nyawanya sendiri.

Tujuh jam selepas itu, kawasan kejiranan itu menjadi heboh sekali lagi. Kali ini heboh tentang cakera padat video bertanda X yang sarat dengan aksi-aksi panas dan liar Suraya sedang berasmara dengan Krisnamoorty a/l Kurappan di dalam bilik air di rumahnya! Juga heboh tentang identiti sebenar Suraya Hani binti Sadikin. Dia seorang lelaki! Muhammad Saipul bin Sadikin!

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/03/2008 11:27:00 PG. | 79 Ulasan
Jumaat, Jun 27, 2008
Saya capai sehelai kertas. Kertas putih bersih. Dari sebuah kotak. Berbentuk empat segi sama. Kemudian saya capai sebatang pena. Berdakwat hitam pekat.

Jejari saya mula melakar. Garis-garis lurus. Garis-garis melengkung. Garis-garis membujur. Garis-garis melintang. Kemudian saya lakar bentuk-bentuk. Bulat. Lonjong. Empat segi. Tiga segi.

Dan sekejap kemudian kertas itu sudah menjadi tidak putih lagi. Kertas itu sudah menjadi sarat dengan garis-garis lurus. Garis-garis melengkung. Garis-garis membujur. Garis-garis melintang. Sudah sesak dengan lakaran bentuk-bentuk. Bulat. Lonjong. Empat segi. Tiga segi.

Kemudian, dengan tiba-tiba kertas itu hidup! Tuhan telah memberinya nyawa! Kertas itu membesar. Lakaran-lakaran di dadanya ikut membesar dan merebak. Membesar dan merebak. Membesar dan merebak. Kemudian kertas itu bangkit dari pembaringannya. Berdiri dan memandang saya. Bulatan-bulatan di dada kertas itu merenung saya. Tajam, berapi dan menakutkan. Garis-garis yang berceracakan itu menjadi bilah-bilah lembing, menghunus ke tubuh saya. Saya mahu bangkit tetapi garis-garis melengkung itu sudah menjadi tali-temali yang membelit dan mengikat saya. Bentuk-bentuk tiga segi dan empat segi itu sudah bertukar menjadi kotak-kotak. Saya terperangkap. Saya terpenjara.

Dan kertas itu terus membesar dan membesar dan membesar dan bertukar menjadi hitam. Menggamam dan menakutkan. Saya lemas. Saya takut. Saya terasa lembing-lembing itu menikam dada saya dengan rakus, bertubi-tubi. Saya mahu menjerit kesakitan tetapi suara saya sudah tiada. Saya bisu. Segalanya gelap. Saya buta. Sekeliling saya senyap. Saya sudah tidak mampu mendengar apa-apa lagi. Saya kaku.

Jangan. Jangan. Jangan. Jangan ditalkinkan saya. Saya belum mati lagi.

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/27/2008 02:27:00 PTG. | 50 Ulasan
Sabtu, April 26, 2008
Saya bengang yang sangat ekstrim pagi ini. Angin meresap ke seluruh tubuh saya. Tak tahu kenapa. Fikiran saya sangat semak. Otak panas berbahang. Seperti ada asap keluar dari segala rongga, hidung, celah-celah mata, dan telinga. Berkepul-kepul.

Saya sempat bersarapan dengan tujuh biji telur ayam kampung separuh masak. Juga secangkir air Milo panas bersuhu seratus darjah celcius. Kemudian saya bersenam. Push up seratus kali, sit up seratus kali dan mengangkat dumbbell seratus kali juga. Kemudian saya ke pejabat. Saya memandu sangat laju pada pagi ini. 177 kilometer sejam! Padahal jalan sangat basah dan licin. Selalu-selalunya saya sampai di pejabat dalam masa 47 minit, tapi pagi ini dalam 17 minit sahaja sudah sampai. Memang laju gila saya memandu pagi ini!

Keluar dari kereta, saya merogoh-rogoh kocek seluar dan beg tangan hitam saya, tercari-cari anak kunci pejabat. Arghhh! Celaka sungguh! Tertinggal di rumah pula. Nasib baik kunci kereta tidak tertinggal di rumah sekali. Saya tidak sempat berfikir cara lain. Saya terajang pintu pejabat itu sekuat tenaga kaki dan hati saya. Pintu itu terkopak. Seorang makcik dobi yang kebetulan lalu di kaki lima hadapan ofis saya itu terkujat, lalu berhenti dan memandang saya.

"Apa pandang-pandang ……? Makcik dah puas hidup?" Saya sergah makcik yang tak berdosa itu. Makcik itu tak sempat melatah seperti selalu-selalunya. Dia cepat-cepat berlalu pergi.

Kebetulan, seorang eksekutif saya, Suzilla Salam namanya, pun baru sampai. Dia menikus, tak terkata apa-apa.

"Apa pasal ko datang lambat dari aku. Ko nak kerja ke tak ni?" Saya maki dia di situ juga, padahal pagi masih awal lagi, jam baru 7.47 pagi.

"Saya....saya......." Menggigil-gigil dia.

"Sudah! Kalau ko datang lambat lagi, mampus ko aku kerjakan nanti" Saya meludah ke lantai. Kemudian cepat-cepat dia mengambil mop mengelap air ludah saya itu.

Saya terus ke bilik saya di tingkat atas. Saya mengeluarkan komputer riba saya dari beg tangan hitam saya. Arghhh! Tak boleh dihidupkan pula. Masa inilah nak rosak! Geram sungguh! Saya terus hempas komputer riba saya itu ke lantai. Sekuat hati. Komputer riba itu bersepai. Baterinya patah dua, terpelanting kira-kira lima meter.

"Kenapa ni encik Qusnan Munazarif" Izhar Sulaiman, penghantar surat saya yang baru sampai menegur saya.

"Ko apa sibuk-sibuk nak tau ha? Ko boss ke aku boss? Apa pasal ko panggil aku nama penuh? Nanti orang tau la bodoh!!!" Seperti mahu terkeluar anak tekak saya. Saya membeliakkan mata saya besar-besar kepadanya. Kemudian saya tonyoh-tonyoh dahinya.

"Tak la encik Qusnan Munazarif, macam ada yang tak kena ni….Dari encik hempas komputer itu, baik bagi pada saya….." jawap Izhar Sulaiman. Eh! Berani sungguh dia menjawap.

"Ko jangan nak cari pasal dengan aku…. dan sekali lagi..... kau sebut nama penuh aku, aku bunuh ko nanti.......!" Saya terus meluru dan menerkamnya.

Saya cekik lehernya, saya cucuk kedua belah matanya. Saya tumbuk, terajang, dan belasah dia cukup-cukup. Kalaulah Mark Dacascos dan Jet Li melihat, tentu mereka berdua kagum dengan kegagahan saya. Darah mengalir deras dari lubang hidung dan matanya. Kemudian saya biarkan dia. Dia terkulai di atas lantai. Entah pengsan, entah sudah meninggal....... Peduli apa saya.....

.

Mengarut, gila dan brutal sungguh watak saya dalam cerita fiktif itu kan....?

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/26/2008 03:07:00 PTG. | 62 Ulasan
Khamis, Februari 21, 2008
Pagi tadi saya terserempak dengan Abang Mat. Abang Mat bercerita sambil marah-marah saja nadanya.

Abang Mat itu cuma kerani biasa. Agak sengkek orangnya. Nasib baiklah tinggal dengan emak. Tak payah bayar sewa rumah. Abang Mat itu motorsikalpun tak ada, kereta memang tak mimpilah. Bas nombor 46 itu sajalah tunggangannya setiap pagi dan petang untuk ke pejabat. Sejak dari budak-budak dulu lagi Abang Mat cukup setia dengan bas nombor 46 itu. Entah sebab apa, Abang Mat saja yang tahu. Padahal bukan tiada bas lain yang lalu di kampung itu. Kata Abang Mat, bas itu cantik, ada penghawa dingin dan tempat duduknya empuk. Abang Mat juga paling suka drebarnya. Katanya, drebarnya bagus, pandai menghias bas dan cekap pandu bas. Walaupun selalu merapu dan merepek yang bukan-bukan tetapi cara pemanduan drebar bas itu Abang Mat puji, lancar dan laju.

Tapi itu dululah. Semasa Wak Mahat jadi drebarnya. Sehari dua ini Abang Mat sedang timbang-timbang untuk bertukar naik bas lain. Abang Mat sudah hilang sabar dengan bas nombor 46 itu. Sejak Wak Mahat pencen dan Wak Dol jadi drebar baru, tengok kelibat bas itupun Abang Mat jadi menyampah dan merebak angin satu badan. Geram dan berbulu sungguh Abang Mat.

Kata Abang Mat, bas nombor 46 itu memanglah nampak semakin cantik sebab bercat baru tapi nampak cantik dari luar sajalah, di dalamnya berbau hancing. Orang pernah ternampak Wak Dol kencing di dalam bas. Tak senonoh betul! Kerusi bas itupun sudah banyak yang bejat dan tanggal. Penghawa dingin rosak, dinding dan lantai pun bocor sana sini. Abang Mat kata, Wak Dol pandu bas itupun entah apa-apa. Sudahlah pandu lembab macam kura-kura, adakah patut sambil memandupun boleh terlelap, kalau bas itu terbabas atau berlanggar kan nahas namanya. Sia-sia saja nanti mati percuma, kata Abang Mat.

Satu lagi yang buat Abang Mat paling berbulu bila suatu hari dia ternampak Wak Dol menggatal dengan seorang amoi. Menjolok mata betul! Mana tidaknya, siap bergesel-gesel tangan lagi. Bukan Abang Mat sahaja yang nampak, penumpang lainpun nampak. Tak sangka. Padahal Wak Dol itu nampak macam alim orangnya.

O, begitu ceritanya. Barulah saya faham kenapa Abang Mat marah-marah sampai macam itu sekali.

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/21/2008 02:07:00 PTG. | 51 Ulasan
Isnin, Februari 18, 2008
Nenek saya berjiran dengan Wak Rahmat. Di kampung nenek saya itu siapa yang tidak kenal Wak Rahmat. Wak Rahmat itulah tempatnya bagi beberapa orang penduduk kampung yang terdesak mengadu. Mencari anak kambing yang hilang, mengubat anak kecil yang menangis tak henti-henti di tengah malam, atau mencari penawar suami yang gatal misalnya. Selalu-selalunya Wak Rahmat akan bakar kemenyan, sampai berasap-asap, kemudian baca ayat-ayat berbunyi seperti bahasa Arab, hembus kiri dan hembus kanan. Kemudian Wak Rahmat hulur sebotol air mineral 1 liter. Dan beberapa keping Ringgit Malaysia kemudian bertukar tangan.

Nama Wak Rahmat sudah tersohor sampai ke luar daerah. Orang-orang luar menganggap Wak Rahmat itu sangat hebat dan sakti orangnya. Hairan juga. Hebat dan sakti apanya. Badannya pun bukan gagah sangat, kudut saja.

Rumah papan Wak Rahmat itu jarang sepi dari dikunjungi orang. Ada sahaja yang datang. Bermacam-macam jenis orang. Dari yang buta kayu sampailah yang belajar di universiti luar negeri. Dari yang bermotorsikal cabuk sampailah yang berkereta lampu mata belalang. Dari yang entah siapa-siapa sampailah yang macam biasa dilihat di kaca televisyen dan di muka depan suratkhabar.

Nenek saya itu tak payah pergi ke Parlimen, Angkasapuri atau Seri Pentas untuk melihat muka selebriti dari dekat. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja politikus, penyanyi, pelakon dan aspiran yang datang ke rumah Wak Rahmat. Ada yang minta diasapkan wajahnyalah. Ada yang minta diasapkan cincin berbatu akeknyalah. Ada yang minta diasapkan gambarnyalah. Ada yang minta diasapkan mikrofonnyalah. Ada yang minta diasapkan borang Anugerah Bintang Popular Berita Hairanlah. Pendek kata, macam-macam benda hairan minta diasapkan.

Tapi, dalam satu dua minggu ini luar biasa ramainya tetamu yang datang ke rumah Wak Rahmat. Sampai jalan kampung yang sempit itu jadi sesak. Kereta berjejal-jejal, bersusun-susun sampai melimpah ke laman rumah nenek. Wak Rahmat tak menang tangan, kaki dan mulut dibuatnya. Dari sebelum waktu Subuh lagi sudah ada yang menunggu di depan tangga. Tidak putus-putus yang datang sampai jauh malam. Ada yang datang dari sejauh Perlis! Yang datang, kata nenek saya lagi, bukan kecil-kecil anak. Tapi semua Melayulah. Tan Sri itulah, Tan Sri inilah. Datuk itulah, Datuk inilah. YB itulah, YB inilah. Malah kelibat menteri yang dah tak larat nak berjalan pun ada. Kata nenek saya lagi, rata-rata membawa keris. Itu kata nenek sayalah. Kalau nenek saya tipu, tipu jugalah saya.

Hehehe!

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/18/2008 12:07:00 PTG. | 52 Ulasan
Isnin, Februari 11, 2008
Cuti Tahun Baru Cina yang lepas saya balik ke kampung saya. Sebenarnya bukan saya tak mahu bercuti ke luar negara. Boleh, kalau saya mahu. Bukan guna duit saya pun. Tapi jemulah asyik bercuti di luar negara. Cuti kali ini ingin pula bermesra dengan orang kampung pula. Lagipun pilihanraya sudah semakin dekat. Sejak pilihanraya umum yang lepas saya belum berkesempatan menjenguk sekeliling kampung lagi. Jadi, inilah masanya.

Melalui jalan sempit menuju ke kampung halaman saya itu, saya perhatikan sudah banyak bendera-bendera berlambangkan bulan mengambang berceracak di sana sini. Di tiang-tiang elektrik, di simpang-simpang jalan, di atas bumbung rumah, malah di atas pokok juga. Saya cuma tersengih. Sesekali saya mencebil apa yang saya lihat itu. Apalah sangat setakat bendera dari parti sengkek itu. Seksa juga melalui jalan kampung saya itu. Sudahlah sempit, cuma berturap tanah merah, berlubang-lubang dan berkerikil di sini sana pula. Tapi saya tak boleh merungut banyak. Kan saya YB di kawasan itu. Hahaha!

Saya sempat singgah sekejap di warung Monggo Mampir di simpang empat berhampiran rumah orang tua saya itu. Saya meminta pemandu merangkap pembantu saya itu memarkir kereta Mercedes E55 AMG berwarna perak berkilat saya itu betul-betul di depan warung itu. Sengaja saya minta dia letak di situ supaya semua orang di warung itu boleh nampak. Warung itu biasa-biasa saja tetapi di situlah tempat tumpuan warga kampung saya bersosial selepas menoreh atau menyawit. Sebuah meja penuh dikelilingi wak-wak yang sedang leka menonton dua wak bermain dam haji. Dua tiga meja yang lain pula diduduki wak-wak yang sedang ngeteh sambil borak-borak. Wajah-wajah mereka, wajah-wajah yang sama, yang biasa saya lihat di warung itu sejak saya masih budak-budak dahulu.

Saya memberi salam. Sebahagian dari mereka menyambut saya dan kami bersalaman. Sebahagian kecil pula tercengang-cengang seperti tidak mengenali saya. Mata mereka memandang saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan pandangan takjub. Entah apa kesaktian saya agaknya. Barangkali masing-masing kagum melihat perubahan diri saya, atau mungkin juga terpesona melihat susuk tubuh saya, maksud saya setelah bergelar YB.

Sepanjang tiga hari saya di kampung, di mana-mana - di surau, di warung dan di tangga-tangga rumah - orang-orang kampung heboh bercerita tentang saya. Pembantu saya yang menguping perbualan mereka menyampaikan berita itu kepada saya. Siapa sangka anak kampung yang dahulunya cuma seorang kerani cabuk boleh semewah sekarang. Itulah. Tak sia-sialah saya berkawan baik dengan ketua bahagian parti keris dahulu. Tak punya kelulusan tinggi pun tak apa, asal pandai mengampu, bolehlah jadi YB. Sekelip mata boleh kaya-raya.

Orang kampung juga saya dengar kagum melihat saya yang semakin kacak dan nampak semakin muda. Mereka terpesona melihat wajah saya yang semakin tegang dan semakin cerah. Dulu muka Jawa saya gelap, comot dan kusam seperti pekerja kontrek, sekarang sudah secerah wajah Paul Moss. Dalam kemalu-maluan itu, terasa bangga dan riak juga di hati saya. Kembang sekejap beberapa millimeter lubang hidung saya dipuji begitu.

“Saya cuma makan tempe setiap pagi, tengahari dan malam. Orang putih panggil saya temperian. Tempe banyak protin. Boleh menegang dan memutihkan muka, boleh menegangkan buah dada, boleh juga menguatkan tenaga batin.” Beriya-iya saya bercerita. Saya memang tidak kedekut berkongsi ilmu. Terlopong mereka mendengar penjelasan saya. Saya yakin mereka percaya. Saya kan YB. Ada title doktor falsafah pula. Ada yang menyesal tak sudah kerana selama ini malu dan rasa tiada kelas memakan tempe, kalau tidak mereka juga sudah tentu secerah dan sekacak saya. Tapi ada juga yang macam tidak percaya. Ah! Peduli apa saya.

Sekejap tadi komunikator Nokia E90 saya berdering lagi. Pembantu saya itu menyampaikan maklumat terkini. Katanya, dari tinjauannya, orang-orang kampung di warung-warung, Mat-Mat Rempit di tepi-tepi jalan, dan kutu berahak di tembok-tembok simpang jalan yang ditanya, masih menaruh sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan saya. Mereka nampaknya masih menyokong saya. Oklah kalau macam itu…….. Hahaha! Saya ketawa besar. Tidak sia-sialah saya pandai berkata-kata, berlagak islamik dan bersih. Mudah orang-orang kampung mempercayai kata-kata saya. Sebenarnya saya sendiri pun tak faham apa yang saya katakan. Saya reka-reka dan pakai sebut sahaja. Maklumlah, saya bukannya banyak ilmu pun. Saya malas membaca, saya lebih suka tidur.

Hendaknya orang-orang kampung tidak tahu rahsia dari mana datangnya kekayaan saya ini, seperti mahligai empat tingkat saya ini, tujuh-lapan buah buah kereta mewah dan kereta sukan saya itu, juga berjuta saham yang menggunakan nama proksi saya itu. Juga rahsia saya membeli ijazah kedoktoran di sebuah universiti tipu itu [Oh ya! Saya dulu satu universiti dengan penyanyi pakar motivasi itu]. Begitu juga rahsia wajah saya tersuntik Vitamin C secara tidak sengaja semasa di negara kanggaru dulu. Biarlah rahsia, sampai bila-bila.

Oh ya! Tadi juga saya sempat meminta pembantu saya itu meuar-uarkan berita kepada orang kampung, yang surau senget itu akan diganti baru dan jalan sempit itu akan dinaiktaraf sekiranya mereka terus menyokong saya. Saya juga sudah meminta dia menguruskan pemberian sehelai kain batik, sehelai kain pelikat dan sekampit baja NPK 15:15:15 kepada setiap orang kampung.

“Saaaaaayangggggg, apa lagi yang di buat di luar tu..… saya sejuk ni….”

Oklah. Saya berhenti di sini dahulu. Bini muda saya di dalam bilik sudah memanggil tu.

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/11/2008 11:27:00 PG. | 52 Ulasan
Rabu, Julai 25, 2007
Sudah dua minggu berlalu, sudah menjadi cerita basi. Tapi penduduk kampung Parit Ponorogo masih hangat bercerita lagi.

Selepas dibantai Parit Lonjong 8–0, ditogelkan pula oleh Parit Penyengat 7–0! Langsung tidak melawan, lembik, tiada semangat juang. Kalau 1-0 atau 2-0 bolehlah negosiasi dan direktifikasi lagi. Manalah orang-orang kampung itu tidak marah, tidak malu dan memaki yang bukan-bukan macam orang hilang akal.

“Main koyok wong wedok!”
“Lembik! Tak makan nasi ke?
"“Main bola macam bapuk!”
“Q#@ &Y#!@! Jurulatih mangkuk! piring! kuali!”
“Pengurus tidur! %$#@JE !! ”
“Lembik giler! Giler pun tak lembik macam tu!”
“Bawak baliklah telur itu woi!”

Macam-macam kritikan. Sinikal. Sarkastik. Di forum atas talian, di laman sesawang rasmi kampung, di blog-blog. Itu belum lagi ekspresi bebas di kain-kain rentang yang digantung di simpang masuk ke kampung.

“Wak Jenal & Wak Karman makan gaji buta - Sila letak jawatan!”
“Pasukan Parit Ponorogo perlu reformasi!”
“Bubarkan PSPP!”

Selepas dua kekalahan mengaibkan itu pemain-pemain menyorokkan diri. Malu menunjukkan muka. Amat malu sehingga terasa seperti masing-masing tiada zakar lagi. Wak Jenal, jurulatih pasukan kampung itupun terpaksa senyap-senyap dan terhendap-hendap dengan memakai topeng dan menyumbat telinganya dengan kapas bila ke kedai membeli rokok. Wak Karman, pengurus pasukan yang juga ketua cawangan parti lok tujuh itu kabur entah ke mana. Sudah banyak hari tidak nampak batang hidungnya baik menyawit ataupun berpidato di kedai kopi.

Wak-wak dan kaum lelaki berdiskusi dan berdebat di sana-sini, di surau, di tepi jalan, di kedai kopi Wak Seman. Padahal masing-masing kaki bangku.

“Pemain tua ganyut nak mampus pun diambil main juga” Komen Wak Jambar, seorang penyokong fanatik Drogba sambil meludah ke tanah.

“Macamana nak maju, tiada iltizam, tiada solusi dan usaha konkrit mencungkil bakat-bakat muda secara sistematik dan konstruktif” Beriya-iya cikgu Shahru memberi idea.

“Infrastruktur pun kena ada juga. Jangan suka-suka padang bola kerajaan nak ambil buat bilik gerakan parti. Habis budak-budak nak main bola di mana? Celah-celah pokok getah?! Bawah katil?! #$F7u#C8k!" Bentak abang Sekak sambil menumbuk meja. Meja Wak Seman pecah terbelah jadi dua.

Bibik-bibik dan kaum hawa yang biasanya mengumpat pasal laki, pasal artis dan bini menteri, yang rabun pasal bola pun ikut bersosek-sosek juga. Di tempat jemuran, di anjung, di kaki-kaki tangga sambil mencari kutu dan mencabut uban.

“Dulu-dulu masa ada Mokhtar Dahari, kita handal…...” Wak Jenab, sambil kakinya menendang bayi ayam yang melintas di celah kakinya. Bayi ayam itu mati di situ juga.

“Bilalah kita nak ada balik pemain yang handal macam Karim Pin itu agaknya” Kak Aton Rondo, yang dulu memang tergila-gilakan sungguh Karim Pin.

Alahai.......

PSPP : Persatuan Sepakbola Parit Ponorogo.

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/25/2007 05:47:00 PTG. | 54 Ulasan