Jumaat, Mac 31, 2006

Hari ini bersolat jumaat di masjid yang sama. Kalau nak bercerita gelagat jemaah semasa khatib sedang membaca khutbah memang banyak. Yang paling banyak adegan tidur sambil duduk. Alhamdulillah, nampaknya hari ini dah tak ada lagi dering polifonik lagu ‘Aduh Saliha’ dari handphone mamat itu. Hari ini nak cerita pasal kotak bergerak pulak, semasa khatib membacakan khutbah, kan ada satu kotak beroda bergerak dari satu saf ke satu saf. Sesetengah masjid menggunakan kanak-kanak berjalan dari seorang ke seorang jemaah. Walau apapun caranya, itu bagi memudahkan jemaah membuat pelaburan untuk hari akhirat. Perasan juga, di mana-mana masjid pun, kotak-kotak ini selalunya lebih laju berjalan dari berhenti. Bukan nak menganggap jemaah kedekut untuk bersedekah atau menderma, mungkin mereka bersedekah dengan cara lain. Membawa pisang ke masjid pun sedekah juga namanya. Lagipun bersedekah bukan untuk menunjuk-nunjuk, amaun tak penting asalkan ikhlas. Bila tangan kanan menghulur lebih afdal kalau tangan kiri langsung tak tau. [Walaupun ada juga sesetengahnya yang suka bukan sahaja tangan kiri tau, tapi kaki kiri dan kaki kanan juga…!]

Kekadang mencongak-congak juga, kalaulah seorang jemaah menderma sepuluh sen seorang, kalau setiap masjid melakukan yang sama, dalam satu hari jumaat entah berapa ratus ribu dapat dikumpul. Banyak yang boleh dibuat dengan duit derma sebanyak itu. Bukan setakat boleh membaiki tandas masjid yang tersumbat, membaiki kipas angin yang rosak tapi membina masjid baru pun boleh. Jauh dari itu, boleh disumbangkan kepada yang kurang bernasib baik. Mungkin akan berkurangan orang-orang kita dipaparkan dalam ‘Bersamamu’ itu lagi… berkurangan anak-anak yang tidak bersekolah kerana emak bapak tidak mampu…… berkurangan keluarga miskin tinggal di bangsal tinggal….. Itu kalaulah…..


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/31/2006 02:40:00 PTG. | 47 Ulasan
Selasa, Mac 28, 2006


Dah penat mengadap komputer sambil membelek-belek kertas kerja, gatal pulak jari ni nak menulis untuk entry baru. Tapi tak tau pulak apa nak dituliskan. Tiada idea tapi hati meronta-ronta nak menulis. Agaknya minda dah terlalu letih mengadap komputer lama-lama tadi. Tapi dah alang-alang minda penat sebab mengadap komputer, agaknya lebih elok cerita pasal komputer....pasal internet....

Betullah, komputer dan internet menjadikan hari ini segala-galanya menjadi cukup mudah. Dulu-dulu zaman datuk nenek kita tak adapun komputer. Zaman emak bapak kita pulak kalaupun ada komputer, internet tak meluas lagi. Tapi itu dulu. Sekarang zaman dah berubah. Modernisasi kata orang sekarang. Globalisasi lagi. Sekarang dah lain. Budak-budak zaman sekarang dah canggih, mana taknya umur 5 - 6 tahun pun dah cekap mengetuk keyboard, dah pandai surfing. Budak-budak dulu 5 - 6 tahun cuma pandai bermain guli, bermain lastik, nak menyebut surfing pun tak pandai.

Dunia cyber macam-macam ada, semuanya dan apapun boleh. Semuanya di hujung jari. Tak ada sempadan. Tapi apa-apa teknologi pun, dalam baik ada buruknya. Ada yang menjadikan internet sebagai kemudahan dan sumber ilmu pengetahuan. Ada juga yang mendapat jodoh melalui internet, Alhamdulillah. Tapi tak kurang juga sebagai kegilaan. Biasa lah. Tak hairanlah ramai yang sanggup berjam-jam mengadap komputer. Ada yang leka berchatting, berforum, berblogging, sampai kerja pun terbengkalai. Dan yang paling teruk menjadikan internet macam nyawa. Sehari kalau server down macam 'ayam berak kapur', tak bermaya. Sampai macam itu sekali kegilaan berinternet rupanya ekk.. Tapi aku pun kadang-kadang apa kurangnya. Hampir dua kali lima juga. Mati kutu bila server down.

Ehhh.....Dalam tak ada idea pun siap satu entry... Jangan-jangan kegilaan berblogging dah berjangkit pada aku ....hehehe..

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/28/2006 05:59:00 PTG. | 47 Ulasan
Isnin, Mac 27, 2006

I
Macam-macam ada sekarang, bergantung kepada poket dan kemampuan masing-masing. Kita biasa mendengar rumah pangsa ataupun flat bagi yang kurang mampu, apartment bagi yang berduit sikit, dan apartment mewah ataupun condominium bagi yang duit berlebih, tapi apa COMDOMINIUM..??? Huh....

II
Bagus dan perihatin juga. Di TV3, dulu 'Sure Heboh', sekarang dah tukar jadi 'Jom Heboh' (sesuai la kot..orang kita kan memang suka heboh2 dan berpesta-pestaan...). RTM2 pulak, 'Saluran Infotainmen Anda' khabarnya akan ditukar ke 'Saluran Inforia Anda' 1 April ini...

Elok sangat la tu...Siapa lagi nak menghormati bahasa sendiri. Patriotisme juga namanya.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/27/2006 12:16:00 PTG. | 34 Ulasan
Jumaat, Mac 24, 2006

1. Cerita Pagi Jumaat

Pagi tadi keluar rumah agak awal sebab terpaksa ke Jbtn Imigresen, Pusat Bandar Damansara. Seorang pekerja asing Indonesia nak balik kampong. Kalau ikut cerita pekerja2 lain, dia dah meracau dan bercakap seorang diri malam2. Sebelum apa2 yang buruk terjadi lebih baik hantar dia balik kampung. Mungkin dia rindukan kampung halaman di Lombok.

Ini bukan nak bercerita sebab dia meracau malam2 ataupun jenis hantu yang sampuk dia. Ini nak bercerita pasal Jbtn Imigresen. Kalau nak diikutkan fobia dah nak berurusan dengan Jbtn Imigresen sebab pengalaman2 yang lepas. Tapi disebabkan dah jadi majikan terpaksalah uruskan jugak. Tak sangka dah berubah betul perkhidmatan jabatan ini sekarang. Orang putih kata ‘excellent, superb, efficient…’. Tak ada lagi karenah biokrasi yang menyakitkan hati, tak ada lagi marah2 di kaunter….semuanya tertib, santun dan penuh senyuman….

BP: Nak kena ucap syabas pada Pak Lah tak?

2. Cerita Tengahari Jumaat

Hari ini bersolat jumaat di satu masjid di Hulu Klang. Bukan nak bercerita pasal selebriti2, Datuk Jins, Norman Hakim, Fahrin Ahmad atau Faisal Hussien yang sama2 bersolat di situ, bukan jugak pasal seorang makcik entah dari negara mana bersama anaknya minta sedekah di pintu pagar masjid, bukan juga pasal seorang adik yang mengadu hilang kasut, bukan juga anak2 muda yang bersembang di bawah pokok semasa khatib membaca khutbah.

Ini pasal handphone seorang mamat yang berbunyi semasa tengah solat. Lagu dering polifonik yang sedap juga. Marah agaknya jemaah lain sebab dah hilang khusyuk. Tapi tak apalah. Kita fikirkanlah yang positif. Tak baik buruk sangka. Agaknya dia tak sengaja, mungkin dia terlupa nak off handphone, ataupun terlupa nak letak silent mode….Takkanlah dia sengaja pulak nak perdengarkan nada dering polifoniknya…. atau nak bagitau jemaah lain dia baru beli handphone baru yang canggih…….

BP: Ish…Ish…Ish….!

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/24/2006 04:26:00 PTG. | 30 Ulasan
Rabu, Mac 22, 2006


Biasanya untuk ke Bkt Jelutong, Shah Alam aku guna Jln Kuching sebelum ke NKVE tapi lewat petang semalam, konon2nya nak berubah angin cuba2 lalu ikut MRR2 retak yang dah ditutup sementara tu. Rupa2nya Q dahpun sampai di persimpangan FRIM. Mungkin juga sebab hari hujan yang menambahkan kesesakan. Nak tak nak terpaksa 'menyangkutkan' diri dalam 'jam'. Bayangkanlah terpaksa membuat 'senaman kaki' sepanjang beberapa kilometer. Cuma lagu2 sifu menjadi teman. Ada yang tak sabar cuba memotong Q. Sebab taknak terus terseksa, sampai di persimpangan Bdr Sri Damansara, aku terus masuk ke LDP. Rasanya 'jam' berterusan sehinggalah ke Damansara Damai. Mungkin juga sampai ke plaza tol Sg Buloh....

Memang patut pun ramai yang marah dan tertekan benar bila MRR2 tu ditutup. Ramai yang marah dan tertanya2 kenapa jambatan tu boleh retak. Ramai juga bercakap tentang 'ketelusan'. Jenuh DS Samy Vellu 'bersilat' nak menjawap. Tapi bagi yang terpaksa, setiap hari pagi dan petang menggunakan MRR2 itu, memang terasa 'seksa'nya....

Semalam, entah berapa ramai yang menyumpah di MRR2 sebab kesesakan itu. Mungkin ada yang terlepas solat Maghrib. Mungkin ada yang terlepas 'appointment' penting. Tak kurang jugak isteri dan anak2 yang tertunggu2 suami dan ayah untuk makan bersama.........
Aku; pagi ni masih terasa lagi sengal2 kaki bermain dengan 'pedal' dan 'clutch' semalam.... 'senaman kaki?'......

BLACKPURPLE
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/22/2006 10:16:00 PG. | 56 Ulasan
Isnin, Mac 20, 2006
Abang Mat cuma kerani biasa, tinggal di rumah pangsa kos rendah di pinggir KL. Dengan gajinya seribu satu ratus ringgit sebulan manalah mampu tinggal di banglo mewah, nak beli rumah teres setingkat pun tak mampu. Bila minyak naik 30 sen memang menyakitkan bagi dia sekeluarga sebab semuanya ikut naik. Menggeleng kepala dia bila mendengar saranan kena ubah gaya hidup. Selama ini pun dia cuma ‘shopping’ di pasar malam. Katanya manalah mampu nak ‘shopping’ di Suria KLCC, One Utama apatah lagi Starhill…..Beli ikan dan sayur pun di pasar malam. Itupun cari yang selonggok RM10. Tahan untuk makan anak beranak 4-5 hari.

Abang Mat cuma mampu beli kereta Kancil, itupun yang ‘second hand’. Tak termimpi nak pakai Mercedes ataupun BMW. Abang Mat tak perlu tunggu ada kempen naik pengangkutan awam pun sebab memang dari dulu lagi pergi dan balik kerja naik bas. Itu memang dah rutin bukan pilihan. Kena keluar awal pagi takut2 tertinggal bas. Maklumlah di tempatnya bas 40 minit sekali. Itupun bukan selalu betul. Kalau terlambat kena tunggu bas lain. Kekadang bila bas rosak lagi haru……

Di ofis pulak, Abang Mat tak keluar makan tengahari di restoran2, jauh sekali makan 'buffet' di hotel2 ataupun 'coffee house'. Dia bawak bekal yang disediakan oleh isteri....

Abang Mat tak tahu nak ubah gaya hidup macamana lagi......



BLACKPURPLE
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/20/2006 02:31:00 PTG. | 46 Ulasan
Jumaat, Mac 17, 2006
I
“ Cucu saya bersekolah darjah tiga. Cikgu bagi latihan – disenaraikan nama buah-buah, dan di sebelah kanannya ‘masam’ atau ‘ manis’. Pada buah mempelam, cucu saya pilih ‘manis’, kerana tiap-tiap kali emak dia beli mempelam dia makan rasa manis. Cikgu kata salah. Jawapannya mesti masam. Jadi, apakah kita mengajar anak kita berfikir? Budak-budak ini bagaimana? Dia nak gunakan otak dia, berdasarkan pengalaman dia bahawa buah mempelam yang dia makan itu manis, atau dia nak dengar cakap cikgu, bahawa buah mempelam itu masam? Hal-hal seperti ini, yang berlaku di sekolah, yang berlaku dalam kehidupan ini, menjadikan orang kalau dia nak betul, nak dapat seratus peratus, dia akan tulis ‘masam’. Kalau dia tulis ‘manis’, cikgu beri dia markah ‘zero’.

II
Cikgu suruh ‘bulatkan’. Tapi dia underline. Jawapannya betul, tapi salah pada cikgu, kerana dia tidak ‘bulatkan’. Jadi sekolah sudah terlalu rigid. Kita semua sudah terlalu rigid. Ini A atau B. Tidak ada C atau D. Antara A dan B itu apa? Kita tidak pernah terfikir itu,dan tidak pernah menganggap itu penting.

Itu dua cerita Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Hamid, bekas TNC UM, pasal berfikir. Budaya berfikir dah jarang di peringkat atas apatah lagi di peringkat bawah. Itu jadi masalah juga dalam masyarakat. Orang dah malas nak berfikir, tak menganggap pemikiran itu satu perkara yang bernilai, kecualilah kalau berfikir benda2 yang boleh mendatangkan duit. Semuanya dah berkiblatkan materialistik.

Siswazah mengganggur. Kita kata siswazah tak berfikir, tak kreatif, malas membaca, tak pandai berkomunikasi. Kenapa? Agaknya contoh I dan II Prof. itu sebahagian jawapannya…


BERFIKIR: Kecerdikan, Kemahiran, Bakat ataupun Seni.....?


TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/17/2006 04:17:00 PTG. | 23 Ulasan
Rabu, Mac 15, 2006
Ini cerita betul. Baru-baru ini, seorang murid darjah satu di satu sekolah rendah di Shah Alam, yang agak pandai berbahasa Inggeris, bercerita tentang cikgu sains & matematiknya yang tak pandai berbahasa Inggeris, malah selalu tersasul-sasul mengajar subjek itu.

Terfikir juga. Macamana potensi murid-murid dapat digilap semaksimumnya kalau ilmu tidak dapat disampaikan dengan berkesan? Menguasai bahasa ilmu itu satu perkara, tapi menguasai ilmu itu sendiri satu perkara lain.

Tak salah '“sambil menyelam minum air”, cuma dikhuatiri nanti kelemasan pula sebab tak pandai menyelam, ataupun kelemasan sebab perut kembung terlebih minum air. Bimbang juga nanti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula tercicir bertaburan di tengah jalan…..”

Nak salahkan siapa? Sistem? Cikgu? Murid…? Atau siapa?

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/15/2006 05:24:00 PTG. | 19 Ulasan
Selasa, Mac 14, 2006
Malam tadi, teringin nak makan nasi lemak kukus. Berhenti di sebuah gerai bergerak di sebuah kawasan perumahan baru di Puchong. Seorang anak muda, tentunya beragama Islam, mungkin umur di awal dua puluhan. Rasa bangga juga melihat anak muda ini berniaga. Tak ramai anak muda berminat jadi usahawan.

Melihat pada t-shirt jersi yang dipakainya, rasanya anak muda ini peminat setia Liverpool. Tapi itupun tak salah. Tak ada salahnya menyokong sebuah pasukan bolasepak kegemarannya. Cuma yang sedih dan rasa ‘terusik’ bila melihat tulisan besar ‘Carlsberg’ terpampang sama.

Kejahilan ataupun ‘kesengajaan’?

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/14/2006 10:52:00 PG. | 13 Ulasan
Isnin, Mac 13, 2006


Baru-baru ini seorang kawan lama menghantar emel dan gambar poster filem ini. Kreatif juga rupanya kawan yang seorang ini. Mungkin pernah menyimpan cita-cita menjadi karyawan filem agaknya. Hehehe. Yang pasti kalaupun wujud filem ini, memang tak akan dapat disaksikan di mana-mana pawagam di negara inipun dan tidak juga dapat disaksikan di mana-mana rancangan khas sempena Hari Raya di mana-mana stesen tv tempatan. Kalau adapun tunggulah diterbitkan dalam bentuk VCD. Sebabnya tidak melepasi syarat mengarut LPF. Kalau disiarkan pun, pasti akan menjadi mangsa 'guntingan.' Maklumlah penuh dengan elemen-elemen tahyul yang kononnya boleh mempengaruhi akidah penonton [Hmm... Takkanlah serendah itu minda dan sebodoh itu pemikiran penonton kita ekk...]. Dan diselitkan juga adegan-adegan agak ganas [walaupun taklah seganas mana kalau nak dibandingkan dengan rancangan gusti WWF yang disiarkan di tv].

Dan tak kisahlah kalau filem ini tidak layak dipertandingkan di Festival Filem Malaysia. Malah rasanya kalau filem ini wujudpun rasanya tak perlulah dipertandingkan di sini sebab dikhuatiri akan dikutuk kiri dan kanan, dan untuk mengelak dari menjadi bahan kontroversi sebagaimana yang pernah berlaku kepada filem Sepet hasil tangan Yasmin Ahmad dulu. Lagipun kita faham filem-filem indie seperti ini tidak mendapat tempatpun di tanahair sendiri. Agaknya sebab penonton-penonton di sini masih lagi berminat menonton filem-filem cinta basi, cerita-cerita kemasyarakatan yang tak berpijak di bumi yang nyata ataupun komedi lawak slapstick, atau filem yang ada menempekkan pelakon-pelakon yang lawa-lawa [walaupun bakat lakonan entah apa-apa].

Tertanya-tanya juga kita, kenapa sesetengah filem-filem yang dikategorikan sebagai filem-filem indie ini [siapa sebenarnya yang meletakkan kategori sebagai filem-filem indie ini....?] lebih mendapat perhatian dan dihargai di luar negara malah karyawan filem luar berani pula meletakkan taraf filem-filem sebegini sebagai filem yang mempunyai jiwa tersendiri...??? Mungkin ada keunikannya tersendiri, tidak seperti filem stereotaip lain keluaran tempatan.

Hmmm…. Sesetengah dari kita melihat gambar poster di atas sebagai bahan lawak, sesetengahnya melihat dan mentafsirkannya lebih jauh dari tu. Dalam lawak ada sinisnya. 'Filem kita wajah kita...???'. Masih keliru dengan pengertian dan kebenaran kata-kata itu.

Entahlah, kehidupan inipun salah satu bentuk lakonan juga...

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/13/2006 09:10:00 PG. | 3 Ulasan
Rabu, Mac 08, 2006
‘Pemikiran yang melawan arus’ ataupun pemikiran yang berbeza dari orang lain. Jarang kita terfikirkan perkara ini. Samada kita malas berfikir ataupun kita lebih selesa menjadi yesman ataupun pak turut. Contohnya segala pendapat yang disampaikan oleh boss bulat-bulat akan diterima dengan bulat-bulat oleh subordinat tanpa ada bantahan, walhal boss itu pun manusia biasa juga, yang boleh membuat kesilapan. Tetapi semacam sudah menjadi satu 'undang2' kata-kata boss sentiasa betul. Kita jarang berani bersuara atau diberi peluang untuk bersuara atau memberi idea yang berbeza dengan orang atasan.

Situasi ini sebenarnya akan menyebabkan kepincangan bukan sahaja di dalam sesebuah organisasi malahan lebih besar lagi di dalam sesuatu bangsa juga sebab menerima bulat-bulat segala pendapat yang diberi tanpa berfikir dan menganalisa boleh membantutkan perkembangan kreativiti pemikiran seseorang.

Diskusi seterusnya di sini

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/08/2006 06:47:00 PTG. | 0 Ulasan
Isnin, Mac 06, 2006

Keratan artikel ini memang dah lama tersimpan dengan baik. Dipetik dari ruangan "Nota Kaki" Berita Harian lebihkurang sedekad yang lepas. Sebagai anak jati Muo, tulisan Johan Jaafar (sekarang bergelar Datuk ) ini membawa makna dan menyimpan nostalgia tersendiri.

SELAMAT DATANG KE MUO

Mungkin terlepas daripada perhatian rombongan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ke bandar Muar, Khamis lalu, sebuah kain pemidang kecil direntang di antara sepohon berembang dan sebatang pokok kelapa bantut di pinggir Sungai Muar, 'Selamat datang ke Muo.'

'Muo' ialah sebutan tempatan untuk bandar Maharani Muar yang sejarahnya sepanjang tamadun Melayu itu sendiri agaknya.

Besar kemungkinan di sini tempat singgahnya Parameswara yang diusir dari Temasik dalam perjalanan ke Melaka. Mungkin juga bandar ini ialah 'Biawak Busuk' yang dicatatkan dalam kitab Sejarah melayu. Inilah bandar yang menjadi induk bagi kawasan bersejarah yang dikenal sebagai 'Padang' bagi orang-tua di sini.

Muar, ialah bandar pencen dan malas di kuala sungai terbesar dan terpanjang di Johor. Orang Muar khabarnya lebih selesa memperkenalkan dirinya sebagai 'orang Muo' daripada 'orang Johor.' Orang Muar ada kebanggaan tersendiri, mungkin juga kesombongan setempat, dan menganggap diri mereka 'lain sedikit' atau 'lebih istimewa' daripada orang Johor lainnya.

Lain pula bandar ini kononnya tempat lahirnya cendekiawan Johor. Bandar ini tempat bermukimnya cerdik-pandai, calon cerdik-pandai dan bekas cerdik-pandai selain tentunya mereka yang mngaku cerdik-pandai.

Orang politik dari Muar juga heat-hebat. Nampaknya, salah satu pra-syarat menjadi Menteri Besar Johor mestilah seseorang itu berasal dari bandar ini.

Muar sentiasa sibuk waktu siang. Sebahagian puncanya kerana jalan sehalanya yang tidak pernah mengurangkan kesesakannya. Laluan diubah di bandar ini sekerap kemalangan yang membabitkan beca roda tiga yang masih menjadi raja jalan di sini.

Jambatan yang merentangi Sungai Muar dibuat di tengah-tengah bandar. Pada hari Ahad, kenderaan berjejal-jejal bermula dari pekan Parit Bunga lagi. Betul-betul di tepi jambatan itu Pasar Tani dibuka sedangkan Pasar Besar ditutup lalu memburukkan lagi keadaan lalu lintas.

Cerita Politik

Orang kampung biasanya keluar 'ke bando' pada pagi Sabtu. Kalau di Bazaar, siapapun yang lalu lalang akan dipangil 'cikgu' hari itu.

Muar mati waktu malam. Hotel terbesarnya tidak ada coffee-house. Bangunan UMNO yang menjadi tuan rumah hotel itu sehingga hari ini belum dirasmikan lagi.

Intrig di sebalik cerita bangunan ini lebih hebat dari novel politik sasterawan Arena wati. Hotel ini bagaimanapun boleh menjadi tempat strategik melihat barisan kedai ceti di hadapannya, mak nyah di perhentian teksi dan bas serta pasangan berdua-duaan di tepi sungai.

Orang berkunjung ke Tanjungnya kerana rojak petis dan mi jawa. Atau melihat rumah kolonial yang diduduki oleh pegawai daerah, penolong-penolongnya dam majistret setempat. Muar juga terkenal kerana mi bandungnya, selain sate. Orang Muar macam orang Kuching di Sarawak juga, makan sate pagi-pagi lagi.

Muar juga punya cerita politik menarik. Salah satu Dewan Undangan negerinya jatuh ke tangan Parti Semangat 46 dalam pilihanraya 1990. Calon popular Zakaria Mahadi, anak tempatan pertama menjadi wakil rakyat di Parit Jawa terpaksa dipindahkan ke Parit bakar untuk memberi laluan kepada seorang ustaz.

Akhirnya, Zakaria merupakan calon UMNO pertama kalah dalam pilihanraya umum di Johor. Ustaz berkenaan mendapat undi majoriti paling kecil dalam sejarah BN di kawasan berkenaan.

Selain legenda Panglima Lidah Hitam, saliwutang, Pendekar Raibah, penghulu Bakar dan cerita rakyar Si Tenggang versi Johor yang kononnya berlaku di Bukit Tereh, Muar juga ada cerita rakyat terbaru.

Sewaktu perebutan kerusi ketua bahagian di Muar tahun lalu, menurut riwayatnya, ada orang yang turun dengan helikopter mengagih-agihkan wang pada saat-saat terakhir. Cerita ini belum tentu benar, tapi ia menjadi sebahagian penglipurlara rakyat moden yang paling popular sekarang.

Muar juga agknya punya per kapita kilang haram yang tertinggi di negara ini. Di Parit Bakar, seuah pusat perubatan kecil milik kerajaan diapit oleh kilang-kilang yang mengeluarkan habuk.

Semua pekerja pusat itu memang sangat-sangat memerlukan rawatan. Bak bisa tegal biasa, tiada siapa agaknya yang mengambil berat nasib mereka - JOHAN JAAFFAR.


Itu dulu. Kira2 sedekad yang lepas. Bando Muo sekarang dah jauh berubah. Jambatan baru ala Penang Bridge, lebuhraya baru merentas dari Pt Bunga ke Jln Abd Rahman, masjid 'kembar' baru seberang Sg Muar bersetentangan masjid sedia ada dan Tanjung Mas yang lebih ceria telah merubah wajah Bandar Maharani. Perhentian Bas baru yang hampir siap, naiknya taraf Hospital Muar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, persekitaran berlandskap yang indah dan berdirinya banyak bangunan baru juga bukti hasil dari proses modenisasi. Bandar Maharani pun tak mahu ketinggalan dalam arus urbanisasi.

Apapun identiti orang Muo masih kuat dipegang. Walaupun wajah2 asing warga Indon, Nepal dan Myanmar turut mewarnai Bandar Maharani hari ini, identiti Muo masih kuat bahkan orang Muo yang merantau pun masih setia menjunjung semangat ke'muar'an. Ke manapun anak2 Muo pergi, mi bandung, kopi 434, mee siput, asam pedas Muo dan lain2 identiti Muo tetap takkan dilupa.

Hmmm.... Tetiba terasa rindu pada kampung halaman dan kehidupan di Muo.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/06/2006 01:20:00 PTG. | 7 Ulasan
Jumaat, Mac 03, 2006
Membelek-belek buku Permaculture tulisan Bill Molison petang semalam, terjumpa satu surat lama terselit pada helaian terakhir. Mungkin tiada apa-apa maknanya bagi sesetengah orang tapi sebenarnya surat ini amat bermakna bagi yang memahami apatah lagi bagi yang menerimanya. Surat dari Dr Tom kepada semua penuntutnya, di kuliah terakhir beliau bagi subjek Urban Forestry beberapa tahun dulu, sebelum kontraknya sebagai pensyarah tamat. Semasa itu aku di tahun akhir dan mengambil subjek tersebut sebagai subjek elektif.

Dear Students,

Soon, I will "balik kampung" to America. After nearly a year in Malaysia, it is time for me to return home. But I will always feel that Malaysia is my second home, and will always miss Malaysia. I plan to come to Malaysia as often as I can, and I hope to see all of you again.

I want to tell you what the best part of my experience in Malaysia has been. It is you, my students. I have enjoyed teaching you, enjoyed learning from you, and will never forget you.

When I go back to America, and people ask me what is the best thing about Malaysia, I will tell them that it is you, my Malaysian friends. I will tell them that Malaysia is building a great country, a country based on peace, cooperation and respect for each other, and respect for the environment. You have so much to be proud of: a country that is green and beautiful, a country in which people off all races can live in harmony, and a country to which the rest of the world is beginning to look for leadership.

And, when friends in America ask me what I will miss most about Malaysia, I will tell them. It has been you, my students. You have made my year here wonderful, and I will never forget you.

I hope that you will never forget how much you have meant to me, and I thank you from my heart. Jumpa lagi.

Dr. Tom

My Address:
Dr. Thomas W. Kimmerer
Department of Forestry
105 TP Cooper Building
University of Kentucky
Lexington KY 40546
USA

Surat ini memberi banyak makna, aku sebagai orang Malaysia dan juga sebagai manusia. Kita sepatutnya berbangga dan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kalau orang luar boleh menghargainya kenapa tidak kita....

Walaupun Dr Tom cuma mengajar aku dalam satu subjek sahaja tapi beliau sememangnya seorang pensyarah yang hebat. Aku sukakan cara beliau. Masih teringat lagi semasa kuliah terakhir itu juga beliau memberi peluang kepada semua penuntut bertanya apa-apa soalan bebas dengan menulis soalan pada sekeping kertas, dan cuma yang terpilih sahaja akan dijawap semasa kuliah tersebut. Aku masih ingat soalan aku lebih kurang, "what do you think about the prospect of urban forestry in Malaysia?". Bangga masa tu sebab soalan itu terpilih dibaca dan diulas dengan panjang lebar...

Begitulah kehidupan. Life goes on. Tak tahulah di mana beliau berada sekarang. Seperti katanya juga, kami juga sebagai bekas penuntut yang pernah mengikuti kuliah beliau akan sentiasa mengingati beliau. Apatah lagi bila membaca semula surat ini...

Dan yang pasti, aku rindukan saat-saat bergelar seorang penuntut dulu.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/03/2006 06:14:00 PTG. | 2 Ulasan
Khamis, Mac 02, 2006

Stuck in Traffic Jam...
Pemandangan biasa di KL. Apatah lagi masa hujan lebat.

Semalam balik dari ofis cuba nak elak kesesakan MMR2, jadi lalu ikut Jln Jelatek, lepas itu masuk Jln Ampang, terus ke Kg. Pandan sebelum keluar balik di Jln Tun Razak. Rupa-rupanya pun sesak juga sebab air dah naik di beberapa tempat. Nasib baik tak banjir macam yang terjadi di TTDI Jaya, Shah Alam itu.

Sebab dah buat 'senaman kaki' di sepanjang jalan petang semalam, malam tadi memang flat habis. Tak sempat baca semua newspaper. Pagi inipun bangun lambat tapi lambat atas sebab lainlah….....Hehehe!

Btw, model kereta di sebelah bawah kanan gambar itu antara my dream car - Merc Sports. Letak di dashboard buat inspirasi. Hehehe! InsyaAllah.....

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/02/2006 05:24:00 PTG. | 3 Ulasan