Selasa, Oktober 31, 2006
Dah nak sampai dah dengan kampung kami. Balik kampung …oooo… oooo.. balik kampung… Hati girang..! Nampak tak mamat Mynmar dan Nepal tengah melintas jalan, sibuk nak beraya juga....!
Papan tanda di simpang keluar kampung. Selain menunjuk arah juga tempat mempromosi ubat kuat…Kreatif...kreatif....Yang berminat jangan malu-malu contact jer nombor tu… Hehehe
Sejak dari dulu-dulu lagi, dua kali setahun disitulah tempat atuk Tuk menggantung koleksi ketupatnya. Itu baru seperlima, yang lain tak muat nak masuk dalam gambar la…
Anak-anak kecil bermain bunga api. Terasa gian pulak nak main meriam buluh, mercun katak, mercun roket…….. Kalaulah boleh menjadi budak-budak balik…kan seronok....
Berposing selepas solat sunat aidil fitri. Tiada dalam gambar seorang adik ipar lelaki kerana bertugas dan si tuan punya blog … Tuan punya blog ni pemalu orangnya…hehehe…
Raya pertama di rumah atuk Tuk. Kunikan masakan atuk dengan ketupatnya, rendangnya, kuah kacangnya dan lodehnya yang diletak kacang ‘tolo’ dan hirisan pedal ayam. Perghhhh……Pinggang 31 pun silap silap boleh jadi 32..... !
Semasa hari raya inilah, setahun sekali baru dapat jumpa kuih-kuih tradisional dan klasik macam tumpi, kuih keras, kuih siput, dodol….…. dan macam-macam lagi....
Raya-raya juga tapi sempat merayau keliling rumah. Buah epal di belakang rumah. Sayangnya varieti ini tidak boleh dimakan. Dulu-dulu bijinya kami buat main congkak di bawah rumah.
Berseni juga abah mencantas pokok melinjau ini. Buahnya sedap direbus atau dibuat emping, pucuk mudanya kami panggil daun so sedap dibuat sayur bening. Kadang-kadang menjadi tempat menjemur kasut dan stokin…
Sekali pandang macam buah anggur. Coffea robusta ini juga menjadi sumber pendapatan sampingan. Maknanya kami pun ada saham dalam Kopi 434 tu…..
Ceh…….Mamat ni tak habis habis nak tutup muka…Menyampah…!!! Akan datang Cerita Aku Balik Muor – Siri 4.
Label: Siri balik Muor
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/31/2006 10:38:00 PG. | 63 Ulasan






